Wednesday, August 20, 2014
Sunday, August 17, 2014
Banyak Pendukung Kudeta Militer Mesir Mati Ditimpa Penyakit Aneh
Sebuah fenomena aneh terjadi di Mesir, baru-baru ini. Sejumlah pendukung kudeta militer atas Presiden Mursi secara beruntun meninggal tiba-tiba dalam beberapa hari terakhir. Mayoritas berasal dari kalangan wartawan dan presenter televisi. Sebelumnya kondisi mereka masih segar bugar, lalu ditimpa penyakit yang tak diketahui dan kemudian meninggal tak lama setelah itu. Demikian dilaporkan oleh Zulfi Akmal dan diberitakan Piyungan Online.
Salah satu pendukung kudeta militer yang meninggal tiba-tiba adalah Mustafa Husein. Ahli pembuat karikatur yang sangat membenci Presiden Mursi itu meninggal Sabtu (16/8/2014). Semasa hidupnya, ia gencar menghina Presiden Mursi dengan membuat karikatur pelecehan. Saat Jenderal Abdel Fatah As Sisi mengkudeta Presiden Mursi, Husein menerbitkan karikatur pujian kepada pimpinan militer yang bertanggungjawab atas pembantaian ribuan warga Mesir di lapangan Rabiah Adawiyah itu. [AM/bersamadakwah]
Friday, August 15, 2014
KENALI BRIGADE AL-QASSAM
Sejarah kelahiran Al-Qassam
Kriteria
Anggota Hammas; Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam Harakatul
Muqawwamatil Islamiyyah ( Hamas ) dideklarasikan secara rasmi sekitar
bulan Disember 1987 iaitu saat kemuncak permulaan Intifadhah Palestin
yang pertama. Namun begitu, idea penubuhannya dikatakan telah muncul
sejak pasca perang 1973 lagi kerana Hamas adalah lanjutan dari Ikhwanul
Muslimin Mesir yang telah menyumbangkan ribuan para mujahid mereka bagi
menghadapi kemaraan penjajah Yahudi yang masuk merampas tanah Palestin
pada tahun 1948. Maka Ikhwan menubuhkan cawangan barunya di Palestin dan
lahirlah Hamas dari situ.
Qaid
Hamas yang pertama sejak 1987 adalah As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang
akhirnya gugur sebagai syahid tanggal 22 Mac 2004 setelah beberapa kali
beliau mendekam dipenjara dan beberapa kali cubaan bunuh dilakukan ke
atasnya. Jawatan Qa’id Hamas berikutnya digantikan oleh As-Syahid
Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi. Namun, beliau hanya sempat berkhidmat sebagai
qa’id kurang dari sebulan sahaja kerana dibedil oleh helicopter Apache
Israel tanggal 18 April 2004. Akhirnya, Hamas kini mengambil pendekatan
tidak menzahirkan lagi siapa qa’id mereka yang sebenar sekarang dan
hanya menonjolkan beberapa pimpinan tertentu sahaja seperti Biro Politik
Hamas, Sheikh Khalid Mish’al, Abu Marzouq , Sami Abu Zuhri dan
lain-lain.
Dalam
perjuangan seharian, Hamas menghadapi dua ancaman besar iaitu serangan
bersenjata Israel dan perlawanan serta pengkhianatan dari parti
kebangsaan dan secular Palestin iaitu FATAH pimpinan Mahmud Abbas. FATAH
adalah lanjutan dari Palestin Liberation Organization (PLO) pimpinan
Yaser Arafat. Pergerakan Fatah dilndungi sepenuhnya oleh Israel dan
Amerika sendiri. Bahkan kerajaan-kerajaan Arab dan pemimpin-pemimpin
Negara umat Islam lainnya, sering menghentam Hamas seolah-olah gerakan
inilah punca ketidakdamaian yang berlaku. Bantuan-bantuan yang
disampaikan oleh Negara-negara umat Islam sering disalurkan kepada Fatah
dan tidak akan sampai ketangan Hamas.
Bagi
menghadapi situasi ancaman dua musuh ini, Hamas mengambil sikap
menghadapi Israel melalui serangan bersenjata dan menghadapi Fatah
dengan cara melibatkan diri sebagai parti politik untuk menguasai
kerajaan Palestin yang dipegang oleh Fatah. Membunuh anggota Fatah yang
memusuhi Hamas adalah sesuatu yang tidak bijak yang hanya akan menambah
musuh baru sahaja. Inilah kehebatan pandangan para pimpinan Hamas
menghadapi suasana politik di Negara mereka saat ini.
Kriteria Keahlian Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam
Menjadi
anggota Hamas samada penyokong atau pendokong, sesiapa sahaja rakyat
Palestin dibenarkan kerana ianya terbuka kepada umum sebagai ciri-ciri
sebuah gerakan Islam yang tidak menghadkan keahlian atau keanggotan
kepada kelompok tertentu sahaja. Namun, untuk menjadi anggota sayap
ketenteraan Hamas iaitu Brigade Al-Qassam tidak semudah itu kerana ianya
memerlukan jiwa-jiwa yang kental dan siap memikul senjata menghadapi
Israel.
Selain
dari seorang Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan
kewaspadaan ( sir & hazar ) dan berdisiplin tinggi, pimpinan Hamas
meletakkan beberapa criteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut
sebagai anggota Al-Qassam. Antaranya adalah seperti berikut :
1) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.
2)
Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang
mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak
meninggalkan solat Subuh berjama’ah di masjid.
3) Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.
4) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.
5) Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’.
6) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi ).
7) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.
8)
Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan
akis bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan
intelektual Palestin.
9) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.
10) Melazimi zikir harian.
11) Melazimi olahraga atau beriadhah.
12) Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.
http://blog-hangit.blogspot.com
http://blog-hangit.blogspot.com
Sunday, August 3, 2014
Raja + Kerajaan + Pengundi Pasti Akan Diperhitungkan Terhadap Setiap Penyelewengan Duit Rakyat
10 Gambar Koleksi Kereta Mewah Sultan Johor
10 Gambar Koleksi Kereta Mewah Sultan Johor | Pada tahun yang lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berjaya membida nombor Plat W1N dengan harga paling mahal RM 748,000.00 dan diletakkan pada Proton Suprima S. Di sebalik ‘keghairahan’ Sultan Johor membida nombor-nombor istimewa itu, pastinya baginda memiliki koleksi kereta-kereta mewah yang menarik. Di bawah adalah antara kereta kepunyaan baginda antaranya Bentley, Hummer, dan Bugatti Veyron merupakan kereta paling laju di dunia setakat ini (pengiktirafan daripada Guinness Of World Record). Jom tengok kereta-kereta mahal di bawah:Sumber
Thursday, June 19, 2014
GEMPAR! - NEGARA PERTAMA DI DUNIA HARAMKAN ISLAM, MULA RUNTUHKAN MASJID-MASJID! (4 GAMBAR)
Jose Edurado dos Santos iaitu Presiden Angola dipetik sebagai berkata, kini tiba masanya pengaruh Islam berakhir di negaranya.
Sementara itu Menteri Kebudayaan Angola iaitu Rosa Cruz de Silva , berkata , tindakan itu diperlukan bagi membanteras ibadah yang ‘bertentangan’ dengan budaya penduduk di negara itu.
” Masjid akan ditutup sampai pemberitahuan lebih lanjut , ” katanya.
DALAM perkembangan lain, Ikatan Muslimin Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Angola yang mengharamkan Islam, menutup masjid-masjid dan merobohkan sebahagiannya.
“Tindakan mereka sangat melampau dan tidak masuk akal. Tindakan mereka ini langsung tidak bertamadun bahkan amat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia yang sering mereka laungkan selama ini,” kata tegas Naib Presiden I ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.
Jelasnya, dalam konteks ini kerajaan Angola tidak boleh mengklasifikasikan Islam sebaris dengan ratusan agama-agama palsu ciptaan masyarakat di Angola yang juga telah diharamkan.
“Sedangkan Islam adalah salah satu dari agama besar di dunia dan telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sedemikian rupa.
“Jika hendak dibandingkan dengan agama-agama besar dunia lain seperti Kristian, Yahudi, Hindu dan Buddha, Islam dilihat lebih sempurna ajarannya,” kata Ustaz Fauzi.
Mengulas lebih lanjut katanya, dakwaan bahawa Islam hanyalah ritual pemujaan dan pendatang yang melakukan jenayah pemalsuan dan pembersihan wang haram rata-rata adalah orang Islam adalah tuduhan yang sangat tidak berasas.
Bahkan mengaitkan orang Islam Angola dengan anggota al-Qaedah juga tidak pernah dibuktikan oleh pihak kerajaan.
Jelas Ustaz Fauzi, tindakan kerajaan Angola itu dilihat sebenarnya hanyalah kesinambungan dari siri-siri kebencian kerajaan Kristian itu terhadap perkembangan dakwah Islam yang sedang meningkat naik di negara itu
Justeru, beliau meminta seluruh umat Islam di Malaysia mengambil iktibar daripada pendirian kerajaan Angola tersebut dan berusaha untuk memahami tabiat sebenar pertembungan di antara Islam dan musuh Islam.
“Umat Islam perlu mempertahankan Islam di mana jua mereka berada. Doa kita kepada umat Islam di Angola agar tidak menyerah kalah dengan pendirian kerajaan tersebut,” katanya kepada wartawan ISMA.
Thursday, March 6, 2014
11 Perkara Yang Mendekatkan Isteri Dengan Syurga Allah SWT

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.
2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.
3. Seorang Isteri yang
selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal
kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).
4. Seorang Isteri yang
tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu
keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.
5. Seorang Isteri yang
selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu
alasan yang kuat terpaksa menolaknya).
6. Seorang Isteri yang
selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang
lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin
dari suami)
7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.
8. Seorang Isteri yang
pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan
suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.
9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.
10. Seorang Isteri yang
selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri.
Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.
11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.
*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com
Tuesday, February 11, 2014
KHASIAT BADAM UNTUK LELAKI
http://keunggulan-wanita.blogspot.com
BADAM amat bermanfaat untuk lelaki kerana ianya mempunyai asid lemak yang tinggi berfungsi untuk
pengeluaran hormon lelaki dan boleh menambah pengeluaran sperma selain membantu meningkat kesuburan.
Badam padat dengan gizi dan kaya dengan beberapa kandungan mineral yang penting untuk kesihatan seksual dan reproduksi seperti protin, serat, kalsium, magnisium, kalium, besi, vitamin E dab anti oksida yang tinggi. Badam juga elok untuk kesihatan jantung kerana bila jantung sihat dan akan mengepam darah ke seluruh anggota badan dan pastinya ghairah seks yang hilang akan kembali aktif semula.
Jika mengambil badam segenggam penuh setiap hari akan membantu mencipta diet yang seimbang serta mngkin akan meningkatkan testosteron anda. Badam juga mengandungi magnanese, kopper dan riboflarin membantu dalam pembentukan tenaga. Menguyah sejumlah isi badam juga dapat memulihkan kekuatan syawat dan mengatasi masalah psychological atau mati pucuk atau pancutan awal. Namun begitu untuk mereka yang mempunyai masalah buah pinggang dinasihatkan tidak memakan badam.
Sunday, February 9, 2014
Peristiwa Qiamat
✐
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk
besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail
& beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan
siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri
menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg
Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40
tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala
untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih,
berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit
atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih
anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang
belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang
membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan
dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada
ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa
depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang
berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan
binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan
tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang
amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu,
ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk
memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan,
matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam
kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk
terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala
mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik
dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan
sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh
sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka
bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan
sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi
Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat
diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh
malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus
selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan
perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih
putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran
yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa
dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka
kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim
a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti
Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa
antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu
terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang
sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil
bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung
bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4
malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana
yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di
dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat
kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil
dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama
singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk
pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal.
Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah
Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia
sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis
oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.
Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan
yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama
kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila
tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut
kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan
kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah
dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap
untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka
seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan
ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri,
tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih
dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha
Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka
kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang
sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan
dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula
berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah
jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini
adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari
mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan
menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di
Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar
dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat,
seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang
tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki
mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri
di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000
orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya.
999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Saturday, February 1, 2014
Habatussauda Tingkatkan Kesuburan Lelaki
Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google
Sumber : http://attuffahumairah.blogspot.com
Bagi orang lelaki,
Habbatus Sauda membantu dalam meningkatkan kesuburan lelaki. Habbatus
sauda didapati membantu meningkatkan kuantiti sperma di dalam air mani
lelaki dan meningkatkan paras hormon testosteron. Jadi, jika sedang
merancang untuk mendapatkan anak, eloklah suami mengamalkan supplemen
Habbatus sauda.
Selain daripada
kesuburan lelaki. Paras hormon testosteron juga membantu orang lelaki
untuk terus bertenaga dan bersemangat seperti yang ditulis oleh Ibnu
Sina di dalam Buku Perubatannya, Habbatus Sauda boleh merangsang tenaga,
membantu menghilangkan keletihan dan boleh memulihkan semangat.
Insya-Allah, kita boleh
cuba sendiri dan rasa bagaimana perbezaannya selepas mengamalkan
Habbatus Sauda seperti yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w.
Abd Rahman Baco
Penulis & Ahli Farmasi
Saturday, January 18, 2014
10 Nasihat Untuk Menjadi Isteri Solehah
Oleh : Mohd Rizal Azman Rifin
HATI ibu mana yang tidak gembira tatkala anak gadisnya dipinang orang. Sukanya hati bukan kepalang lalu pelbagai langkah bersiap untuk melangsungkan pernikahan dijalankan menurut tertib dan adat.
Biasanya ibu dan ayah akan bertungkus-lumus berusaha menjadikan majlis akad nikah puteri kesayangannya dengan penuh komitmen supaya meriah dan ceria.
Adalah wajar ibu bapa pengantin wanita memberikan petua dan nasihat buat anaknya yang bakal melangsungkan pernikahannya. Nasihat supaya anak memelihara dan menjaga alam rumah tangganya sebaik yang terdaya.
Inilah yang pernah dilakukan isteri ‘Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani yang dikatakan ada memberi nasihat kepada puterinya yang akan bernikah dengan Raja Kindah. Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani: “Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi pengabdi yang baik juga bagimu. Perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi modal bagi hidupmu.”
Begitulah kasihnya isteri ‘Auf terhadap anak gadisnya, tetapi kasihnya itu bukan mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah, kasih sayang dizahirkan melalui kaedah menyalurkan nasihat berguna buat anaknya melayari alam rumah tangga supaya aman sejahtera dan bahagia.
Pesanan pertama kepada anaknya: “Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya. Sebenarnya nasihat isteri ‘Auf itu bertepatan kehendak agama kerana sikap qanaah, bersedia dengan hati lapang terhadap kemampuan suami, menu keharmonian rumah tangga”. Erti kata lain, isteri tidak sesekali membebankan suami yang di luar batas kemampuannya. Inilah seharusnya ada pada diri seorang isteri solehah.
Seterusnya pesanan kedua beliau: “Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya.” Seorang Ulama’ pernah mengatakan: “Seseorang isteri itu hendaklah memberikan layanan pada suaminya, memelihara anak, mengatur urusan rumah tangga sebaik mungkin. Hendaklah dia memberikan layanan pada suami dengan layanan yang wajar dan sesuai keadaan.”
Isteri ‘Auf berkata lagi: “Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum.” Kebijaksanaan dan kesediaan isteri menonjolkan imej peribadi dalam aspek lahiriah dan dalaman mampu mewujudkan hubungan lebih intim pasangan suami isteri. Ia ibarat suatu tembok pengukuh dalam membina keluarga bahagia melalui landasan diredai Allah.
Beliau juga berpesan supaya memperhatikan penjadualan waktu makan yang betul dan tepat serta menjaga ketenteraman masa tidur. Jadi, jika diteliti apa dipesan isteri ‘Auf kepada anak gadisnya, sesuai dan relevan dijadikan sebagai pedoman kita semua.
Pesanan lain, “Sesungguhnya kelaparan seseorang akan menyebabkannya mudah beremosi dan kurang tidur pula menyebabkan seseorang itu mudah melepaskan kemarahan.”
Ini adalah langkah proaktif isteri mengelakkan suasana kurang baik dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan suami. Memang lumrah manusia, emosi menjadi kurang stabil dan mudah dibelenggu rasa kurang tenang apabila perut lapar atau kurang tidur. Lagilah bahaya kerana emosi negatif boleh meletup tanpa disangka. Justeru, apa yang disarankan isteri ‘Auf adalah jalan pintas untuk membendung anasir negatif daripada muncul dalam rumah tangga. Mengamalkan budaya mencintai kebersihan juga ditonjolkan dalam wasiatnya supaya anaknya menjaga kebersihan tempat tinggal, keamanan harta suami dan berikan perhatian kepada suamimu serta keluarganya.
Jika kita amati pesanan itu, kita akan jumpa peringatan terbaik mengenai penjagaan persekitaran rumah tangga yang ceria dan bersih. Juga terselit ingatan supaya isteri menjadi seorang yang beramanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
Pesanan beliau selanjutnya dikira penting dipelihara rapi oleh isteri. Kata beliau: “Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan engkau melanggar perintahnya”. Islam menegah isteri menceritakan hubungannya dengan suami atau hal rumah tangga kepada orang lain.
Yang terakhir katanya: “Janganlah engkau berasa susah ketika dia dalam keadaan senang dan janganlah engkau berasa senang ketika dia dalam keadaan susah, kerana yang pertama termasuk moral yang tidak sesuai dan yang kedua termasuk merosakkan suasana. Jadilah engkau orang paling mengagungkan suamimu, agar dia menjadi orang yang paling memuliakanmu.” Begitulah pesanan bermanfaat dan cukup indah dikemukakan isteri ‘Auf Ibnu Syaibah kepada anak gadisnya. Ibu bapa sewajarnya menitipkan pesanan untuk dijadikan panduan kepada anak yang akan melangsungkan pernikahan demi kesejahteraan rumah tangga mereka.
INFO: 10 pesanan jadi isteri solehah
Sumber: http://albakriah.wordpress.com/
HATI ibu mana yang tidak gembira tatkala anak gadisnya dipinang orang. Sukanya hati bukan kepalang lalu pelbagai langkah bersiap untuk melangsungkan pernikahan dijalankan menurut tertib dan adat.
Biasanya ibu dan ayah akan bertungkus-lumus berusaha menjadikan majlis akad nikah puteri kesayangannya dengan penuh komitmen supaya meriah dan ceria.
Adalah wajar ibu bapa pengantin wanita memberikan petua dan nasihat buat anaknya yang bakal melangsungkan pernikahannya. Nasihat supaya anak memelihara dan menjaga alam rumah tangganya sebaik yang terdaya.
Inilah yang pernah dilakukan isteri ‘Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani yang dikatakan ada memberi nasihat kepada puterinya yang akan bernikah dengan Raja Kindah. Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani: “Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi pengabdi yang baik juga bagimu. Perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi modal bagi hidupmu.”
Begitulah kasihnya isteri ‘Auf terhadap anak gadisnya, tetapi kasihnya itu bukan mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah, kasih sayang dizahirkan melalui kaedah menyalurkan nasihat berguna buat anaknya melayari alam rumah tangga supaya aman sejahtera dan bahagia.
Pesanan pertama kepada anaknya: “Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya. Sebenarnya nasihat isteri ‘Auf itu bertepatan kehendak agama kerana sikap qanaah, bersedia dengan hati lapang terhadap kemampuan suami, menu keharmonian rumah tangga”. Erti kata lain, isteri tidak sesekali membebankan suami yang di luar batas kemampuannya. Inilah seharusnya ada pada diri seorang isteri solehah.
Seterusnya pesanan kedua beliau: “Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya.” Seorang Ulama’ pernah mengatakan: “Seseorang isteri itu hendaklah memberikan layanan pada suaminya, memelihara anak, mengatur urusan rumah tangga sebaik mungkin. Hendaklah dia memberikan layanan pada suami dengan layanan yang wajar dan sesuai keadaan.”
Isteri ‘Auf berkata lagi: “Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum.” Kebijaksanaan dan kesediaan isteri menonjolkan imej peribadi dalam aspek lahiriah dan dalaman mampu mewujudkan hubungan lebih intim pasangan suami isteri. Ia ibarat suatu tembok pengukuh dalam membina keluarga bahagia melalui landasan diredai Allah.
Beliau juga berpesan supaya memperhatikan penjadualan waktu makan yang betul dan tepat serta menjaga ketenteraman masa tidur. Jadi, jika diteliti apa dipesan isteri ‘Auf kepada anak gadisnya, sesuai dan relevan dijadikan sebagai pedoman kita semua.
Pesanan lain, “Sesungguhnya kelaparan seseorang akan menyebabkannya mudah beremosi dan kurang tidur pula menyebabkan seseorang itu mudah melepaskan kemarahan.”
Ini adalah langkah proaktif isteri mengelakkan suasana kurang baik dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan suami. Memang lumrah manusia, emosi menjadi kurang stabil dan mudah dibelenggu rasa kurang tenang apabila perut lapar atau kurang tidur. Lagilah bahaya kerana emosi negatif boleh meletup tanpa disangka. Justeru, apa yang disarankan isteri ‘Auf adalah jalan pintas untuk membendung anasir negatif daripada muncul dalam rumah tangga. Mengamalkan budaya mencintai kebersihan juga ditonjolkan dalam wasiatnya supaya anaknya menjaga kebersihan tempat tinggal, keamanan harta suami dan berikan perhatian kepada suamimu serta keluarganya.
Jika kita amati pesanan itu, kita akan jumpa peringatan terbaik mengenai penjagaan persekitaran rumah tangga yang ceria dan bersih. Juga terselit ingatan supaya isteri menjadi seorang yang beramanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
Pesanan beliau selanjutnya dikira penting dipelihara rapi oleh isteri. Kata beliau: “Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan engkau melanggar perintahnya”. Islam menegah isteri menceritakan hubungannya dengan suami atau hal rumah tangga kepada orang lain.
Yang terakhir katanya: “Janganlah engkau berasa susah ketika dia dalam keadaan senang dan janganlah engkau berasa senang ketika dia dalam keadaan susah, kerana yang pertama termasuk moral yang tidak sesuai dan yang kedua termasuk merosakkan suasana. Jadilah engkau orang paling mengagungkan suamimu, agar dia menjadi orang yang paling memuliakanmu.” Begitulah pesanan bermanfaat dan cukup indah dikemukakan isteri ‘Auf Ibnu Syaibah kepada anak gadisnya. Ibu bapa sewajarnya menitipkan pesanan untuk dijadikan panduan kepada anak yang akan melangsungkan pernikahan demi kesejahteraan rumah tangga mereka.
INFO: 10 pesanan jadi isteri solehah
- Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
- Mendengar dan mentaati suami.
- Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.
- Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
- Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
- Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.
- Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
- Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
- Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.
- Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.
Sumber: http://albakriah.wordpress.com/
Thursday, December 19, 2013
Kebaikan Mandi Pada Waktu Subuh
http://www.blogammar.com
Kebaikan Mandi Pada Waktu Subuh
1. Kulit akan menjadi lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi selalunya ramai yang akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan untuk menghilangkan kesejukan. Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah
Melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, menjadikan badan lebih sihat dan bertenaga supaya dapat melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
Tubuh badan akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Juga dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Sesiapa yang menghidap penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit darah tinggi akan pulih.
5. Mengurangkan tekanan serta menjadi lebih tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya.
6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk akan dapat meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus dan tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.
Tuesday, December 10, 2013
FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN
http://tanbihul_ghafilin.tripod.com
Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang
hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya
matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah
menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang
perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada
Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.
Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah
puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa
atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu,
semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi
Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu
akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi:
"Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca
segala penyakit."
Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
-
Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
-
Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
-
Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
-
Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
-
Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
-
Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka
selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat
yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.
FADHILAT PUASA RAMADHAN
Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada
setiap individu Muslim dan Muslimah
yang telah 'aqil baligh
dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa
seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir)
sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi
wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang
lain.
Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu
rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi
Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan
Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah
s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk:
Al-Targhib II:206)
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap
amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang
seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah
s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku,
maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan
syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku"
Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau
berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut
orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat
Muslim dari Abu Hurairah)
FADHILAT PUASA-PUASA
SUNNAT SEPANJANG TAHUN
1. Puasa
enam hari dalam bulan Syawal
Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi
Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan,
kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah
seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)
Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada
hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut,
misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam
hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari
dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.
2. Puasa
hari 'Arafah (9 Zulhijjah)
Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat
besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah
s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah,
sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan
tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu
menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat
oleh Muslim)
3. Puasa
pada bulan Muharram
Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah
s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan
ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat
selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)
Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah
s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya
terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan
Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan
oleh al-Tabrani)
4. Puasa
pada hari 'Asyura (10 Muharram)
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w.
telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan
Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:
"Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)
5. Puasa
hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum
sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w.
bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku
akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah
digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari
selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari
berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja
maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang
bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah
menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari
sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)
6. Puasa
bulan Sya'aban
Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah,
tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam
setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda
Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan
Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada
hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru
sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat
al-Nasai)
Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah
s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban
dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)
7. Puasa
pada hari Isnin dan Khamis
Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w.
sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.)
segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika
diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)
Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah
sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda
s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang
padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran
diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)
8. Puasa
hari Rabu, Khamis dan Jumaat
Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku
bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w.
mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda
Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak
dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada
hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari
dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh
telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka."
(Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)
Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah
s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan
Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya
sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya
bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)
Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu,
Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak,
nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru
dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh
al-Tabrani)
9. Puasa
pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)
Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi
Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap
bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari
13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang
sohih)
10. Puasa tiga
hari pada setiap bulan
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda
Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada
setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."
Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama.
Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah
pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i,
Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.
Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.
11. Puasa
selang-seli (sehari puasa sehari tidak)
Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita
kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah)
waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan,
untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan
berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda
mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah,
aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda
Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu
berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah
sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah
s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah
s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun
beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari
dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
PERINGATAN
1. Dalam mencari pahala puasa sunnat, janga
tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:
-
TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)
-
10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH
-
HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)
-
SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA
-
PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)
2. JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG
DIMAKRUHKAN:
-
PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN
-
PUASA ORANG YANG SANGAT TUA
-
PUASA WANITA YANG HAMIL
-
PUASA ORANG YANG MUSAFIR
-
PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI
-
PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)
-
PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)
-
PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA
-
PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)
3. ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB
DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT
PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN
SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
4. NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN
MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA
JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT
JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA
BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS
SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)
Monday, December 2, 2013
Mengapa Rasulullah Melarang Kita Mencabut Uban?
islampos.com
—SELALU ada yang tak pernah terpikirkan oleh akal biasa kita sebagai manusia yang hidup di zaman penuh teknologi kita menyangkut hampir semua perintah Rasulullah yang menyangkut ilmu pengerahuan. Misalnya saja, larangan seorang Muslim yang tidak boleh minum sambil berdiri. Atau harus tidak dengan posisi tertentu. Begitu juga dengan keajaiban yang tersimpan di setiap helai rambut yang sudah memutih, alias uban.
Hadits dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban—walaupun sehelai—dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan derajatnya,” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadits ini hasan).
Muhammad bin Hibban At Tamimi rahimahullah, yang lebih dikenal dengan Ibnu Hibban, dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan “Hadits yang menceritakan bahwa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan derajat seorang muslim karena uban yang dia jaga di dunia.”
Lalu Ibnu Hibban membawakan hadits berikut. Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah mencabut uban karena uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu derajat,” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan).
Nah, di tahun 2012, Ismael Galvan Galvan dari Museo Nacional de Ciencias Naturales, Spanyol melakukan studi, tentang uban. Dari hasil para peneliti itu, ternyata uban merupakan tanda Anda akan memiliki hidup panjang dan sehat. Namun kabar buruk bagi Anda yang memiliki rambut merah, karena ini terkait tingkat yang lebih tinggi untuk mengidap kanker.
“Pada manusia, melanin kulit, rambut dan bulu merupakan jenis yang sama. Hal ini membatasi pengetahuan pada konsekuensi fisiologi pigmentasi,” kata Galvan.
Uban menandakan absennya melanin. Artinya, uban merupakan tanda hidup yang sehat.
“Jauh dari tanda terkait penuaan, uban mengindikasikan kondisi yang baik,” pungkasnya. Jadi, Anda sudah berubah? Subhanallah… [sa/islampos/dailymail]
Saturday, November 23, 2013
Tips Berurusan Dengan Lelaki (buat muslimat yg merindui syurga)
Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi
Tips-tips ini telah dikongsi oleh
seorang sahabat yang amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh
kaum lelaki. Semoga dengan mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan
lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama-samalah kita
menjaga hati.
1. Elakkan berurusan dengan lelaki. Kalau
ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari
perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair
kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari
orang lelaki.
2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil.
Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh).
Lagi satu takyah la buat smiley face ke
(^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah.
Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara
wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki.
Sampai Allah pun kena sound kat orang perempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:
“Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.
Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya.
Apabila arahan ini diberi kepada
isteri-isteri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk
mencapai darjat yang sama seperti mereka, darjat wanita-wanita yang
bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best bukan?
3. Tundukkan hati:
Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu
roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya
disebabkan kita, lelaki tertarik kepada kita.
Waktu berdepan dengan mereka, banyak-banyaklah berdoa, “Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”
4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan matapelajaran communication skills yang kita belajar kat universiti dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”.
Benda tu applicable kalau kita becakap
dengan orang yang sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan
orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata
turun ke hati” tu betul.
So, be careful dengan pandangan mata.
Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila
mereka berurusan dengan isteri-isteri nabi.
Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53;
“….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi, mintalah dari
belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”
Kita bukan disuruh membawa tabir ke
mana-mana kita pergi. kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah
pandangan dengan buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sangat
ambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya
mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yang diorang buat.
Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita
dalam Qur’an baru nak buat kot. Contoh: “Wahai Cik Hasni.. taatilah
suamimu…” Isk2. tak layak nya…
5. Cepatkan urusan. Ni
mungkin applicable kepada students atau orang yang dah kerja yang
terpaksa berurusan dengan team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je
team mate kita.
So, apa-apa kerja yang nak dibuat
bersama, buat je la keje tu. Takyah nak borak-borak, tanya hal
peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu dan tak perlu.
Siapkan kerja cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.
Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.
Jaga diri, hiasi peribadi.
P/s: Pesanan sahabat kepada sahabat… :-)
Sumber: Halaqah.net
Thursday, November 21, 2013
Tipu Daya Syaitan Terhadap Manusia

1. Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan: ‘Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal.’
2. Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia dengan mengatakan : ‘Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi.’ ; Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: ‘Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan.’
3. Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan: ‘Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain.’ ; Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan: ‘Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna.’
4. Syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan: ‘Bagi saya, penilaian cukup hanya dari Allah swt dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain).’
5. Syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: ‘Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu.’ ; Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa: ‘Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula.’
6. Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia: ‘Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain .’ ; Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan: ‘Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia.’
7. Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan: ‘Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka.’ ;
Orang-orang yang dipelihara oleh Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan: ‘Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNya. Allah Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat.
Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNya pasti benar ; Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji Allah yang suci murni dan pasti! Kelak, orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan; Segala puji bagi Allah yang membuktikan janjiNya dengan syurga, Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita.’
Sesungguhnya dalam mentaati Allah, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan pohonlah perlindungan Allah swt agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufiq dan keredhaan. Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung.
Source: iLuvislam.com
Sunday, November 17, 2013
10 Perkara Mengenai Jin

1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. 3. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu (sambil berseloroh).
5. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.
6. Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca ” Sala Mun, ‘Ala Sulaiman, Fil ‘alamin.” Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!
7. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong….” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
8. Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai…. orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10. Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.
Source: Kumbang Jingga
Subscribe to:
Posts (Atom)










