| Harakahdaily |
|
Isteri belaiu, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC. "Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak loarat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu. Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana. BERSIH 2.0:Lihatlah Gambar-gambar Dan Video Keganasan Polis Untuk Tatapan Umum, Anda Jadi Saksi Keganasan Polis Terhadap Peserta Bersih 2.0.![]() DSAI Antara mangsa keganasan FRU ![]() Khalid Samad cedera dikepala dan menerima 6 jahitan Gas Pemedih Mata digunakan sewenang-wenangnya ![]() Polis tidak kenal erti belas dan kasihan terhadap rakyat. Rakyat biasa digari seperti penjenayah. Wanita juga turut terima nasib yang sama. Peserta Bersih ini dipukul dengan teruk walaupun keseorangan dan tidak melawan. ![]() SUMBER:BLOGGERS PR |
Saturday, July 9, 2011
Himpunan Bersih : Mangsa gas pemedih mata meninggal
Friday, July 8, 2011
RAKYAT MALAYSIA PATUT MALU DGN DATUK AMBIGA
Dlm masa yg sama mereka melabelkan kerja baik pembangkang dgn label yg jijik dan mazmumah. Mereka memfitnah pembangkang membuat kerja2 yg dimurkai Allah. Tujuan mereka ialah utk. meraih sokongan golongan masjid utk. membenci pembangkang khususnya PAS. Mereka memesongkan agama utk. menipu rakyat agar menyokong mereka. Mereka terlibat secara aktif merealisasikan tanda2 kiamat yg besar iaitu, "....Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya."
Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah malangnya rakyat Malaysia. Sudahlah dapat pemimpin yg tidak peduli dosa dan pahala, rakyat sendiri sebahagian besarnya masih hanyut dgn dunia kelalaian. Masih memenuhi sebahagian besar kehidupan dgn hiburan tanpa disedarai tanah tempat mereka berpijak semakin hari semakin tergadai. Jiran2 kita semakin hari semakin ramai yg tidak tahu bercakap melayu sedang umur sudah setengah abad. Mereka mungkin sebahagian warganegara Malaysia "mee segera". Kewarganegaraan mereka didaftarkan utk. memenangkan UMNO.
Kepincangan itu sudah lama berlaku. Berbagai usaha sudah dilakukan dan beratus ribu laporan polis telah dibuat. Namun oleh kerana kerja jijik itu merupakan periuk nasi UMNO maka semua laporan itu tidak dihiraukan malah UMNO semakin hari semakin menjadi-jadi. Pemimpin UMNO melahap duit rakyat seperti singa baru mendapat buruan. Tiga bulan masuk tahun baru sudah minta belanjawan tambahan.
Parti2 pembangkang sudah lama dipandang tidak baik oleh sebahagian rakyat Malaysia yg berjaya ditipu oleh UMNO. Maka apa juga seruan atau kempen parti pembangkang kearah mendedahkan keburukan UMNO pasti dgn mudah diputar belit oleh UMNO melalui media yg mereka kongkong. Namun kita patut bersyukur kerana Allah mengurniakan kita dgn. seorang rakyat yg prihatin peri pentingnya sebuah pilihanraya yg adil dan bebas supaya pemimpin yg naik benar2 pilihan rakyat. Beliau bukan datang dari parti pembangkang tetapi dari sebuah badan yg. diakui keilmuannya tentang undang2. Beliau seorang perempuan non-muslim. Keilmuannya diakui oleh Malaysia dgn. menganugerahkannya "Datuk". Beliau ialah Datuk Ambiga.
Firman Allah :
ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ
"Hendaklah kamu berlaku adil kerana berlaku adil itu lebih dekat dgn. taqwa "
Kempen menyeru kpd. keadilan itu sepatutnya dipelopori oleh org.2 yg taqwa spt. ulama, ustaz2, pak2 imam dan orang masjid. Merekalah yg. sepatutnya kedepan kerana kesan ketidakadilan pemimpin (lebih2 lagi pemimpin yg mengaku Islam) akan memberi pandangan buruk dan fitnah yg besar kpd. agama Islam dan kesannya amat menyusahkan rakyat.
Thursday, July 7, 2011
UMNO CETUS HURU-HARA UNTUK HADAPI BERSIH
Kenapa PM Najib begitu huru-hara menghadapi perhimpunan BERSIH sedangkan belum ada dlm sejarah perhimpunan BERSIH pencetus kekacauan ? Segala agenda dan objektifnya sudah pun dihebahkan dan tidak terselit sedikit pun di dlm tuntutan itu yg boleh menimbulkan ketidakselesaan kpd semua kaum. Segala ketidakpuasan BERSIH ditujukan kpd pemimpin shj. Kenapa kecoh2 ? Tang mana yg rasa panas sangat sampai meracau macam kena sawan ? Begitukah pentadbiran telus dan berjiwa rakyat.
Jelaslah bahawa rakyat huru-hara bukan berpunca dari perhimpunan BERSIH tetapi disebabkan pemimpin UMNO yg kepanasan menghadapi tuntutan BERSIH. Tuntutan BERSIH adalah bagi menutup " lorong tikus " yg digunakan oleh UMNO utk menyusup masuk ke Putrajaya. Menghapuskan lorong itu bererti UMNO cuma ada satu lorong shj lagi iaitu lorong ke muzeum negara.
Huru-hara ciptaan UMNO ini tidak habis setakat ini shj. Mereka sudah melampaui tahap maksimum gila kuasa. Senjata itu pasti akan digunakan lagi apabila keadaan terdesak. Utk mengembalikan ketenangan, hanya ada satu pilihan sahaja kpd kita iaitu bersihkan UMNO dari senarai pemimpin Malaysia pada PRU 13 nanti.
Selain BERSIH 2.0, Pemuda Umno juga berkata mereka akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 10 pagi sebelum berarak ke Stadium Merdeka.
Gangguan juga akan berlaku di sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara.
Kawasan lain adalah sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.
Polis juga menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar agar tidak memasuki kawasan berkenaan esok bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.
Setakat ini, polis tidak mengeluarkan sebarang permit bagi sebarang perhimpunan, esok.
Sementara itu, beberapa laluan di pusat bandar dilaporkan juga telah ditutup sebelum tengah malam ini.Selain itu, beberapa sekatan jalan raya yang menghubungkan pusat-pusat bandar juga telah dijalankan sejak petang tadi yang dipercayai bagi melumpuhkan perhimpunan BERSIH 2.0.
Antara laluan berkenaan adalah di Dataran Merdeka dan Stadium Merdeka.
Meskipun keadaan dilaporkan terkawal dengan pengguna kenderaan memberi kerjasama selain mematuhi arahan pihak polis, namun lalu lintas mulai sesak apabila orang ramai pulang dari pejabat.
BERSIH 2.0: Hasil undian Sinar Harian bukti BN bermusuhan dengan rakyat sendiri
WarkahDaily – Apa lagi yang anda mahu tahu, segala bentuk kajian, undian dan bancian dibuat berhubung Himpunan BERSIH 2.0 yang dituduh haram oleh pemimpin Umno-BN, semuanya berpihak kepada rakyat.

’Print Screen’ undian yang dilakukan Sinar Harian menunjukkan rakyat menyokong BERSIH 2.0 yang cuba diburuk dan diharamkan kerajaan BN. | foto WarkahDaily Images
Sebelum ini, The Star Online telah membuat banciannya berkaitan populariti yang dicapai BERSIH 2.0 yang bertujuan melihat sejauh mana rakyat bersetuju himpunan itu diadakan. Amat mengejutkan, 99% hasil undian bersetuju dengan BERSIH 2.0. Baca laporan seterusnya di sini.
Hari ini, penulis WarkahDaily Online meninjau satu undian yang dilakukan oleh portal berita satu bumbung rasmi Umno, Utusan Malaysia milik KarangKraf, Sinar Harian juga menunjukkan hasil yang sama menyebelahi BERSIH 2.0 yang cuba diharamkan pemimpin kerajaan Umno-BN.
Undian Sinar Harian setakat hari ini, 7 Julai jam 11 pagi, menunjukkan 65% daripada 13,440 orang pengundi telah memilih ‘menyokong’ Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini. Baki daripadanya tidak menyokong.
Jelas, rakyat dilihat tidak termakan dengan provokasi jahat pihak pemimpin Umno-BN dan polis yang bersekongkol untuk melawan kebangkitan rakyat demi survival kuasa mereka.
Sekarang, memberi gambaran kepada kita, pemimpin Umno-BN dan polis bukan lagi bermusuhan dengan Pakatan Rakyat (PR) dan pihak BERSIH 2.0, namun lebih besar lagi, mereka kini sedang berhadapan dengan rakyatnya sendiri. Maksud lain, kerajaan BN telah bermusuhan dengan rakyatnya sendiri.
Tidak keterlaluan jika penulis WarkahDaily Online boleh berkata, rakyat Malaysia sudah muak dan tidak boleh menerima lagi pemerintahan kerajaan BN dan ianya harus digantikan seberapa segera yang boleh.
Hishammuddin tak tahu beza pertubuhan, kempen
| Harakahdaily |
|
Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang telah menuduh Bersih adalah sebuah pertubuhan haram. Atas tuduhan itumaka pihak polis telah menangkap lebih daripada 100 orang, melarang ceramah-ceramah, menggeledah rumah suspek, membuat sekatan jalan raya, melarang memakai baju Bersih dan lain-lain lagi. Suhaizan berkata, dalam Akta Pertubuhan di bawah seksyen 2 akta itu menyatakan bahawa sesuatu pertubuhan ditakrif sebagai termasuk mana-mana kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan dengan tujuh (7) atau lebih orang tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal. Menurutnya, mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka kempen pula bermaksud segala usaha (kegiatan dan tindakan) yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan (rayuan dll) untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dll) Bersih adalah sejenis kempen untuk menjayakan suatu pilihanraya yang adil dan bersih. “Kempen ini disingkatkan sebagai Bersih,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Johor dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Katanya, bagi menjayakan kempen itu, maka ditubuhkan jawatankuasa yang dianggotai oleh 63 NGO yang diketuai oleh Datuk Ambiga. Katanya, jawatankuasa kempen ini bergerak keseluruh negara untuk mendapatkan sokongan bagi mengadakan Himpunan Bersih pada 9hb Julai 2011. Tambahnya, kempen Bersih adalah seperti Kempen Tak Nak Rokok dan Kempen Kami Benci Dadah. Jelasnya, kempen-kempen itu dianggotai oleh agensi-agensi kerajaan dan NGO seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan, Kementerian Luar Bandar, Pemadam, Pengasih dan lain-lain lagi. Kempen itu, ujarnya tidak memerlukan pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang diwujudkan pada tahun 1966 untuk menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966. Kempen ini adalah sejenis aktiviti agensi kerajaan dan NGO sahaja. Oleh itu Kempen Bersih adalah aktiviti 63 NGO terbabit. “Saya berpendapat adalah wajar Menteri Dalam Negeri menarik balik tuduhan Bersihsebagai pertubuhan haram,” katanya. Baginya, Menteri Dalam Negeri sebenarnya gagal membezakan antara pertubuhan dan kempen. Oleh itu, ujarnya tuduhan-tuduhan di bawah seksyen 47 dan 50(3), Akta Pertubuhan 1966 yang melibatkan kesalahan menyebarkan bahan-bahan berkaitan dengan pertubuhan haram hendaklah digugurkan dengan segera. |
Sunday, July 3, 2011
Bersih dan maklum balas daripada kerajaan Barisan Nasional
Kelam-kabut dan gundah-gulana merupakan dua perkataan yang barangkali boleh menggambarkan serba sedikit keadaan UMNO/BN dalam usaha mereka menangani perhimpunan BERSIH 2.0 sebagai Pembuka Jalan Politik Baharu pada 9 Julai ini. Berbagai propaganda telah dilancarkan untuk menghalang perhimpunan tersebut dari terus berlaku. Berdasarkan ucapan, tingkah laku dan riak wajah mereka, 1mesej jelas terpampang, iaitu ‘BERSIH’ akan mengakibatkan UMNO/BN tersungkur dalam pilihan raya ke-13. Maka mesej inilah yang ingin mereka sampaikan kepada para penyokong atau golongan CARMA supaya BERSIH dihalang dengan sedaya upaya.
Walhal segenap lapisan rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan semasa memahami bahawa BERSIH hanya sekadar menuntut pilihan-raya yang bebas dan adil. BERSIH mengemukakan hanya 8 tuntutan yang kesemuanya selari dengan prinsip-prinsip demokrasi. Melalui pilihan-raya yang bersih, maka pilihan rakyat yang sebenar akan dimartabatkan dan kerajaan yang terbentuk akan benar-benar merupakan kerajaan pilihan rakyat. Oleh yang demikian, BERSIH tidak bertujuan menjatuhkan BN mahupun PR, atau menaikkan BN atau PR. Ia bertujuan untuk menentukan rakyat dengan sepenuhnya diberi kuasa untuk memilih kerajaan yang diinginkan mereka dengan menjamin tiadanya penipuan dan penyelewengan semasa pilihan-raya.
BN tersungkur kalau pilihan raya Bersih dari penipuan!
BN memahami hakikat sebenar usaha BERSIH. Namun mereka tetap berusaha keras untuk menfitnah usaha BERSIH dengan bermacam-macam tohmahan dan dakwaan palsu. Mengapa? Jawapannya mudah sahaja. BN sedar bahawa pada hakikatnya rakyat sudah tidak bersama mereka dan pilihan-raya yang bersih, tanpa penipuan undi pos, kad pengenalan palsu, monopoli media dan sebagainya, akan menghasilkan kekalahan bagi BN!
Dalam erti-kata yang lain, pilihan-raya bersih = BN kalah!
Maka itulah sebabnya perhimpunan BERSIH telah difitnah dengan dakwaan kononnya BERSIH ingin menjatuhkan kerajaan melalui huru-hara dan keganasan. Oleh itu ianya diharamkan. Sedangkan himpunan BERSIH adalah himpunan aman yang bertujuan untuk menzahirkan sokongan rakyat terhadap tuntutan supaya pilihan-raya bersih dari penipuan. Ianya bertujuan untuk menganjurkan perarakan aman dari SOGO ke Istana Negara demi menyerahkan memorandum BERSIH kepada DYMM Yang Di Pertuan Agung.
Sebenarnya perarakan sebegini amat mudah untuk dikawal, sekiranya pihak berkuasa menghormati hak rakyat berkumpul dan berhimpun secara aman. Apa yang perlu dilakukan hanya sekadar menjaga lalu-lintas dan laluan kenderaan sepanjang perjalanan dari SOGO ke Istana Negara. Dalam masa tidak lebih dari 2 jam, semuanya akan selesai. Malangnya, UMNO/BN meyakini bahawa pilihan raya yang bersih dari penipuan akan menyebabkan mereka tersungkur. Oleh itu mereka akan terus berpegang teguh kepada kekuasaan dan bertindak untuk menundukkan rakyat.
Tindakan UMNO/BN lebih dahsyat daripada tindakan Israel
Tindakan kerajaan BN memfitnah BERSIH boleh disamakan dengan tindakan kerajaan Israel memfitnah Flotilla LL4G sebagai Flotilla perang yang membawa senjata. Ini sebenarnya tidak menghairankan kerana Tok Guru mereka adalah sama. APCO penasihat kepada kedua-dua kerajaan. Malahan, tindakan UMNO/BN lebih dahsyat dari tindakan kerajaan Israel dalam dua aspek seperti berikut:
a) Mencemar Kesucian Agama Islam
Tindakan UMNO/BN mengatasi tindakan kerajaan Israel apabila pada hari Jumaat yang lalu, khutbah di Masjid-masjid di sekitar Wilayah Persekutuan mengharamkan ummat Islam dari melibatkan diri dalam perhimpunan ini. Hujjah untuk mengharamkannya adalah berdasarkan fitnah UMNO/BN bahawa perhimpunan ini bertujuan untuk melakukan huru-hara, tumpah darah, membawa kerosakan dan berniat untuk menjadikan keadaan Negara lebih teruk dari yang sedia ada. Amat malang apabila mimbar masjid digunakan untuk menyebar fitnah dan tohmahan kerana pada hakikatnya BERSIH inginkan suatu pembaikkan kepada yang sediada melalui satu perarakan yang aman.
Kalau ada yang inginkan huru-hara, ianya bukan BERSIH. Kalau ada yang inginkan tumpah darah, ianya bukan BERSIH.
Amatlah sedih apabila khutbah dipergunakan sebegini rupa. Amat sedih melihat mimbar digunakan untuk menabur fitnah dan dakyah demi kepentingan politik UMNO/BN. Sebenarnya ummat Islam sepatutnya yang pertama bangun untuk menjadi pejuang keadilan dan kebenaran, penentang penipuan dan kezaliman. Tetapi oleh kerana UMNO/BN berkuasa, maka ummat Islam didorong untuk menjadi pembela penipuan dan kezaliman.
Merosakkan agama sehingga diperalatkan untuk membela sesuatu yang jelas songsang dan bercanggah tidak dilakukan oleh mana-mana kerajaan walaupun oleh kerajaan Israel terhadap agama Yahudi. Pilihan raya Israel dilakukan secara telus dan adakalanya parti Likud menang, adakalanya parti yang lain membentuk kerajaan. Tetapi UMNO/BN ingin terus memerintah dan mereka pada awalnya memutar-belitkan undang-undang pilihan-raya. Sekarang mereka sudah mula memutar-belit ajaran agama Islam untuk membela penipuan dan penyelewengan.
b) Mengasari Rakyat Sendiri
Tindakan kerajaan UMNO/BN mengatasi tindakan kerajaan Israel dari satu aspek lagi. Dalam isu Flottila, kerajaan Israel berjanji tidak akan melakukan tumpah darah. Walaupun anggota Flottila terdiri dari warga Negara asing, mereka tidak akan dikasari, menurut Israel. Percaya atau tidak itu soal kedua. Paling kurang Israel mengakui anggota Flottila ada hak dan tidak boleh dikasari atau ditembak sewenang-wenangnya.
Kerajaan UMNO/BN sebaliknya. Melalui polis dan samseng yang bertopengkan NGO, mereka secara terang-terangan mengugut untuk melakukan tumpah darah dan kegansan terhadap rakyat sendiri! Di sini APCO sendiri mungkin terkejut dengan ‘kehebatan’ UMNO/BN. Kesediaan mereka untuk mengasari rakyat sendiri mungkin tidak disangka tetapi pasti merupakan sesuatu yang menggembirakan APCO.
Sumber daripada blog YDP Pas Shah Alam, Khalid Samad
Saturday, July 2, 2011
Satu alamat 88 pengundi, apa penjelasan SPR
| http://darisungaiderhaka.blogspot.com |
| SPR adalah sebuah Badan yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan bertanggungjawab mengawal selia proses pilihanraya negara ini. Ianya sewajarnya adalah sebuah Badan yang bebas dan berkecuali dari mana-mana parti politik samada dipihak Kerajaan mahupun Pembangkang. Bagaimanapun semalam Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya iaitu Wan Ahmad Wan Omar telah mengeluarkan satu kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti SPR sendiri. Dalam kenyataannya yang jelas menunjukkan beliau memihak kepada Barisan Nasional, Wan Ahmad telah mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya. Hujah yang sama telah digunapakai oleh Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum itu. Wan Ahmad turut mendakwa pembangkang risau menyaksikan kebangkitan BN dan mahu menggerakkan Bersih kali kedua setelah menyaksikan bagaimana perhimpunan tahun 2007 membawa kepada 'tsunami' politik yang memberi kemenangan besar kepada PR pada PRU 2008. Mungkin Wan Ahmad mempunyai terlalu banyak masa terluang hingga membolehkan beliau memikirkan akan agenda Pakatan Rakyat dalam perhimpunan BERSIH 2.0 akan datang ini.. Hal yang sepatutnya beliau mendiamkan diri bagi menunjukkan bahawa beliau seorang yang mempunyai kredibiliti dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan terhadapnya oleh Raja-Raja Melayu.. bukannya sibuk untuk memberikan ulasan.. Beliau sepatutnya membuat semakan terhadap daftar Pemilih yang baru dikemaskini Mei lalu, jika beliau serius akan tanggungjawabnya beliau harus menjelaskan bagaimana sebuah rumah yang kecil ini boleh terdapat seramai 64 pengundi didalamnya.. dan bagaimana pula sebuah lagi rumah yang berada dikawasan yang sama boleh mempunyai seramai 88 pengundi pula? Ini adalah pemilih yang beralamat 1138 kesemuanya ialah 64 Orang, nombor dihadapan senarai adalah nombor siri dari Daftar Pemilih dan nombor terakhir adalah alamat rumah. 15 330422085529 L 1933 MOHD YUSOF BIN MOHD SOOM 1138 187 540612025178 P 1954 KECHIK BINTI HAMID NT 1138 342 610816025939 L 1961 ABU HASSAN BIN REJAB NO 1138 455 670407076123 L 1967 AZHAR BIN MD NOOR 1138 550 720605075351 L 1972 KAMARUDDIN BIN DIN 1138 624 771203075869 L 1977 NAZRI BIN ABDUL HAMID NO. 1138 748 850828075450 P 1985 SUHASINI A/P K PRAMASIVAN 1138 |
Friday, July 1, 2011
Balasan Baik Menjaga Ibubapa
Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda diiringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.
Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari, Baginda belum lagi menjumpai apa-apa.
Kata salah seorang daripada mereka “Mungkin tersalah tempat”.Tetapi baginda menjawab “Tidak, di sinilah tempatnya”.
Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib.
Tanya Nabi Sulaiman “Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut?” Jawab Jin Ifrit “Tidak”.
Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.
Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik.
Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk ke dalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.
Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah.
Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajat kepada Allah.
Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada di situ. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman.
Pemuda itu bertanya “Dari manakan mereka ini dan bagaimana mereka datang?”.
Pemuda itu merasa hairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.
Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan.
Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta.
Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah.
Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.
Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Allah. Pada suatu hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut .
Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah.
Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya.
Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkan Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajat kepada Allah sehingga hari ini.
Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu “Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini?”
Pemuda itu menjawab “Saya tidak menghitungnya tetapi ia mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi”.
Nabi Sulaiman menghitung . “Ini bermakna kamu telah berada di dalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun”.
Nabi Sulaiman berkata “Rupa mu tidak berubah malah sentiasa muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya”.
Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya”.
Jawab pemuda tadi “Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini”.
Nabi Sulaiman bertanya “Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu?”
Jawab pemuda itu “Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku”.
Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ke tempat asalnya.
Setelah kubah tersebut diletakkan ke tempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya “Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa seksanya orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya”.
Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ke tempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.
*Sesungguhnya Allah menjanjikan ganjaran yang besar bagi sesiapa yang berkhidmat dengan setia kepada ibubapa..
Tugas Polis : Jaga Undang2 atau Buat Undang2 ?
T-Shirt Kuning: Polis sudah atasi kuasa Parlimen
KUALA LUMPUR: Menteri dan pasukan polis tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kesalahan yang tidak disebut oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari kepada Keadilandaily ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini.
Hishamuddin memberi amaran sesiapa yang memakai baju T kuning Bersih adalah melakukan kesalahan dan boleh ditangkap.
Sementara Ismail pula menambah sesiapa yang memakai kasut, menaiki kereta dan bas untuk mempromosikan perhimpunan Bersih juga akan ditangkap kerana didakwa melakukan kegiatan menghasut.
Aziz berkata, kuasa untuk membuat undang-undang telah diletakkan di tangan parlimen.
“Menteri dan kakitangan awam seperti polis tidak mempunyai kuasa berbuat demikian. Jika ada pun kuasa itu ia mesti disebut secara jelas dalam akta yang berkenaan. Apa yang dilakukan oleh menteri dan polis ialah membuat kesalahan atau jenayah baru yang di luar bidang kuasa mereka”, kata pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.
Kata Aziz lagi, tidak ada undang-undang yang meletakkan perkara itu sebagai perbuatan jenayah, seperti yang disebut oleh Hishamuddin dan Ismail.
Dengan itu, katanya orang ramai bebas melakukan apa yang dilarang oleh mereka berdua.
Menjelang Perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini, pihak polis bertindak sewenang-wenang menahan orang ramai yang mereka dakwa ada kaitan dengan perhimpunan tersebut.
Sehingga kini seramai 95 orang ditahan polis atas dakwaan mempromosikan himpunan itu, termasuk kesalahan memakai baju T Bersih.
Tuesday, June 28, 2011
Keghojer Haqiqi PM : Melawat Luar Negara
Peningkatan luar biasa kos lawatan Najib dan Rosmah semenjak 2008
WarkahDaily – Semalam dipetik dari portal Malaysiakini, memberitahu kos bagi pembiayaan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur untuk lawatan rasminya meningkat secara luar biasa. Ketika jadi TPM berboros, dah jadi PM lagilah berboros.
Kos pembiayaan diambil kira ketika Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri hingga kini selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
Menurut Malaysiakini lagi, Najib telah mengambil alih jawatan PM dari Tun Abdullah Badawi pada 9 April 2009. Ketika itu, perbelanjaan pembiayaan lawatan PM dan isteri terus naik secara luar biasa.
Berdasarkan data yang dilaporkan Malaysiakini, kos lawatan perdana menteri dan isteri telah meningkat daripada RM1.74 juta pada 2008 (Tun Abdullah sebagai PM) kini RM5.4 juta pada 2011 (Najib menjadi PM).
Sebelum itu, tahun 2008, kerajaan juga terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menanggung lawatan Najib dan isteri. Ketika itu beliau menjawat jawatan TPM, sebanyak RM2.75 juta telah dibelanja untuk lawatan beliau dan isteri sehingga melebihi perbelanjaan Tun Abdullah sebagai PM ketika itu (RM1.7 juta).
Selepas mengambil alih jawatan PM pada tahun 2009, kos pembiayaan bagi lawatan PM dan isteri meningkat sehingga mencapai RM4.8 juta.
Lebih mengharu-birukan, bagi tahun 2011, untuk separuh tahun pertama (6 bulan), perbelanjaannya telah melebihi jumlah bagi satu tahun untuk 2010. Kos untuk 2010, kerajaan membelanjakan RM5.1 juta untuk membiayai lawatan Najib dan isteri. Bagi tahun 2011 pula, setakat separuh tahun pertama (6 bulan), kenaikan kos sebanyak RM5.4 juta.
Laporan ini berdasarkan jawapan bertulis kepada ahli parlimen Batu, Tian Chua berkaitan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung kerajaan untuk membiayai lawatan PM dan TPM.
Jelas sekali, Najib dan isteri begitu banyak menghabiskan wang rakyat untuk lawatan rasminya, baik ketika beliau menjawat jawatan PM atau TPM.
Rekod ini lebih memburukkan lagi apabila negara dilaporkan berada dalam keadaan ekonomi tenat dan tidak stabil sehingga rakyat dipaksa kerajaan BN untuk mengubah cara hidup dengan berbelanja secara berhemah dalam masa yang sama harga barangan dinaikkan sewenang-wenangnya.
IBU TIRI KEPADA ISTERI; ADAKAH MENJADI MAHRAM SUAMI ?
Jawapan;
Ibu/emak tiri kepada isteri tidak termasuk dalam senarai mahram muabbad (yakni orang-orang yang haram dikahwini oleh seorang lelaki buat selamanya). Oleh itu, statusnya sama seperti wanita ajnabi yang lain iaitu tidak boleh bersentuhan dengannya (termasuk bersalaman), berdua-duaannya dengannya, melihat auratnya dan menemaninya untuk bermusafir.
Ikatan mahram wujud dengan tiga sebab;
1. Kekeluargaan
2. Perkahwinan
3. Penyusuan
Ia disebut oleh Allah dalam firmanNya dalam surah an-Nisa' (bermaksud); "Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" (Surah an-Nisa', ayat 23-24).
Bagi ikatan mahram dengan sebab perkahwinan, hanya empat orang sahaja yang terbabit;
1. Ibu-ibu kepada isteri
2. Anak menantu (yakni isteri kepada anak lelaki).
3. Anak tiri
4. Ibu tiri (yakni isteri bapa)
Dalam ayat di atas, Allah menyebutkan ummahatu nisaikum yang bermaksud ibu-ibu kepada isteri-isteri kamu iaitulah wanita yang melahirkan isteri kamu dan yang melahirkan ibu kepada ibu isteri kamu dan ibu kepada bapa isteri kamu (yakni wanita-wanita yang menjadi asal-usul kepada isteri kamu merangkumi ibunya dan juga nenek-neneknya sama ada sebelah bapanya atau ibunya), dalam ungkapan lain; ibu dan neneka-nenek isteri kerana hubungan nasab (antara mereka dengan isteri).[1] Oleh itu, tidak masuk dalam pengertian ummahatu nisaikum itu ibu tiri kerana ibu tiri bukanlah ibu dari hubungan nasab, tetapi muncul kerana perkahwinan dengan bapa.
Oleh kerana ibu/emak tiri kepada isteri tidak tersenarai dalam senarai mahram di atas, hubungan dengan suami kekal sebagai wanita ajnabi dan tertakluk dengan hukum-hakam wanita ajnabi tadi. Di antara mereka berdua (yakni antara suami dan ibu tiri isteri) halal berkahwin.
Wallahu a'lam.
Nota;
[1] Diharamkan juga ke atas suami mengahwini ibu dan nenek isteri kerana susuan (yakni ibu susunya dan neneknya kerana ikatan penyusuan) kerana Rasulullah bersabda; "Diharamkan kerana penyusuan sebagaimana diharamkan kerana nasab".
Rujukan;
1. Tafsir al-Baghawi, Surah an-Nisa', ayat 23.
2. Fatawa Syekih Muhammad Soleh al-Munajjid, no. 154007.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Tan Sri Harussani Sudah Beralih Musuh ?
Baik tok peti tengok balik tuntutan Bersih samada bermunafaat kpd rakyat atau tidak. Lepas tu cakaplah yg benar meski pun ianya pahit sebab mungkin pandangan itu tidak selari dgn selera UMNO. 1Malaysia sudah tahu tok peti sudah dapat title tan sri hadiah dari UMNO. Patutnya anugerah itu meningkatkan rasa syukur kpd Allah dan meningkatkan komitmen memperjuang keadilan Islam yg menyeluruh. Jgn pulak nanti org kata tok peti hanya bermusuh dgn musuh UMNO. Sbb UMNO itu bukan maksum !
Beliau berkata dengan mengetuai perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa itu, penganjur mahu mencari publisiti dengan menjatuhkan imej negara pada kaca mata dunia sekaligus akan mendapat publisiti.
Beliau turut mencadangkan supaya pengamal undang-undang yang bertindak seperti Ambiga dibatalkan lesen guaman mereka.
Beliau berkata sebelum ini bekas presiden Majlis Peguam itu pernah mempersoalkan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan keistimewaan orang Melayu.
Harussani berkata malangnya ada kalangan masyarakat yang sudah lupa serta mempunyai perasaan hasad dengki antara satu sama lain.
"Rentetan itu, mereka bertindak menyokong perhimpunan haram yang bakal dianjurkan pada 9 Julai ini bagi menunjukkan tanda protes," katanya.
Beliau menasihatkan supaya rakyat tidak terpengaruh dengan perhimpunan haram terbabit serta mengelakkan diri daripada menyertainya.
Fitnah: Pemimpin Umno tidak takut Allah
| Aziz Muda |
|
Di samping itu, mereka juga turut memiliki beberapa ciri-ciri lain yang semakin memperjelaskan lagi kedudukan mereka sebagai golongan yang tidak takut kepada Allah, berbanding golongan yang benar-benar takut kepada Allah. AJK Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Nor Hamzah (gambar) berkata, orang yang tergolong dalam golongan yang takut kepada Allah mempunyai sekurang-kurangnya 4 tanda, manakala mereka yang tergolong dalam golongan yang tidak takut kepada Allah pula mempunyai sekurang-kurangnya 5 tanda. Menurut beliau, tanda-tanda orang yang takut kepada Allah, pertamanya, mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah sama ada secara terang-terangan atau tersembunyi. Katanya, tanda keduanya, jika melakukan dosa, mereka akan segera bertaubat kepada Allah sehingga menyebabkan mereka sentiasa merendah diri dan beradab kepada Allah serta turut beradab sesama manusia. "Tanda ketiga, mereka akan sentiasa melaksanakan kebajikan dan mencegah keburukan. Manakala tanda keempat, mereka akan sentiasa istiqamah dengan perkara-perkara kebaikan," katanya ketika menyampaikan tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini. Orang yang tidak takut kepada Allah pula, menurut beliau, secara automatik merupakan golongan yang hanya takut kepada manusia sehingga sanggup melakukan sebarang perbuatan yang diarahkan oleh ketuanya, walaupun tindakan tersebut ternyata bertentangan dengan ajaran Islam. Katanya, selain itu, mereka tidak melaksanakan kerja-kerja jihad dan tidak melaksanakan amar makrif nahi mungkar dalam hidupnya, sebaliknya akan sentiasa berusaha mencari kecacatan orang lain. "Ini samalah seperti sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa berusaha melihat atau mencari kecacatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akhirnya turut mencipta cerita yang bukan-bukan terhadap Anwar termasuk isu video seks," katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Dalam masa yang sama, menurutnya, para pemimpin Umno sememangnya turut mempunyai tanda-tanda lain sebagai orang yang tidak takut kepada Allah tetapi hanya takut kepada manusia, apabila mereka tidak bersedia melakukan kerja-kerja kebaikan bersama golongan yang berusaha melakukan kebajikan dalam hidup ini. "Pemimpin Umno jelas tidak pernah bersama-sama dengan PAS untuk melakukan kebajikan. Malah mereka menentang keras usaha PAS untuk memerintah secara Islam dan menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air," katanya yang juga Adun Bukit Payong, Terengganu. Selain itu, tegasnya, pemimpin-pemimpin Umno turut mempunyai tanda kelima sebagai orang yang tidak takut kepada Allah tetapi hanya takut kepada manusia, apabila mereka juga sanggup bermujamalah sehingga melakukan rasuah dalam hidup ini. Sebagai orang Islam, beliau turut menyeru kesemua golongan agar bersama-sama merenungi diri supaya tidak terus berada dalam golongan manusia yang hanya takut kepada Allah, tetapi berusaha memperbaiki diri agar benar-benar menjadi manusia yang benar-benar takut kepada Allah dalam erti kata sebenarnya. Beliau turut menyenaraikan lima punca yang menyebabkan manusia tidak takut kepada Allah, tetapi hanya takut kepada manusia iaitu terlalu banyak kezaliman yang berlaku dalam masyarakat, kurang undang-undang yang menjaga nilai-nilai kemanusiaan, bimbang terhadap kemiskinan serta tidak yakin dengan apa yang ada di sisi Allah. Selain itu, manusia juga akan menjadi takut kepada manusia sehingga tidak takut kepada Allah apabila diselubungi pemimpin-pemimpin yang sombong yang merasakan dirinya tidak akan jatuh ekoran kekuatan yang dirasakan ada padanya dan ancaman pemerintah yang amat dahsyat. |
Sunday, June 19, 2011
Himpunan aman kecoh bila FRU tembak gas
| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 19 Jun: Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menegaskan, perhimpunan aman ialah hak asasi manusia, jikalau Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) masih berhimpun secara aman, tanggungjawab kerajaan dan polis ialah membantu pihak penganjur mengatur perhimpunan dan mengawal lalulintas. “Kami berharap kerajaan bertolerasi terhadap aktiviti perhimpunan aman, bukannya menyekat saluran rakyat meluahkan perasaan,” kata presidennya, Datuk Dr Toh Kin Woon. Katanya, sesiapa yang mempunyai pengetahunan tentang aktiviti perhimpunan aman di Malaysia akan tahu, pasukan FRU yang menembak gas pemedih mata dan meriam air adalah penyebab utama yang mengakibatkan kekecohan. Jelasnya, perhimpunan aman tidak akan membawa sedikit pun ketidakselesaan kepada penghuni atau peniaga bandar sekiranya FRU tidak berbbuat begitu dan menyuraikan para peserta secara paksa. Pada 26 Mac lalu, ujarnya pertubuhan-pertubuhan wanita menganjurkan perarakan “Jalan untuk Berubah”, pihak polis memberi kerjasama dengan pihak penganjur, mereka hadir dan mengawal lalulintas. Begtu juga perarakan Hari Hak Asasi Manusia yang dianjurkan oleh Presiden Majlis Peguam, Yeo Yang Poh beberapa tahun dahulu, pihak polis juga tidak mengganggu perarakan. “Kedua-dua perhimpunan dan perarakan ini telah berjalan secara lancar dan aman, tidak mengakibatkan kekecohan dan kesesakan lalulintas,” ujarnya. Ini, katanya membuktikan tuduhan pihak polis terhada himpunan aman Bersh 2.0 pada 9 Julai ini adalah tidak berasas. Oleh sebab itu, katanya Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyokong sepenuhnya perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Bersih. Pihaknya juga setuju dengan tujuh permintaan reformasi sistem pilihanraya yang dikemukakan Bersih iaitu pendaftaran pengundi secara automatik, sistem undi pos untuk para pengundi luar negara, penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan, capaian media aliran utama secara saksama untuk semua parti, tempoh kempen minimum 21 hari, kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya dan menghapuskan rasuah pilihan raya. Tambahnya, tujuh permintaan yang dikemukakan oleh BERSIH adalah indeks penting bagi mencapai pilihanraya adil dan politik berdemokrasi, parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan tidak wajar membantah. Pihaknya turut kesal serangan pemimpin politik dan Perkasa terhadap Bersih. Perkasa mengumumkan bersama 30 pertubuhan Melayu akan turut sama berhimpun dengan Bersih pada hari yang sama bagi menghalang demonstrasi Bersih. Katanya, tindakan Perkasa itu yang bertujuaan menggagalkan perhimpunan Bersih telah mencabul hak kebebasan perhimpunan penyokong Bersih. Pemuda Umno pula tiba-tiba mengumumkan satu perarakan “bagi menyokong sistem demokrasi” pada hari yang sama, ini merupakan satu lagi kerja untuk bertembung dengan Bersih. “Kami menyeru Perkasa dan Pemuda Umno memilih tempat lain atau tarikh lain menganjurkan perhimpunan membantah reformasi sistem pilihanraya, jangan membuat kekecohan secara terancang dan menggagalkan perhimpunan aman Bersih,” katanya. Justeru, katanya Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyeru semua rakyat menyertai perhimpunan aman Bersh 2.0 bagi membaiki kelemahan sistem pilihan raya kini dan menyumbang kepada proses demokrasi negara kita. |
Friday, June 17, 2011
Bila Perasaan Malu Sudah Tiada Lagi...
Himpunan Bersih adalah satu perhimpunan aman. Tujuannya cuma nak serah memorandom kpd Yg Di Pertuan Agung menuntut SPR berlaku adil semasa pilihanraya. Langkah terakhir setelah banyak usaha menemui kegagalan. Alangkah baik dan harmoninya program itu. Ia bukan suatu rancangan untuk pergi meludah muka staf SPR. Jauh sekali utk. menyerang dan membunuh. Peserta perhimpunan tidak membawa apa2 senjata kecuali alat sulit masing2. Habis tu angkara siapa kalau berlaku huru-hara sehingga peniaga nak saman penganjur ?
Pengalaman lepas mendapati semua huru-hara itu datang dari penjaga keamanan. Mereka datang bukan bukan sebagai pegawai penjaga keamanan tetapi sebagai barua UMNO. Barua kepada pesalah yg takut salah laku mereka diadili. Dan kalau mereka mempunyai perasaan, maka saman persatuan peniaga itu sepatutnya dirasai oleh mereka. Sepatutnya mereka menonyoh muka ke pangkal bawah ekor kerbau kerana malu yg amat sangat !
Kalau SPR terima cadangan, Himpunan Bersih tidak akan diadakan
| Harakahdaily |
|
Kenyataan media PAS Miri MIRI, 17 Jun: Tujuan Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini adalah untuk mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berlaku adil kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihanraya umum akan datang. |
Tuesday, June 14, 2011
Jamil Khir: Permohonan murtad 135 orang diluluskan
Friday, June 10, 2011
Kisah Dr Harun Din Islamkan Mubaligh Angkuh
Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islamsedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.
Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.
Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: "Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."
Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?
Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.
Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu tekad untuk berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.
Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya. Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.
Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan
Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.
Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.
Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.
Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.
Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.
Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.
Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.
Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.
Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi 'masalahnya' semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.
Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.
Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?
Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.
Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.
"Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?
"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"
Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.
Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.
Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.
Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: "Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."Mohammad Fitri Abdullah (foto sebelah)
"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam," jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.
Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.
"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.
Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.
"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.
"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.
"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.
Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.
Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. "Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.
"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.
"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini," ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.
Ustaz Harun Din adalah ulama yang amat disegani dan saya sungguh sedih melihat ulama seperti beliau seolah-olah tiada tempat dalam masyarakat kita. Sungguh sukar untuk kita lihat wajah beliau di kaca televisyen sedangkan ilmu yang beliau miliki amat penting untuk kita sama-sama kongsi, pelajari dan amalkan. Rancangan Forum Perdana kini gagal menarik minat penonton Islam termasuk bukan Islam kerana kita kehilanagan ulama-ulama seperti Ishak Baharom, Badrul Amin, Harun Din, dan ramai lagi. Kenapa mereka ini di gam? Disekat terus menerus? Mengapa?
UMNO HANYA ADA SATU SENJATA - MOHD SABU
, at 10.6.11,
" Bila orang bukan Melayu dan bukan Islam beralih kasih, ertinya Umno akan jatuh. Sebab inilah yang mereka anggap mereka parti yang kuat, sebenarnya tidak, pergantungan mereka tetap kepada kaum Cina dan India,"tegas beliau.
Umno sanjung ulama hanya lakonan
| Aziz Muda |
|
Mereka juga tidak perlu menuduh para pemimpin dan ahli-ahli PAS kini menolak ulama kerana tujuan sebenar mereka sudah diketahui dengan nyata hanyalah untuk melaga-lagakan antara sesama pemimpin PAS. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, sekiranya para pemimpin Umno terus memainkan isu ciptaan mereka itu, mereka tetap kecewa kerana para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri sudah amat faham perkara itu. Menurut beliau, ahli-ahli PAS sendiri sudah sekian lama memahami sikap sebenar para pemimpin dan ahli-ahlli Umno selama ini yang tidak pernah menyanjungi ulama, malah sentiasa memperlekehkan golongan ulama. Katanya, sikap buruk mereka itu antara lain boleh dirujuk dengan kenyataan-kenyatan mereka selama ini yang sentiasa memperlekehkan ulama-ulama dalam PAS termasuk terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdu Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. "Tiba-tiba sekarang mereka kata para pemimpin dan ahli-ahli PAS menolak ulama. Tapi sejak bila Umno menyanjungi ulama? Mereka sendiri sebenarnya yang menolak ulama bukannya kita," katanya kepada Harakahdaily, di sini, malam tadi. Sehubungan itu, menurut beliau, para pemimpin Uimno perlu menilai diri mereka sendiri terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan seperti itu terhadap PAS. Katanya, dalam PAS setiap ahlinya sendiri cukup faham dengan struktur organisasi PAS yang tidak sekali-kali menolak ulama, malah meletakkan golongan ulama ditempat yang paling tinggi dan utama. "Dalam PAS terdapat Syura Ulama yang menjaga dasar PAS. Majlis Syura Ulama adalah badan tertinggi dalam PAS. Syura Ulama tidak boleh dianggotai sembarangan orang, tetapi setiap ahlinya mestilah mereka yang berpendidikan tinggi dalam Islam dan mempunyai akhlak yang baik. "Ahli-ahli Syura Ulama berbeza dengan para pemimpin PAS yang lain termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden atau yang paling atas hingga AJK atau yang paling rendah dalam AJK PAS Pusat. "Majlis Syura' adalah badan penting yang bertanggungjawab menggariskan dasar PAS dan memastikan PAS tidak terkeluar dari perjuangannya untuk menegakkan Islam," katanya. Dengan itu, tegasnya, dalam PAS tidak akan timbul soal menolak ulama. Tambahan pula dalam PAS juga turut terdapat Dewan Ulama yang walaupun berbeza dengan Majls Syura Ulama, tetapi turut berperanan membantu PAS agar tidak tergelincir dari asas perjuangannya dengan konsep kepimpinan ulama. Katanya, hanya Umno BN yang tidak tahu tentang perkara itu sehingga menyebabkan mereka sanggup membuat tuduhan seperti itu terhadap ahli-ahli PAS. PAS, tegasnya, dari awal penubuhannya lagi terhasil dari gabungan golongan profesional dan ulama. Disebabkan realiti itu, sesiapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin PAS akan diterima oleh ahli-ahlinya, kecuali ahli-ahli Majlis Syura yang hanya terhad kepada kalangan tertentu sahaja. "Itulah rahsia kekuatan PAS sejak dulu yang kini semakin diperkuatkan pula oleh barisan kepimpinan baru dan seluruh ahli-ahli. Barisan kepimpinan baru PAS juga turut diterima baik oleh DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. "Ini menjadikan PAS dan Pakatan Rakyat kini semakin kuat, manakala Umno BN pula sekarang semakin lemah kerana tongkatnya, MCA dan MIC sudah patah, apabila MCA dan MIC juga sudah semakin lemah. "Disebabkan keadaan itu, orang-orang Melayu juga sudah tidak lagi boleh bergantung kepada Umno sekarang. Disebabkan PAS pula yang semakin kuat, orang-orang Melayu perlu menyokong PAS dan Pakatan Rakyat bersama kaum-kaum lain bagi membela nasib mereka dan melakukan perubahan di negara kita," ujarnya. Sejajar dengan itu, katanya, soal berkerjasama antara PAS dan Umno langsung sudah timbul lagi sekarang. Umno tidak perlu merayu kepada PAS mengenainya kerana tidak akan dilayan oleh PAS. "Kalau kita bekerjasama dengan Umno, jangan ingat Umno tak khianati PAS kerana pengalaman PAS yang lalu sudah mencukupi bagi PAS. Umno hanya perlu menerima pengajaran dari pengkhianatannya sendiri selama ini dengan akan berkubur tidak lama lagi," tegas beliau. |
Friday, June 3, 2011
Mayat tidak diterima bumi
4 jun 2011
Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Ataturk orang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H.
Dilahirkan 1299H (1880M) di bandar Salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah, Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya, Latifah Hanim mampu tinggal bersamanya selama setahun kerana tidak tahan dengan kefasiqan Ataturk. Kediamannya dipenuhi segala kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.
Sewaktu menjadi perdana menteri Turki, Ataturk membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya:
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau pernah menari dengan wanita di satu parti umum pertama di Ankara.
4. Menggalakkan minum arak
5. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
6. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
7. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
8. Agama Islam di buang sebagai agama rasmi negara.
9. Menutup masjid serta melarang sembahyang berjemaah.
10. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
11. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.
12. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukar huruf Arab kepada huruf Latin.
13. Menganggap dirinya tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa, seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?”. Kerana takut askar menjawab, “Kamal Atatuk adalah tuhan,” lantas Atatuk tersenyum.
Kematian Kamal Ataturk yang Menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit sehingga dia tidak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya penyakit kulit hingga ke kaki di mana dia mengalami gatal-gatal seluruh badan, sakit jantung dan tidak pernah berasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan bomba menyiram rumahnya 24 jam. Pembantunya pula diarahkan meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkannya.
Pada 26 September 1938, Ataturk pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi hilang ingatan. 9.11.1938, dia pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Mayat Ataturk diawet sembilan hari sembilan malam, sehingga adik datang meminta ulama-ulama Turki menguruskan jenazah tersebut. Tidak cukup dengan itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya dibawa ke tanah perkuburan.
Apabila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium EtnaGrafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953. Selepas itu, mayatnya hendak ditanam semula namun bumi tetap tidak menerimanya. Akhirnya, mayat Ataturk diletakkan dalam keranda timah dan dibawa ke satu bukit lalu ditanam dalam satu binaan marmar seberat 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar berkenaan.













