Monday, January 31, 2011

Tanda2 Ajal

Pssstt : Tiada sumber yg soheh...Sekadar peringatan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).


Hidup Sebelum Mati...
Berikut adalah tanda-tanda kematian semakin menghampiri seseorang. Walaupun ada pihak yang mempersoalkan kesahihan dier, tapi anggaplah ini sebagai suatu iktibar yang dapat dijadikan pengajaran kerana kesahihannya hanya dpt diketahui apabila kita mengalaminya....


100 HARI
SEBELUM KEMATIAN

Seluruh badan rasa bergetar

60 HARI SEBELUM KEMATIAN
Pusat rasa bergerak-gerak

7 HARI SEBELUM KEMATIAN
Mengidam makanan

5 HARI SEBELUM KEMATIAN
Anak lidah bergerak-gerak

2 HARI SEBELUM KEMATIAN
Seluruh dahi rasa bergerak-gerak

1 HARI
SEBELUM KEMATIAN

Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu Subuh dan Asar

SAAT AKHIR SEBELUM KEMATIAN

Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang Sulbi ( di bahagian belakang badan)

Bila Malaikat mencabut Nyawa
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :

“ Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.. “

“ Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.”

“Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.”

“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”


Sudahkah kita bersedia ?



Thursday, January 27, 2011

Melayu tolak Islam lebih teruk daripada Kuan Yew

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يسٓ (١) وَٱلۡقُرۡءَانِ ٱلۡحَكِيمِ (٢) إِنَّكَ لَمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ (٣) عَلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ (٤) تَنزِيلَ ٱلۡعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ (٥) لِتُنذِرَ قَوۡمً۬ا مَّآ أُنذِرَ ءَابَآؤُهُمۡ فَهُمۡ غَـٰفِلُونَ (٦) لَقَدۡ حَقَّ ٱلۡقَوۡلُ عَلَىٰٓ أَكۡثَرِهِمۡ فَهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ (٧) إِنَّا جَعَلۡنَا فِىٓ أَعۡنَـٰقِهِمۡ أَغۡلَـٰلاً۬ فَهِىَ إِلَى ٱلۡأَذۡقَانِ فَهُم مُّقۡمَحُونَ (٨) وَجَعَلۡنَا مِنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ سَدًّ۬ا وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ سَدًّ۬ا فَأَغۡشَيۡنَـٰهُمۡ فَهُمۡ لَا يُبۡصِرُونَ (٩) وَسَوَآءٌ عَلَيۡہِمۡ ءَأَنذَرۡتَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تُنذِرۡهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ (١٠) إِنَّمَا تُنذِرُ مَنِ ٱتَّبَعَ ٱلذِّڪۡرَ وَخَشِىَ ٱلرَّحۡمَـٰنَ بِٱلۡغَيۡبِۖ فَبَشِّرۡهُ بِمَغۡفِرَةٍ۬ وَأَجۡرٍ۬ ڪَرِيمٍ
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus, (3) Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam). (4) Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, (5) Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai. (6) Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman. (7) Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak. (8) Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). (9) Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman. (10) Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa dia tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Tuhan.Oleh itu berilah kepadanya berita yang menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia. (11)

Utusan Malaysia Online
KOTA BHARU 26 Jan. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan orang Melayu di Malaysia yang menolak Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme lebih teruk daripada Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew.

Beliau berkata, ini kerana Kuan Yew hanya meminta umat Islam di republik itu tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam berbanding segelintir orang Melayu di negara ini yang membuang sama sekali Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme.

"Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Kuan Yew. Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Kuan Yew," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Menteri Besar berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Kuan Yew supaya umat Islam di republik berkenaan tidak terlalu berpegang pada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara tersebut.

Ia terkandung dalam buku bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going yang dilancarkan minggu lalu.

Kenyataan Menteri Mentor Singapura itu diselar oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang menyifatkannya sebagai satu pandangan primitif.

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (UM), Dr. Mohd. Roslan Mohd. Noor berkata, kenyataan tersebut memperlihatkan bekas Perdana Menteri Singapura itu mempunyai sifat Islamofobia dan cuba mengajar orang Islam tentang agama mereka.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasarudin Hassan pula menyifatkan tuduhan Kuan Yew bahawa Islam menjadi penghalang kepada integrasi dan pembangunan di Singapura tidak ubah seperti musuh yang melihat Islam dengan api dendam serta permusuhan berpanjangan.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz mencabar Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek supaya turut mempersoalkan pemakaian serban di kalangan masyarakat Sikh dan tidak hanya mempermain-mainkan larangan bersalam antara wanita Islam dengan lelaki bukan muhrim.

Menurutnya, Islam menetapkan lima perkara yang wajib dijaga antaranya larangan bersalam antara lelaki dan wanita bukan muhrim kerana ia boleh mengundang kepada perlakuan negatif lain termasuk zina akibat daripada pergaulan bebas.

"Kenapa dia mempermainkan jabat tangan (bersalam) orang Islam. Cuba dia sentuh soal serban orang Sikh, tengok orang Sikh jawab macam mana. Kalau tak berani, jangan cakap benda-benda macam ini," katanya.

Tuesday, January 25, 2011

Bebaskah Rakyat Malaysia Memilih Pemimpin ?

Hari ini masuk hari ke 4 PRK DUN Tenang, Labis. Selain parti yg bertanding, pemantau dari IPTA ikut sama menyibuk. Rasa2nya yg dipantau cuma penglibatan dgn program pembangkang sahaja. Siapa mangsanya akan diketahui lepas pilihanraya.

Macam2 akta boleh dipalitkan kpd org2 yg terlibat dgn politik samada staf atau student. Begitukah ajaran Islam ? Berpolitik cuma halal kpd selain kakitangan kerajaan dan pelajar ? Tidak, itu bukan ajaran Islam. Ajaran itu tidak logik langsung kalau diukur menggunakan akal yg waras malah amat jauh sesatnya kalau diukur mengikut Al Quran dan Hadith. Ajaran itu bukan warisan Nabi SAW tetapi adalah warisan pemerintah kuku besi sejak zaman berzaman. Pemerintah yg tidak berpandu dgn Al Quran sahaja yg akan mereka2 akta itu dan ini bagi menyekat penentangan rakyat terhadap mereka.

Adakah undang2 Malaysia hari ini sudah menurut Al Quran ? Semakin menurunkah kadar jenayah dgn undang2 yg sedang digunapakai ? Semakin sifarkah rasuah ? Semakin harmonikah kehidupan masyarakat ? Hanya org tak siuman shj yg akan kata sudah. Sepatutnya kakitangan kerajaan dan pelajarlah yg bangkit dulu berjuang menyelamatkan negara tercinta dari tenggelam dibaham pemimpin yg rakus. Islam mengajar kita agar berkata yg haq meski pun ianya pahit. Jgn gadaikan kehidupan akhirat yg kekal abadi dgn nikmat dunia yg sementara.

PRK Dun Tenang, buka wajah sebenar Umno
Majdan Yahya
Tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam - merujuk calon PAS-Pakatan Rakyat (PR) kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Sekaligus memperlihatkan kegagalan Umno menerangkan Islam yang sebenar kepada sekutunya itu.

Walaupun ucapan Chua itu berlaku dalam perjumpaannya dengan masyarakat Cina bukan Islam, namun Umno tindak mengambil langkah proaktif untuk mengajak MCA berbincang agar isu tersebut dijawab dengan lebih berhemah.

Bahkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan tentang agenda PAS yang mahu menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat (PR) berkuasa.

Umno bukan sahaja tidak membantu MCA menghormati agama Islam malah mereka sendiri turut sama mempersendakan agama rasmi Malaysia itu. Apakah Umno begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan 5,766 pengundi masrakat Cina sehingga sanggup menjual agama?

Jumlah pengundi Cina tersebut merupakan 38.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di Tenang. Dalam pilihanraya umum 2008 yang lalu, PAS memperolehi sokongan lebih daripada separuh pengundi di tiga kawasan majoriti Cina, iaitu bandar Labis Timur, bandar Labis Tengah dan Labis.

Sebelum ini PAS dituduh oleh Umno dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang pro-Umno bahawa parti Islam itu telah menggadai prinsipnya kerana berkawan dengan DAP yang didakwa anti Islam. Pelbagai tohmahan dan demontrasi dibuat mengutuk tindakan PAS itu. Ditambah pula isu kenyataan "over my dead body" oleh Karpal Singh.

PAS dan DAP didakwa tidur sebantal tetapi mimpi yang berlainan. Tetapi isu ini telah membuka wajah sebenar Umno dan NGO tersebut. Mana perginya suara lantang mereka? Mana jaguh-jaguh pendemo mereka? Mana perginya ketuanan Melayu-Islam yang mereka bangga-banggakan selama ini? Di mana Umno yang gah mengatakan merekalah juara membela agama? Di mana JAKIM dan di mana IKIM? Semuanya menunduk kepala tatkala MCA dan Gerakan mula mencemuh PAS sekaligus menghina Islam kerana pematuhan kepada suruhan agama.

Dalam hal ini, jelaslah bahawa Umno sebenarnya yang menjual agama demi politik mereka. Walaupun Muhyiddin meminta isu ini tidak dipanjangkan oleh MCA, namun sehingga kini tiada suatu dialog khusus antara ulama Umno dengan pimpinan MCA bagi meleraikan isu ini.

Rakyat yang cerdik dan celik tidak kira sama ada Islam atau bukan Islam telah dapat melihat dengan jelas bahawa PAS secara istiqamah meneruskan suruhan agama walaupun difitnah dan dihalang melalui pelbagai cara oleh Umno dan konco-konconya.

Dalam hal ini DAP lebih menghormati Islam setelah berkawan dengan PAS dan tidak pernah mempersoalkan kenapa seorang muslimah perlu bersarung tangan untuk bersalam dengan pengundi yang bukan muhrim. Yang lebih menyedihkan sikap tidak menghormati Islam ini disiarkan ke seluruh negara oleh media pro-Umno.

Isu ini sepatutnya mencelikkan mata dan hati rakyat Johor khususnya di Dun Tenang yang masih beranggapan Umno lah pejuang agama Islam. Sebahagian rakyat Johor telah pun membuat perubahan, dan pengundi Johor sewajarnya memulakannya di Tenang. Perkara ini tidak mustahil kerana Johor terkenal dengan sekolah agama rendahnya. Secara logik, hampir semua anak-anak Johor mempunyai asas agama.

Mereka sewajarnya sedar bahawa Umno yang mempunyai JAKIM dan IKIM hanya mampu bersetuju dengan MCA dan Gerakan dalam perkara perkara yang mencabar dan menghina Islam. Berbanding PAS yang tegas mempertahankan Islam walaupun pernah hilang sekutunya pada pilihanraya 1999.

Walau apapun keputusan PRK Tenang, PAS sudah menang dan membuktikan mereka tidak pernah meninggalkan perjuangan untuk menegakkan Islam dan memberi kefahaman tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia ini. Berbanding Umno yang berselindung disebalik agama dan apabila keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan Melayu-Islam. Tetapi, tanpa disangka, Dun Tenang telah mendedahkan watak hipokrit mereka.

Friday, January 21, 2011

Peneroka dapat naik bas free utk. sambut PM di DUN Tenang, Labis

Cuti Thaipusam baru2 ini saya ambik peluang utk. balik kampung di Serting, Jempol. Lalu dikabarkan oleh kengkawan bahawa mereka baru balik dari Felda Chempelak, Labis, Johor kerana menyambut kedatangan PM sempena lawatan kempen PRK DUN Tenang. Habis semua dipelawa pergi dgn menaiki bas free kecuali seisi rumah keluarga abang saya yang berlogo bulan penuh purnama. Lalu diberitakan di surat kabar bahawa 10 ribu sambut PM di Labis. Di perhimpunan tersebut PM umum peruntukan RM1.6 juta utk. pembangunan Felda. Entah buaya entah katak, entah ia entah tidak. Tak alih2 bila PRK berlaku di kwsn yg ada felda baru nak umum bajet. Hai...sampai bilalah agaknya peneroka nak digula2kan oleh UMNO...

Ahmad Lutfi
Selepas Dr Mahathir Mohamad dimalukan bekas anggota kabinetnya sendiri, Shahrir Abd Samad, di Johor Bahru pada 1988, tiada lagi kelibat Perdana Menteri, termasuk Abdullah dan Najib kemudiannya, dalam kempen pilihan raya kecil. Mereka lebih suka menyerahkan tugas mengetuai jentera BN kepada timbalan masing-masing. Namun di Sibu Najib terpaksa turun ke jalan raya dan pasar untuk meraih simpati masyarakat Cina di sana. Akhirnya BN tewas juga.
eroka
Di Tenang, Najib bertindak lebih awal berkempen menemui pengundi, dengan menggunakan kemudahan kerajaan sepenuhnya, sebelum tarikh penamaan calon lagi, malah sebelum nama wakil BN diumumkan pun. Beliau mengadakan lawatan sehari suntuk ke Labis, pada 18 Januari lalu. Ketibaan Najib dengan helikopter khas kira-kira 9.30 pagi itu semata-mata untuk berkempen memenangkan BN dan menolak calon PAS.

Tumpuan Najib adalah para peneroka Felda, dengan program di Pusat Komuniti Felda Chempelak Barat dan jamuan makan di Padang Awam Felda Tenang, diikuti majlis ramah mesra bersama masyarakat India di Dewan Serba Guna Majlis Daerah Labis dan merasmikan bangunan tambahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Labis, seterusnya menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Cina.

Dengan memakai topi berlogo BN, Najib dilihat bersalaman dengan orang ramai. Jelas dalam Buletin Utama TV3, Perdana Menteri melemparkan dakyah politik. Selain mempromosikan "jasa-jasa BN" terhadap masyarakat Felda, Najib menggesa pengundi tidak membaca apa jua risalah yang mempunyai lambang PAS, KeADILan dan DAP. Nampak sangat Pengerusi BN ini begitu takutkan penyebaran maklumat dan informasi yang bakal mendedahkan tipu-helah mereka selama ini.

Dalam majlis sama, Najib sekali lagi mencari helah untuk tidak bersemuka dengan Anwar Ibrahim di pentas debat terbuka. Ketua Pembangkang pada tarikh sama, 18 Januari, melalui suratnya kepada Perdana Menteri, mempelawa Najib berdebat mengenai "isu berkaitan ekonomi negara dan fakta-fakta yang terkandung dalam Buku Jingga". Bagi Anwar, isu-isu tersebut kian mendesak memandangkan kos sara hidup melonjak tinggi, harga barang semakin meningkat dan membebankan rakyat, manakala hutang negara melonjak lebih 50 peratus.

Anwar yakin debat itu mampu memberi manfaat kepada usaha memperkukuh amalan demokrasi, penyebaran maklumat tanpa sekatan dan memulihkan kembali ekonomi negara.

Bagi saya, lebih penting daripada mencongak siapa bakal pemenang di Tenang adalah memastikan proses pilihan raya yang bersih, adil, bebas dan telus. Biar "padang permainan sama rata" buat semua calon yang bertanding. Proses pendemokrasian di Malaysia harus melambangkan kematangan dan kedewasaan kita setanding negara-negara maju. Banyak negara yang lewat mengamalkan demokrasi daripada kita tetapi berjaya melaksanakannya secara bertanggungjawab dan penuh integriti.

Sayang sekali, Najib tidak menunjukkan teladan yang baik untuk dirakam sejarah. Beliau -- seperti juga pemimpin utama BN sebelum ini -- sanggup memperalatkan apa jua institusi kerajaan dan mengamalkan rasuah politik, demi memastikan maruah BN di Johor tidak tercalar lebih teruk.

Saya kira buku Reforming Political Finacing in Malaysia, terbitan Trasparency International - Malaysia elok ditelaah bagi mendapatkan gambaran lanjut tentang isu-isu berkaitan politik wang di negara ini.

Wednesday, January 19, 2011

Orang Kemelah Jadi Calon PAS di Tenang

Normala dapat sokongan akar umbi
Hazayani Zakaria

LABIS, 17 Jan: PAS meletakkan calon wanita dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang kerana mendapati wujudnya keperluan untuk membawa suara wanita di negeri Johor.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan PAS Johor mengenai keperluan meletakkan calon wanita dan ianya mendapat sokongan akar umbi parti.

"Ini keperluan bagi negeri Johor dan kita melihat pandangan PAS Johor dan kita melihat golongan wanita juga adalah pengundi, bukan sahaja lelaki. Jadi mereka juga perlu suara di Dewan Rakyat dan Dun.

"Kita lakukan kaji selidik di peringkat bawah dan kita dapati calon kita mendapat sokongan akar umbi parti di samping mempunyai pengaruh kerana pernah berkhidmat di kawasan Dun Tenang," kata beliau dalam sidang media selepas mengumumkan calon PAS di Dataran Wayang Pacak, dekat sini malam tadi.

Normala Sudirman, 38, (gambar) dipilih sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding di Dun Tenang, 30 Januari ini.

Berucap dalam majlis pengisytiharan calon sebelum itu, Abdul Hadi berkata, PAS memilih Normala sebagai calon kerana yakin dengan kemampuan beliau berkhidmat kepada masyarakat di kawasan tersebut selain kesungguhan yang ditunjukkan untuk berkhidmat kepada parti.

"Puan Normala tak minta jadi calon tapi kami (PAS) yang minta beliau jadi calon.

"Beliau telah meletakkan jawatan bukan kerana nak jadi calon tapi letak jawatan guru kerana nak aktif sepenuhnya dalam parti dan masyarakat.

"Ini merupakan kesungguhan beliau untuk bersama dalam perjuangan," katanya di hadapan lebih 1,000 rakyat yang hadir bagi mengetahui siapakah calon yang dipilih PAS.

Abdul Hadi juga berkata, ini bukan kali pertama PAS meletakkan wanita sebagai calon setelah mendapati sejarah pemerintahan Islam sendiri mengiktiraf wanita sebagai pemimpin.

"Mengapa PAS pilih calon wanita? Sejarah Islam menunjukkan permulaan membina negara pada awal 1470 tahun dulu.

"Apabila Nabi Muhammad s.a.w mengajak pemimpin-pemimpin Aus dan Khazraj yang datang dari Madinah untuk mengadakan bai'ah janji setia bagi menguatkan sebuah pemerintahan yang adil, di antara yang diminta melafazkan janji setia ialah dua orang wanita.

Menurutnya juga, dalam al-Quran sendiri ada menyebut hak wanita untuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara.

"Islam telah memulakannya seribu tahun dahulu. Kalau kita membaca sejarah, penglibatan dalam menegur dan menasihati pemerintah bukan sahaja melibatkan lelaki tapi juga wanita.

"Apabila khalifah Umar Al-Khatab menyampaikan ucapan yang dipandang oleh wanita sebagai ucapan yang memperkecilkan mereka, seorang wanita bangun di dalam majlis dan menegur Umar.

"Allah bagi hak kepada wanita di dalam al-Quran tetapi berani ketua negara membatalkan hak menyebabkan Umar menarik balik apa yang diucapkan," katanya.

Katanya, PAS juga pernah menghantar calon wanita pertama ke Parlimen, Khatijah Sidek pada tahun 1960.

"Dalam sejarah PAS, PAS telah menghantar ahli Parlimen yang pertama selepas merdeka pada tahun 1960 dan berjaya memenangkan calon ketua muslimat, Khatijah Sidek. Jadi ini bukan kali pertama kita letak calon muslimat," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sementara itu, beliau juga menyeru seluruh petugas Pakatan Rakyat agar bertugas dengan berhemah sepanjang proses pilihan raya berlangsung dan tidak terpengaruh dengab sebarang provokasi pihak lawan.

"Dalam menghadapi pilihan raya Dun Tenang, saya menyeru kepada petugas Pakatan Rakyat supaya bekerja dengan tenang, jangan gelojoh, jangan melampau, menjaga keamanan, menjaga ketenteraman dan menjaga perturan pilihan raya dengan baik," katanya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat perlu menerima hakikat bahawa pilihan raya sering kali berlangsung dalam suasan yang tidak adil, dengan Umno BN mendapat segala kelebihan untuk berkempen.

"Bukan senang nak menang kerana kita menghadapi pilihan raya dalam lapangan yang tidak sama rata. BN akan guna media perdana, stesen televisyen, radio untuk berkempen ke setiap rumah.

"Ini pilihan raya yang berbeza dengan amalan demokrasi moden dan pilihan raya yang tidak adil. Kita diberi peluang yang terhad, ceramah yang terhad dan penerangan yang terhad," katanya.

Namun beliau meminta petugas parti tidak cepat berputus asa kerana Pakatan Rakyat sudah beberapa kali menang dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.

"Jangan risau kerana kita telah buktikan kita boleh menang dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan kita percaya kita boleh lakukan kali ini," katanya.

Berdebatlah Najib, nak lihat Anwar demam

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jangan terus menikus kerana rakyat benar-benar ingin melihat beliau mengakibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim demam kerana berdebat dengannya.

"Berdebatlah. Cakap besar dari jauh apa gunanya.

"Kalau betul Najib ada semua maklumat mengenai Anwar dan kalau dia dedahkan, Anwar akan demam, tunggu apa lagi?

"Janganlah menikus tak habis-habis. Sambutlah cabaran Anwar untuk berdebat dan dedahkan semua maklumat itu. Rakyat pun nak tahu juga," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebelum itu, ketika berucap kepada para peneroka di Felda Chemplak, Tenang, Najib berkata: "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam".

Mahfuz juga membidas Najib yang menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya sedangkan beliau sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadinya.

"Tak usahlah menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya kalau diri sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadi ekoran pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Penyiasat diculik, muka yang didakwa sebagai pembunuh sentiasa ditutup dan hari ini tak tahu di mana mereka berada, akhbar-akhbar antarabangsa tuduh terang-terangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya tetapi dia tak berani ambil tindakan walaupun dicabar oleh Tengku Razaleigh tetapi terus bersifat bacul melarikan diri dari masalah peribadi," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengingatkan Najib supaya jangan cuba melarikan diri dari membahaskan masalah ekonomi negara dengan bercakap besar kononnya dia boleh mengakibatkan Anwar demam kalau dia mendedahkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu.

Beliau mengingatkan Najib bahawa debat di antara beliau dan Anwar bukan isu peribadi tetapi debat tersebut adalah untuk rakyat dan berpaksi kepada isu-isu negara.

Anwar, kata Mahfuz, mengajak Najib berdebat dalam hal dan isu pengurusan negara selepas Najib menghentam program 100 hari Pakatan Rakyat (PR).

"Sebagai Perdana Menteri, Najib harus berani mempertahankan dasar-dasar dan tatacara pentadbirannya di khalayak umum ketika Anwar sendiri bersedia mempertahankan program 100 hari PR yang diburuk-burukkan oleh Najib," katanya.

Mahfuz mempersoalkan, adakah Perdana Menteri tidak tahu membezakan hal ehwal negara dengan isu peribadi?

"Kalau isu peribadi, orang tidak berdebat, malah boleh bersembang kedai kopi sahaja. Susahlah negara kalau Perdana Menteri mempunyai gaya pemikiran yang setahap pemikiran (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk) Ahmad Maslan," katanya.

Thursday, January 13, 2011

Jom Bersantai Ke Morib

Dalam masa 2 tahun saja, sejak PR take over Selangor, maka Morib telah bertukar wajah...dari dulunya buruk, usang, tandas yg teruk, gerai makan yg tak selesa, susur jalan yg retak, persekitaran yg agak kotor...kini...beginilah jadinya...ish (3x) !!






































Thursday, January 6, 2011

Gara-gara khutbah, imam dipanggil ke balai polis

Agak2 apa motif org yg buat aduan ini. Kerana agama atau kerana UMNO ? Kalau dia seorang yg alim dlm ilmu agama dan merasakan apa yg disampaikan oleh khatib itu terpesong dari agama kenapa tak terus jumpa dan tegur dgn baik demi menyelamatkan ahli karyah dari tersesat. Kalau tidak pergi mengadu kepada majlis agama dan majlis agama boleh panggil khatib tersebut utk minta penjelasan adakah isi khutbahnya boleh menyesatkan orang. Pergi mengadu dgn polis apa yg dapat ? Kerja polis bukan buat teks khutbah. Kerja utama polis sekarang ini ialah menjaga kepentingan pemimpin UMNO. Sebab tu banyak ceramah pembangkang tak diluluskan permit padahal belum ada dlm sejarah ceramah2 itu menimbulkan kekecohan. Hai...macam2 benda pelik ada kt Malaysia nie...

Harakahdaily

KOTA BHARU, 3 Jan: Gara-gara berkhutbah mengingatkan umat Islam menghindarkan gejala maksiat menyebabkan seorang imam dipanggil ke Balai Polis bagi diambil kenyataan.

Imam Muda Masjid Gong Dermin, Pasir Tumbuh, Rosadi Awang, 50, petang tadi dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu ekoran menyampaikan khutbah Jumaat lalu dengan mengupas tajuk tersebut.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan di negara ini sambutan tahun baru disambut dengan hiburan dan tarian sehingga larut malam.

“Saya sebut dalam khutbah mengingatkan umat Islam supaya menjauhi amalan tersebut kerana ia boleh mengundangkan gejala sosial.

“Sepatutnya anggota polis yang mengawal ketenteraman tidak membenarkan perkara seperti berlaku dan bukannya melancarkan program hiburan dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya juga pegawai polis yang mengambil kenyataannya berhubung perkara itu memberitahu ada laporan polis dibuat penduduk tempatan terhadap khutbah yang disampaikannya.

Rosadi berada kira-kira dua jam di IPD untuk diambil kenyataan berhubung isi khutbah yang disampaikan.

“Anggota polis datang ke rumah saya kira-kira jam 2 petang tadi dan meminta saya ke balai untuk diambil kenyataan,” ujarnya.

Bagaimana kata beliau pihak polis akan memanggilnya semula sekiranya belum berpuas hati terhadap siasatan awal yang dilakukan.

Sementara itu Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, imam terbabit menjalankan tugasnya bagi mengingatkan anak mukim supaya menjauhi gejala yang merosakkan.

Katanya, perkara itu tidak sepatutnya dipertikaikan kerana gejala sosial sekarang semakin parah terutamanya di bandar-bandar besar.

“Namun kerana tidak faham agama mereka tidak mahu isu seperti itu disentuh dalam khutbah mungkin bagi mengelakkan penduduk kampung tahu isu semasa yang berlaku,” katanya.

Sunday, January 2, 2011

Tujuan Politik, Zahid Hamidi: Siapa Politikkan Siapa?

Bincang tidak tanya pun tidak tetiba dah lantik. Org lain yg nak lantik SUK Negeri, tetapi org lain pulak terhegeh2 memaksa supaya ambik calon pilihannya. Bila empunya badan nak hantar nama calon tetiba je cadangan dah ditutup. Luar tabi'e ... bunyi macam pelik dan main2 tetapi itulah yg dibuat oleh UMNO. Belum pernah lagi rasanya berlaku kat mana2 dunia bertamadun, org lain nakkan SUK tetapi org lain pulak yg paksa supaya ambik calon pilihannya.

Itulah kesannya bila membelakangkan agama. Dah dapat cahaya Islam yg terang di dlm diri tetapi dipadamkan. Lalu hidup dgn meraba2 tanpa panduan. Malangnya jln yg dipilih adalah jln yg semua org nampak jijik dan hina tetapi pada dia dilihatkan cantik akibat kejahatannya menolak agama Islam yg suci. Dia yg membuat tetapi tuduh org lain buat. Zahid pasti akan lebih hina di akhirat nanti kalau tak minta maaf dan tak sempat bertaubat.

Kerajaan Selangor ada ‘tujuan politik’ bantah pelantikan SUK baru

BAGAN DATOH, 2 Jan 11: Kerajaan negeri Selangor yang diterajui kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), mungkin mempunyai niat dan tujuan politik dengan membantah pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri yang baru Datuk Mohd Khusrin Munawi yang mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pelantikan Mohd Khusrin itu menunjukkan kepimpinan PKR di Selangor mengalami ‘‘krisis minda’’ dan enggan menerima hakikat pelantikan yang dibuat Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

“Rakyat perlu menilai kepimpinan kerajaan negeri Selangor yang tidak konsisten kerana keterlaluan mempolitikkan jawatan sehingga sanggup membelakangkan perlembagaan negeri,” kata Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh kepada pemberita selepas menutup program Pembangunan Jati Diri yang melibatkan 230 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perak di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata pelantikan SUK Negeri tertakluk di bawah bidang kuasa KSN yang tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Pelantikan Mohd Khusrin sebagai SUK Negeri mencetuskan kontroversi apabila sekretariat akhbar Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan pada 27 Dis lepas, yang menganggap pelantikan itu belum muktamad, sedangkan ia telah mendapat perkenan Sultan Selangor.

Alasan yang diberikan dalam kenyataan itu ialah pelantikan tersebut tidak dimaklumkan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut berhasrat menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyembahkan perkara berkenaan.

Bagaimanapun hasrat Abdul Khalid itu terpaksa ditunda kerana baginda sedang bercuti dan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani juga mengesahkan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, pelantikan SUK Negeri tidak perlu mendapat persetujuan Menteri Besar. — Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PKR, 'mungkin mempunyai niat dan tujuan politik' membantah pelantikan SUK Negeri baru Mohd Khusrin Munawi, yang mendapat perkenan Sultan Selangor, kata Zahid Hamidi. Dan Setiausaha Sulit Sultan Selangor mengumumkan pelantikan SUK Negeri tidak perlu mendapat persetujuan Menteri Besar. Ertinya, Sultan sudah dipolitikkan? Jadi, siapa politikkan siapa?