Friday, July 29, 2011

Kenapa Najib takut sangat guna dakwat celup

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Julai: “Sebenarnya, kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak takut hendak menggunakan celup dakwat?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, hanya orang salah sahaja yang takut menggunakan celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan.

“Perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR, zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu,” katanya.

Baginya, Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat.

Tambahnya, ini dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik.

Ini, ujarnya satu tuduhan yang liar dan cuba mengalih isu yang sebenar kerana penipuan perjalanan pilihan raya semakin terserlah.

Beliau beberapa keraguan penggunaan biometrik, antaranya penggunaan biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak.

Ini, tegasnya bukan isu dan tuntutan Bersih.

“Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR telah dibersihkan? Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih?” soalnya.

Apabila ditanya kepada SPR, katanya mereka menjawab kerana waris tidak memberi surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada.

Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk online dengan Jabatan Pendaftaran Negara, tanya beliau apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih.

Beliau juga mempersoalkan apa jaminan sistem biometrik yang boleh dionline serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihan raya.

“Adakah kemampuan, pengkalan data dapat berfungsi dengan baik?” tanya beliau lagi.

Katanya, cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara online mengalami masalah kerana kelembapan server kementerian sedangkan bilangan guru lebih 500 ribu sahaja.

Justeru, ujarnya cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihan raya yang hampir 10 juta pengundi.

Beliau menambah, ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut.

Soalnya, apakah itu bukan satu penganiayaan kepada rakyat yang berhak untuk mengundi.

Menurutnya, mereka akan dinafikan hak kerana alat tersebut tidak boleh diakses di jari mereka.

“Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pedalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan elektrik?” tanya beliau lagi

Fahaman Umno lebih bahaya daripada Wahabi?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Keghairahan Umno melalui agensi Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) fahaman Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', tapi bukan soal penafian prinsip Islam.

“Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain. Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Umno dalam sejarahnya, kata Tuan Ibrahim pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin Umno pernah menganggap politik suku agama suku.

“Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia.

"Bukankah ini bukti fahaman Umno yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?” soal beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.

Sebagai reaksi kepada tindakan MKN, Tuan Ibrahim berkata tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam.

“Cuma yang agak menghairankan bilamana ulamak Muda Umno juga tergolong senarai pengganas.

"Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan Darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong Bersih 2.0?” soal beliau sambil menyokong saranan Dr Asri Abidin agar 40 ulama muda Umno ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam parti itu.

“Tidak terfikirkah bahawa apabila ulamak Umno pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi?

"Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja lanun merompak wang negara dengan membunuh karear politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga,” bidas beliau secara sinis.

Thursday, July 28, 2011

Pesanan Terakhir Insan Tersayang...

Teramat sukar utk. digambarkan bagaimana sebaknya hati disaat mahu meninggalkan orang yg disayang lebih2 lagi utk. suatu perjalanan yg tidak mungkin akan kembali. Dlm. kesebuan dada kerana menanggung kasih yg amat mendalam lalu kita diberi peluang utk. menyatakan sesuatu kpd. kekasih yg akan kita tinggalkan buat selamanya. Dlm. keterbatasan waktu, tentu sekali apa yg akan kita sampaikan itu merupakan luahan cinta yg menggunung demi keselamatan dan kebahgiaan insan tercinta. Disaat kudrat tidak mampu lagi utk. bergerak dan pada hembusan nafas terakhir, kita semua masih dibibirnya...ummati...ummati.

Nilai cintanya kpd kita tidak mampu utk. digambarkan. Rugi benar kalau kita tidak mengendahkan pesanan terakhir yg ditinggalkan. Meskipun kita telah melihatnya sebelum ini namun marilah kita sama2 membacanya lagi sambil merenung dan memikirkan. Mudah2an kita memperolehi petunjuk berguna agar jalan yg kita susuli akan menemukan kita dgnnya. Org yg saya maksudkan ialah Baginda Nabi SAW.

Khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W

“Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.

Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu.

Sekiranya mereka menyempurnakan diri mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan.

Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.


Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”

Wednesday, July 27, 2011

demokrasikah malaysia ?

WarkahDaily – Sah rancangan ‘Adik & al-Quran’ di TV9 dihentikan pihak atasan sambil hosnya, Ustaz Zamri dipecat serta merta.

Dilaporkan, semuanya gara-gara kelibat gambar Ustaz Zamri terlibat dengan Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu tersebar meluas di internet. Ini semua kerja-kerja blogger barua Umno-BN yang dengki dengan pengikut Pakatan Rakyat (PR). Mereka lebih senang bertindak sebagai batu api agar Ustaz Zamri terus dipecat. Memang bacul!

Perkara itu disahkan oleh penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy. Beliau berkata, arahan pemecatan Ustaz Zamri dan menghentikan program berkenaan dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu.

“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.


Gambar Ustaz Zamri menyertai Himpunan BERSIH 2.0 disebar meluas di internet oleh puak hasad dengki dan tidak boleh menerima kenyataan.
“Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Apa mahu cakap lagi. Itulah situasi yang perlu dilalui rakyat Malaysia di sebuah negara yang dicengkam oleh pemimpin yang tidak boleh menerima kenyataan orang tidak menyokong mereka. Ustaz Zamri merupakan mangsa kerakusan pemimpin Umno-BN yang tidak boleh menerima kenyataan.

TV9 bakal menanggung akibatnya daripada penonton hasil diperalat oleh pemimpin Umno-BN yang cuba menyekat kebebasan hak memilih dan menyokong sesiapa yang dimahukan. Bagi mereka, hanya penyokong Umno-BN sahaja yang boleh hidup aman di negara ini, selain dari itu harus dipulaukan.

Dilihat, keadaan itu bukan menguntungkan TV9 atau kerajaan jumud BN, bahkan rakyat pasti akan menghukum mereka yang rakus itu dalam pilihanraya umum akan datang.

Tiada beza dengan apa yang pernah dihadapi oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang dipulau oleh musyrikin Quraish kerana memeluk Islam dan meninggalkan agama nenek moyang mereka. Namun Islam tetap utuh dan semakin dijulang tinggi.

Semuanya kerana bimbang pengaruh pemimpin sedia ada hilang. Pangkat pun jatuh. Inilah situasi serupa yang cuba digunakan oleh pemimpin Umno-BN terhadap musuh politiknya.

Kita semua jadi mangsa Umno BN

Suhaizan Kaiat

Sudah dua kali hak saya sebagai warganegara Malaysia dihalang untuk bebas bergerak dan bersuara.

Pertama pada 9hb Julai 2011 saya dihalang untuk berada di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan semalam saya pula dihalang untuk mengajukan soalan kepada Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Bin Wan Omar kononnya atas arahan orang atasan.

Walaubagaimana pun saya mengucapkan tahniah kepada Sinar yang telah menganjurkan “Dialog Apa selepas 9 Julai?” dengan mempertemukan Bersih 2.0 dan SPR. Bersih 2.0 telah dianggap sebuah pertubuhan haram oleh Menteri Dalam Negeri.

Secara tidak langsung Sinar sudah berani menyangah pandangan Menteri Dalam Negeri dan lebih mirip kepada pandangan Timbalan Menteri Pendidikan YB Saifuddin Abdullah yang menggangap Bersih 2.0 bukan sejenis pertubuhan tetapi sejenis aktiviti NGO yang berdaftar.

Sebenarnya saya mahu mengajukan beberapa soalan kepada Datuk Wan Ahmad iaitu berkaitan dengan Double Voting, Daftar Pemilih, Pengundi Pos dan Advance Voting.

Pada 7hb Oktober 2009 telah diadakan pertemuan antara SPR dan pemimpin PAS yang dianggotai oleh Dato Mustafa Ali , Dato Abdul Halim Abd Rahman, Tuan Hj Mohzit bin Mohid dan saya sendiri.

Pemuda PAS telah mengemukakan senarai 253 pengundi pos yang bertindan.

Mereka mempunyai nama sebagai pengundi pos di Bagan Pinang tetapi mempunyai nama yang sama di tempat lain. Pertindanan ini telah berlaku dalam pilihanraya umum 2008.

Dalam perbincangan itu SPR telah berjanji untuk menghapuskan pertindanan ini. Malangnya pertindanan ini masih lagi berlaku pada tahun 2011. Pertindanan ini bertentangan dengan perkara 119 Perlembagaan Malaysia.

Saya mempunyai terlalu banyak bukti pertindanan ini.

Dalam kenyataan Dato Wan Ahmad kepada The Star pada 24hb Julai 2011, bahawa beliau bersetuju bahawa terhadap kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR yang sah. Secara tidak lansung juga SPR telah mendaftarkan pengundi yang tidak sah. Itulah yang dinamakan pengundi hantu.

Persoalannya mengapa SPR menafikan pengundi hantu?

Walaupun saya tidak dapat mengajukan soalan tetapi soalan ini dapat disampaikan oleh Tuan Hj Mohzit Bin Mohid.

Malangnya Dato Wan Ahmad menjawab bahawa soalan itu hanya sesuai untuk kerani sahaja bukan ahli suruhanjaya diraja sepertinya. Beliau hanya bertanggungjawab terhadap dasar-dasar dalam SPR bukan membuat kerja kerani.

Sepatutnya Dato Wan Ahmad tidak memberi jawapan seperti itu. Terbukti jawapanya telah di “boo” oleh penonton. Persoalannya apakah dasar yang dipakai oleh SPR jika masih terdapat pertindaan pengundi walaupun telah ditegur pada tahun 2009?

Apakah dasar SPR membenarkan nombor kad pengenalan yang diklon dibenarkan masuk dalam daftar pemilih SPR yang sah?

Saya berpendapat bahawa SPR sebenarnya terperangkap dalam kerangka politik sempit Umno, Barisan Nasional. Pembaharuan yang mahu dibuat oleh mereka tidak mendapat sokongan pemerintah.

Contohnya apabila SPR memperkenalkan pengunaan dakwat kekal pada tahun 2008 maka Pengerusi SPR di ajukan dengan persoalan keselamatan negara yang tidak masuk akal.

Inilah bukti bahawa SPR sebenarnya bukan badan bebas untuk melaksanakan pilihanraya yang bebas dan adil. Sampai bilakah SPR mampu melepaskan ikatan daripada pemerintah yang zalim? Yang menjadi mangsa adalah kakitangan SPR seperti Dato Wan Ahmad yang terpaksa menjawab segala persoalan yang tidak mempunyai jawapan. Beliau sendiri pun tidak boleh menerima jawapan yang beliau sendiri berikan.

Itulah hakikat kerajaan zalim Umno Barisan Nasional yang wajib ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang. Bantahan saya kepada SPR selama ini adalah umpama pukul anak sindir menantu sahaja. Kita semua rakyat Malaysia menjadi mangsa kepada kezaliman kerajaan Umno Barisan Nasional.

SUHAIZAN BIN KAIAT,

PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI DAN MOBILISASI, PEMUDA PAS MALAYSIA

KETUA PEMUDA PAS NEGERI JOHOR

Monday, July 25, 2011

BIOMETRIK : LAIN YG ROSAK LAIN YG DIREPAIR

Pengundi hantu adalah di antara penyumbang yg membolehkan UMNO masih bernyawa hingga hari ini. Sebab itu dia buat2 bodoh menangani aduan rakyat. Perkara utama yg dipertikaikan ialah masalah daftar mengundi lebih dari sekali dan perkara ini diakui sendiri oleh SPR. Masalah kedua ialah lambakan jumlah pengundi berumur lebih dari 100 tahun yg amat melampau.

Sistem biometrik cuma mampu halang IC guna dua kali tapi tak mampu halang hantu yg ada banyak IC utk mengundi dua kali. Tidak ada penambahbaikkan langsung berbanding sistem yg sedia ada malah dgn menggunapakai tanpa diujilari terlebih dahulu, silap2 tempoh mengundi terpaksa dilanjutkan hingga jam 12 tengah malam. Dan peluang itulah sebenarnya yg UMNO alu2kan utk. melepaskan lebih banyak hantu2 mereka. Mungkin sistem ini jangka hayatnya tidak lama dan membazir wang rakyat. Namun apa UMNO peduli semua itu. Yg penting mereka masih ada talian hayat.

Pemimpin UMNO amat sukar utk mengakui kesilapan diri sekali pun sesuatu itu jelas membazir dan merugikan wang rakyat. Mereka nampak macam sudah komited utk. menggunapakai sistem itu. Belum sempat SPR mohon, kelulusan berjuta RM telah pun diumumkan oleh kerajaan utk membeli barang yg tidak dialu2kan kehadirannya oleh rakyat. Tabik spring buat APCO yg mencetuskan idea yg amat bernas ini demi kepentingan UMNO.

Inilah balanya hasil melantik pemimpin dari kalangan org yg tidak beriman. Semua idea yg mereka hasilkan pasti memeningkan kepala memikirkan kejujurannya lebih2 lagi yg melibatkan RM. Kalau duit royalti kelantan yg lengkap dgn MOU pun mereka boleh putar belit, macam mana nak percaya dgn data yg mereka keluarkan tanpa MOU ? Tidak ada siapa yg boleh menghalang pemimpin mengubah fakta hasil negara melainkan iman. Hanya kesedaran rakyat yg menyeluruh sahaja yg mampu menyelamatkan negara.

Kerajaan silap anggap biometrik selesaikan masalah
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Kerajaan silap apabila menyifatkan langkahnya memperkenalkan sistem biometrik boleh meredakan kebimbangan terhahap ketelusan pilihan raya kerana sistem ini menambahkan lagi kebimbangan rakyat.

Dr. Dzulkefly Ahmad ketika diminta mengulas perkara itu berkata, sistem biometrik hanya mampu mengenal pasti mereka yang mempunyai MyKad dan berdaftar sebagai pemilih dalam senarai pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di kawasan tertentu.

Bagaimanapun, sistem itu masih tidak mampu menyelesaikan masalah pokok yang dibimbangi rakyat iaitu pengundian berganda.

"Apakah jaminan seseorang yang telah mengundi tidak boleh mengundi lagi di tempat-tempat lain.

"Apatah lagi sistem biometrik hanya diketahui oleh pegawai dan tidak diketahui oleh rakyat dan petugas.

"Berbeza dengan dakwat kekal, apabila sesorang itu dicalit dakwat, semua orang tahu bahawa beliau telah mengundi dan tidak boleh mengundi lagi," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Sunday, July 24, 2011

BIOMETRIK TAK MAMPU HALANG UNDI DUA KALI

AMAT BAHAYA PILIH YANG ADA 'TRIK'

Semua tahu BIOMETRIK memang ada perkataan trik di dalamnya. Mahukah rakyat jalani Sistem Pengundiaan Pilihanraya Umum 13 dengan trik UMNO/BN?
Manakala dalam perkataan CAT JARI atau DAKWAT KEKAL tiada perkataan TRIK. Trik atau dalam bahasa Ingeris ialah trick yang bermaksud tipu-helah.

Kebaikan Dakwat Kekal :- Secara fizikal kita boleh lihat si pengundi yang telah mengundi ada kesan pada jari dan sudah tentu hidar dari menggundi sekali lagi.
Pengundi yang telah dicalit dakwat kekal tersebut tidak dapat melakukan pengundian kali kedua. Ini amat jelas dan mudah dicam.
Keburukan Biometrik : 1. BN baru mencuba pada Pendatang dari luar Malaysia yang bekerja dengan membuat pendaftaran a ar pihak imegresen dapat mengesan kemasukan semula atau untuk tujuan tertentu.
2. BN akan menafikan pengundi yang telah dikenalpasti agar undi mereka ditolak semasa pengesanan cap jari walaupun penama pengundi wujud dalam sistem.

Bijakkah seorang PM mahu menguatkuasakan sesuatu yang baru yang belum diuji atau yang sedang diuji untuk dilaksanakan kepada rakyat?
Rakyat sedar cara 'biometrik' baru diuji untuk mendaftarkan Pendatang dari luar Malaysia yang diambil bekerja di kilang, ladang dan rumah-rumah.
Sedangkan penggunaan Biometrik baru mula ,teman ulangi penggunaan biometrik baru bermula dan tiada kaji selidik dan laporan kesan baik/buruk .
BN cuba memaksa rakyat menerima cadangan tersebut secara mengkhinzir buta seperti projek Lynas yang telah dalam pembinaan baru nak dikaji selepas dikeji.

Friday, July 22, 2011

MENGAKU BAIK : KALAU TAK MALU DGN ALLAH, MALULAH DGN ORANG !



SPR PERLU TUNAIKAN 8 TUNTUTAN BERSIH 2.0 UTK. ELAK KERAJAAN HARAM SELEPAS PRU13

PAS Terengganu dedahkan 44 pengundi boleh mengundi lebih sekali

E-mail Print PDF

SETIU - Terdapat 44 pengundi dalam senarai daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya di negeri Terengganu dikesan sehingga kini mempunyai dua nama ditempat yang berbeza.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

Oleh itu, menurutnya, mereka boleh membuang undi lebih daripada sekali.

"di (negeri) Terengganu (sehingga kini) daftar pemilihnya ada 44 orang yang namanya sama, nombor kad pengenalan lama sama, tapi (nombor) kad pengenalan cuma dua angka digit terakhir itu berbeza,

"jadi bermakna 44 orang ini, besr kemungkinan kalu mereka mahu boleh mengundi lebih daripada sekali,"jelasnya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Dewan harian Badan Perhubungan PAS Terengganu, di sini Khamis 21 Julai.

[Gambar - Wahid jelaskan 44 pngundi boleh mengundi dua kali]

Katanya, tujuan beliau mendedahkan perkara tersebut adalah kerana mahu memberikan fakta yang jelas, mengapa tuntutan BERSIH 2.0 adalah relevan.

Beliau berkata, salah satu dari lapan tuntutan BERSIH 2.0 kepada pihak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah meminta supaya dilakukan pembersihan dalam senarai daftar pemilih yang telah dikeluarkan.

Tambahnya, senarai 44 {lampiran di bawah} orang tersebut adalah dikesan dari semua kawasan parlimen, dari Kemaman hingga ke Besut.

Beliau yakin mereka boleh mengundi lebih dari sekali kerana menurutnya, melalui pengalamannya, SPR akan membenarkan mereka mengundi sekiranya hanya dua angka berbeza.

"hanya dua angka terakhir berbeza dan pengalaman kita dengan SPR waktu pilihanraya, bila hanya dua angka berbeza, dia boleh mengundi,

"diberikan ruang mengundi dua kali tanpa dibantah kerana dia (SPR) kata, sikit sangat perbezaan,"tegasnya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Timbalan-timbalan Pesuruhjaya, Ustaz saiful bahri Mamt, Hji Muhyidin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak serta Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Ngeri Terengganu, Ariffin Deraman

Wednesday, July 20, 2011

jangan percaya kata2 mereka selagi tidak ambil al quran secara menyeluruh

Video perhimpunan dimanipulasi



KUALA LUMPUR 20 Julai - Portal berita propembangkang dikesan mengubah video berhubung kejadian yang berlaku pada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu, bagi memburukkan imej polis.

Tindakan pihak berkenaan dianggap melampau apabila mereka dikatakan membuat teknik ubahan (tampering) pada klip video itu.

Sumber berkata, hasil himpunan video yang diperoleh untuk didedahkan kepada umum, polis mendapati terdapat klip yang dibuat pertindihan suara.

Menurutnya, selain itu, polis juga telah memperoleh video asal tentang dakwaan blog-blog tertentu bahawa polis bertindak membiarkan seorang lelaki yang memerlukan bantuan perubatan dalam keadaan bergari.

Katanya, dakwaan dan tohmahan yang dibuat kononnya polis telah bertindak kejam dan mengamalkan kekerasan melampau adalah tidak benar.

"Terdapat video yang menunjukkan tindakan seorang peserta perhimpunan haram yang sanggup menunggu kedatangan polis untuk memulakan kekacauan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam klip video tersebut, penunjuk perasaan itu dilaporkan duduk bersila sambil memberitahu rakannya yang lain, 'dia (polis) tak datang, kita (penunjuk perasaan) gagal," merujuk kepada usaha mereka untuk menunggu kehadiran polis sebelum menimbulkan provokasi.

Sumber itu menambah, pendedahan yang akan dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar selepas ini perlu diamati dengan sebaik-baiknya oleh masyarakat.

Katanya, masyarakat perlu melihat bagaimana usaha peserta perhimpunan berkenaan yang sebenarnya mencipta provokasi terhadap polis.

"Masyarakat juga perlu menilai ketelusan yang diuar-uarkan portal berita propembangkang apabila mereka sanggup membuat pertindihan suara dan teknik ubahan dalam video yang diambil.

"Berdasarkan tindakan itu, portal tersebut perlu dikenakan tindakan tegas berikutan kesalahan memaparkan berita palsu kepada pembaca untuk memburuk-burukkan pihak keselamatan," ujarnya.

Tuesday, July 19, 2011

BERKATA BENAR SEKALI PUN IANYA PAHIT

Kerajaan BN guna pemimpin agama untuk pertahankan kuasa zalimnya - Dr Asri

Dalam pandangan dilihat menyentuh kesan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Putrajaya telah mempergunakan pemimpin agama untuk mempertahankan kuasa sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah.

Bekas mufti Perlis (gambar) berkata pemerintah di Timur Tengah yang sebahagian besarnya adalah “korupsi dan zalim” mempergunakan pemimpin agama untuk membela mereka.

“Mereka (pemimpin agama) memahami nas-nas al-Quran dan Hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siasah sama seperti ibadat khusus yang tidak boleh dilakukan pembaharuan dan tokok tambah,” kata tokoh agama yang memperlihatkan pendirian progresif.

Tenaga akademik dari Universiti Sains Malaysia ini memberitahu, keadaan itu wujud apabila kelompok terbabit mentafsir hadis-hadis politik secara literal, yang seakan-akan Islam memberikan ‘lesen’ besar kepada pemerintah untuk melanyak rakyat dan rakyat pula diikat kaki, tangan dan mulut dengan nas-nas agama dari bertindak atau membantah.

“Lebih hodoh lagi, hanya nas-nas yang ‘kelihatan’ propemerintah sahaja yang dibaca, diforumkan, diwar-war dalam pelbagai saluran sedangkan nas-nas yang memberikan amaran terhadap kezaliman pemerintah tidak pula dicanangkan,” kata beliau.

Di Malaysia kata Asri, “kita dapat melihat fonomena ini semasa isu demonstrasi panas baru-baru ini dalam masyarakat.”

“Di sini bukan bertujuan menyokong atau menentang demonstrasi aman, tetapi sekadar ingin membincangkan kefahaman sesetengah pihak mengenai hadis-hadis berkaitan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Bersih 2.0 untuk menuntut transformasi pilihan raya yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan dan disokong Pakatan Rakyat mengemukakan lapan tuntutan yang perlu dilaksanakan iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat ditahan.

Jelas Asri, tindakan berbentuk keganasan tidak boleh dilakukan terhadap rakyat sekiranya tiada pententangan dilakukan termasuk perkara yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar.

“Hadis tentang taat dan patut sekali pun dirampas harta dan dipukul itu, ia merujuk kepada keadaan di mana jika penentangan dilakukan akan menyebabkan kerosakan yang lebih besar seperti pemerintah akan membunuh atau memusnah orang lain yang tidak bersalah sedang kita tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada mereka.

“Ini terutama di zaman dahulu yang terkenal dengan penumpahan darah. Begitu juga di bawah rejim-rejim yang zalim yang hanya merugikan para penentang dan negara secara umumnya,” katanya.

Jelas beliau, keadaan kini sudah berubah yang mana setiap negara terikat dengan peraturan antarabangsa terutamanya mengenai hak asasi manusia.

Namun, katanya, apabila dunia berubah negara-negara terikat dengan peraturan antarabangsa mengenai hak asasi rakyat.

“Juga, apabila negara-negara itu meletakkan dalam perlembagaan mereka tentang hak-hak rakyat, dalam ertikata lain membantah pemerintah dalam negara demokrasi aman itu adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap menentang negara kerana diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan negara dan persetujuan antarabangsa,” katanya.

“Maka, konteks Hadis sudah berbeza,” kata Asri sambil menambah, “Islam bukanlah agama yang memberikan lesen kepada pemerintah untuk berbuat apa sahaja dan rakyat wajib mendiamkan diri.”

Oleh itu tegas beliau, jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah.

Dengan mengambil contoh daripada Hadis, Asri berkata “Rasulullah sendiri sebagai pemerintah membenarkan diri Baginda dibalas.”

Tegas beliau, pemerintah tidak dibenarkan sama sekali untuk bertindak sewenang-wenangnya apatah bertindak ganas terhadap rakyat.

“Jika pemerintah itu diberikan wewenang untuk memukul dan mengambil tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan itu?

“Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama? Maha Suci Allah dari menurunkan agama yang seperti itu,” katanya. -The Malaysian Insider

SPR TUKANG JAGA PENGUNDI HANTU UMNO ?

Blogger kesan IC sama tapi 2 nama pemilih
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Blogger Mutaligat dalam blognya mutaligat.blogspot.com hari ini mendedahkan penipuan dan penyelewengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam tulisannya Mutaligat menyatakan seorang pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama 6830901 yang sama mempunyai 2 nama yang hampir serupa, cuma ejaan yang berlainan.

Yang pertama, Daud Bin Mohd mengundi di Dun Asahan, Parlimen Alor Gajah dan kedua Daud Bin Mohamad mengundi di Dun Bemban, Parlimen Jasin.

"Bagaimana orang yang berlainan mempunyai no kad pengenalan yang sama?" soal beliau.

Pendedahan ini dibuat oleh beliau hasil dari maklumat yang diperolehi dari laman sesawang SPR sendiri.

Mungkinkah beliau ini orang yang sama dan boleh mengundi dua kali. Dun Bemban dan Dun Asahan terletak tidak jauh antara satu sama lain dan memang tidak menjadi masalah untuk orang yang sama mengundi pada hari yang sama.

Pendedahan kedua melibatan seorang pengundi bernama Asia Binti Osman bernombor Kad Pengenalan lama 5962350 yang mempunyai 2 tempat mengundi yang berlainan satu di Dun Taboh Naning dan satu lagi di Dun Ayer Limau kedua-duanya dalam Parlimen Masjid Tanah.

Namanya hanya dibeza dengan perkataan 'Binti' dan satu lagi 'Bt'.

"Inilah penipuan SPR yang tidak boleh disangkal lagi?" soalnya.

Blogger Mutaligat menggesa SPR menjawab segala isu ini yang jelas amat meragukan orang ramai.


Monday, July 18, 2011

HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM

Seorang pemimpin ditangkap...

Oleh: hidup_akhirat

Layakkah orang dalam gambar diatas menangkap Tuan Guru. Apabila Hj Hadi ditangkap semasa Bersih 2.0, namanya keluar dalam hampir semua media termasuk akhbar seluruh dunia termasuk negeri China, Eropah, Arab, Afrika dan USA.


TG Abd Hadi ditangkap polis ketika Himpunan BERSIH 2.0 9 Julai lalu di KL Sentral.
Mengapa ianya dikenali diperingkat antara bangsa tetapi tidak dikenali oleh segelintir rakyat Malaysia sendiri.

Walaupun terdapat ribuan koleksi kuliah agama yang merangkumi pelbagai tajuk dan kitab serta pelbagai buku yang telah ditulisnya mungkin ada yang tidak pernah membacanya kerana budaya mencari ilmu agak kurang bagi setengah orang.

Haji Hadi adalah salah seorang dari alim ulama dalam dunia Islam yang akan dipanggil apabila dunia Islam menghadapi masaalah selain dari persidangan tahunan.

Contohnya apabila Iraq menyerang Kuwait dan kemudiannya Iraq dikalahkan Amerika dengan bantuan Saudi (tapi Saddam masih berkuasa), Haji Hadi adalah salah seorang yang dipanggil untuk berbincang.

Sewaktu berbincang untuk menentukan adakah Saudi yang bersalah kerana bersubahat dengan Amerika atau Iraq yang bersalah, telah berlaku satu bentuk layanan yang amat istimewa bagi Haji Hadi yang tidak pernah dialaminya sebelum itu.

Selesai muzakarah di Baghdad, walau pun telah ada kapal terbang yang akan membawa kedestinasi seterusnya iaitu Arab Saudi, raja Arab Saudi telah menghantar jet peribadinya yang sedia menunggu untuk membawanya ke Arab Saudi. Itulah pengalamannya menaiki jet raja Saudi yang terkenal dengan kemewahannya.

Bila tiba di Arab Saudi, ia disambut seperti tetamu Negara dan dibawa kesebuah hotel. Walau pun ia hanya seorang diri ia telah diberi lima buah bilik suite yang di khaskan untuk pemimpin Negara.


GAMBAR rumah Hj. Hadi. 'Diberanda itulah saya berbual dengannya - Penulis'.
Saya pernah berkesempatan berbual dengannya diberanda luar rumahnya selepas PRK Pengkalan Pasir, ia beritahu terpaksa meninggalkan kempen kerana terpaksa berlepas ke Jordan untuk menghadiri satu persidangan.

Tetapi siapakah dia apabila melihat rumah kediamannya walaupun pernah menjadi Menteri Besar selama satu penggal.

Ramai yang mengejek bahawa apa yang diperoleh oleh pemimpin dan pengikut Pas dalam perhimpunan Bersih 2.0.

Jawabnya ialah habuan akhirat. Habuan akhirat yang tinggi kategorinya amalah sukar diperoleh. Berpandukan nas-nas ulama menganggarkan hanya 70,000 orang dari berbilion umat Islam akan masuk syurga tanpa hisab dan selebihnya terpaksa mengharungi tempoh perbicaraan yang maha panjang.

Menyedari hal ini, ilmu Islam telah dipelajari dan dikaji dengan bersungguh-sunguh. Apabila lapuran menyebut terdapat RM 889 bilions wang telah dibawa keluar dari Malaysia secara haram, tentulah wujud penyelewengan dalam pemerintahan Negara. Oleh itu satu perubahan kearah kebaikan perlu dilakukan. -TKO

Mangsa kekejaman polis boleh dakwa kerajaan dan polis – Bekas ketua polis

WarkahDaily – Negara yang disangka demokrasi tetapi rupa-rupanya masih lagi diperintah komunis. Namun komunis Malaysia berwajah Umno-BN yang dahulunya menuduh pihak BERSIH 2.0 sebagai dalang yang mahu pergerakan komunis kembali di negara ini.


Lebih dahsyat lagi, tindakan kekejaman kerajaan Umno-BN melalui polis turut membuat sebuan dan semburan air kimia ke arah kawasan hospital dan tempat ibadat.

Bagi bekas Ketua Polis Daerah Baram, Sarawak, Voon Lee Shan (gambar), tindakan itu adalah tidak beradab dari pihak polis.

Dipetik dari Keadilandaily, Voon berkata, semua tangkapan pada hari tersebut sebagai tidak sah, Voon menjelaskan peserta himpunan yang dikasari perlu mempertahankan hak mereka, termasuk mendakwa kerajaan dan polis.


“Sedangkan orang yang bersalah atas dakwaan jenayah pun wajib diberi hak keselamatan dan perlindungan. Apa lagi peserta himpunan aman?

“Kalau orang yang dah berlindung di hospital pun – ditangkap, itu tak beradab. Tak berperikemanusiaan,” kata Voon yang pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Pendakwaraya di Kuching selama 7 tahun.

Beliau menjelaskan, polis selalunya beralasan tindakan mereka dengan tujuan mempertahankan keselamatan dan menguatkuasa undang-undang.

“Tetapi polis perlu ingat, peserta himpunan juga mempunyai hak yang termaktub dalam undang-undang.

“Artikel 10 Perlembagaan Pesekutuan melindungi hak rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman. Undang-undang itu lebih unggul (superior) daripada Akta Polis yang kononnya digunakan untuk membenarkan tangkapan,” katanya kepada Keadilandaily.

Ditanya mengenai serangan dan tembakan gas pemedih mata terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di KL Sentral, Voon memaklumkan melalui pemerhatiannya, polis tidak mematuhi kaedah standard operasi (SOP)

“Mereka tidak berunding atau memberikan masa. Malah, tembakan amaran yang dilepaskan tak mengikut prosedur yang sepatutnya berjarak masa yang munasabah.

“Ini melampaui batas,. Kerajaan wajib bertanggungjawab atas tindakan mereka,” jelas Voon.

Sunday, July 17, 2011

Hanya negara komunis tak benar demonstrasi

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 18 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, seluruh negara yang mengamalkan demokrasi moden mengizinkan rakyatnya meluahkan perasaan kepada kerajaan.

Ia bukan sahaja melalui wakil rakyat di parlimen, malah melalui media dan juga demonstrasi aman.

"Kerajaan bertanggungjawab melalui polis untuk menjaga keamanan dan keselamatan jalan raya dan peserta demonstrasi. Ini berlaku di seluruh dunia.

"Yang tak benar demonstrasi ini hanya negara komunis sahaja, kalau demonstrasi dia tangkap" katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di sebuah hotel di Ampang, semalam.

Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata demikian sebagai membidas tindakan kerajaan yang menyifatkan himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu sebagai himpunan haram.

Malah lebih teruk dari itu, pihak keselamatan menggunakan kekerasan semasa menangani peserta himpunan itu sehingga ramai yang cedera dan salah seorang darinya meninggal dunia.

Sementara itu, mengulas impak himpunan yang disertai lebih 50, 000 rakyat itu, presiden PAS itu berkata ianya telah berjaya menyedarkan seluruh rakyat Malaysia berhubung kepincangan sistem pilihan raya negara.

Kejayaan itu jelasnya dapat di lihat dari awal apabila penyertaan begitu besar dalam himpunan itu yang hadir dari seluruh negara biarpun pihak kerajaan menggunakan pelbagai cara bagi menghalang himpunan tersebut daripada berlangsung.

"Alhamdulillah, kita dapat respon positif dari masyarakat yang bermaklumat.

"Follow up kita diseluruh negara, melalui ceramah-ceramah kita mendapat sambutan yang sangat hebat," katanya.

Wednesday, July 13, 2011

Tolak keganasan = tolak PM Najib = tolak rosmah

Najib Cakap Polis Layan Rakyat Dengan Baik? Jom Kita Tengok Gambar Ini

July 11, 2011

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/262132_217131031655531_208612342507400_547801_2028163_n.jpg

Mampukah polis ini mencari mangsa yg disepaknya utk. memohon ampun sebelum bertemu Allah ?

Saturday, July 9, 2011

Himpunan Bersih : Mangsa gas pemedih mata meninggal

Awas....dosa2 kamu amat sukar untuk dimaafkan. Pemimpin UMNO, polis yg terlibat dan penyokong UMNO pasti tidak akan terlepas dari dibicarakan di hadapan Allah di hari mahsyar ! Kitab mana yg di rujuk bagi menghalalkan kamu menembak gas pemedih mata dan water canon ?
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.

Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang.

Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.

Isteri belaiu, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.

"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak loarat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.

BERSIH 2.0:Lihatlah Gambar-gambar Dan Video Keganasan Polis Untuk Tatapan Umum, Anda Jadi Saksi Keganasan Polis Terhadap Peserta Bersih 2.0.







https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhiuMu3rJ5TO7bbEMHGpldq_hIikX7zx04UiEzQ8XXLxxNZIvAjoYrMGVgIMITbNBB5nfrqAYil7Zo6alYZiQE3ry8lSSvIxq_EVbDmnTBweQVO4U_AoINsA_lFtd3zueGNfQQTM6VlzGmb/s1600/anwarhospital.jpg
DSAI Antara mangsa keganasan FRU

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQnRGvo5LnyNJZR3tlDIKRlH2ut_v-7ohAw9dvudD-FJuHpGx7A-9zhPHbFEwXwcalTixHAnx0AWAw0Q2EkZAzokP4SUfhZLJlNE99Q6K3Q6KEd0M5UuB8aodM77Ajl83xcaWF20Zt0Wd4/s1600/khalid_cedera.png
Khalid Samad cedera dikepala dan menerima 6 jahitan


Gas Pemedih Mata digunakan sewenang-wenangnya
(Sehingga ada peserta Bersih yang meninggal dunia)

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/263968_10150235137522592_358919387591_7896636_7105042_n.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6vMtdd8c-TZY-nZQI3_GwYCK2X63YPXFxl8SWaHpztH7Wx5b9M04VHjJYlHMEW7RPEU9bOjswDI4-bws3-MTMSgrr-eRRUfNUSptCSm_fZAfv9vu4rYL_x8oozZD6c31-qBd_1lH7GVlt/s1600/280a84e6ad5a1a4dd9304c72cff63c36.jpg

Polis tidak kenal erti belas dan kasihan terhadap rakyat.
Rakyat biasa digari seperti penjenayah.





Remaja ini patah kakinya dikasari FRU

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9T1TPxYuMe5p0u_XlOzB_hy1yWpVpCxg3stOgJGV8GMhPGzKsFZiMsYKSRUpVkbgzgzmnzDcd4S2GmlEOzMs193AYdWcSRLAzEGKxJ0SVJ2MZ6Z4I73D7ySk9X4kWZNEQukjcWtlRJxSw/s1600/IMG02466-20110709-1546.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioJCpv3Gvx8MVGl3XV0crCU9HqxSVYTnn2FEJ3W_2y5wXJeP6bBqNJZqBqV79mhuL0zcnPaO3Ik6762LXWIj7zw4I8NBzgPF16hIBGaFJVWG6PFEn9QJNUci4VagDSETi33QbtpHhI7a35/s1600/IMG02470-20110709-1549.jpg

Wanita juga turut terima nasib yang sama.

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/271092_144267415650504_100002017387311_270532_3482128_n.jpg
Peserta Bersih ini dipukul dengan teruk walaupun keseorangan dan tidak melawan.


SUMBER:BLOGGERS PR

Friday, July 8, 2011

RAKYAT MALAYSIA PATUT MALU DGN DATUK AMBIGA

Diantara ciri2 utama org beriman ialah amanah, jujur dan adil. Sebagai tulang belakang pemerintah Malaysia, UMNO sepatutnya duduk jauh di hadapan mendahului rakyat berkempen ke arah itu. Namun sebaliknya berlaku apabila mereka sendiri menjadi juara di dlm membohongi rakyat, ketidakadilan dan salahguna kuasa. Mereka membaham duit rakyat dgn licik. Kemudian dgn muka selamba mereka mencipta alasan yg dimakeup indah bagi menghalalkan kerja busuk tersebut.

Dlm masa yg sama mereka melabelkan kerja baik pembangkang dgn label yg jijik dan mazmumah. Mereka memfitnah pembangkang membuat kerja2 yg dimurkai Allah. Tujuan mereka ialah utk. meraih sokongan golongan masjid utk. membenci pembangkang khususnya PAS. Mereka memesongkan agama utk. menipu rakyat agar menyokong mereka. Mereka terlibat secara aktif merealisasikan tanda2 kiamat yg besar iaitu, "....
Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya."

Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah malangnya rakyat Malaysia. Sudahlah dapat pemimpin yg tidak peduli dosa dan pahala, rakyat sendiri sebahagian besarnya masih hanyut dgn dunia kelalaian. Masih memenuhi sebahagian besar kehidupan dgn hiburan tanpa disedarai tanah tempat mereka berpijak semakin hari semakin tergadai. Jiran2 kita semakin hari semakin ramai yg tidak tahu bercakap melayu sedang umur sudah setengah abad. Mereka mungkin sebahagian warganegara Malaysia "mee segera". Kewarganegaraan mereka didaftarkan utk. memenangkan UMNO.

Kepincangan itu sudah lama berlaku. Berbagai usaha sudah dilakukan dan beratus ribu laporan polis telah dibuat. Namun oleh kerana kerja jijik itu merupakan periuk nasi UMNO maka semua laporan itu tidak dihiraukan malah UMNO semakin hari semakin menjadi-jadi. Pemimpin UMNO melahap duit rakyat seperti singa baru mendapat buruan. Tiga bulan masuk tahun baru sudah minta belanjawan tambahan.

Parti2 pembangkang sudah lama dipandang tidak baik oleh sebahagian rakyat Malaysia yg berjaya ditipu oleh UMNO. Maka apa juga seruan atau kempen parti pembangkang kearah mendedahkan keburukan UMNO pasti dgn mudah diputar belit oleh UMNO melalui media yg mereka kongkong. Namun kita patut bersyukur kerana Allah mengurniakan kita dgn. seorang rakyat yg prihatin peri pentingnya sebuah pilihanraya yg adil dan bebas supaya pemimpin yg naik benar2 pilihan rakyat. Beliau bukan datang dari parti pembangkang tetapi dari sebuah badan yg. diakui keilmuannya tentang undang2. Beliau seorang perempuan non-muslim. Keilmuannya diakui oleh Malaysia dgn. menganugerahkannya "Datuk". Beliau ialah Datuk Ambiga.
Firman Allah :
ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰ‌ۖ
"Hendaklah kamu berlaku adil kerana berlaku adil itu lebih dekat dgn. taqwa "
Kempen menyeru kpd. keadilan itu sepatutnya dipelopori oleh org.2 yg taqwa spt. ulama, ustaz2, pak2 imam dan orang masjid. Merekalah yg. sepatutnya kedepan kerana kesan ketidakadilan pemimpin (lebih2 lagi pemimpin yg mengaku Islam) akan memberi pandangan buruk dan fitnah yg besar kpd. agama Islam dan kesannya amat menyusahkan rakyat.

Thursday, July 7, 2011

UMNO CETUS HURU-HARA UNTUK HADAPI BERSIH

Road block satu malaysia sudah bermula dari semalam. Asal jalan itu menghala ke KL habis semua diblock. Bandar atau pekan semua tidak terkecuali. Non stop selama 24 jam. 10 kali lalu lalang di situ, maka 10 kali lah kereta kita ditahan. Pergi dan balik kerja kena tahan ! Semuanya gara2 perhimpunan BERSIH pada 9 julai ini.

Kenapa PM Najib begitu huru-hara menghadapi perhimpunan BERSIH sedangkan belum ada dlm sejarah perhimpunan BERSIH pencetus kekacauan ? Segala agenda dan objektifnya sudah pun dihebahkan dan tidak terselit sedikit pun di dlm tuntutan itu yg boleh menimbulkan ketidakselesaan kpd semua kaum. Segala ketidakpuasan BERSIH ditujukan kpd pemimpin shj. Kenapa kecoh2 ? Tang mana yg rasa panas sangat sampai meracau macam kena sawan ? Begitukah pentadbiran telus dan berjiwa rakyat.

Jelaslah bahawa rakyat huru-hara bukan berpunca dari perhimpunan BERSIH tetapi disebabkan pemimpin UMNO yg kepanasan menghadapi tuntutan BERSIH. Tuntutan BERSIH adalah bagi menutup " lorong tikus " yg digunakan oleh UMNO utk menyusup masuk ke Putrajaya. Menghapuskan lorong itu bererti UMNO cuma ada satu lorong shj lagi iaitu lorong ke muzeum negara.

Huru-hara ciptaan UMNO ini tidak habis setakat ini shj. Mereka sudah melampaui tahap maksimum gila kuasa. Senjata itu pasti akan digunakan lagi apabila keadaan terdesak. Utk mengembalikan ketenangan, hanya ada satu pilihan sahaja kpd kita iaitu bersihkan UMNO dari senarai pemimpin Malaysia pada PRU 13 nanti.



Jalan sekitar KL ditutup mulai tengah malam ini
Jul 8, 11 4:56pm
Beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup atau dilencongkan bermula tengah malam ini, dalam usaha polis cuba menyekat perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan di Stadium Merdeka, esok.

Selain BERSIH 2.0, Pemuda Umno juga berkata mereka akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 10 pagi sebelum berarak ke Stadium Merdeka.

azlanMenurut sumber ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur, jalan-jalan yang akan ditutup atau dilencongkan adalah sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.

Gangguan juga akan berlaku di sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara.

Kawasan lain adalah sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

NONESehubungan itu, polis meminta orang ramai memberi kerjasama untuk sentiasa mematuhi peraturan lalulintas dan arahan semasa oleh anggota polis trafik yang membuat kawalan.

Polis juga menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar agar tidak memasuki kawasan berkenaan esok bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.

Setakat ini, polis tidak mengeluarkan sebarang permit bagi sebarang perhimpunan, esok.

Sementara itu, beberapa laluan di pusat bandar dilaporkan juga telah ditutup sebelum tengah malam ini.

NONESelain itu, beberapa sekatan jalan raya yang menghubungkan pusat-pusat bandar juga telah dijalankan sejak petang tadi yang dipercayai bagi melumpuhkan perhimpunan BERSIH 2.0.

Antara laluan berkenaan adalah di Dataran Merdeka dan Stadium Merdeka.

Meskipun keadaan dilaporkan terkawal dengan pengguna kenderaan memberi kerjasama selain mematuhi arahan pihak polis, namun lalu lintas mulai sesak apabila orang ramai pulang dari pejabat.




BERSIH 2.0: Hasil undian Sinar Harian bukti BN bermusuhan dengan rakyat sendiri

WarkahDaily
– Apa lagi yang anda mahu tahu, segala bentuk kajian, undian dan bancian dibuat berhubung Himpunan BERSIH 2.0 yang dituduh haram oleh pemimpin Umno-BN, semuanya berpihak kepada rakyat.


’Print Screen’ undian yang dilakukan Sinar Harian menunjukkan rakyat menyokong BERSIH 2.0 yang cuba diburuk dan diharamkan kerajaan BN. | foto WarkahDaily Images
Kini, kebanyakan rakyat sudah mula menunjukkan riak mereka tidak lagi suka dengan Barisan Nasional (BN) yang mereka tersilap pilih dalam pilihanraya umum lepas (PRU-12).

Sebelum ini, The Star Online telah membuat banciannya berkaitan populariti yang dicapai BERSIH 2.0 yang bertujuan melihat sejauh mana rakyat bersetuju himpunan itu diadakan. Amat mengejutkan, 99% hasil undian bersetuju dengan BERSIH 2.0. Baca laporan seterusnya di sini.

Hari ini, penulis WarkahDaily Online meninjau satu undian yang dilakukan oleh portal berita satu bumbung rasmi Umno, Utusan Malaysia milik KarangKraf, Sinar Harian juga menunjukkan hasil yang sama menyebelahi BERSIH 2.0 yang cuba diharamkan pemimpin kerajaan Umno-BN.

Undian Sinar Harian setakat hari ini, 7 Julai jam 11 pagi, menunjukkan 65% daripada 13,440 orang pengundi telah memilih ‘menyokong’ Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini. Baki daripadanya tidak menyokong.

Jelas, rakyat dilihat tidak termakan dengan provokasi jahat pihak pemimpin Umno-BN dan polis yang bersekongkol untuk melawan kebangkitan rakyat demi survival kuasa mereka.

Sekarang, memberi gambaran kepada kita, pemimpin Umno-BN dan polis bukan lagi bermusuhan dengan Pakatan Rakyat (PR) dan pihak BERSIH 2.0, namun lebih besar lagi, mereka kini sedang berhadapan dengan rakyatnya sendiri. Maksud lain, kerajaan BN telah bermusuhan dengan rakyatnya sendiri.

Tidak keterlaluan jika penulis WarkahDaily Online boleh berkata, rakyat Malaysia sudah muak dan tidak boleh menerima lagi pemerintahan kerajaan BN dan ianya harus digantikan seberapa segera yang boleh.

Hishammuddin tak tahu beza pertubuhan, kempen

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Julai: “Saya berpendapat Bersih bukan sejenis pertubuhan tetapi adalah sejenis kempen,” kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat, Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat (gambar).

Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang telah menuduh Bersih adalah sebuah pertubuhan haram.

Atas tuduhan itumaka pihak polis telah menangkap lebih daripada 100 orang, melarang ceramah-ceramah, menggeledah rumah suspek, membuat sekatan jalan raya, melarang memakai baju Bersih dan lain-lain lagi.

Suhaizan berkata, dalam Akta Pertubuhan di bawah seksyen 2 akta itu menyatakan bahawa sesuatu pertubuhan ditakrif sebagai termasuk mana-mana kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan dengan tujuh (7) atau lebih orang tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal.

Menurutnya, mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka kempen pula bermaksud segala usaha (kegiatan dan tindakan) yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan (rayuan dll) untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dll) Bersih adalah sejenis kempen untuk menjayakan suatu pilihanraya yang adil dan bersih.

“Kempen ini disingkatkan sebagai Bersih,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Johor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, bagi menjayakan kempen itu, maka ditubuhkan jawatankuasa yang dianggotai oleh 63 NGO yang diketuai oleh Datuk Ambiga.

Katanya, jawatankuasa kempen ini bergerak keseluruh negara untuk mendapatkan sokongan bagi mengadakan Himpunan Bersih pada 9hb Julai 2011.

Tambahnya, kempen Bersih adalah seperti Kempen Tak Nak Rokok dan Kempen Kami Benci Dadah.

Jelasnya, kempen-kempen itu dianggotai oleh agensi-agensi kerajaan dan NGO seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan, Kementerian Luar Bandar, Pemadam, Pengasih dan lain-lain lagi.

Kempen itu, ujarnya tidak memerlukan pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang diwujudkan pada tahun 1966 untuk menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966.

Kempen ini adalah sejenis aktiviti agensi kerajaan dan NGO sahaja. Oleh itu Kempen Bersih adalah aktiviti 63 NGO terbabit.

“Saya berpendapat adalah wajar Menteri Dalam Negeri menarik balik tuduhan Bersihsebagai pertubuhan haram,” katanya.

Baginya, Menteri Dalam Negeri sebenarnya gagal membezakan antara pertubuhan dan kempen.

Oleh itu, ujarnya tuduhan-tuduhan di bawah seksyen 47 dan 50(3), Akta Pertubuhan 1966 yang melibatkan kesalahan menyebarkan bahan-bahan berkaitan dengan pertubuhan haram hendaklah digugurkan dengan segera.

Sunday, July 3, 2011

Bersih dan maklum balas daripada kerajaan Barisan Nasional

Kelam-kabut dan gundah-gulana merupakan dua perkataan yang barangkali boleh menggambarkan serba sedikit keadaan UMNO/BN dalam usaha mereka menangani perhimpunan BERSIH 2.0 sebagai Pembuka Jalan Politik Baharu pada 9 Julai ini. Berbagai propaganda telah dilancarkan untuk menghalang perhimpunan tersebut dari terus berlaku. Berdasarkan ucapan, tingkah laku dan riak wajah mereka, 1mesej jelas terpampang, iaitu ‘BERSIH’ akan mengakibatkan UMNO/BN tersungkur dalam pilihan raya ke-13. Maka mesej inilah yang ingin mereka sampaikan kepada para penyokong atau golongan CARMA supaya BERSIH dihalang dengan sedaya upaya.

Walhal segenap lapisan rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan semasa memahami bahawa BERSIH hanya sekadar menuntut pilihan-raya yang bebas dan adil. BERSIH mengemukakan hanya 8 tuntutan yang kesemuanya selari dengan prinsip-prinsip demokrasi. Melalui pilihan-raya yang bersih, maka pilihan rakyat yang sebenar akan dimartabatkan dan kerajaan yang terbentuk akan benar-benar merupakan kerajaan pilihan rakyat. Oleh yang demikian, BERSIH tidak bertujuan menjatuhkan BN mahupun PR, atau menaikkan BN atau PR. Ia bertujuan untuk menentukan rakyat dengan sepenuhnya diberi kuasa untuk memilih kerajaan yang diinginkan mereka dengan menjamin tiadanya penipuan dan penyelewengan semasa pilihan-raya.

BN tersungkur kalau pilihan raya Bersih dari penipuan!

BN memahami hakikat sebenar usaha BERSIH. Namun mereka tetap berusaha keras untuk menfitnah usaha BERSIH dengan bermacam-macam tohmahan dan dakwaan palsu. Mengapa? Jawapannya mudah sahaja. BN sedar bahawa pada hakikatnya rakyat sudah tidak bersama mereka dan pilihan-raya yang bersih, tanpa penipuan undi pos, kad pengenalan palsu, monopoli media dan sebagainya, akan menghasilkan kekalahan bagi BN!

Dalam erti-kata yang lain, pilihan-raya bersih = BN kalah!

Maka itulah sebabnya perhimpunan BERSIH telah difitnah dengan dakwaan kononnya BERSIH ingin menjatuhkan kerajaan melalui huru-hara dan keganasan. Oleh itu ianya diharamkan. Sedangkan himpunan BERSIH adalah himpunan aman yang bertujuan untuk menzahirkan sokongan rakyat terhadap tuntutan supaya pilihan-raya bersih dari penipuan. Ianya bertujuan untuk menganjurkan perarakan aman dari SOGO ke Istana Negara demi menyerahkan memorandum BERSIH kepada DYMM Yang Di Pertuan Agung.

Sebenarnya perarakan sebegini amat mudah untuk dikawal, sekiranya pihak berkuasa menghormati hak rakyat berkumpul dan berhimpun secara aman. Apa yang perlu dilakukan hanya sekadar menjaga lalu-lintas dan laluan kenderaan sepanjang perjalanan dari SOGO ke Istana Negara. Dalam masa tidak lebih dari 2 jam, semuanya akan selesai. Malangnya, UMNO/BN meyakini bahawa pilihan raya yang bersih dari penipuan akan menyebabkan mereka tersungkur. Oleh itu mereka akan terus berpegang teguh kepada kekuasaan dan bertindak untuk menundukkan rakyat.

Tindakan UMNO/BN lebih dahsyat daripada tindakan Israel

Tindakan kerajaan BN memfitnah BERSIH boleh disamakan dengan tindakan kerajaan Israel memfitnah Flotilla LL4G sebagai Flotilla perang yang membawa senjata. Ini sebenarnya tidak menghairankan kerana Tok Guru mereka adalah sama. APCO penasihat kepada kedua-dua kerajaan. Malahan, tindakan UMNO/BN lebih dahsyat dari tindakan kerajaan Israel dalam dua aspek seperti berikut:

a) Mencemar Kesucian Agama Islam

Tindakan UMNO/BN mengatasi tindakan kerajaan Israel apabila pada hari Jumaat yang lalu, khutbah di Masjid-masjid di sekitar Wilayah Persekutuan mengharamkan ummat Islam dari melibatkan diri dalam perhimpunan ini. Hujjah untuk mengharamkannya adalah berdasarkan fitnah UMNO/BN bahawa perhimpunan ini bertujuan untuk melakukan huru-hara, tumpah darah, membawa kerosakan dan berniat untuk menjadikan keadaan Negara lebih teruk dari yang sedia ada. Amat malang apabila mimbar masjid digunakan untuk menyebar fitnah dan tohmahan kerana pada hakikatnya BERSIH inginkan suatu pembaikkan kepada yang sediada melalui satu perarakan yang aman.

Kalau ada yang inginkan huru-hara, ianya bukan BERSIH. Kalau ada yang inginkan tumpah darah, ianya bukan BERSIH.

Amatlah sedih apabila khutbah dipergunakan sebegini rupa. Amat sedih melihat mimbar digunakan untuk menabur fitnah dan dakyah demi kepentingan politik UMNO/BN. Sebenarnya ummat Islam sepatutnya yang pertama bangun untuk menjadi pejuang keadilan dan kebenaran, penentang penipuan dan kezaliman. Tetapi oleh kerana UMNO/BN berkuasa, maka ummat Islam didorong untuk menjadi pembela penipuan dan kezaliman.

Merosakkan agama sehingga diperalatkan untuk membela sesuatu yang jelas songsang dan bercanggah tidak dilakukan oleh mana-mana kerajaan walaupun oleh kerajaan Israel terhadap agama Yahudi. Pilihan raya Israel dilakukan secara telus dan adakalanya parti Likud menang, adakalanya parti yang lain membentuk kerajaan. Tetapi UMNO/BN ingin terus memerintah dan mereka pada awalnya memutar-belitkan undang-undang pilihan-raya. Sekarang mereka sudah mula memutar-belit ajaran agama Islam untuk membela penipuan dan penyelewengan.

b) Mengasari Rakyat Sendiri

Tindakan kerajaan UMNO/BN mengatasi tindakan kerajaan Israel dari satu aspek lagi. Dalam isu Flottila, kerajaan Israel berjanji tidak akan melakukan tumpah darah. Walaupun anggota Flottila terdiri dari warga Negara asing, mereka tidak akan dikasari, menurut Israel. Percaya atau tidak itu soal kedua. Paling kurang Israel mengakui anggota Flottila ada hak dan tidak boleh dikasari atau ditembak sewenang-wenangnya.

Kerajaan UMNO/BN sebaliknya. Melalui polis dan samseng yang bertopengkan NGO, mereka secara terang-terangan mengugut untuk melakukan tumpah darah dan kegansan terhadap rakyat sendiri! Di sini APCO sendiri mungkin terkejut dengan ‘kehebatan’ UMNO/BN. Kesediaan mereka untuk mengasari rakyat sendiri mungkin tidak disangka tetapi pasti merupakan sesuatu yang menggembirakan APCO.



Sumber daripada blog YDP Pas Shah Alam, Khalid Samad

Saturday, July 2, 2011

Satu alamat 88 pengundi, apa penjelasan SPR

http://darisungaiderhaka.blogspot.com

SPR adalah sebuah Badan yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan bertanggungjawab mengawal selia proses pilihanraya negara ini. Ianya sewajarnya adalah sebuah Badan yang bebas dan berkecuali dari mana-mana parti politik samada dipihak Kerajaan mahupun Pembangkang.

Bagaimanapun semalam Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya iaitu Wan Ahmad Wan Omar telah mengeluarkan satu kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti SPR sendiri.

Dalam kenyataannya yang jelas menunjukkan beliau memihak kepada Barisan Nasional, Wan Ahmad telah mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya.

Hujah yang sama telah digunapakai oleh Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum itu.

Wan Ahmad turut mendakwa pembangkang risau menyaksikan kebangkitan BN dan mahu menggerakkan Bersih kali kedua setelah menyaksikan bagaimana perhimpunan tahun 2007 membawa kepada 'tsunami' politik yang memberi kemenangan besar kepada PR pada PRU 2008.

Mungkin Wan Ahmad mempunyai terlalu banyak masa terluang hingga membolehkan beliau memikirkan akan agenda Pakatan Rakyat dalam perhimpunan BERSIH 2.0 akan datang ini..

Hal yang sepatutnya beliau mendiamkan diri bagi menunjukkan bahawa beliau seorang yang mempunyai kredibiliti dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan terhadapnya oleh Raja-Raja Melayu.. bukannya sibuk untuk memberikan ulasan..

Beliau sepatutnya membuat semakan terhadap daftar Pemilih yang baru dikemaskini Mei lalu, jika beliau serius akan tanggungjawabnya beliau harus menjelaskan bagaimana sebuah rumah yang kecil ini boleh terdapat seramai 64 pengundi didalamnya.. dan bagaimana pula sebuah lagi rumah yang berada dikawasan yang sama boleh mempunyai seramai 88 pengundi pula?

Ini adalah pemilih yang beralamat 1138 kesemuanya ialah 64 Orang, nombor dihadapan senarai adalah nombor siri dari Daftar Pemilih dan nombor terakhir adalah alamat rumah.

15 330422085529 L 1933 MOHD YUSOF BIN MOHD SOOM 1138
48 410403085435 L 1941 MOHD HUSSIN BIN CHAT 1138
44 410108075218 P 1941 RAMLAH BINTI MAT ALI 1138 TBP
76 441202085836 P 1944 EMBIN BINTI ABD RAHMAN 1138
86 460819025036 P 1946 KHATIJAH BT HASSAN 1138
95 470102075254 P 1947 KARTHIYANI A/P PERUMAL 1138
98 470302025470 P 1947 SITI ASA BINTI ARIFIN 1138
114 480928075516 P 1948 MANGGAKASSIN A/P PARMAL 1138
115 481214045168 P 1948 MARIAM BINTI SAAD 1138
125 491107025478 P 1949 SITI JAMALIAH BINTI MD MIN 1138

187 540612025178 P 1954 KECHIK BINTI HAMID NT 1138
194 541029025212 P 1954 RAFTAH BINTI HASSIM 1138
246 561118075201 L 1956 MOHD RASHID BIN MD NOOR 1138
263 571007085860 P 1957 ROBIAH BINTI DIN 1138
273 580328075625 L 1958 MURAD BIN HASSAN 1138
282 580925075498 P 1958 ZAHARAH BINTI MD NOOR 1138
297 590316085577 L 1959 MAT ZAIN BIN MOHD YUSOF 1138
313 590925025721 L 1959 SAMSUDIN BIN REJAB 1138
335 610414085007 L 1961 MARATHAIYAH A/L PACHAVANAM 1138
338 610607075569 L 1961 RUSLI BIN MD NOOR 1138

342 610816025939 L 1961 ABU HASSAN BIN REJAB NO 1138
346 610907075659 L 1961 K PRAMASIVAN A/L P KALIMUTHU 1138
357 620410075724 P 1962 MARIAMA A/P CHELLIAH 1138
372 621204075445 L 1962 KARIM BIN MD.NOOR 1138
373 630101025634 P 1963 SABIRAH BINTI GHAZALI NT 1138
402 641007025009 L 1964 RAMLI BIN ZAHID 1138
408 641121025838 P 1964 BAHIYAH BINTI REJAB NT 1138
418 650712075495 L 1965 MOHAMAD BIN SHAARI 1138
430 660322075800 P 1966 SALASIAH BINTI MD NOOR 1138
439 660531075081 L 1966 AZHAR BIN ISMAIL 1138

455 670407076123 L 1967 AZHAR BIN MD NOOR 1138
475 680406075646 P 1968 JAYABHARATHI A/P VETTANATTAYIL 1138
479 680523106341 L 1968 EWAN BIN ZULKIFLI 1138
496 690220035733 L 1969 ROSLAN BIN ABDUL 1138
498 690516075216 P 1969 AMUTHAVALLI A/P SUBBAYAH 1138
506 691020075655 L 1969 AZNI BIN MD NOOR 1138
519 700618075117 L 1970 SHAMSUDDIN BIN DIN 1138
520 700626085219 L 1970 AMIR BIN HASAN 1138
524 701118075983 L 1970 KAMARUDIN BIN MD NOOR 1138
528 710114086030 P 1971 JULIANA BINTI KAMARUDDIN 1138

550 720605075351 L 1972 KAMARUDDIN BIN DIN 1138
552 720621025397 L 1972 ISMAIL BIN MOHD YUSOF 1138
568 730713075657 L 1973 KAMARUL ZAMAN BIN REJAB 1138
584 741210075253 L 1974 IBRAHIM BIN MOHD YUSOF 1138
585 741227075559 L 1974 MUHAMAT BIN ABDUL HAMID 1138
595 750606086594 P 1975 JAMILAH BINTI MOHD YUSOF 1138
596 750710075588 P 1975 ROSLINDA BINTI MOHD RANI 1138
610 761223025624 P 1976 NORAINI BINTI ABDAUL RASHID 1138
614 770205075542 P 1977 MANJULA A/P KRISHNAN 1138
616 770422086221 L 1977 JOHAR BIN AHMAD 1138

624 771203075869 L 1977 NAZRI BIN ABDUL HAMID NO. 1138
628 780220076227 L 1978 KUMARAN A/L KRISHNAN 1138
635 781221075159 L 1978 AZMAN BIN HASAN NO 1138
644 790822075001 L 1979 THURAIRAJ A/L KRISHNAN NO 1138
657 800806075593 L 1980 MUHAMAD ASRI BIN ABDUL RAZAK 1138
659 800902075323 L 1980 VISVA A/L KRISHNAN 1138
667 810410075182 P 1981 HANIZA BINTI ABDUL HAMID NO 1138
687 820621086200 P 1982 AIDA BINTI HASAN 1138
700 830414075583 L 1983 HAMZAH BIN MAT ZAIN NO 1138
704 830526075561 L 1983 MOHD REDZWAN BIN ABDULLAH 1138

748 850828075450 P 1985 SUHASINI A/P K PRAMASIVAN 1138
754 860302355465 L 1986 YASSIN BIN ABDUL HAMID 1138
758 860823565556 P 1986 NORAIZADATHULAKMA BT MAT RODZI 1138
773 880528355335 L 1988 MUHAMAD SAHLAN BIN SAMSUDIN 1138

Friday, July 1, 2011

Balasan Baik Menjaga Ibubapa

Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda diiringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

4313736051 9e9bebddf7 Nabi Sulaiman A.S. Dengan Kubah Ajaib

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari, Baginda belum lagi menjumpai apa-apa.

Kata salah seorang daripada mereka “Mungkin tersalah tempat”.Tetapi baginda menjawab “Tidak, di sinilah tempatnya”.

Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib.

Tanya Nabi Sulaiman “Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut?” Jawab Jin Ifrit “Tidak”.

Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

sunlight deep ocean kan Nabi Sulaiman A.S. Dengan Kubah Ajaib

Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik.

Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk ke dalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.

diamonds sparkle for diamond rings Nabi Sulaiman A.S. Dengan Kubah Ajaib

Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah.

Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajat kepada Allah.

Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada di situ. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman.

Pemuda itu bertanya “Dari manakan mereka ini dan bagaimana mereka datang?”.

Pemuda itu merasa hairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.

Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta.

Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah.

Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Allah. Pada suatu hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut .

Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah.

Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya.

Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkan Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajat kepada Allah sehingga hari ini.

zikr3220 Nabi Sulaiman A.S. Dengan Kubah Ajaib

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu “Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini?”

Pemuda itu menjawab “Saya tidak menghitungnya tetapi ia mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi”.

Nabi Sulaiman menghitung . “Ini bermakna kamu telah berada di dalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun”.

Nabi Sulaiman berkata “Rupa mu tidak berubah malah sentiasa muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya”.

Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya”.

Jawab pemuda tadi “Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini”.

Nabi Sulaiman bertanya “Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu?”

Jawab pemuda itu “Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku”.

Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ke tempat asalnya.

Setelah kubah tersebut diletakkan ke tempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya “Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa seksanya orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya”.

Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ke tempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.

*Sesungguhnya Allah menjanjikan ganjaran yang besar bagi sesiapa yang berkhidmat dengan setia kepada ibubapa..

Sumber: Nabi Sulaiman A.S. Dengan Kubah Ajaib | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/nabi-sulaiman-a-s-dengan-kubah-ajaib/#ixzz1QupECiDx