Saturday, April 13, 2013

Kenali 5 tanda yang paling selalu berlaku jika terkena serangan jantung.

http://www.isuhangat.net




Jantung adalah pertahanan terakhir tubuh selain otak yang menentukan kehidupan seseorang. Jika aliran darah tidak lancar boleh menyebabkan stroke dan kematian.
Laporan Health Priorities WHO mendedahkan pada tahun 2004 kadar kematian yang paling tinggi di kalangan rakyat Malaysia. Tidak hairanlah penyakit jantung masih menjadi pembunuh senyap yang menakutkan. Tapi masyarakat belum terlalu mengenali gejala dari penyakit ini.
Berdasarkan kajian dari MiDAS di Milan, Itali tahun 2006 lalu, hampir lebih kurang 52% penderita penyakit jantung tidak mengeluh sakit dada atau sering disebut dengan silent ischemia.
Penyakit jantung adalah penyakit akibat pembuluh darah arteri koroner tersumbat, iaitu pembuluh darah yang mengalirkan darah dengan membawa zat makanan dan oksigen yang diperlukan otot jantung agar boleh berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh.
Jantung manusia mengepam darah ke seluruh tubuh secara tetap iaitu lebih kurang 4-5 liter darah setiap minita.Oleh kerana itu jika aliran darah tersebut tidak lancar boleh mengakibatkan kerosakan otot jantung yang menyebabkan gangguan pam jantung (stroke) dan kematian
Rasa sakit yang terasa di dada bahagian tengah kiri akibat kurangnya oksigen yang dialirkan ke otot jantung kerana penyempitan tersebut.
Lima tanda atau gejala peyakit jantung(serangan jantung) yang paling sering terjadi adalah:
1. Rasa tertekan (dada terasa seperti ditimpa beban, sakit, tersepit dan terbakar) yang menyebabkan sesak nafas dan tercekik di leher.
2. Rasa sakit ini boleh menjalar ke lengan kiri,leher dan punggung.
3. Rasa sakitnya boleh berlangsung lebih kurang 15-20 minit dan terjadi secara terus menerus.
4. Timbul peluh dingin, tubuh lemah, jantung berdebar dan bahkan hingga pengsan.
5. Rasa sakit ini boleh berkurang semasa sedang berehat, tapi akan bertambah teruk jika sedang melakukan aktiviti.
Pemicu serangan jantung antara lain senaman yang berlebihan, marah yang mengeluarkan banyak emosi atau kegiatan lain yang dilakukan secara berlebihan.
Walaupun demikian, pengesanan awal dan rawatan cepat semasa terjadinya serangan boleh mencegah dari bahaya kematian dan stroke di kemudian hari.
Salah satu cara yang boleh menjadi solusi diagnostik dan menagani penyumbatan pembuluh darah adalah dengan angiografi koroner. Prosedur pemeriksaan ini menggunakan sinaran X (X-ray) yang bertujuan memeriksa struktur pembuluh darah jantung, ruang jantung, katup jantung dan otot jantung dengan kamera khas.
Sehingga kini pemeriksaan tersebut masih menjadi standard untuk melihat bahagian-bahagian pembuluh darah yang tersumbat kerana memiliki tingkat ketepatan paling tinggi iaitu mendekati 100 percent.
Namun bukan bererti penyakit ini tidak boleh dicegah, ada dua cara pencegahan yang boleh dilakukan agar terhindar dari penyakit jantungiaitu pencegahan primer dan pencegahan sekunder.
Pencegahan utama, iaitu berusaha agar terhindar dari penyakit jantung sebelum dikesan penyakit jantung tapi ada faktor risiko dari faktor keturunan atau memiliki diabetes.
Pencegahan kedua, iaitu pencegahan dari seorang penderita penyakit jantung agar terhindar berulangnya tersumbatnyapembuluh darah kembali.
Perkara yang harus dilakukan adalah mengawal kadar lemak darah kolesterol, menjaga tekanan darah agar terkawal, berhenti merokok, menghindari makanan berlemak, cukup makan sayur dan buah, bersukan secara teratur, mengurangi berat badan serta stress.

Wednesday, April 10, 2013

Bekas pegawai khas Mahathir akui terlibat rancang konspirasi fitnah liwat 1

Bekas pegawai khas Mahathir akui terlibat rancang konspirasi fitnah liwat 1


KUALA LUMPUR 9 APRIL: Bekas pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Abu Bakar mengakui terlibat secara langsung dalam rancangan konspirasi fitnah kes liwat  pada 1998 mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengakuan itu dibuat secara terbuka di hadapan ribuan rakyat pada ceramah Pakatan Rakyat di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.
dato omar abu bakar“Saya bersumpah saya bertanggungjawab dalam peristiwa sodomi satu (liwat 1).
“Saya bertanggungjawab dengan Aziz Shamsudin membuat surat Umi Hafilda, menghantar kepada Daim (Zainuddin), hantar kepada Mahathir. Itulah punca sebenarnya (fitnah ini).
“Bermula dari situ, Anwar ditangkap, dipenjara enam tahun. Tiba-tiba dia dilepas kerana alasan dibebaskan sebab apartment yang dituduh (Anwar melakukan sodomi) belum ada lagi (masa itu).
“Sebab itu Mahathir persoalkan mengapa Najib ambil tuduhan yang sama untuk peristiwa sodomi kedua…Itu dah nampak tak betul…,” kata Omar disambut sorakan rakyat.
Beliau mendedahkan demikian selepas melihat gambar Mahathir bersama Aziz Shamsudin dan Profesor Sidik Baba pada malam sama bercakap mengenai akhlak Anwar.
“Bekas boss saya ini sekarang jadi kempen manager Ibrahim (Ali) katak,” kata Omar disambut ketawa hadirin.
Tan Sri Aziz Shamsudin merupakan bekas setiausaha politik kepada Mahathir. Tun Daim pula bekas Menteri Kewangan sementara Sidik adalah tokoh akademik.
Umi Hafilda Ali adalah saksi utama dalam perbicaraan kes liwat 1. Antara lain, hasil maklumat yang diberikan beliau kepada mantan Perdana Menteri itu pada 1997, menyebabkan Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Mahathir memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004.
Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah terlibat dalam skandal bersama Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya.
reformasi1Anwar ditangkap pada malam 20 September 1998, secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.
Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan fitnah oleh Saiful.
Dalam wawancara Anwar bersama stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera 3 April lalu, Anwar percaya fitnah liwat yang dilempar kepadanya menyedarkan rakyat mengenai penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam kes berkenaan.
“Ketua Pendakwa (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden) kes Fitnah II, kini bersama saya, (maknanya) seluruh tuduhan tak berasas.
“Malah, sekarang bapa (Azlan Mohd Lazim) kononnya mangsa liwat (Saiful) secara terbuka memohon maaf kepada saya dan keluarga,” kata Anwar.
Azlan
Azlan
Azlan menyertai KEADILAN 11 Mac lalu dan mendedahkan kes Fitnah II didalangi pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Khairil Annas Jusoh.
Yusof pula menyertai pasukan peguam Pakatan Rakyat selepas kes Fitnah II berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Anwar.
Terbaru, Omar pula mengaku terlibat dalam konspirasi Mahathir mengaitkan Anwar dalam kes liwat I.
Untuk tonton rakaman pengakuan Omar KLIK SINI. – NS
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49758