| Nazri Abdullah |
| KUALA LUMPUR, 21 Feb: Pada 19 Februari lalu, pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman mengejutkan banyak pihak apabila menyerahkan borang menjadi ahli PAS.
Bob, penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search bukanlah artis pertama yang menyertai PAS. Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy, Ito daripada kumpulan Blues Gang dan Ringgo dari kumpulan Arrow telah menyertai PAS lebih awal. Harakahdaily sempat bertemu beliau bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tindakan beliau itu. Ikuti temubual beliau dengan wartawan Nazri Abdullah. Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS? Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat. Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak. Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu... dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu. Harakahdaily: Jadi adakah faktor anak saudara itu yang telah mendorong saudara menyertai PAS? Bob Lokman: Ya...Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul. Mengakkan Islam itu adalah wajib, kalau saya tak terlibat, harapkan orang lain berjuang, apa akan jadi dengan anak saya nanti. Harakahdaily: Saudara tahu PAS adalah parti pembangkang. Jadi adakah saudara tidak risau ianya akan menjejaskan sumber rezeki saudara dalam kerjaya saudara. Bob Lokman: Saya tahu risiko itu, tapi saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah, yang penting saya dapat selamatkan kehidupan anak saya di dunia dan saya tak masuk neraka. Harakahdaily: Sejak kebelakangan ini, saudara dilihat banyak memegang watak-watak sebagai seorang alim berbanding watak lain termasuk pelawak. Adakah itu perubahan berterusan yang saudara akan lakukan. Bob Lokman: Mengikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, sebab berlakon itu sumber rezeki saya, ustaz-ustaz kata boleh berlakon tetapi pilihlah watak-watak yang tidak menjadikan dosa bila kita dah tak ada nanti, pilih watak yang mendatangkan manfaat. PAS Kelantan alu-alukan Bob Lokman Sementara itu, di KOTA BHARU, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, mengalu-alukan kemasukan artis terkenal negara yang juga penulis lirik lagu 'berhantu' Isabela, Bob Lokman yang kini telah menjadi ahli PAS. |
Monday, February 21, 2011
Kenapa Bob Lokman sertai PAS
Friday, February 18, 2011
Meraikan Kejayaan Tumbang Mubarak
KAHERAH: Puluhan ribu rakyat Mesir sekali lagi membanjiri Dataran Tahrir di tengah-tengah ibu negara semalam bagi menunaikan solat Jumaat dan meraikan kemenangan menjatuhkan pemimpin kuku besi Hosni Mubarak seminggu lalu.
“Saya mengucapkan tahniah kepada remaja negara ini. “Mereka yakin akan menang akhirnya.
“Namun revolusi ini belum berakhir sehingga kita saksikan Mesir yang baru,” katanya.
Orang ramai mula membanjiri dataran bersejarah yang menjadi medan penunjuk perasaan sebelum ini, beberapa jam sebelum solat bermula walaupun jalan masuk utama disekat jip tentera.
Suasana di dataran agak meriah dengan pancaragam tentera berkawad memasuki dataran yang dipenuhi orang awam. Beberapa penjaja menjual trumpet vuvuzela yang terkenal dengan bunyi bingit ketika Piala Dunia diadakan di Afrika Selatan tahun lalu.
“Kami datang ke sini kerana berasa tidak sabar melihat Mesir baru,” kata Ashraf Abdel-Azim, 48, yang datang bersama isterinya, Nadwa dan anak lelakinya, Ahmed berusia 9 tahun.
“Kami mahu kebebasan dan perubahan dan bangga dapat melihatnya sendiri,” katanya.
Nizar Mohammad, isterinya Rasha dan tiga anak mereka mengecat muka masing-masing dengan warna bendera Mesir, merah, putih dan hitam.
“Kami mahu anak-anak kami melihat di mana peristiwa bersejarah ini berlaku,” kata Rasha.
Di sebuah sudut dataran besar itu satu tugu peringatan 365 orang awam yang terkorban sepanjang tunjuk perasaan dibina, dengan orang ramai meletakkan bunga dan merakam gambar foto mereka yang terkorban.
Walaupun sambutan berkenaan diadakan, keadaan di Mesir masih lagi belum stabil berikutan tindakan pekerja menuntut gaji yang lebih tinggi dan kebimbangan tentera yang mengambil alih kuasa tidak menepati janji untuk membawa perubahan.
Wael Hassan, seorang doktor gigi berusia 32 tahun yang terbabit dalam bantahan dan menyaksikan pertempuran di antara penunjuk perasaan dan penyokong Mubarak pada 28 Januari lalu, berkata perhimpunan semalam bukan semata-mata satu majlis meraikan kemenangan.
“Ia lebih menjadi peringatan kepada tentera dan kerajaan bahawa kami masih membantah dan tidak akan berhenti selagi kerajaan awam dan bukan kerajaan dilantik Mubarak memerintah,” katanya merujuk kepada kerajaan peralihan yang mengandungi anggota rejim Mubarak.
Monday, February 14, 2011
Peningkatan pengundi melampau di Pekan
| Khairil Abdul Rahim |
| TEMERLOH, 14 Feb: PAS Pahang menyifatkan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 yang sedang dipamerkan pada masa ini mengalami pertambahan bilangan pengundi yang menakjubkan terutama di Parlimen Pekan. |
Teladan politik Islam pada diri Rasulullah SAW
Di antara Sunnah terbesar yg ditinggalkan oleh Baginda SAW ialah menegakkan Negara Islam. Baginda SAW bersabung nyawa membawa masyarakat Islam Mekah berpindah ke Madinah semata-mata utk menegakkan sebuah negara Islam yg berjalan di dlmnya undang2 Al Quran.
Sesungguhnya menegakkan Undang2 Al Quran adalah wajib. Justeru, atas alasan apa kita menyokong parti yg meminggirkan Al Quran semasa pilihanraya ?
| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 15 Feb: Pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ianya membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin. "Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. "Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat," ujarnya dalam perutusan sempena Maulidur Rasul 1432H. Berikut perutusan penuh beliau. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti teladan Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah. Jasa besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati. Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama. Sedangkan pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin. Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat. Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam. Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 12 Rabiul Awal 1432H/15 Februari 2011 |
Saturday, February 12, 2011
Kezaliman Pemerintah Mesir Dan UMNO Di Malaysia Sama Sahaja
Stail UMNO memerintah Malaysia dari dulu, kini dan mungkin selamanya sebijik dgn stail pemerintahan Hosni Mobarak di Mesir. Soalnya, siapa akan lebih dulu ambik iktibar atas kejadian itu antara pemimpin Malaysia dgn rakyat ?
Iktibar: Perangai Umno BN macam rejim ditewaskan
| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 12 Feb: “Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Justeru, katanya PAS mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Hosni Mubarak meletakkan jawatan Presiden Mesir berikutan bantahan berterusan rakyat selama 18 hari. Berikut kenyataan penuh beliau. Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang berjaya menyingkirkan rejim Hosni Mubarak yang telah menzalimi rakyatnya sejak sekalian lama. Keberanian dan sikap konsisten rakyat yang dahagakan perubahan ini wajar dicontohi oleh masyarakat dunia yang juga berhadapan dengan kerajaan yang zalim dan menindas rakyat. Benarlah firman Allah SWT dalam Al Quran bahawa nasib sesuatu kaum itu akan diubah oleh Allah sekiranya kaum itu sendiri ingin mengubahnya. Cabaran terbesar selepas ini ialah tentunya mengemudi kerajaan peralihan yang dipimpin sementara oleh pihak tentera supaya perubahan yang digerakkan oleh rakyat ini akhirnya akan kembali kepada kuasa rakyat dalam menentukan hala tuju dan bentuk pemerintahannya, dengan menjadikan peluang keemasan ini untuk menegakkan keadilan menyeluruh, demokrasi telus dan tulen, dan akhirnya menjadi contoh kepada kerajaan lain di rantau Asia Barat yang masih dibelenggu demokrasi tempang. Pihak Majlis Ketenteraan pula diminta supaya tidak menggunakan ruang ini untuk berdolak dalih dan berhelah dalam membina negara Mesir baru nanti. Kuasa besar dunia juga perlulah menghormati kuasa rakyat dengan tidak cuba mencaturkan suasana pemerintahan baru di Mesir itu. Sebarang campur tangan kuasa luar akan hanya memburukkan keadaan dan menyebabkan suasana kacau-bilau berterusan dialami oleh rakyat Mesir. Peristiwa bersejarah ini tentunya menjadi iktibar kepada masyarakat dunia, termasuklah kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN. Inilah natijahnya apabila undang-undang negara dipergunakan untuk menahan tanpa bicara, darurat diisytiharkan sewenangnya dan kuasa rakyat tidak dihormati sejak sekian lama. Tempoh itu juga meyaksikan bahawa media dikuasai oeh kerajaan memerintah dan dipergunakan tanpa segn silu dengan matlamat untuk mengekalkan kuasa kerajaan memerintah. Parti politik yang wujud pula dipaksa berdepan dengan sistem pilihanraya yang berat sebelah, dan seterusnya menafikan kuasa rakyat. Sistem pendidikan pula menjadi bahan eksperimen, budaya hidup hedonisme dan penuh dengan rumpunan hiburan yang melekakan telah melupakan rakyat kepada realiti kehidupan sebenar, rasuah bermaharajalela dan rakyat dipaksakan untuk menerima satu bentuk kehidupan yang tujuannya entah ke mana. Akhirnya rakyat Mesir bangkit melakukan perubahan pada hari yang bersejarah ini. Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu. PAS dengan ini mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini. |
Sunday, February 6, 2011
Revolusi kebangkitan Rakyat di Mesir
| Memerintah lama kerana permintaan rakyat atas ketokohan pemimpin dipanggil penghormatan tapi kalau perintah lama dgn dipagari pelbagai akta yg mengongkong rakyat itu namanya gila kuasa. Kerajaan Mesir dan kerajaan Malaysia memilih cara mengongkong rakyat dlm usaha mengekalkan kuasa. Mereka selamat buat masa ini kerana bernaung di balik pagar buruk pelbagai akta yg mereka cipta. Mereka menang di atas gelanggang yg senget. Pengadil dilantik di kalangan mereka dan mereka berlawan dlm keadaan mulut musuh mereka ditutup. Kaki dan tangan musuh mereka diikat. Kita bimbang mereka memerintah hari ini atas kemenangan yg direka atas kertas tetapi pada hakikatnya mereka sudah lama kalah. Musuh mereka lebih ramai dari penyokong. Mereka nampak bergaya kerana menyekat ceramah, menyekat demonstrasi, menyekat kebebasan media, menyekat kakitangan kerajaan dan pelajar dgn pelbagai akta, menyekat subsidi org2 kampung dan pelbagai sekatan lain. Mereka juga nampak bergaya kerana mereka menguasai Mahkamah, SPR, Jabatan Pendaftaran Negara dan Polis. Apabila kebencian rakyat meledak disebabkan kezaliman mereka maka tak mustahil kebangkitan rakyat seperti di Mesir akan berlaku juga di Malaysia suatu masa nanti. Huru-hara ini dapat dielak jika kerajaan hari ini memerintah dgn adil dan tidak mengongkong rakyat. Pada hari ini tidak ada kakitangan yg berani mengkritik kerajaan secara terbuka melainkan akan berhadapan dgn tindakan. Kezaliman seperti itu berpotensi meledakkan kebangkitan rakyat. Suhaimi Mokhtar |
| Amerika Syarikat (AS) dan kuasa barat yang mendukungi kuasa regim zionis Yahudi kini bakal kehilangan satu lagi negara sahabat, rakan yang menjadi benteng, pelindung yang diperkakaskan oleh negara-negara yang bersekongkol ini untuk mencaturi agenda besar mereka di rantau Timur Tengah. Selama 30 tahun negara-negara kuasa yang melindungi regim zionis ini memperalatkan dan memperkudakan Mesir, negara milik umat islam untuk menjadi pelindung kepada survavil regim zionis yang sentiasa kepingin untuk terus berada dalam zon selesa bagi mengatur agenda besar dirantau itu yang dikelilingi oleh negara-negara milik umat islam. Sebagai negara sahabat AS, Mesir dibayar dolar AS 1. 5 billion setiap tahun berupa bantuan melengkapkan ketenteraan dan peralatan tentera dan lain-lain. Regim zionis diberi bentuk bantuan sama berpuluh kali ganda lebih besar. Dengan perjanjian damai Kem David dan Oslo, regim zionis menemui keamanan yang dicarinya dengan negara-negara Mesir dan Jordan dengan negara-negara barisan hadapan ini mengiktiraf kewujudan regim zionis. Mesir, Jordan dan Syria merupakan negara barisan hadapan yang berperang dengan regim zionis beberapa kali. Dalam perang 1967 negara-negara Arab kalah teruk dengan beberapa wilayah bumi negara-negara ini ditawan regim zionis dan dalam perang 1973 Mesir berjaya membebaskan sebahagian dari Sinai dan mengistiharkan kemenangan dalam perang itu. Perjanjian damai telah membolehkan regim zionis menumpukan perhatian kepada pembangunan ketenteraannya hingga menjadi kuasa tentera paling kuat di rantau Timur Tengah sehingga menjadi kuasa nukleur di samping pembinaan penempatan baru di wilayah-wilayah Arab yang mereka rampas dalam perang 1967. Keamanan dengan Mesir dan Jordan membolehkan regim zionis bertindak ganas terhadap rakyat Palestin seperti dalam perang Gaza dan serangan terhadap Lubnan dan pembunuhan beramai-ramai di kem Sabra dan Shatila di Lubnan. Negara-negara Arab telah diamankan kesemuanya. Elemen-eleman ini turut berperanan dalam kebangkitan revolusi rakyat di Mesir bermula pada 25 Januari lalu, sebelas hari selepas kejatuhan Ben Ali di Tunisia pada 14 Januari. Selain faktor-faktor ini, faktor-faktor ekonomi, kebebasan bersuara, kezaliman, penindasan dan lain-lain turut memainkan peranan yang mencetuskan revolusi kebangkitan rakyat ini yang kini masuk minggu kedua. Kebangkitan ini memuncak pada hari Jumaat lalu selepas solat Jumaat dan ia tiba kekemuncaknya pada hari selasa apabila lebih sejuta rakyat keluar mendesak Mubarak meletakkan jawatan dengan segera. Mubarak telah menubuhkan kabinet baru dengan melantik Naib Presiden Omar Sulaiman, rakan kepercayaannya yang sebelumnya mengetuai apparatus perisikan Mesir. Selama 30 tahun Mubarak tidak melantik Naib Presiden dan memerintah secara kuku besi. Mubarak tampil dua kali membuat ucapan ke seluruh negara melalui TV milik regim dengan membuat konsesi politik untuk berundur pada bulan Septembar, tarikh penggal keprisedenannya berakhir, tetapi konsesi itu dengan pelbagai janji reformasi politik dan ekonomi termasuk dailoq dengan kumpulan pembangkang, tidak dapat meredakan demonstarasi di Dataran Tahrir dan diseluruh Mesir termasuk di Iskandariah, Suez dan lain-lain bandar Mesir. Ia sudah terlalu lewat setelah 30 tahun. Hari-hari Mubarak sudah berakhir walaupun pemimpin itu belum mahu meletakkan jawatan sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat yang menuntutnya berbuat demikian dan selagi tidak ada perletakan jawatan, maka selagi itu demonstrasi diteruskan. Mubarak tiada pilihan lain walaupun untuk mengekalkan status quo. Presiden AS Obama dan para pemimpin barat kelihatan begitu berhati-hati dalam menanggani kebangkitan revolusi rakyat ini. Ini dapat dilihat dari kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kuasa-kuasa AS dan barat ini. AS dan barat dalam keadaan dilemma kerana Mubarak adalah sahabat, rakan yang bersekongkol dengan kuasa mereka untuk membentengi kebangkitan islam yang memasuki babak baru yang sangat membimbangkan AS, barat dan kuasa regim zionis. Mesir tanpa Mubarak, Tunisia tanpa Ben Ali dan negara-negara Arab lain yang satu demi satu akan didatangi dengan kebangkitan rakyat tidak lagi mampu menjadi benteng mengekalkan keamanan regim zionis dan rantau Timur Tengah. Tanpa pemimpin-pemimpin ini Timur Tengah akan menempuh era baru yang sangat dibimbangi dan ditakuti oleh kuasa AS, barat dan regim haram zionis. Senario politik diTimur Tengah akan berubah mendadak dengan lanskap baru apabila rakyat mencari pimpinan baru dikalangan tokoh-tokoh pergerakan islam untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemimpin diktator ini. Rachid Ghanuchi telah kembali ke Tunis dari buangan dengan mendapat sambutan luarbiasa dari rakyat. Pada ketika Mubarak menghadapi hari-hari akhirnya walaupun dia berikrar tidak akan meninggalkan Mesir kerana mahu mati di Mesir, nama pergerakan Ikhwan Muslimun disebut-sebut bakal menyertai pilihanraya apabila berlaku proses pembaharuan politik di Mesir. Dibawah pemerintahan Mubarak, Ikhwan diharamkan dan para pemimpin Ikhwan dipenjarakan. Sejak rampasan kuasa tentera oleh Gamal Abdul Nasir pada 1952, yang mejatuhkan Raja Farouk ramai tokoh-tokoh Ikhwan dipenjarakan dan ramai juga yang syahid seperti Al-Syahid Syed Qutb, Al-Syahid Hassan Al-Bana, pengerak dan pengasas Ikhwan. Kejatuhan regim-regim diktator ini akan membolehkan pergerakan islam melalui proses pilihanraya muncul berkuasa jika berlaku pilihanraya adil. Kemungkinan besar pergerakan islam mencapai kemenangan bukanlah sesuatu yang mustahil seperti yang berlaku di Palestin, apabila Hamas memenangi pilihanraya 2006. AS, kuasa barat dan regim zionis cukup takut kepada kemungkinan ini apabila Mesir tidak betah lagi menjadi benteng regim zionis dan menjadi alat negara-negara kuasa ini. Selepas revolusi rakyat di Tunisia yang menyaksikan tumbangnya regim diktator Zine-El Abidine atau dikenali dengan panggilan Ben Ali pada 14 Januari lalu, kini regim Hosni Mubarak yang memerintah Mesir dengan decree, kekerasan, kezaliman selama 30 tahun, melalui apparatus pasukan polis yang dikendalikan melalui kementerian dalam negeri sedang berada diambang kejatuhannya. Para penganalisis politik AS dan barat bimbang Teori domino akan berlaku diTimur Tengah apabila rakyat bangkit berdemonstrasi. Regim-regim dirantau itu kini sedang sibuk membuat beberapa pembaharuan politik dengan harapan ia akan membendung kebangkitan islam dinegara mereka. Jordan telah menukar pimpinan kerajaan bagi menanggani keadaan kerana Amman juga sedang menghadapi kebangkitan rakyat. Rakyat Mesir yang berdemonstrasi di Dataran Tahrir dalam jumlah lebih satu juta sudah tidak gentar lagi dengan pasukan keselamatan regim Mubarak. Selama 30 tahun rakyat Mesir hidup dalam ketakutan yang menyelubungi kehidupan mereka. Lebih separuh rakyat Mesir dari jumlah 85 juta orang hidup dalam kemiskinan tegar dengan pendapatan kira-kira dua dollor sehari. Kekayaan dibulut oleh segelintir mereka yang berkuasa dengan yang kaya menambahkan kekayaan mereka dan yang miskin terus menderita. Anak-anak muda yang berpendidikan dan terpelajar dinafikan pekerjaan menyebabkan kadar pengganguran yang tinggi. Regim Mubarak tidak dapat menyediakan pekerjaan kepada mereka. Kesemua tolak ansur yang diketengahkan oleh Mubarak ditolak. Mereka mahukan Mubarak berundur segera sebelum bulan september. AS dan barat akan memainkan peranan untuk cuba menafikan kepimpinan ikhwan mengambil alih kekosongan melalui pilihanraya nanti. |
Monday, January 31, 2011
Tanda2 Ajal
Thursday, January 27, 2011
Melayu tolak Islam lebih teruk daripada Kuan Yew
Utusan Malaysia Online
KOTA BHARU 26 Jan. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan orang Melayu di Malaysia yang menolak Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme lebih teruk daripada Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew.
Beliau berkata, ini kerana Kuan Yew hanya meminta umat Islam di republik itu tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam berbanding segelintir orang Melayu di negara ini yang membuang sama sekali Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme.
"Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Kuan Yew. Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Kuan Yew," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Menteri Besar berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Kuan Yew supaya umat Islam di republik berkenaan tidak terlalu berpegang pada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara tersebut.
Ia terkandung dalam buku bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going yang dilancarkan minggu lalu.
Kenyataan Menteri Mentor Singapura itu diselar oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang menyifatkannya sebagai satu pandangan primitif.
Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (UM), Dr. Mohd. Roslan Mohd. Noor berkata, kenyataan tersebut memperlihatkan bekas Perdana Menteri Singapura itu mempunyai sifat Islamofobia dan cuba mengajar orang Islam tentang agama mereka.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasarudin Hassan pula menyifatkan tuduhan Kuan Yew bahawa Islam menjadi penghalang kepada integrasi dan pembangunan di Singapura tidak ubah seperti musuh yang melihat Islam dengan api dendam serta permusuhan berpanjangan.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz mencabar Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek supaya turut mempersoalkan pemakaian serban di kalangan masyarakat Sikh dan tidak hanya mempermain-mainkan larangan bersalam antara wanita Islam dengan lelaki bukan muhrim.
Menurutnya, Islam menetapkan lima perkara yang wajib dijaga antaranya larangan bersalam antara lelaki dan wanita bukan muhrim kerana ia boleh mengundang kepada perlakuan negatif lain termasuk zina akibat daripada pergaulan bebas.
"Kenapa dia mempermainkan jabat tangan (bersalam) orang Islam. Cuba dia sentuh soal serban orang Sikh, tengok orang Sikh jawab macam mana. Kalau tak berani, jangan cakap benda-benda macam ini," katanya.
Tuesday, January 25, 2011
Bebaskah Rakyat Malaysia Memilih Pemimpin ?
Macam2 akta boleh dipalitkan kpd org2 yg terlibat dgn politik samada staf atau student. Begitukah ajaran Islam ? Berpolitik cuma halal kpd selain kakitangan kerajaan dan pelajar ? Tidak, itu bukan ajaran Islam. Ajaran itu tidak logik langsung kalau diukur menggunakan akal yg waras malah amat jauh sesatnya kalau diukur mengikut Al Quran dan Hadith. Ajaran itu bukan warisan Nabi SAW tetapi adalah warisan pemerintah kuku besi sejak zaman berzaman. Pemerintah yg tidak berpandu dgn Al Quran sahaja yg akan mereka2 akta itu dan ini bagi menyekat penentangan rakyat terhadap mereka.
Adakah undang2 Malaysia hari ini sudah menurut Al Quran ? Semakin menurunkah kadar jenayah dgn undang2 yg sedang digunapakai ? Semakin sifarkah rasuah ? Semakin harmonikah kehidupan masyarakat ? Hanya org tak siuman shj yg akan kata sudah. Sepatutnya kakitangan kerajaan dan pelajarlah yg bangkit dulu berjuang menyelamatkan negara tercinta dari tenggelam dibaham pemimpin yg rakus. Islam mengajar kita agar berkata yg haq meski pun ianya pahit. Jgn gadaikan kehidupan akhirat yg kekal abadi dgn nikmat dunia yg sementara.
PRK Dun Tenang, buka wajah sebenar Umno
| Majdan Yahya |
| Tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam - merujuk calon PAS-Pakatan Rakyat (PR) kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Sekaligus memperlihatkan kegagalan Umno menerangkan Islam yang sebenar kepada sekutunya itu. Walaupun ucapan Chua itu berlaku dalam perjumpaannya dengan masyarakat Cina bukan Islam, namun Umno tindak mengambil langkah proaktif untuk mengajak MCA berbincang agar isu tersebut dijawab dengan lebih berhemah. Bahkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan tentang agenda PAS yang mahu menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat (PR) berkuasa. Umno bukan sahaja tidak membantu MCA menghormati agama Islam malah mereka sendiri turut sama mempersendakan agama rasmi Malaysia itu. Apakah Umno begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan 5,766 pengundi masrakat Cina sehingga sanggup menjual agama? Jumlah pengundi Cina tersebut merupakan 38.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di Tenang. Dalam pilihanraya umum 2008 yang lalu, PAS memperolehi sokongan lebih daripada separuh pengundi di tiga kawasan majoriti Cina, iaitu bandar Labis Timur, bandar Labis Tengah dan Labis. Sebelum ini PAS dituduh oleh Umno dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang pro-Umno bahawa parti Islam itu telah menggadai prinsipnya kerana berkawan dengan DAP yang didakwa anti Islam. Pelbagai tohmahan dan demontrasi dibuat mengutuk tindakan PAS itu. Ditambah pula isu kenyataan "over my dead body" oleh Karpal Singh. PAS dan DAP didakwa tidur sebantal tetapi mimpi yang berlainan. Tetapi isu ini telah membuka wajah sebenar Umno dan NGO tersebut. Mana perginya suara lantang mereka? Mana jaguh-jaguh pendemo mereka? Mana perginya ketuanan Melayu-Islam yang mereka bangga-banggakan selama ini? Di mana Umno yang gah mengatakan merekalah juara membela agama? Di mana JAKIM dan di mana IKIM? Semuanya menunduk kepala tatkala MCA dan Gerakan mula mencemuh PAS sekaligus menghina Islam kerana pematuhan kepada suruhan agama. Dalam hal ini, jelaslah bahawa Umno sebenarnya yang menjual agama demi politik mereka. Walaupun Muhyiddin meminta isu ini tidak dipanjangkan oleh MCA, namun sehingga kini tiada suatu dialog khusus antara ulama Umno dengan pimpinan MCA bagi meleraikan isu ini. Rakyat yang cerdik dan celik tidak kira sama ada Islam atau bukan Islam telah dapat melihat dengan jelas bahawa PAS secara istiqamah meneruskan suruhan agama walaupun difitnah dan dihalang melalui pelbagai cara oleh Umno dan konco-konconya. Dalam hal ini DAP lebih menghormati Islam setelah berkawan dengan PAS dan tidak pernah mempersoalkan kenapa seorang muslimah perlu bersarung tangan untuk bersalam dengan pengundi yang bukan muhrim. Yang lebih menyedihkan sikap tidak menghormati Islam ini disiarkan ke seluruh negara oleh media pro-Umno. Isu ini sepatutnya mencelikkan mata dan hati rakyat Johor khususnya di Dun Tenang yang masih beranggapan Umno lah pejuang agama Islam. Sebahagian rakyat Johor telah pun membuat perubahan, dan pengundi Johor sewajarnya memulakannya di Tenang. Perkara ini tidak mustahil kerana Johor terkenal dengan sekolah agama rendahnya. Secara logik, hampir semua anak-anak Johor mempunyai asas agama. Mereka sewajarnya sedar bahawa Umno yang mempunyai JAKIM dan IKIM hanya mampu bersetuju dengan MCA dan Gerakan dalam perkara perkara yang mencabar dan menghina Islam. Berbanding PAS yang tegas mempertahankan Islam walaupun pernah hilang sekutunya pada pilihanraya 1999. Walau apapun keputusan PRK Tenang, PAS sudah menang dan membuktikan mereka tidak pernah meninggalkan perjuangan untuk menegakkan Islam dan memberi kefahaman tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia ini. Berbanding Umno yang berselindung disebalik agama dan apabila keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan Melayu-Islam. Tetapi, tanpa disangka, Dun Tenang telah mendedahkan watak hipokrit mereka. |
Friday, January 21, 2011
Peneroka dapat naik bas free utk. sambut PM di DUN Tenang, Labis
Ahmad Lutfi
Selepas Dr Mahathir Mohamad dimalukan bekas anggota kabinetnya sendiri, Shahrir Abd Samad, di Johor Bahru pada 1988, tiada lagi kelibat Perdana Menteri, termasuk Abdullah dan Najib kemudiannya, dalam kempen pilihan raya kecil. Mereka lebih suka menyerahkan tugas mengetuai jentera BN kepada timbalan masing-masing. Namun di Sibu Najib terpaksa turun ke jalan raya dan pasar untuk meraih simpati masyarakat Cina di sana. Akhirnya BN tewas juga.
eroka
Di Tenang, Najib bertindak lebih awal berkempen menemui pengundi, dengan menggunakan kemudahan kerajaan sepenuhnya, sebelum tarikh penamaan calon lagi, malah sebelum nama wakil BN diumumkan pun. Beliau mengadakan lawatan sehari suntuk ke Labis, pada 18 Januari lalu. Ketibaan Najib dengan helikopter khas kira-kira 9.30 pagi itu semata-mata untuk berkempen memenangkan BN dan menolak calon PAS.
Tumpuan Najib adalah para peneroka Felda, dengan program di Pusat Komuniti Felda Chempelak Barat dan jamuan makan di Padang Awam Felda Tenang, diikuti majlis ramah mesra bersama masyarakat India di Dewan Serba Guna Majlis Daerah Labis dan merasmikan bangunan tambahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Labis, seterusnya menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Cina.
Dengan memakai topi berlogo BN, Najib dilihat bersalaman dengan orang ramai. Jelas dalam Buletin Utama TV3, Perdana Menteri melemparkan dakyah politik. Selain mempromosikan "jasa-jasa BN" terhadap masyarakat Felda, Najib menggesa pengundi tidak membaca apa jua risalah yang mempunyai lambang PAS, KeADILan dan DAP. Nampak sangat Pengerusi BN ini begitu takutkan penyebaran maklumat dan informasi yang bakal mendedahkan tipu-helah mereka selama ini.
Dalam majlis sama, Najib sekali lagi mencari helah untuk tidak bersemuka dengan Anwar Ibrahim di pentas debat terbuka. Ketua Pembangkang pada tarikh sama, 18 Januari, melalui suratnya kepada Perdana Menteri, mempelawa Najib berdebat mengenai "isu berkaitan ekonomi negara dan fakta-fakta yang terkandung dalam Buku Jingga". Bagi Anwar, isu-isu tersebut kian mendesak memandangkan kos sara hidup melonjak tinggi, harga barang semakin meningkat dan membebankan rakyat, manakala hutang negara melonjak lebih 50 peratus.
Anwar yakin debat itu mampu memberi manfaat kepada usaha memperkukuh amalan demokrasi, penyebaran maklumat tanpa sekatan dan memulihkan kembali ekonomi negara.
Bagi saya, lebih penting daripada mencongak siapa bakal pemenang di Tenang adalah memastikan proses pilihan raya yang bersih, adil, bebas dan telus. Biar "padang permainan sama rata" buat semua calon yang bertanding. Proses pendemokrasian di Malaysia harus melambangkan kematangan dan kedewasaan kita setanding negara-negara maju. Banyak negara yang lewat mengamalkan demokrasi daripada kita tetapi berjaya melaksanakannya secara bertanggungjawab dan penuh integriti.
Sayang sekali, Najib tidak menunjukkan teladan yang baik untuk dirakam sejarah. Beliau -- seperti juga pemimpin utama BN sebelum ini -- sanggup memperalatkan apa jua institusi kerajaan dan mengamalkan rasuah politik, demi memastikan maruah BN di Johor tidak tercalar lebih teruk.
Saya kira buku Reforming Political Finacing in Malaysia, terbitan Trasparency International - Malaysia elok ditelaah bagi mendapatkan gambaran lanjut tentang isu-isu berkaitan politik wang di negara ini.
Wednesday, January 19, 2011
Orang Kemelah Jadi Calon PAS di Tenang
| Hazayani Zakaria |
|
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan PAS Johor mengenai keperluan meletakkan calon wanita dan ianya mendapat sokongan akar umbi parti. "Ini keperluan bagi negeri Johor dan kita melihat pandangan PAS Johor dan kita melihat golongan wanita juga adalah pengundi, bukan sahaja lelaki. Jadi mereka juga perlu suara di Dewan Rakyat dan Dun. "Kita lakukan kaji selidik di peringkat bawah dan kita dapati calon kita mendapat sokongan akar umbi parti di samping mempunyai pengaruh kerana pernah berkhidmat di kawasan Dun Tenang," kata beliau dalam sidang media selepas mengumumkan calon PAS di Dataran Wayang Pacak, dekat sini malam tadi. Normala Sudirman, 38, (gambar) dipilih sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding di Dun Tenang, 30 Januari ini. Berucap dalam majlis pengisytiharan calon sebelum itu, Abdul Hadi berkata, PAS memilih Normala sebagai calon kerana yakin dengan kemampuan beliau berkhidmat kepada masyarakat di kawasan tersebut selain kesungguhan yang ditunjukkan untuk berkhidmat kepada parti. "Puan Normala tak minta jadi calon tapi kami (PAS) yang minta beliau jadi calon. "Beliau telah meletakkan jawatan bukan kerana nak jadi calon tapi letak jawatan guru kerana nak aktif sepenuhnya dalam parti dan masyarakat. "Ini merupakan kesungguhan beliau untuk bersama dalam perjuangan," katanya di hadapan lebih 1,000 rakyat yang hadir bagi mengetahui siapakah calon yang dipilih PAS. Abdul Hadi juga berkata, ini bukan kali pertama PAS meletakkan wanita sebagai calon setelah mendapati sejarah pemerintahan Islam sendiri mengiktiraf wanita sebagai pemimpin. "Mengapa PAS pilih calon wanita? Sejarah Islam menunjukkan permulaan membina negara pada awal 1470 tahun dulu. "Apabila Nabi Muhammad s.a.w mengajak pemimpin-pemimpin Aus dan Khazraj yang datang dari Madinah untuk mengadakan bai'ah janji setia bagi menguatkan sebuah pemerintahan yang adil, di antara yang diminta melafazkan janji setia ialah dua orang wanita. Menurutnya juga, dalam al-Quran sendiri ada menyebut hak wanita untuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara. "Islam telah memulakannya seribu tahun dahulu. Kalau kita membaca sejarah, penglibatan dalam menegur dan menasihati pemerintah bukan sahaja melibatkan lelaki tapi juga wanita. "Apabila khalifah Umar Al-Khatab menyampaikan ucapan yang dipandang oleh wanita sebagai ucapan yang memperkecilkan mereka, seorang wanita bangun di dalam majlis dan menegur Umar. "Allah bagi hak kepada wanita di dalam al-Quran tetapi berani ketua negara membatalkan hak menyebabkan Umar menarik balik apa yang diucapkan," katanya. Katanya, PAS juga pernah menghantar calon wanita pertama ke Parlimen, Khatijah Sidek pada tahun 1960. "Dalam sejarah PAS, PAS telah menghantar ahli Parlimen yang pertama selepas merdeka pada tahun 1960 dan berjaya memenangkan calon ketua muslimat, Khatijah Sidek. Jadi ini bukan kali pertama kita letak calon muslimat," katanya yang juga ahli Parlimen Marang. Sementara itu, beliau juga menyeru seluruh petugas Pakatan Rakyat agar bertugas dengan berhemah sepanjang proses pilihan raya berlangsung dan tidak terpengaruh dengab sebarang provokasi pihak lawan. "Dalam menghadapi pilihan raya Dun Tenang, saya menyeru kepada petugas Pakatan Rakyat supaya bekerja dengan tenang, jangan gelojoh, jangan melampau, menjaga keamanan, menjaga ketenteraman dan menjaga perturan pilihan raya dengan baik," katanya. Tambahnya, Pakatan Rakyat perlu menerima hakikat bahawa pilihan raya sering kali berlangsung dalam suasan yang tidak adil, dengan Umno BN mendapat segala kelebihan untuk berkempen. "Bukan senang nak menang kerana kita menghadapi pilihan raya dalam lapangan yang tidak sama rata. BN akan guna media perdana, stesen televisyen, radio untuk berkempen ke setiap rumah. "Ini pilihan raya yang berbeza dengan amalan demokrasi moden dan pilihan raya yang tidak adil. Kita diberi peluang yang terhad, ceramah yang terhad dan penerangan yang terhad," katanya. Namun beliau meminta petugas parti tidak cepat berputus asa kerana Pakatan Rakyat sudah beberapa kali menang dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini. "Jangan risau kerana kita telah buktikan kita boleh menang dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan kita percaya kita boleh lakukan kali ini," katanya. |
Berdebatlah Najib, nak lihat Anwar demam
| Abdul Aziz Mustafa |
|
"Berdebatlah. Cakap besar dari jauh apa gunanya. "Kalau betul Najib ada semua maklumat mengenai Anwar dan kalau dia dedahkan, Anwar akan demam, tunggu apa lagi? "Janganlah menikus tak habis-habis. Sambutlah cabaran Anwar untuk berdebat dan dedahkan semua maklumat itu. Rakyat pun nak tahu juga," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Sebelum itu, ketika berucap kepada para peneroka di Felda Chemplak, Tenang, Najib berkata: "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam". Mahfuz juga membidas Najib yang menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya sedangkan beliau sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadinya. "Tak usahlah menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya kalau diri sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadi ekoran pembunuhan Altantuya Shaariibuu. "Penyiasat diculik, muka yang didakwa sebagai pembunuh sentiasa ditutup dan hari ini tak tahu di mana mereka berada, akhbar-akhbar antarabangsa tuduh terang-terangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya tetapi dia tak berani ambil tindakan walaupun dicabar oleh Tengku Razaleigh tetapi terus bersifat bacul melarikan diri dari masalah peribadi," kata Mahfuz. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengingatkan Najib supaya jangan cuba melarikan diri dari membahaskan masalah ekonomi negara dengan bercakap besar kononnya dia boleh mengakibatkan Anwar demam kalau dia mendedahkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu. Beliau mengingatkan Najib bahawa debat di antara beliau dan Anwar bukan isu peribadi tetapi debat tersebut adalah untuk rakyat dan berpaksi kepada isu-isu negara. Anwar, kata Mahfuz, mengajak Najib berdebat dalam hal dan isu pengurusan negara selepas Najib menghentam program 100 hari Pakatan Rakyat (PR). "Sebagai Perdana Menteri, Najib harus berani mempertahankan dasar-dasar dan tatacara pentadbirannya di khalayak umum ketika Anwar sendiri bersedia mempertahankan program 100 hari PR yang diburuk-burukkan oleh Najib," katanya. Mahfuz mempersoalkan, adakah Perdana Menteri tidak tahu membezakan hal ehwal negara dengan isu peribadi? "Kalau isu peribadi, orang tidak berdebat, malah boleh bersembang kedai kopi sahaja. Susahlah negara kalau Perdana Menteri mempunyai gaya pemikiran yang setahap pemikiran (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk) Ahmad Maslan," katanya. |
Thursday, January 13, 2011
Jom Bersantai Ke Morib
Thursday, January 6, 2011
Gara-gara khutbah, imam dipanggil ke balai polis
Agak2 apa motif org yg buat aduan ini. Kerana agama atau kerana UMNO ? Kalau dia seorang yg alim dlm ilmu agama dan merasakan apa yg disampaikan oleh khatib itu terpesong dari agama kenapa tak terus jumpa dan tegur dgn baik demi menyelamatkan ahli karyah dari tersesat. Kalau tidak pergi mengadu kepada majlis agama dan majlis agama boleh panggil khatib tersebut utk minta penjelasan adakah isi khutbahnya boleh menyesatkan orang. Pergi mengadu dgn polis apa yg dapat ? Kerja polis bukan buat teks khutbah. Kerja utama polis sekarang ini ialah menjaga kepentingan pemimpin UMNO. Sebab tu banyak ceramah pembangkang tak diluluskan permit padahal belum ada dlm sejarah ceramah2 itu menimbulkan kekecohan. Hai...macam2 benda pelik ada kt Malaysia nie...
Harakahdaily
KOTA BHARU, 3 Jan: Gara-gara berkhutbah mengingatkan umat Islam menghindarkan gejala maksiat menyebabkan seorang imam dipanggil ke Balai Polis bagi diambil kenyataan.
Imam Muda Masjid Gong Dermin, Pasir Tumbuh, Rosadi Awang, 50, petang tadi dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu ekoran menyampaikan khutbah Jumaat lalu dengan mengupas tajuk tersebut.
Katanya, sudah menjadi kebiasaan di negara ini sambutan tahun baru disambut dengan hiburan dan tarian sehingga larut malam.
“Saya sebut dalam khutbah mengingatkan umat Islam supaya menjauhi amalan tersebut kerana ia boleh mengundangkan gejala sosial.
“Sepatutnya anggota polis yang mengawal ketenteraman tidak membenarkan perkara seperti berlaku dan bukannya melancarkan program hiburan dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini.
Menurutnya juga pegawai polis yang mengambil kenyataannya berhubung perkara itu memberitahu ada laporan polis dibuat penduduk tempatan terhadap khutbah yang disampaikannya.
Rosadi berada kira-kira dua jam di IPD untuk diambil kenyataan berhubung isi khutbah yang disampaikan.
“Anggota polis datang ke rumah saya kira-kira jam 2 petang tadi dan meminta saya ke balai untuk diambil kenyataan,” ujarnya.
Bagaimana kata beliau pihak polis akan memanggilnya semula sekiranya belum berpuas hati terhadap siasatan awal yang dilakukan.
Sementara itu Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, imam terbabit menjalankan tugasnya bagi mengingatkan anak mukim supaya menjauhi gejala yang merosakkan.
Katanya, perkara itu tidak sepatutnya dipertikaikan kerana gejala sosial sekarang semakin parah terutamanya di bandar-bandar besar.
“Namun kerana tidak faham agama mereka tidak mahu isu seperti itu disentuh dalam khutbah mungkin bagi mengelakkan penduduk kampung tahu isu semasa yang berlaku,” katanya.
Sunday, January 2, 2011
Tujuan Politik, Zahid Hamidi: Siapa Politikkan Siapa?
Itulah kesannya bila membelakangkan agama. Dah dapat cahaya Islam yg terang di dlm diri tetapi dipadamkan. Lalu hidup dgn meraba2 tanpa panduan. Malangnya jln yg dipilih adalah jln yg semua org nampak jijik dan hina tetapi pada dia dilihatkan cantik akibat kejahatannya menolak agama Islam yg suci. Dia yg membuat tetapi tuduh org lain buat. Zahid pasti akan lebih hina di akhirat nanti kalau tak minta maaf dan tak sempat bertaubat.
Kerajaan Selangor ada ‘tujuan politik’ bantah pelantikan SUK baru
BAGAN DATOH, 2 Jan 11: Kerajaan negeri Selangor yang diterajui kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), mungkin mempunyai niat dan tujuan politik dengan membantah pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri yang baru Datuk Mohd Khusrin Munawi yang mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pelantikan Mohd Khusrin itu menunjukkan kepimpinan PKR di Selangor mengalami ‘‘krisis minda’’ dan enggan menerima hakikat pelantikan yang dibuat Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
“Rakyat perlu menilai kepimpinan kerajaan negeri Selangor yang tidak konsisten kerana keterlaluan mempolitikkan jawatan sehingga sanggup membelakangkan perlembagaan negeri,” kata Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh kepada pemberita selepas menutup program Pembangunan Jati Diri yang melibatkan 230 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perak di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata pelantikan SUK Negeri tertakluk di bawah bidang kuasa KSN yang tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Pelantikan Mohd Khusrin sebagai SUK Negeri mencetuskan kontroversi apabila sekretariat akhbar Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan pada 27 Dis lepas, yang menganggap pelantikan itu belum muktamad, sedangkan ia telah mendapat perkenan Sultan Selangor.
Alasan yang diberikan dalam kenyataan itu ialah pelantikan tersebut tidak dimaklumkan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut berhasrat menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyembahkan perkara berkenaan.
Bagaimanapun hasrat Abdul Khalid itu terpaksa ditunda kerana baginda sedang bercuti dan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani juga mengesahkan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, pelantikan SUK Negeri tidak perlu mendapat persetujuan Menteri Besar. — Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PKR, 'mungkin mempunyai niat dan tujuan politik' membantah pelantikan SUK Negeri baru Mohd Khusrin Munawi, yang mendapat perkenan Sultan Selangor, kata Zahid Hamidi. Dan Setiausaha Sulit Sultan Selangor mengumumkan pelantikan SUK Negeri tidak perlu mendapat persetujuan Menteri Besar. Ertinya, Sultan sudah dipolitikkan? Jadi, siapa politikkan siapa?
Thursday, December 30, 2010
Malaysia akan huru-hara kalau BN kalah
Masalahnya UMNO memilih kerja itu utk. menghadapi negeri2 yg diperintah oleh PR. Apa yg mereka usahakan ialah menghuru-harakan negeri itu semampu yg boleh sampai pemimpin PR tak boleh nak buat kerja. Mereka perkudakan agensi2 yg ada tali barut mereka di dlmnya. Sepatutnya mereka tak buat kerja sebagaimana yg babi buat. Lantaklah negeri dibawah PR nak buat apa pun. Biar rakyat yg menilai. Bila rasa tak betul baru beri komen.
Disebabkan gangguan yg diwujudkan oleh UMNO inilah maka negeri2 yg PAS menang tidak boleh menjalankan undang2 Al Quran. Kamu nak sokong lagi ? Silakan tetapi harap bersedia utk. menjawab soalan2 di Yaumul Mahsyar nanti !
SUK mula tugas angkat sumpah depan MB
| Ismail Hashin |
| SHAH ALAM, 31 Dis: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, keutamaan beliau sekarang adalah untuk mengembalikan sepenuhnya kuasa mentadbir negeri kepada kuasa yang dipilih rakyat.
Tetapi menerusi isu menghapuskan kekebalan Sultan sejak 1993 oleh Umno, kuasa melantik SUK telah 'dilupuskan' daripada Sultan dan MB. Sejak itu, jelasnya, tiada lagi kuasa sultan dan MB untuk melantik Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang selain SUK. Namun menurutnya, dalam pada itu masih terdapat satu kuasa menteri besar iaitu, setiap SUK yang ingin memulakan tugas mesti mengangkat sumpah di hadapan MB. Abdul Khalid menegaskan demikian dalam majlis solat hajat dan bacaan Yaasin yang diadakan di kediaman rasmi beliau di sini, malam tadi. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah, ucapan dari MB dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, solat hajat, bacaan Yaasin dan solat Isyak yang dipimpin oleh Ketua Penerangan KeAdilan, Dr Mohd Nor Manuty. "Dalam menjalankan amanah rakyat mentadbir negeri ini, membina satu pasukan terbaik adalah keperluan utama untuk sama-sama merancang dan bertukar fikiran. "Selain itu, SUK mestilah orang yang berpengalaman, dapat berucap dan difahami rakyat, menguasai Bahasa Inggeris dengan baik terutamanya dengan pelabur. "Paling utama juga, beliau mestilah mempunyai rasa kemesraan tentang perjuangan rakyat, mampu menjana negeri terulung di negara ini, pembangunan dan perusahaan serta sebagai negeri maju," tegasnya. Meskipun bagi beliau, isu ini merupakan perkara kecil sahaja dalam pengurusan namun bimbang jika disalahgunakan bukan untuk membangun tetapi meruntuhkan Negeri Selangor. Sementara itu, Khalid di dalam ucapannya berkata, Sultan sewajarnya tidak dilibatkan di dalam politik jika ingin mendapat sokongan dari keseluruhan rakyat. Beliau juga berkata, sudah menjadi amalan sesiapa pun tidak hadir sesuatu majlis walimatul-urus jika tidak mendapat undangan hadiri kenduri berkenaan. "Datuk Khusrin perlu faham-faham sendiri, nama beliau tidak ada dalam senarai jemputan sebagai SUK," sindirnya akhiri ucapan. |
Lim Kit Siang : Lantikan SUK cabul semangat undang-undang
"Putrajaya tidak patut melibatkan Sultan dalam pelantikan SUK kerana undang-undang tubuh negeri juga tidak menyebut Sultan mesti dimaklumkan dahulu dan perkenan Baginda diperlukan," kata Lim.
"(Amalan) konvensyen dalam undang-undang tubuh seakan membawa maksud, rundingan dengan menteri besar, dan lantikan Sultan untuk jawatan tinggi dibuat untuk mengukuhkan integriti undang-undang tubuh negeri dan bagi menggalas mandat orang ramai yang diberikan kepada Pakatan Rakyat."
Isnin lalu, nama Khusrin diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Mohd Sidek Hassan menggantikan Ramli Mahmud.
Tindakan itu mendapat respons negatif daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang telah menyenaraipendek tiga nama - tidak termasuk Khusrin - dan berpendapat 'lantikan' itu tidak muktamad.
Menurut Lim, walaupun undang-undang tubuh Selangor tidak menyebut tentang peranan menteri besar dalam pelantikan SUK, ia juga tidak menyatakan peranan Sultan dalam hal yang sama.
MP dakwa Khusrin dilantik untuk bubar DUN S'gor
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan persekutuan cuba membubarkan DUN Selangor melalui pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK).
Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya, Beliau mendakwa, Najib pula berniat untuk mewujudkan kekacauan di negeri itu dan memaksa pembubaran DUN.Kebimbangan yang disuarakan Khalid itu timbul berikutan desas-desus berhubung langkah Selangor dan negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat untuk tidak membubarkan DUN sekiranya Najib mahu mengadakan pilihan raya mengejut.
Beliau bimbang keadaan sama akan berlaku di Selangor ekoran pelantikan Khusrin ke jawatan tersebut memandangkan bekas pengarah Jabatan Agama Islam itu lemah dari segi kelayakan.
Khalid turut mendakwa, Khusrin dilantik ke jawatan itu untuk mewujudkan masalah kepada pentadbiran negeri.
Khusrin mungkin ‘ganggu’ mesyuarat exco
| Aziz Muda |
|
Ini kemungkinan berlaku apabila Khusrin memainkan peranannya dengan ‘mengganggu’ mesyuarat exco seperti yang diarahkan kerajaan pusat. Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, perlantikan Datuk Khusrin itu sendiri mempunyai agenda khusus dari kerajaan pusat untuk membolehkan Datuk Khusrin campur tangan bagi pihak kerajaan pusat dalam membuat keputusan Mesyuarat Exco Negeri Selangor. "Apa saja keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat Exco, sepatutnya setiausaha sulit akan keluarkan arahan dan laksanakan, kemudian putuskan dalam mesyuarat. "Ini tidak, apa yang tak diputuskan dia buat, mesyuarat Exco tak bincangkan masalah ini, dia sendiri akan buat surat dan keluarkan arahan tanpa kita bagi arahan daripada mesyuarat Exco," katanya dalam satu kenyataan media. Kejadian seperti itu, menurut beliau, tidak mustahil akan berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor jika perlantikan Khusrin diteruskan sehingga akhirnya akan menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya digulingkan oleh kerajaan pusat. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut melahirkan kebimbangannya berhubung perkara itu, berdasarkan pengalamannya sendiri sebelum ini yang pernah mengetuai sebuah kerajaan yang sah yang diberikan mandat oleh rakyat pada PRU Ke-12 lalu, tetapi digulingkan oleh pihak Umno BN menerusi rampasan kuasa. Umno BN sebelum ini telah merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat gara-gara tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)nya bertindak lompat parti dan menjadi Adun Bebas. Mereka terdiri daripada Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Kelayakan ketiga-tiga Adun itu juga masih dipertikai kerana ketiga-tiga kerusi Dun itu telah diumumkan kosong oleh Speaker Dun Perak, V. Sivakumar. Nizar yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak turut mempertikaikan perlantikan Khusrin kerana ia merupakan satu tindakan yang jelas membelakangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana keputusan tersebut dibuat tanpa meminta pandangan Khalid terlebih dahulu. Oleh itu, beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai jelas tidak menghormati kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat, walaupun semua pihak tahu, Khalid patut diberikan peluang untuk membuat keputusan untuk memilih orang yang boleh berkerja sebagai setiausaha sulitnya. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa) menggesa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengadakan sidang mesyuarat tergempar di Majlis Undangan Negeri, bagi menolak Setiausaha Kerajaan Negeri lantikan Kerajaan Pusat. Presiden Selproa, Abdul Razak Ismail, dalam kenyataan medianya berkata, langkah itu perlu bagi melindungi kepentingan rakyat Selangor. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media yang melaporkan pihak Istana telah meluluskan perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Khusrin ke jawatan kanan itu bermula 1 Januari depan. “Saya mencadangkan persidangan tergempar menolak perlantikan Khusrin. Kita tidak mahu Khusrin menjadi gunting dalam lipatan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat,” katanya. Beliau menegaskan, terdapat bukti manipulasi istana oleh BN berhubung perlantikan Khusrin, apabila Istana digunakan untuk menghalalkan cara oleh Umno dan BN yang mahu merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. |
Sunday, December 26, 2010
Bukan Islam, Bukan Melayu Akan Menguasai Negara
Monday, 27 December 2010 08:53 Wartawan Buletin
- Bohong dan pelawok semata-mata!
KUALA TERENGGANU - Apa yang ditanamkan dalam pemikiran sesetengah orang Melayu oleh Umno tentang fakta pilihanraya dalam sistem demokrasi yang ada dinegara kita sekarang, adalah 'pelawok' dan 'bohong semata-mata.
Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata adalah mustahil orang bukan Islam, bukan Melayu menguasai negara kerana keseluruhan jumlah kerusi yang diperuntukkan untuk mereka hanyalah 91 sahaja berbanding 131 kerusi Melayu, Islam.
"Jumlah keusi parlimen semasa adalah 222. Jumlah kerusi Melayu seluruhnya termasuk Umno (PAS dan PKR) serta (termasuk yang ada ) di Sabah Sarawak adalah (berjumlah) 131, dan jumlah kerusi yang dimenangi oleh bukan Islam semuanya (termasuk) Cina, India, bumipuera (bukan Islam) di sabah dan Sarawak termasuk dayak dan sebagainya, ini (berjumlah) 91,"katanya ketika memberi penjelasan tentang kdudukan politik semasa dalam seminar PAS Ganti Umno (PGU) di Kuala Ibai, Jumaat, 24 Disember .
Beliau berkata demikian dalam menolak pemikiran yang ditanam oleh Umno, bahawa sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum ke 13, orang bukan Melayu dan bukan Islam akan memmerintah negara
Siapakah menteri rogol amahnya?
Menteri UMNO pernah meramalkan bahawa Malaysia akan bengkrap pada 2019 apabila saban tahun mengalami belanjawan defisit. Insya'Allah, kita pasti akan sama2 merasa sedikit demi sedikit pedihnya azab sengsara ekonomi jika UMNO terus dibiarkan lebih lama memerintah. Fikirlah...
| Zulkifli Sulong |
| KUALA LUMPUR, 27 Dis: Soalan siapakah menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya kini menjadi persoalan paling hangat diperkatakan ekoran pendedahan kembali isu ini oleh WikiLeaks. |
Saturday, December 25, 2010
Mengenali SPR
| Aku adalah antara org yg tak sabar2 nak lihat UMNO jadi pembangkang di Malaysia. Aku tak sabar nak lihat keadilan tertegak. Aku tak sabar nak rasa duduk di dlm pejabat yg tiada gangguan dari kuasa politik. Aku tak sabar nak lihat negara kita menjadi sebuah negara berdaulat. Aku juga tak sabar nak lihat Malaysia duduk di tangga no. 1 di dlm senarai negara yg bebas dari rasuah. Bila PRK berlaku di kerusi yg dikosongkan oleh PR, maka hari penamaan calon dan mengundi SPR tetapkan pada hari bekerja. Tetapi sebaliknya bila ada PRK di kerusi yg dikosongkan oleh BN, maka hari penamaan calon dan mengundi dibuat pada hari minggu. Apa niat SPR buat macam tu ? Tak ada sape pun yg akan percaya kalau SPR kata itu cuma kebetulan. PAS: Kita sedia kenal siapa SPR Nazri Abdullah |
| KUALA LUMPUR, 24 Dis: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 22 dan 30 Januari depan iaitu hari cuti sebagai tarikh penamaan dan pengundian bagi PRK Dun Tenang, jelas memperlihatkan sikap 'double standard' suruhanjaya itu. |
Thursday, December 23, 2010
Nazri: Surat penafian Apco tentang penciptaan 1Malaysia buktikan Anwar penipu
Lepas ni kalau ada kes rompak ke, rogol ke, bunuh ke atau apa2 je, kalau org yg dituduh menafikan maka kita kena percaya dgn cakap org tu. Walau pun polis ada berbagai bahan bukti maka dgn sendirinya bahan bukti itu tidak berguna lagi...gitu ke undang2 malaysia ?
(lawak giler...kalau rasa nak melambak gelak, baiklah pegi masuk bilik dan gelak puas2. Gelak depan org ramai nanti org kata apa pulak...aku pun rasa geli bebenor nie.. )
KUALA LUMPUR: Surat oleh Apco Worldwide, yang menafikan bahawa firma itu terlibat mencipta gagasan 1Malaysia dan One Israel, membuktikan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah berbohong di Dewan Rakyat dan kepada rakyat berhubung perkara itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz, berkata surat itu juga menjadi asas kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk mewujudkan kes prima facie (membuktikan kes tanpa keraguan yang munasabah) terhadap Datuk Seri Anwar dalam prosidingnya sebelum ini.
'Surat ini menafikan apa yang Anwar dan kawan-kawannya katakan di pasar malam (siri jelajah yang diadakan Datuk Seri Anwar baru-baru ini) dengan menipu tentang apa yang kerajaan buat. Ini adalah bukti penting yang menunjukkan bahawa dia menipu.
'Jika dia tidak menipu saya tidak perlu kemukakan bukti ini,' katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen kelmarin.
Datuk Seri Anwar pada Khamis lalu digantung selama enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat setelah sebahagian besar ahli Parlimen menyokong syor Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen supaya beliau dikenakan tindakan tersebut kerana menuduh gagasan 1Malaysia mempunyai kaitan dengan Apco dan One Israel.
Dalam siri jelajah yang dilakukannya di beberapa kawasan selepas beliau digantung daripada menghadiri Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar mendakwa akan terus mendedahkan bukti-bukti mengenai kerjasama kerajaan dengan Apco.
Datuk Seri Mohamad Nazri berkata surat bertarikh 19 Ogos 2010 itu yang ditandatangani oleh Ketua Eksekutif Apco Rantau Eropah, Timur Tengah dan Asia, Encik Brad Staples, menyebut bahawa firma itu dilantik pada Jun tahun lalu oleh kerajaan Malaysia bagi menyediakan khidmat komunikasi kepada kerajaan.
Katanya, surat itu juga menyebut bahawa Apco tidak pernah terlibat mencipta gagasan 1Malaysia atau mempunyai kaitan dengan One Israel seperti yang didakwa Datuk Seri Anwar di dalam Dewan Rakyat sebelum ini.
Datuk Seri Mohamad Nazri kemudian turut mengemukakan satu akuan bersumpah yang diterimanya daripada seorang penasihat politik yang pernah bertugas dengan Perdana Menteri Israel, Encik Ehud Barak, dan terlibat mencipta One Israel iaitu Encik Robert M. Shrum.
Dalam akuan bersumpah itu, Encik Shrum turut menafikan bahawa Apco terlibat atau mempunyai sebarang kaitan dengan One Israel.
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Nazri mencabar Datuk Seri Anwar supaya segera mengemukakan semua bukti yang dikatakan akan didedahkannya sebelum ini tentang Apco dan gagasan 1Malaysia serta One Israel. -- Utusan Malaysia.

