Thursday, December 23, 2010
588 hari Najib jadi PM, 274 hari di luar negara
KUALA LUMPUR 22 Dis. : Perdana Menteri Najib Razak telah menghabiskan hampir separuh masa beliau membuat lawatan ke luar negara sejak memegang jawatan itu bermula dari 3 April 2009 sehingga 19 November 2010 lalu.
Perkara itu dibangkitkan oleh Senator Syed ...Husin Ali di lobi parlimen hari ini.
Beliau menjelaskan Najib sepatutnya lebih banyak berada dalam negara menumpukan isu tempatan berbanding membelanjakan sejumlah besar wang membuat lawatan luar.
"Apa yang menarik perhatian saya, jumlah (Najib menjadi PM) adalah 588 hari. Jumlah hari beliau ke luar negara adalah 274 hari. Beliau menghabiskan lebih dari separuh masa untuk keluar negara walhal ada banyak masalah dalam negara yang memerlukan perhatian," kata Syed Husin.
Syed turut mempersoalkan sekiranya negara mendapat keuntungan hasil daripada lawatan mewah Perdana Menteri dan pegawai kerajaan ke luar negara.
Melalui jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, jumlah bagi menaja lawatan Perdana Menteri dan pegawai kerajaan adalah sebanyak RM8,724,895.91.
Dalam kenyataan itu, Nazri turut menjelaskan Perdana Menteri telah mengadakan 42 lawatan rasmi ke beberapa buah negara antaranya termasuk Vietnam, Amerika Syarikat dan Jepun dari 5 hingga 22 April tahun ini yang menelan belanja RM2,094,635.39.
Lawatan kedua Najib ke Amerika Syarikat pada 20 September hingga 9 Oktober berjumlah RM1,043,923.85.
Seterusnya, Syed Husin turut mendedahkan program 3 hari Summit First Lady yang dipengerusikan oleh isteri perdana menteri, Rosmah Mansor pada Oktober lalu yang menelan kos RM4,498,949.99.
Monday, December 20, 2010
Tarikh PRK Tenang diumum Jumaat : Peluang Penduduk Segamat dan Labis Mengenali BN dan PR
| Setiap kali pilihan raya kecil diadakan sudah tentu banyak ceramah yg akan diatur oleh ke2 parti yg bertanding. DUN Tenang bersempadan dgn Segamat. Hanya setengah jam perjalanan. Jadi intai2lah peluang utk ikut sama dlm majlis ceramah itu. Di samping dapat dengar ceramah, kita juga dapat menjadi saksi akan kebenaran berita yg disuapkan kepada kita melalui TV dan akhbar harian. Kalau sebelum ini PRK berada jauh di Bukit Gantang, Hulu Selangor, Manek Urai dan Galas, alhamdulillah tidak lama lagi ia datang dekat dgn kita. PRK tidak sama dgn PU. PRK lebih meriah dgn penceramah2 yg hebat. Tak sama mendengar ceramah dari radio dan cd player berbanding secara live. Lebih2 lagi kat tv1 dan tv3. Yg keluar cuma part2 yg mengelirukan. Insya'Allah, duduk di dlm majlis ceramah yg pengisiannya kearah memperjuangkan negara Islam termasuk dlm senarai majlis ilmu. Termasuk di dlm taman syurga. Beruntunglah org2 yg duduk di barisan hadapan perjuangan spt yg di gambarkan oleh Allah di dlm surah Al Waqiah :- بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ (١) لَيۡسَ لِوَقۡعَتِہَا كَاذِبَةٌ (٢) خَافِضَةٌ۬ رَّافِعَةٌ (٣) إِذَا رُجَّتِ ٱلۡأَرۡضُ رَجًّ۬ا (٤) وَبُسَّتِ ٱلۡجِبَالُ بَسًّ۬ا (٥) فَكَانَتۡ هَبَآءً۬ مُّنۢبَثًّ۬ا (٦) وَكُنتُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا ثَلَـٰثَةً۬ (٧) فَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ (٨) وَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ (٩) وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلسَّـٰبِقُونَ (١٠) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلۡمُقَرَّبُونَ (١١) فِى جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ (١٢) ثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ (١٣) وَقَلِيلٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَخِرِينَ (١٤) عَلَىٰ سُرُرٍ۬ مَّوۡضُونَةٍ۬ (١٥) مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيۡہَا مُتَقَـٰبِلِينَ (١٦) يَطُوفُ عَلَيۡہِمۡ وِلۡدَٲنٌ۬ مُّخَلَّدُونَ (١٧) بِأَكۡوَابٍ۬ وَأَبَارِيقَ وَكَأۡسٍ۬ مِّن مَّعِينٍ۬ (١٨) لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡہَا وَلَا يُنزِفُونَ (١٩) وَفَـٰكِهَةٍ۬ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ (٢٠) وَلَحۡمِ طَيۡرٍ۬ مِّمَّا يَشۡتَہُونَ (٢١) وَحُورٌ عِينٌ۬ (٢٢) كَأَمۡثَـٰلِ ٱللُّؤۡلُوِٕ ٱلۡمَكۡنُونِ (٢٣) جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ (٢٤) لَا يَسۡمَعُونَ فِيہَا لَغۡوً۬ا وَلَا تَأۡثِيمًا (٢٥) إِلَّا قِيلاً۬ سَلَـٰمً۬ا سَلَـٰمً۬ا (٢٦) وَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡيَمِينِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡيَمِينِ (٢٧) فِى سِدۡرٍ۬ مَّخۡضُودٍ۬ (٢٨) وَطَلۡحٍ۬ مَّنضُودٍ۬ (٢٩) وَظِلٍّ۬ مَّمۡدُودٍ۬ (٣٠) وَمَآءٍ۬ مَّسۡكُوبٍ۬ (٣١) وَفَـٰكِهَةٍ۬ كَثِيرَةٍ۬ (٣٢) لَّا مَقۡطُوعَةٍ۬ وَلَا مَمۡنُوعَةٍ۬ (٣٣) وَفُرُشٍ۬ مَّرۡفُوعَةٍ (٣٤) إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً۬ (٣٥) فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦) عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا (٣٧) لِّأَصۡحَـٰبِ ٱلۡيَمِينِ (٣٨) ثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ (٣٩) وَثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَخِرِينَ (٤٠ Maksudnya:- Apabila berlaku hari kiamat itu, (1) Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. (2) Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat). (3) (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. (4) Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, (5) Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, (6) Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); (7) Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? (8) Dan puak pihak kiri; alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? (9) Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); (10) Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (11) (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (12) (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; (13) Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. (14) (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; (15) Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan. (16) Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; (17) Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. (18) Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. (19) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, (20) Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. (21) Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, (22) Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (23) (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan. (24) Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; (25) Mereka hanya mendengar ucapan: Selamat! Selamat! (dari satu kepada yang lain). (26) Dan puak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? (27) Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. (28) Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, (29) Dan naungan yang tetap terbentang, (30) Dan air yang sentiasa mengalir, (31) Serta buah-buahan yang banyak, (32) Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, (33) Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. (34) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (35) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (36) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (37) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; (38) Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu, (39) Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian. (40) Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR 20 DIS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang pada Jumaat ini. Dalam satu kenyataan, Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, pihaknya sudah menerima notis rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Jumaat lalu berhubung kekosongan kerusi DUN Tenang berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha dari Barisan Nasional (BN). “Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan dengan pilihan raya kecil Dun Tenang pada 24 Disember di Putrajaya,” katanya. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian selepas mesyuarat khas itu. Datuk Sulaiman Taha dipilih Adun Tenang pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12 tahun 2008 selepas memperoleh 6,367 undi menewaskan calon PAS Md Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi. Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 14,511 pengundi; 49.66 peratus Melayu, 38.13 peratus Cina, 12.11 peratus India dan kaum-kaum lain 0.10 peratus. Sementara itu, Pakatan Rakyat semalam memutuskan calon PAS akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu mewakili Pakatan Rakyat. |
Friday, December 17, 2010
Kes Perak buktikan Speaker boleh dicabar
Nazri: MP Pakatan 'bodoh dan gila'
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.
“Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,” katanya di lobi parlimen hari ini.
Menurut Nazri telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.
“Ini adalah kedaulatan Parlimen dan kuasa Parlimen. Ada tahi lembu di kepala mereka.
mengegani kekuasaan Parlimen," katanya.
Karpal sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Pandikar kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.
“Saya tidak beri arahan. Speaker telah peruntukkan dua jam dan saya kata saya mahu bacakan usul saya dahulu, itu sahaja.
“Apa yang mereka perkatakan tidak ada kena mengena dengan Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. Jadi saya mempunyai hak kerana ia usul saya dan saya mahu ia dibentangkan.
| Harakahdaily |
|
|
Friday, December 10, 2010
Pendakwaan terhadap Khir Toyo sudah diteliti SPRM: Najib
Khir Toyo, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.
Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Kalau aku ditanya, kenapa jual tanah dgn harga murah ? Aku akan jawab," Suka hati akulah sbb itu tanah aku ! "
Dalam kes Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, Eric Chia yang dikatakan skandal penggunaan wang rakyat terbesar yang pernah dibicarakan iaitu melibatkan RM76.4 juta, berakhir dengan keputusan mengejutkan rakyat apabila mahkamah membebaskan beliau.
PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan pembangkang kononnya tindakan mendakwa Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung tuduhan rasuah adalah sandiwara Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk membersihkan imejnya menjelang pilihan raya umum akan datang.
Perdana Menteri berkata, BN dan UMNO tidak pernah menjadikan kes itu sebagai satu “mainan” kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah meneliti kes berkenaan sebelum mendakwa bekas Menteri Besar Selangor itu.
“Ini satu perkara yang telah diteliti semasak-masaknya oleh SPRM, dan SPRM sebagai badan yang bebas, (telah) kemukakan (kes ini) kepada Pejabat Peguam Negara.
“Pejabat Peguam Negara bagi pihak yang bebas juga (akan) menentukan sama ada (terdapat) kes atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.
Najib diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tindakan mendakwa Dr Mohamad Khir hanya sebahagian daripada sandiwara UMNO untuk membersihkan imej parti itu di mata rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.
Najib berkata, Pejabat Peguam Negara telah mengikut proses yang sepatutnya dilakukan dalam pendakwaan terhadap Mohamad Khir dan terserah kepada mahkamah untuk membuat keputusan berhubung kes berkenaan.
“Kita tidak boleh kata sesiapa itu bersalah atau pun tidak melainkan mahkamah sahaja yang menentukan kemudian hari,” katanya.
Perdana Menteri berkata, tanggapan pembangkang kononnya perkara itu adalah sandiwara BN dan UMNO adalah kerana mereka menjadikan kes itu sebagai isu politik.
“Jadi bila (dijadikan) isu politik, dia hendak kenakan pihak kerajaan seolah-olah kita ini tidak serius atau pun kita (cuba) lindungi atau pun kita buat pendakwaan terpilih atau sebagainya,” katanya. - Bernama
Saturday, December 4, 2010
Perlembagaan Perak dipinda tanpa majoriti 2/3
Begitulah juga kalau kita baca dan dengar ucapan pemimpin UMNO di tv, radio atau surat khabar. Bukan main lagi suruh org hormat undang2. Bagai nak cair taik telinga bila dengar betapa lunaknya ucapan mereka.
Satu usul yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bagi meminda perlembagaan negeri diluluskan oleh dewan undangan negeri itu tanpa mendapat sokongan majoriti dua pertiga.
Enakmen seumpama itu memerlukan beberapa kali bacaan sebelum dewan mengundi dan ia mesti mendapat kelulusan dua pertiga .
Selepas berperang mulut, Zambry (kanan) merujuk kepada penasihat undang-undang negeri, Ahmad Kamal Md Shahid dan beliau kemudiannya merujuk perlembagaan negeri dan bersetuju dengan menteri besar bahawa sekadar membentangkan usul dan mendapat majoriti mudah adalah memadai.
Semua 27 ADUN Pakatan Rakyat memilih untuk berkecuali dan tidak mengundi.
Selepas usul diluluskan, speaker, Datuk R Ganesan menagguhkan sidang dewan negeri Perak.
Pindaan itu bagi membolehkan empat lagi Raja Bergelar dengan jawatan Raja Kecil Besar, Raja Kecil Sulong, Raja Kecil Tengah and Raja Kecil Bongsu dimasukkan dalam kerabat Istana.
Pada sidang akhbar selepas itu, Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melahirkan rasa tidak puas hatinya mengenai cara perlembagaan dipinda.
Ngeh, yang juga seorang peguam berkata Artikel III (4) Perlembagaan Negeri Perak memperuntukkan pindaan hanya boleh dibuat jika ia disokong tidak kurang daripada dua pertiga anggota dewan.
Etnik mangsa tembakan polis kini dikenalpasti
Buat kali pertamanya, identiti mangsa yang mati ditembak polis sering-kali dirahsiakan tetapi kali ini ia berjya didedahkan oleh kumpulan hak asasi manusia.
Hari ini Lawyers For Liberty (LFL), Suaram dan PKR, mendedahkan bermula tahun 2000 - 279 orang telah ditembak mati dan 21.8 peratus (61 kematian) adalah berketurunan India.
Melayu pula sebanyak 15 peratus (42) manakala Cina adalah 18.6 peratus (52).
Berikut pecahan mengikut kaum:
2000: Melayu (4); Cina (2) India (0)
2001: Melayu (0); Cina (1) India (3)
2002: Melayu (6); Cina (12); India (6)
2003: Melayu (2); Cina (4); India (7)
2004: Melayu (2); Cina (7); India (1)
2005: Melayu (1); Cina (4); India (4)
2006: Melayu (2); Cina (0); India (3)
2007: Melayu (3); Cina (4); India (4)
2008: Melayu (7); Cina (9); India (11)
2009: Melayu (15); Cina (9); India (23)
Jumlah: Melayu (42); Cina (52); India (61)
Dr Asri: Ketuanan Melayu sanggah Islam
“Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Menurut Mohd Asri, jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata-mata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam.
Bangsa terpilih
“Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam,” katanya.
Mohd Asri berkata istilah ketuanan Melayu adalah istilah yang kabur yang tidak mempunyai pentakrifan khusus.
Katanya, jika merujuk kepada perkataan 'ketuanan Melayu', ia adalah dari akar perkataan 'tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan 'Melayu'. Ini, katanya membawa bermaksud orang Melayu berada dalam status 'tuan' atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy).
“Jika merujuk kepada bahasa bererti orang Melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Jika hendak ditakrifkan maka bererti kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia”, katanya.
Justeru, menurut beliau adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.
Dipandang mulia
“Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain Melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.
Memetik Surah al-Hujurat: 13, Mohd Asri berkata ayat itu menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.
Katanya, prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.
Beliau memetik hadis Nabi Muhammad SAW: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hasan oleh al-Albani)”.
Katanya lagi, hujah bahawa ketuanan Melayu adalah tidak relevan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah (Riwayat Muslim)”.
Isu ketuanan Melayu menjadi hanta apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres parti itu minggu lalu mencadangkan konsep itu diketepikan jika bangsa Melayu ingin ke depan.
Kenyataannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpik kerajaan BN dan juga pertubuhan bukan kerajaan Melayu, khususnya PERKASA yang melabelkan Wan Azizah sebagai 'pelacur politik'.
Thursday, December 2, 2010
'Lebih baik TPM Cina yang hormat perlembagaan'
Mengimbau kembali bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi "menghapuskan kuasa Agong", Abdul Aziz berkata, ia menunjukkan contoh bagaimana perdana menteri Melayu "menjadi sombong".
"(Sebagai contoh) setakat ini (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng belum melakukan 'dosa' seperti Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya," kata Abdul Aziz (kanan).
Anwar dalam satu temubual dengan harian berbahasa Cina pada 26 November lepas dilaporkan berkata, Penasihat DAP Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Mengulas perkara yang sama, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dilaporkan bersedia menerima pelantikan Lim itu.
Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Abdul Aziz mendedahkan jawatan nombor dua itu sendiri sebenarnya tidak disebut dalam perlembagaan dan terpulang kepada perdana menteri untuk mewujudkannya.
"Kenapa Pakatan Rakyat patut ikut gaya mereka. Anwar betul ketika memberikan respons terhadap isu ini; Pakatan patut mulakan budaya politik baru.
"Nik Aziz juga betul dan patut dipuji kerana mengatakan Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri."
Abdul Aziz yang juga pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga memberitahu, perlembagaan meletakkan hal ehwal Melayu di bawah kuasa Raja-Raja, yang menunjukkan tiada keperluan mensyaratkan Melayu memegang tampuk tinggi kekuasaan dalam negara.
Dalam perkembangan berkaitan, Nik Aziz mendakwa kenyataannya semalam dimanipulasikan oleh media milik Umno.
“Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini," katanya dalam satu kenyataan.
Wednesday, December 1, 2010
Jangan Abaikan Tuntutan Al Quran
| Hilmi Halim |
| Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). Dia pun tanya perogol itu.. “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?) Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..) Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu. |
Thursday, November 25, 2010
Apabila ulama muda pilih teguran sir
| Subky Latif |
| ULAMA muda UMNO yang 40 orang itu memilih kaedah sir iaitu cara tersembunyi bagi menengur pimpinan UMNO dan pimpinan kerajaan jika berlaku sesuatu perlanggaran terhadap Islam. Seperti pengumuman Perdana Menteri dalam bajet 2011 bagi menjadikan Malaysia hub hiburan malam dan siang. Ulama tua baik yang bekerja dengan kerajaan seperti Mufti Perak dan ulama haraki membuat teguran terbuka. Tiada kenyataan dari ulama muda UMNO. Reaksi mereka mengikut jurucakapnya, teguran mereka secara sir. Ertinya, mereka bekerja tetapi apa yang dibuat tidak diketahui umum. Pandangan ulama tentang hub hiburan, baik ia dijalankan atau tidak dijalankan, diketahui umum sebagai bercanggah dengan ajaran Islam. Baik sir atau terbuka, ia salah. Tetapi apabila Perdana Menteri bercadang untuk melaksanakannya, apa sikap Islam? Islam mesti menyatakan sikapnya iaitu menentang baik dengan tangan atau dengan lidah atau membantah dalam hati. Yang terkemudian itu adalah selemah-lemah iman. Orang yang lemah iman langsung tidak bersuara apabila raja atau pemerintah melakukan suatu yang tidak betul. Ia hanya memberontak dalam hati. Ulama muda memilih berbisik dengan raja atau kerajaan. Ulama muda adalah ulama. Mereka berbuat begitu bagi menjaga nama baik raja dan kerajaan. Bila mereka berbisik ia dikira baik sikit dari yang memendam rasa dalam hati. Mereka menggunakan lidah tetapi tidak didengar oleh orang luar. Tetapi apa yang mereka kata sebenarnya tidak diketahui di luar. Apa jadi dengan teguran mereka tidak diketahui. Betulkah mereka ada menegur? Kerana mereka ulama sekali pun muda tentulah mereka tidak berbohong. Tetapi itu tentang isu yang dibangkitkan. Bagaimana dengan isu-isu yang orang tidak bangkit tentang sikap mereka? Adakah setiap kali mereka mesti ditanya? Peranan ulama adalah memberitahu apa saja yang salah, yang berbangkit dan yang tidak berbangkit, kerana hendak memberitahu apa yang mereka buat, tetapi supaya orang tahu sesuatu yang salah yang berlaku. Memberitahu orang besar tentang kesalahannya bagi membetulkan orang besar itu dan sekali gus orang ramai lagi awam tahu sesuatu itu salah. Kalau mereka sesudah memberitahu secara sir, diam saja, maka yang tahu salah ialah orang yang ditegur. Tetapi orang lain tak tahu yang dibuat itu salah. Cara yang diguna oleh ulama muda UMNO rasanya tidak berapa kena dengan kemahuan Khalifah Umar al-Khatab yang ketika menerima jawatan khalifah minta rakyat menegurnya jika dia salah. Tidak disebur secara sir. Maka bangun seorang pemuda, mungkin bukan ulama dan mungkin ulama, menghulur pedang sambil berkata, jika Umar menyeleweng, maka mata pedangnya nescaya singgah di lehernya. Saidina Umar tidak kata kaedahnya tidak betul atau tidak sopan, bahkan beliau memuji tindakan pemuda itu sebagai tanda adanya rakyat jelatanya yang jujur dan berkata benar. Pernah Saidina Umar bercakap tentang penentuan emas kahwin bagi perempuan. Perempuan yang tidak setuju dengan pandangan Umar, menegur dan bertanya sejak bila Umar mahu menentukan hak yang sudah ditentukan ada pada tangan wanita? Khalifah menarik balik pandangannya. Dan orang ramai pun tahu tentang kedudukan perkara itu. Teguran mengenai sesuatu tentang Islam adalah dakwah. Komen Mufti Perak tentang hub hiburan itu adalah dakwah. Apa lagilah dengan komen Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz. Logiknya teguran berbisik ulama muda UMNO itu tentulah bertujuan dakwah. Dakwah berbisik yang masyhur ialah peringkat awal kenabian Rasulullah SAW. Nabi terpaksa guna kaedah sir kerana keadaan belum mengizinkan. Tetapi selepas itu baginda diperintahkan berdakwah secara terbuka. Selepas kejadian Saidina Umar berdepan dengan cabaran pemuda yang menghulur pedang jika dia menyeleweng, maka ia menggambarkan suasana keterbukaan kritik antara massa dan pemerintah. Contoh keterbukaan Islam melalui sikap Umar itu menjadi tiruan masyarakat barat menyampaikan teguran kepada pemimpin dan kerajaan. Dalam suasana di luar dakwah berjalan secara terbuka, ulama muda UMNO menggunakan kaedah sir untuk berdakwah di kalangan UMNO dan pemimpinnya. Adakah UMNO berada para peringkat awal kenabian Rasulullah? |
Monday, November 22, 2010
Khianat Paling Besar
Menurutnya, mana-mana pemimpin negara yang tidak melaksanakan perintah Allah SWT itu menjadi pengkhianat yang sangat besar.
“Orang yang jadi pemimpin negara adalah amanah yang paling besar. Sekiranya dia tidak melaksanakan perintah Allah, maka dia menjadi pengkhianat yang sangat besar.” ujarnya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang baru-baru ini.
Malah, katanya orang yang diberi hak serta peluang melantik pemimpin negara tetapi tidak mengikut kehendak Islam juga mendapat kemurkaan Allah.
Menurutnya, tanggungjawab melantik pemimpin negara juga bukan perkara mainan bagi mendapatkan imbuhan wang ringgit.
“Khianat yang paling besar adalah memimpin negara tidak mengikut syariat Allah SWT.
Begitu juga dengan orang yang melantik pemimpin negara yg tidak mengikut cara-cara Islam, maka mendapat murka yang sangat besar dari Allah.
“Kerana itu, adalah amanah yang sangat besar, bukan main lantik pemimpin boleh RM50, boleh RM100. Ini amanah yang sangat besar di hari kiamat,” tegasnya.
Ustaz Abdul Hadi turut mengingatkan dengan sepotong hadis yang bermaksud,“Barang siapa yang melantik kepimpinan bukan kerana kelayakannya, tetapi kerana dunia, maka dia telah khianat terhadap Allah dan Rasul-Nya SAW”.
Justeru itu, katanya pelaksanaan hukum hudud yang terkandung dalam perundangan Islam wajib ditunaikan oleh pemerintah Islam yang diamanahkan.
Saturday, November 20, 2010
Umno tak mampu berlawan hujah dgn PAS
| Harakahdaily |
BALING, 20 Nov: Tragedi berdarah Memali 1985 adalah kemuncak ketakutan Umno untuk berlawan hujah dengan PAS, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ekoran itu Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad mencabar PAS berdebat. "PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima. "Antaranya Umno yang menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat. "Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-25 Memperingati Peristiwa Memali di sini, malam tadi. Ceritanya lanjut, beliau berkata, Dr. Mahathir kemudiannya menghimpunkan pemimpin Umno dalam satu himpunan dan memarahi ulama-ulama Umno kerana tidak berani berdebat. Kerajaan kemudiannya mula memberi tekanan terhadap PAS dengan mengganggu ceramah PAS dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mula digunakan untuk menahan pimpinan PAS. Menurutnya, ramai pemimpin PAS yang berjaya ditahan polis melainkan Ustaz Ibrahim Libya. "Kerajaan BN berunding dengan pimpinan PAS mohon dipujuk supaya ustaz Ibrahim menyerah diri, namun PAS membantah. "Sebaliknya kita mendesak supaya arahan menangkapnya ditarik balik. "Oleh kerana mereka tidak mampu berhujah, kemuncaknya berlakulah pembunuhan Memali," kata Abdul Hadi lagi. Tragedi Memali menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ustaz Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 yang lain di bawah ISA 1960. Selepas pembunuhan berlaku, ulama-ulama PAS mengisytiharkan mereka yang terbunuh adalah syahid. Sekat kebangkitan PAS Menurut Abdul Hadi lagi, tragedi Memali juga antara lain dirancang bagi mematahkan kebangkitan PAS melawan Umno ketika itu. Namun ujarnya, semangat perjuangan PAS tidak pernah mati seperti yang diinginkan pemerintah, malah terus subur dan semakin ramai orang mendokong PAS termasuk bukan Islam. Sambutan jubli perak selama tiga hari bagi memperingati peristiwa Memali diadakan di Madrasah Islahiah Diniah - sekolah yang diasaskan oleh Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya. Ianya adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Kedah dengan kerjasama Pemuda PAS Pusat. Kemuncak program ini adalah pengkisahan semula peristiwa berdarah itu yang akan disampaikan Setiausaha PAS Kedah, Senator Muhammad Yusof Husin di akhir program tersebut. Beliau adalah antara yang terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit. Antara pengisian lain sepanjang program tersebut termasuklah, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana. |
Friday, November 19, 2010
Daftar Pemilih Baru Ke Arah Memenangkan UMNO PRU 13 ?
Nov 19, 10
5:56pm
Di Pulau Pinang, PAS negeri itu masih menuntut jawapan berhubung penambahan seramai 630 orang pengundi pos, seperti yang dikesan dalam kawasan parlimen Tasek Gelugor.
Guru berumur 29 tahun di Sarawak itu berkata, beliau sebelum ini mengundi sebagai pengundi awam.
"Saya tidak tahu (ditukar status menjadi pengundi pos)," katanya sambil memberitahu mengetahui perkara itu daripada seorang pemimpin PAS.
"Dia yang buat semakan dan beritahu saya sudah hilang kelayakan sebagai pengundi awam," katanya yang merupakan isteri kepada seorang anggota tentera yang bertugas di negeri itu.
Sementara itu, setiausaha jabatan pilihan raya PAS negeri Mohd Jamil Abdul Rahman berkata pertambahan pengundi pos itu dikesan sejak senarai pemilih berkenaan dipamerkan selama seminggu, berakhir pada 2 November lalu.
Mohd Jamil berkata, bantahan telah pun dikemukakan oleh PAS Pulau Pinang berhubung kes melibatkan guru itu dan juga beberapa lagi kes lain seumpamanya yang dikenalpasti.
"Kita buat bantahan kepada SPR sebab pengundi tidak diberitahu dia sudah jadi pengundi pos dan juga mengenai perubahan tempat mengundi.
"Bila tiba masa untuk mengundi, nama dia tak ada. Inilah yang menjadi masalah," katanya lagi.
Dakwaan 'pakatan jahat' SPR, ATM
Sementara itu, situasi yang lebih kurang sama turut ditimbulkan oleh PAS di negeri Kedah dengan dakwaan wujudnya "pakatan jahat antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)."Dakwaan itu ditimbulkan sendiri oleh menteri besarnya Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mendakwa "berlaku penipuan dalam daftar pemilih di beberapa kawasan di negeri itu," seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.
Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri malah menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat SPR berhubung senarai pengundi baru yang dipamerkan baru-baru ini.
Menteri besar itu berkata, seramai 283 orang pemilih baru dikesan didaftarkan Kem Bukit Kayu Hitam."Namun setelah disemak, nama terbabit adalah isteri anggota tentera. Peliknya kerana kem itu bukan kuarters keluarga, sebaliknya hanya tempat operasi," katanya yang dipetik dalam laporan tersebut.
Beliau juga menyebut mengenai senarai pemilih di sebuah pengkalan askar wataniah yang juga didapati terdiri daripada isteri anggota tentera.
"Macam mana isteri mereka dibawa ke kem berkenaan kerana itu pengkalan operasi dalam hutan. Tak ada keluarga tinggal di situ," katanya lagi dalam laporan berkenaan.
Namun, sejauh mana wujudnya elemen rasuah dalam dakwaannya itu setakat ini belum dapat dipastikan.
SPRM ketika dihubungi hari ini juga enggan memberikan ulasan sama ada akan menyiasat kes berkenaan.
Thursday, November 18, 2010
46 Ekor = Rasuah, 659 Ekor = Sumbangan
Apabila MB Selangor terima 46 ekor lembu korban dari syarikat tempatan dikata rasuah tapi bila PM terima 659 ekor lembu utk agih kpd UMNO Bahagian dari 20 syarikat dikata sumbangan. Serupa tapi yg diserang cuma MB Selangor. Bagai letupan gunung Merapi riuhnya di surat2 khabar dan TV menghentam MB Selangor dan PKR. Apa sahaja yg ada di tangan semua habis dibaling ke musuh. Keseronokan pada mereka ialah apabila musuh mereka menggeletek kesakitan dan mereka kekal jadi menteri.
Tidak sama spt teguran yg mereka terima dari musuh mereka. Teguran lebih fokus tentang mengingatkan akan dosa dan pahala. Teguran lebih fokus kepada prosedur. Susu yg mereka terima dibalas dgn cuka !Korban perlukan terjemahan
utusanpahang@utusan.com.my
| |
| NAJIB Tun Razak melihat lembu yang akan dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha pada Majlis Penyerahan Watikah dan Wakalah Korban Aidiladha 2010 bagi Parlimen Pekan di Pekan, Pahang semalam yang turut disertai isterinya, Rosmah Mansor. - BERNAMA |
PEKAN 16 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam di negara ini menterjemahkan ibadat korban kepada konsep yang lebih meluas.
Menurut Perdana Menteri, ibadat korban perlu dilihat sebagai satu konsep yang amat baik untuk diamalkan dan ia merupakan nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.
"Kita mesti melihat pengertian berkorban dari skop yang kecil iaitu penyembelihan binatang korban kepada skop yang lebih luas dalam setiap saat dan ketika.
"Dengan kata lain, kita mesti menggandakan pengorbanan tenaga, pemikiran, kepakaran dan masa bagi mentransformasikan negara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan, sosial dan politik.
"Sebagai contoh, Model Baru Ekonomi (MBE), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), ia bagi meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan menjana kemakmuran rakyat," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Penyerahan Watikah dan Wakalah Korban dalam Parlimen Pekan di Dewan UMNO Pekan di sini, hari ini.
Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; barisan ahli Exco kerajaan negeri; ketua-ketua UMNO bahagian dan para pemimpin masyarakat.
Sebanyak 659 ekor lembu disumbangkan oleh 20 syarikat untuk diagihkan kepada 13 bahagian UMNO di seluruh negeri dan 55 masjid di daerah ini.
Menurut Najib, falsafah ibadah korban menekankan kesatuan umat yang dibina atas dasar takwa bagi memantap dan mengharmonikan hubungan sesama manusia yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.
Monday, November 15, 2010
Saturday, November 13, 2010
Kekal Sokong Kezaliman Bila Rakyat Tak Peka Politik
Perbahasan dan dialog yang bertempat di Thaqifah (portico) Bani Sa’idah itu berterusan sepanjang hari Isnin yang penuh dengan kesedihan itu sehingga menjelang malam. Ia melibatkan umat Islam di antara kaum Ansar dan Muhajirin. Perbahasan tersebut berlanjutan hingga hampir subuh hari Selasa, sedangkan jasad Nabi SAW yang mulia itu masih dikunci di dalam bilik!
Apabila keputusan dicapai, Abu Bakar r.a. dilantik sebagai khalifah, barulah jasad Nabi SAW dimandikan pada hari Selasa oleh Al-Abbas, Ali, Al-Fadl dan Qathm. Al-Fadl dan Qathm adalah anak Al-Abbas. Turut terlibat ialah Shaqran (hamba yang telah dimerdekakan oleh Nabi SAW), Usamah bin Zaid dan Aus bin Khauli. Selesai dimandikan, umat Islam memasuki bilik yang terdapat jasad Nabi SAW dengan bilangan 10 orang pada satu masa silih berganti sehingga habis waktu siang hari Selasa. Berdasarkan riwayat Aisyah, jasad Nabi SAW hanya disemadikan pada hari Selasa malam Rabu.
Kelewatan proses persemadian jasad baginda yang mulia ini selama hampir mencecah dua hari menjadi bukti bagaimana pentingnya politik di sisi sahabat Nabi SAW. Sudah tentu mereka lebih tahu bagaimana cara menghormati Nabi SAW termasuk mesti menyegerakan proses pengkebumian, tetapi politik juga sangat penting!!
Ahmad Jailani Abdul Ghaniwww.ustjai.wordpress.com
PAS harap SPRM berani tangkap 'jerung'
| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 12 Nov: Rakyat sekali lagi sedang memerhati apakah akan ada sebarang tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pesalah 'jerung' seperti yang didedahkan Ketua Audit Negara dalam laporan audit 2009 baru-baru ini. |
Wednesday, November 10, 2010
Kelebihan Puasa Sunat Hari 'Arafah
Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)Petikan : Kelab Diskusi Ilmiah
Bersatu dalam doa Hari Arafah
| Harakahdaily |
|
Atas keyakinan 'doa adalah senjata orang Islam', muslim di seluruh dunia digesa berdoa 10 minit pada hari tersebut untuk kesatuan dan kesejahteraan ummah. Inisiatif ini dianjurkan oleh Global Prayer 2010 for Palestin, Peace and Unity. "Semua muslim di seluruh dunia, digesa bersatu dan mengangkat tangan bersama berdoa secara besar- besaran. "Doakan agar Allah SWT melindungi umat Islam yang dizalimi seperti di Palestin, Pakistan dan di seluruh dunia dan kembalikan keamanan," kenyataan dalam web mereka dipetik. Selain itu, mereka juga mahu stesen televisyen, internet dan stesen radio menghebahkan perkara tersebut untuk tujuan lebih ramai menyertai Global Prayer tersebut. "Kita khabarkan kepada semua agar boleh kumpulkan umat Islam dengan jumlah yang besar pada hari yang mulia ini untuk membantu saudara Islam kita. "Bolehkah kita meluangkan 10 minit dari masa kita untuk memohon pertolongan Allah?" soalnya. Pada hari tersebut juga, umat Islam di seluruh dunia disunatkan berpuasa. |
Tuesday, November 9, 2010
300,000 RELA bakal selamatkan BN di S'gor ?
| Banyak benda sudah disekat oleh UMNO utk menutup salah guna kuasa yg mereka buat dan utk. mengekalkan kuasa. Antaranya :- - Menyekat kebebasan suratkhabar - Menyekat kebebasan tv dan radio - Menyekat kebebasan demonstrasi aman - Menyekat pegawai A berpolitik - Mengongkong pelajar dgn AUKU - Menapis ceramah2 pembangkang dgn permit - Akta mesin cetak - Akta Rahsia Rasmi - Akta Hasutan - Menyekat ceramah umum - Mengawal ceramah2 agama di surau dan masjid dgn "Tauliah Agama" Sokongan masih kpd pembangkang. Lalu dirancakkan :- - Pengundi hantu - Undi pos ..pun tak cukup lagi lalu ditambah pula dgn fitnah :- - Mengheret tv dan radio membuat lipuan kemana shj pemimpin mereka pergi dan menyekat dari membuat liputan aktiviti pemimpin pembangkang. Lalu difitnah kononnya pemimpin pembangkang lepas tangan tentang permasalahan rakyat. | ||
|
"PAS memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihan raya kerana ia adalah simpanan tetap BN.
"Sudah lama PAS menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka," kata Idris (kiri).
Kelmarin, RELA Selangor dilaporkan mensasarkan peningkatan sekali ganda keahliannya untuk mencapai 300,000 orang menjelang akhir tahun ini berbanding 153,000 orang pada masa ini.
Pengarah RELA negeri Khairi Mohd Alwee dilaporkan berkata, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menggerakkan Briged Muda RELA di kesemua sembilan daerah di negeri itu.
Katanya, sebelum ini, mengejutkan apabila 18,493 pemilih, khususnya di negeri Pakatan Rakyat, 'hilang layak undi awam' dalam rang daftar pemilih suku ketiga 2010.
"PAS menganggap ini adalah tindakan untuk mengepung supaya tembok Umno-BN tidak runtuh dan diserbu oleh Pakatan Rakyat di negara ini," katanya.
"Modus operandi untuk (BN) tawan Terengganu 2004 dahulu dengan menambah pengundi sedang berjalan di Selangor.
"BN terlalu mengidam Selangor, berbanding negeri-negeri lain, kerana Selangor lubuk emas dan balang oksigen Umno," kata Idris lagi.
Ubah Dasar UMNO Kepada Islam
| Wartawan Kita |
| KOTA BHARU, 9 Nov: Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad dinasihat mencadangkan kepada Umno supaya mengubah dasar parti itu kepada Islam. Ini kerana sejak bekas ahli PAS itu menyertai Umno, beliau masih gagal untuk membawa Umno kembali kepada perjuangan sebenar umat Islam. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, lebih baik bekas Yang Dipertua Yadim terbabit meminta Umno mengubah dasar perjuangan kepada Islam. “Mana baik tahaluf dibuang daripada PAS berbanding mengubah dasar Umno kepada Islam. Ini kerana tahaluf kami bincang dalam Dewan Ulamak di mana ilmu mereka diakui cendikiawan di universiti dan peringkat antarabangsa. “Ulama PAS mempunyai kelengkapan ilmu pengetahuan yang cukup. Ilmu mereka setaraf dengan mufti yang ada di negara kita sekarang. “Tahaluf yang dibuat PAS telah dilulus Dewan Ulamak PAS. Dari segi tahaluf tidak boleh hendak disoalkan. Dalam hal ini lebih baik Umno ubah dasar kebangsaan kepada Islam,” katanya di sini. Baru-baru ini, Nakhaie menyifatkan PAS belum terlambat mengkaji semula tahaluf siyasi dengan Keadilan dan DAP kerana dianggap membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Dr Mahfodz Mohamed dan ramai lagi layak menjadi mufti, tetapi mereka lebih selesa berjuang bersama PAS. |
Banjir: MB Kedah bidas publisiti murahan Muhyiddin
| Harakahdaily |
|
|
Thursday, November 4, 2010
Apa jadi jika PAS menang di Galas
| Pemuda Bulatan |
| Saya terpanggil untuk menulis di sini, apa akan terjadi jika PAS menang di Galas dalam PRK pada 4 Nov 2010? |
Tuesday, November 2, 2010
Masih Adakah Agensi Kerajaan Yg Bebas Dari Menjadi Bidak Catur PM
| Ahmad Lutfi Othman |
| Kes pemecatan Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara dan dua lagi bekas Hakim Mahkamah Agung, Wan Sulaiman Pawanteh dan George Edward Seah Kim Seng, 22 tahun lalu, adalah babak paling hitam dalam sejarah badan kehakiman negara kita. Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab sepenuhnya dalam tragedi yang begitu memalukan itu. |
Monday, November 1, 2010
KETUA AUDIT NEGARA PUJI PENGURUSAN KEWANGAN KEDAH 2009
- Mungkin inilah kali pertama Kerajaan Negeri menikmati hasil daripada anak syarikatnya yang mungkian berjumlah puluhan atau ratusan yang diwujudkan. Laporan menyebutkan peningkatan yang diperolehi daripada anak syarikat ini ialah 100 PERATUS. Paling menakjubkan ialah daripada KOSONG (0) menjadi 100 PERATUS. Apa maksudnya? Ia bermaksud kerajaan terdahulu tidak pernah menikmati hasil anak syarikat Kerajaan Negeri. Persoalannya apa tujuan kerajaan terdahulu mewujudkan syarikat-syarikat ini. Adakah untuk syok sendiri atau mewujudkan pendapatan kepada kroni? Kerajaan telah memperolehi RM15.17 juta berbanding KOSONG untuk tahun 2008.
- Kerajaan juga berjaya meningkatkan 17.4 peratus pendapatan daripada premium hutan. Berbanding tahun 2008, pendapatan melonjak sehingga 205%. iaitu daripada RM 9.21 juta meningkat sehingga RM 28 .14 juta. Ini menjadikan peningkatan adalah sebanyak 258.8 PERATUS !!! bagi tahun 2009 berbanding 2007. Ini adalah hasil polisi ketelusan kerajaan yang mengamalkan polisi tender terbuka bermula 2008. Dengan keluasan yang sama, tetapi pendapatan yang jauh berbeza.
- Peningkatan royalti pengeluaran bahan batuan juga amat membanggakan. Peningkatan sebanyak 32 peratus menunjukkan bahawa seolah-olah berlaku masalah semasa kerajaan sebelum ini. Pada tahun 2008 royalti hanya berjumlah RM 14.65 juta berbanding peningkatan sebanyak RM4.75 juta menjadikan RM19.4 juta.
- Apa yang saya dapati adalah penurunan hasil kerajaan negeri yang telah mengurangkan kadar cukai bagi tanah sejak April 2008. Saya percaya dasar ini sangat dialu-alukan oleh rakyat yang mendapat manfaat langsung lalu menyebabkan kecekapan bagi kutipan cukai tanah.
Prestasi kewangan Kerajaan Kedah dinilai sebagai memuaskan oleh Ketua Audit Negara. Namun bagi saya, masih banyak perlu ditingkat. Banyak lagi kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu yang perlu diperbetulkan. Perbandingan yang dianjurkan oleh Islam ialah dengan prestasi yang baik dengan prestasi yang lebih baik. Bukan perbandingan dengan prestasi yang lebih buruk seperti selalu digunakan oleh pembangkang di Kedah.







