Thursday, October 20, 2011

Jangan Jual Syurga Utk Dapat Habuan Dunia Yg Sedikit

PAS akan rujuk Zul Noordin ke JK Hak Parlimen | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Okt: PAS dan Pakatan Rakyat akan mengemukakan usul bagi menghadapkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atas kenyataannya yang mengelirukan Dewan Rakyat.

Ianya berhubung kenyataan ahli parlimen bebas itu yang mengatakan bahawa "hudud PAS menghalalkan suami meliwat isteri" dan "Mukallaf bagi PAS berumur 18 tahun" ketika membahaskan Bajet 2012 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau mendakwa merujuk kepada 'draf' dan 'enakmen' Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 yang dibuat sewaktu PAS memerintah negeri itu.

"Ini satu kenyataan yang cukup memalukan yang dikeluarkan oleh orang Islam untuk memalukan Islam itu sendiri.

"Kita anggap Kulim-Bandar Bharu sebagai pembohong," kata Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pada sidang media di parlimen.

Turut serta pada sidang media itu Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang), Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau), dan Azan Ismail (PKR-Indra Mahkota).

Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, mereka akan menunggu hansard parlimen esok sebelum mengemukakan usul tersebut di bawah perkara 26 (1b) peraturan mesyuarat.

Monday, October 17, 2011

Hutang negara berjumlah RM437 . 2 bilion

Rakyat dan kerajaan adalah ibarat anak dan abah . Anak yg cerdik bukan sahaja tidak berbangga malah merasa malu yg teramat sangat kalau punya bapak yg kaki berhutang . Lagi meluat kalau punya bapak yg hidup berlagak walhal hutang keliling pinggang . Malu amat2 dgn org2 sekampung dan lebihlah malunya lagi nak angkat kepala mengadap Allah .

Income abah memang banyak giler namun dek kerana boros dan suka bermewah2 maka abah selalu berbelanja melebihi pendapatan . Malah perbelanjaan keluarga seharian pun dijangka abah dapat dari duit pinjam kalau tidak masakan hutang abah sekarang sudah RM437 . 2 bilion . Hujung tahun ini abah ada hati nak bagi bonus setengah bulan gaji kpd anak2 . Duit tu kami ambik jugak sebab kalau tak ambik nanti abah habiskan sorang2 .

Muhhammad Faizal

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 30 Jun 2011 berjumlah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Daripada jumlah tersebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang, manakala baki RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Dengan jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta Menteri Kewangan menyatakan hutang luar negara mengikut negara yang memberi pinjaman kepada Malaysia.

Jawapan itu juga memberitahu sumber hutang, pinjaman dalam negeri diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan SOCSO.

Dalam pada itu hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Eura, Dolar Kanada serta Dinar.

Gagal Halang Mat Sabu & Guan Eng, Rumah YDP PAS Segamat Disimbah Cat Merah

Segamat, 17 Okt: Rumah Yang Dipertua PAS Segamat, Firdaus Masood, telah dilontar cat merah dipercayai dilakukan pihak-pihak yang begitu marah setelah merasakan pengaruh mereka tergugat dan tercabar berikutan kehadiran dua tokoh Pakatan Rakyat, baru-baru ini.

Kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada 10 Oktober dan diikuti dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dua hari kemudian (12 Oktober), benar-benar telah menimbulkan kemarahan pihak-pihak terbabit sehingga bertindak di luar batas moral.

Terdahulu dari itu Firdaus turut mendakwa menerima ugutan melalui telefon termasuk membakar pejabatnya jika meneruskan hasrat untuk mengadakan ceramah oleh Mohamad Sabu pada 10 Oktober lalu.

Firdaus ketika ditemui di rumahnya kelmarin memberitahu, beliau tidak akan lemah semangat dengan ugutan-ugutan itu sebaliknya akan meneruskan perjuangan untuk menjatuhkan Umno BN Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Ugutan dan simbahan cat ini adalah petanda bahawa Umno BN memang dalam keadaan yang sangat terdesak sekarang ini, sebab itu mereka cuba menghalang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mendedahkan segala kepincangan mereka selama ini.

“Mereka cuba menghalang program ceramah kita kerana menyedari Segamat adalah kawasan hitam bagi mereka” katanya.

Firdaus yang juga pengamal undang-undang seterusnya menyifatkan, tindakan itu merupakan permulaan kepada cabaran-cabaran yang mungkin lebih besar lagi selepas ini, namun terus bertekad untuk meneruskan perjuangan.

“Perjuangan ini akan tetap diteruskan bahkan insiden yang berlaku ini akan menambahkan lagi semangat juang setiap pendukung PAS dan Pakatan Rakyat khususnya di Segamat ini,” ujarnya.

Ekoran insiden itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Segamat, kira-kira jam 1.00 petang kelmarin.

Pada satu majlis di Labis, 7 Oktober lalu, seorang petugas Jabatan Amal Johor, Shahril Sulaiman, tercedera dan menerima tujuh jahitan setelah dilontar dengan objek keras ketika cuba menghalang kira-kira 50 penunggang motorsikal yang cuba membuat bising untuk mengganggu majlis tersebut.

Sementara itu cubaan untuk mengganggu ceramah Mohamad Sabu di Kampung Tahang Rimau Segamat pada 10 Oktober lalu berjaya digagalkan, kehadiran ratusan petugas Jabatan Amal dan Angkatan Muda Keadilan yang mengawal lalu lintas menyebabkan taktik sama yang cuba dilakukan kumpulan penunggang motosikal untuk membuat bising bagi mengganggu ceramah, tidak menjadi. -HD
Gambar : Disebalik Bantahan,Ceramah Guan Eng Di Johor Dapat Sambutan Hebat
Beratus penduduk Segamat (Pencacai UMNO kot..) yang berkumpul sejak petang tadi melakukan demo aman dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng ke Segamat, Johor.
Bagimanapun beratus penduduk Segamat itu hanya berani menyalak diluar saja.. kerana ada beratus-ratus lagi rakyat Johor yang menantikan kehadiran Guan Eng didalam Dewan tersebut dan Guan Eng berjaya memasuki dewan dengan selamatnya..ASD

Sumber gambar : KL Pos, Pulakdah dan Kami Benci Saiful Bukhari
Selatan Online

PAS Berganding Bahu Bersama Gerakan Islam Dunia Tapi Kenapa Parti Sekular UMNO Juga Yg Org Malaysia Pilih ?

Tuan Guru Hj Hadi bersama Ulama seluruh dunia memimpin Islam ...Inilah pimpinan yang membawa kita kearah kesejahteraan dunia Akhirat

Apabila masuk sahaja waktu solat, di celah dewan makan ini mereka segera menunaikannya (TG Presiden Pas dan Dr Kamal Halabawi daripada Ikhwan Mesir)-dirakam ketika menghadiri Persidangan Gerakan Islam di Tehran baru-baru ini


Bersama Dr Kamal Halbawi pemimpin besar Ikhwan Muslimin Mesir dan juga pemimpin Parti Saadat Turki seketika rehat persidangan.


Bersama Qazi Hussain Ahmed mantan Amir Jamat-i-Islami Pakistan.


Bersama Timbalan Presiden Parti Islah Yaman, ketika sama sama menghadiri Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Islam di Tehran.


Bersama sama pemimpin sunni Iran ketika berada di Tehran minggu lepas.




Mengunjungi Pimpinan Gerakan Islam Libya ketika sama sama berada di Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Islam di Tehran, minggu lepas. Beliau memaklumkan tentang perkembangan terkini di Libya.

Saturday, October 15, 2011

Waspada Dgn Org Yg Duduk Di Belakang Jabatan Agama Islam Selangor

Kalaulah seluruh jabatan agama islam tiap2 negeri di Malaysia memainkan peranan mereka menjaga agama islam, saya yakin 200% tidak ada lagi org bukan islam yg mempertikai perlaksanaan hukum hudud apatah lagi org2 islam. Kalau jabatan agama islam setiap negeri berperanan menjaga islam, saya percaya tentu rakyat akan bangkit membuat demonstrasi besar2an menentang kenyataan akhbar artis2 malaysia menghina hudud. Dan kalau jabatan agama islam tiap2 negeri memainkan peranannya menurut islam, saya percaya dasar perjuangan UMNO yg tidak berlandaskan Al Quran dan Hadith sudah lama berkubur !

Jabatan Agama Perlu Fokus Aqidah Bukan Tauliah

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru agar fokus dan keutamaan jabatan agama mesti terarah kepada usaha menyelamatkan aqidah ummat Islam berbanding dengan persoalan tauliah yang tidak ada syarat wajib dalam Islam untuk menyampaikan kebenaran Islam selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat.

Presidennya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, ini ekoran kedangaran suara yang tidak berpuas hati kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas tindakan terbarunya menahan Bob Lokman atas kesalahan memberi kuliah tanpa tauliah yang bercanggah dengan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Rungutan ramai ini perlu diambil perhatian kerana peristiwa ini sudah kali berikutnya setelah penahanan yang dibuat terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin pada tahun 2009 lalu,” katanya.

Katanya, jabatan agama itu seolah tidak mempunyai tugas yang lebih penting daripada menghalang untuk pendakwah menyampaikan kuliah dan nasihat agama kepada masyarakat.

Gamis, ujarnya berasa pelik dan hairan kenapa persoalan tauliah menjadi subjek utama dalam penahanan, bukannya isi penyampaian penceramah berkenaan.

Perkara ini berlainan terjadi kepada banyak kumpulan ajaran yang telah difatwakan sesat dan menyeleweng oleh majlis agama sebelum ini,” ujarnya.

Kata beliau, antara contohnya ialah Tarekat Naksabandiyah Kadirun Yahya yang telah difatwakan sesat namun masih berleluasa sehingga hari ini di negeri Selangor.

“Saya pernah meninjau kawasan ajaran sesat ini dan mendapati pengamalan dan dan ajaran ini masih berleluasa dan tidak ada sebarang penahanan yang dibuat oleh jabatan agama.

Kumpulan itu juga, katanya tidak mewajibkan solat Jumaat dan pelbagai lagi aturan yang menyalahi syariat Islam secara nyata.

Menurutnya, “Kita akan panggil mereka yang kita disyaki ini dan kita berdialog mengenai ajaran yang mereka bawa” begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Pengarah Jais yang lalu menunjukkan bahawa ada toleransi dan komunikasi yang baik dengan kumpulan yang telah disahkan sesat, namun pendakwah bebas pula terus ditangkap hanya disebabkan tauliah.

DOA SEMOGA ALLAH GAGALKAN PENIPUAN UMNO DALAM PRU-13

Ya Allah, Tuhan Semesta Alam. Yang menjadikan langit dan bumi serta menggerakkan awan. Kami hamba Mu yang lemah dan daeef sujud memohon kepada Mu. Sesungguhnya UMNO dan Barisan Nasional akan menipu dan berbohong dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Ya Allah Ya tuhan kami, pohon kami semoga Kau menurunkan Bala Tentera Malaikat Mu dan mengagalkan segenap penipuan mereka ini, Ya Allah. Pastikan setiap penipuan mereka itu memakan diri mereka sendiri.

Ya Allah, ko turunkan Bala Mu pada setiap yang bertanggungjawab di atas penipuan2 ini samada mereka duduk di dalam Jabatan Pendaftaran Negara, Kementrian Pertahanan, Kementrian Dalam Negeri, Imigresen, SPR dan mana-mana lagi. Turunkan bala ke atas mereka sekiranya mereka terus menerus mahu menipu, Ya Allah.

8 Bas Bawa Pendatang Asing Dari Johor Ke Putra Jaya Utk Kursus Keusahawanan : Believe it or not ?

Friday, October 14, 2011

Baik Berhenti jadi Manusia la woi!!!

PATI sedang diambil butiran. Agaknya nak dihantar
ke program kursus Keusahawanan !!
(gambar hiasan)

Aduiii!!
Mengalir airmata teman gelak beria benor!

Kalau alasan ini pun Polis Malaysia boleh terima..
Sodaqallahul'azim la integriti di Malaysia ni..

Tak payah sembang pasal amanah la..
Tak payah cerita pasal dedikasi laa.
Tak payah cerita pasal maruah laaa..
Laagi tak payah cerita pasal Rosmah!

Teman dah 32 tahun hidup kat Malaysia ni..
Ayah teman orang Kg Balun, Malaysia..
Mak teman pun orang Kg Balun Malaysia...
Atok teman belah ayah pun orang Kg Balun Malaysia..
Atok teman belah mak pun orang kampung Balun Malaysia..
Opah belah ayah pun orang Kampung Balun Malaysia..
Opah belah mak pun orang Kampung Balun Malaysia..

punya la asli teman ni orang Malaysia.. Rakyat Malaysia..
Tak pernah pulak sesapa nak angkut teman naik bas pergi Kursus Keusahawanan??
Kat Putrajaya pulak tuhh!!

Aduiyaiiii!!

Kalau ada yang percaya alasan UMNO nak bawak Warga Asing ni pergi Kursus Keusahawanan..
Tolong berhenti daripada jadi manusia laaaaa..

budakbalun 15102011
Polis Sepang nafi sindiket IC Desa Pinggiran

Polis menafikan dakwaan Pemuda PAS bahawa 240 warga asing yang menaiki sepuluh buah bas dari Johor kelmarin, dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapat taraf warganegara yang membolehkan mereka mengundi.

bangi resort foreigners citizenship 121011Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu kelmarin, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun beliau berkata, selepas menjalankan siasatan didapati perkara itu tidak benar.

“Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan.

“Mereka (warga asing) bukan dibawa untuk pergi ke JPN seperti yang didakwa oleh pihak terbabit,” katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Melayu itu.

Friday, October 14, 2011

Ariel Sharon Dalam Neraka Dunia, Sudah 5 Tahun Koma

Peringatan kpd semua PM Malaysia yg masih hidup dan terus menerus menentang perlaksanaan undang2 Islam di Malaysia ( Datuk Sri Dr Mahathir & Abdullah Ahmad Badawi ). Juga peringatan kpd penyokong2 UMNO (khasnya ustaz2) yg ikut sama bersubahat menggagalkan berkuatkuasanya Undang2 Hudud di Malaysia.


Semua kita tahu mengenai cerita Kamal Artaturk yang mati secara terhina sehingga bumi tidak menerimanya. Namun manusia terus berani menentang Allah. Terbaru Allah buktikan kekuasaannya seperti berlaku di zaman Firaun dan Qarun yg mana kedua mereka mati dalam keaiban.

Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang mengalir kerana kezalimannya dulu. Hari ini, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 5 tahun koma. Sehinggakan media di seluruh dunia malu untuk menerbitkan gambar keadaannya. Kini Ariel Sharon yg berusia 82 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja.

Doktor yg merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga 90 tahun. Dia dirawat di Hospital Hadassah di Jerussalem dan kemudian di Chaim Sherba Medical Center. Difahamkan Sharon telah dimasukkan ke bilik pembedahan untuk menyambung bahagian ususnya yg membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain.

Beliau dah jadi umpama mumia firaun. Terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk. Subhanallah... ambillah pengajaran daripadanya agar kita terus bertakwa dan beriman kepada Allah... Amin... Tulisan: Norman Liverpool


Wednesday, October 12, 2011

Mencari Kewarasan Akal Penyokong UMNO Yg Hilang

Sudah berapa penggal memerintah, kos keluar negara PM Malaysia dan permaisurinya makin bertambah. Kunun nak cari pelabur tapi tiap2 tahun bentang belajawan defisit. Berbelanja lebih banyak dari income. Mereka yg kunun ke hulu ke hilir mencari pelabur agaknya sudah lupa bahawa dunia hari ini sudah semakin kecil. Silap2 dunia lebih mengenali mereka lebih dari mereka mengenali diri mereka sendiri.

Dunia mengenali PM kita seperti mana kita mengenali Marcos. Dan dunia mengenali permaisuri PM sebagaimana kita mengenali Imelda. Menghapus rasuah adalah suatu kerja yg mustahil bagi pemimpin Malaysia hari ini. Lagi banyak tempat yg mereka pergi, lagi putih tapak kaki pelabur asing melarikan diri. Nak tunggu pemimpin2 bangsawan spt PM Najib nak insaf nampaknya macam menemui jln buntu. Ada tak ada kitalah kena menyedarkan diri kita bahawa org2 bangsawan memang payah hendak menyelami penderitaan rakyat. Mereka dah kaya melacak. Sudah ada bungalow mewah keliling dunia dan sudah tidak ada masa nak pikir masa depan cucu cicit kita.

Waras ialah tempat yg sebenar bagi akal. Kembalikan akal kita ke tempatnya. Jgn kita kelabukan akal yg waras hanya dgn harga bonus setengah bulan gaji. Pikirkan masa depan cucu cicit kita. Dan kewarasan yg hakiki ialah apabila kita mengutamakan keredhaan Allah dlm apa jua tindakan. Selalulah bertanya apakah kerja yg kita buat itu halal atau haram. Adilkah UMNO memerintah dan dapat pahalakah anda menyokong UMNO ?
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Okt: PKR mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan butiran terperinci perbelanjaan lawatan beliau ke luar negara yang mencecah RM10.1 juta setakat tahun ini.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution (gambar) berkata, sebanyak RM9.1 juta dihabiskan untuk kos penyewaan pesawat bagi lawatan Najib dan isterinya ke luar negara, diikuti lawatan ke Kezakhstan yang melebihi RM1 juta.

“Perbelanjaan ini melampau dan kalau betul Najib telus, saya mencabar beliau membentangkan setiap perincian butiran perbelanjaan,”

“Tanggungjawab Najib ialah untuk memberikan semua maklumat dalam persidangan parlimen agar Pakatan Rakyat boleh memeriksa setiap sen yang digunakan,” kata Saifuddin, lapor KeadilanDaily.

Menurut Saifuddin, jumlah perbelanjaan lawatan tersebut lebih tinggi berbanding tempoh tiga tahun lalu yang mencecah kos keseluruhan sebanyak RM17 juta.

“Ini adalah bukti nyata Najib terus mengamalkan cara hidup mewah dan tak prihatin terhadap penderitaan rakyat di bawah,” katanya.

Ahli Parlimen Machang itu juga turut menggesa agar ciri lawatan berkenaan dikaji semula memandangkan lawatan singkat Najib Ke Kazakhstan misalnya, menelan kos yang tinggi.

“(Ia) perlu kaji semula dan pengurangan boleh dibuat melalui pengurangan anggota (rombongan) yang menyertai lawatan,” katanya.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah memberitahu Dewan Rakyat kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang melibatkan jumlah RM9.1.

Semalam, Kementerian Luar Negara pula mendedahkan RM1,072,213.22 dibelanjakan oleh perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam di Kazakhstan.

Pada Jun lalu, Dewan Rakyat diberitahu dari tahun 2008 hingga 2011, sejumlah RM17,118,650.58 digunakan bagi perbelanjaan lawatan rasmi PM bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam jawapan tersebut, Najib dan Rosmah membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM 4,811,837.48 (2009) RM 5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011.

Perhiasan Ahli Syurga Menurut Kadar Wuduk Mereka

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda “perhiasan (di badan ahli syurga) orang mukmin, setakat mana sampainya wuduk (yang dilakukan semasa di dunia dahulu)”.

Orang Islam yang memasuki syurga, akan diberi pakai perhiasan berupa emas di badan mereka sebanyak mana terdapatnya cahaya kesan dari wuduk mereka. Oleh itu lebihkanlah had air basuhan semasa wuduk.

Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu merupakan orang yang bercahaya muka, tangan dan kakinya pada Hari Kiamat kerana kamu telah menyempurnakan wuduk dengan baik. Maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian.

Dari Abu Hazim r.a., katanya: “Aku berdiri di belakang Abu Hurairah ketika dia sedang berwuduk untuk solat. Aku melihatnya mencuci tangan sampai ketiak, kerana itu aku bertanya kepadanya, “Wuduk cara bagaimana itu, hai Abu Hurairah?” Jawab Abu Hurairah, “Ya, Bani Farruh! Andakah itu? Kalau aku tahu Anda berada di situ, aku tidak akan berwuduk seperti ini. Aku mendengar sahabatku Rasulullah saw. bersabda: “Orang mukmin akan beroleh cahaya sesuai dengan cara dia berwuduk.

Syurga adalah merupakan tempat nikmat serta keagungan, dan setiap ahlinya akan memakai perhiasan yang tidak dapat dinilaikan harganya.

Di dunia ini kaum lelaki dilarang memakai perhiasan yang diperbuat daripada emas. Tetapi di syurga emas turut menjadi perhiasan lelaki.

Bahkan perhiasan di syurga tidak dibezakan di antara lelaki atau perempuan. Mereka sama-sama memakai perhiasandaripada emas yang tidak ternilai tinggi mutu serta kualitinya.

Ya Allah...Kau Berilah Petunjuk Kpd Penyokong2 UMNO

Resort didakwa kumpul pendatang dapat IC dikepung | Print |
Nazri Abdullah

SEPANG, 12 Okt: PAS hari ini berjaya mengesan satu operasi yang disyaki cuba memberikan warganegara kepada lebih 200 penduduk tetap (PR) di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini.

Kesemua yang majoritinya warga Indonesia itu didakwa dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa (gambar) berkata pihaknya mendapat maklumat daripada perisikan jentera PAS berhubung perkara itu malam tadi yang mengatakan lapan buah bas membawa warga asing akan menuju ke Putrajaya untuk diberi MyKad.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS bersama beberapa anggota dewan itu kemudiannya menunggu bas-bas tersebut yang tiba di Masjid Putra, Putrajaya kira-kira jam 7 pagi.

Bagaimanapun hanya enam buah bas didapati tiba di Putrajaya yang didapati beredar beberapa jam kemudian.

Kepung resort

Mereka mengekori bas-bas tersebut sehingga ke sebuah resort di sini.

Bas-bas berkenaan bagaimanapun beredar dari situ, dan meninggalkan kumpulan penumpang tersebut di resort berkenaan.

Petugas media yang kemudiannya tiba di situ kira-kira jam 1.30 tengahari juga sempat melihat sebuah kereta Proton Tiara dipercayai membawa 'ketua operasi' itu memecut laju keluar dari resort melalui jalan belakang.

"Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya.

"Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort.

Ekoran itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.

Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.

Sumber dalaman

Menurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu.

"Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini.

"Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya.

Menurut Mazlan lagi, beliau juga dimaklumkan sewaktu bas berhenti di Masjid Putra, beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara menemui ketua rombongan bas tersebut dan mengarahkan mereka ke sebuah resort di kawasan berdekatan ekoran rahsia operasi mereka didakwa sudah diketahui.

"Saya difahamkan ini trip ke sepuluh untuk operasi ini.

"Modus operandi mereka adalah untuk mengalahkan Pakatan Rakyat Selangor," tambahnya.

Dalam pada itu satu sidang media khas berhubung perkara itu akan diadakan di Parlimen esok.

Tuesday, October 11, 2011

Upah RM 10 - minyak motor penuh : Mat Rempit UPAHAN umno KANTOI Di Segamat

"Saya diupah RM10, dan isi minyak motorsikal penuh oleh Ayub" jawab mat rempit ini.
Dengan upah RM10, dan tangki minyak motorsikal yang penuh. Sekali lagi mat rempit-mat rempit upahan regim Umno ini mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat di Kg Tahang Rimau, Segamat. Bagaimanapun kali ini untuk mereka mengulangi sekali lagi kebiadaban seperti di Labis sehingga seorang anggota Unit Amal mendapat 7 jahitan kerana dibaling objek dipercayai besi tidak kesampaian.

Dengan kekuatan Unit Amal dan komrad anak muda SAMM dari seluruh Johor. Kali ini kita lebih bersedia. Seperti yang dijangka, ketika che'guBard menyampaikan ceramah, provokasi daripada mat rempit-mat rempit upahan Umno ini bermula. Mereka dipercayai berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama membuat bising dan kecoh di laluan utama dan kumpulan kedua membaling mercun di laluan belakang tapak ceramah. Bagaimanapun kawalan di belakang tempat ceramah agak kurang kerana ramai anak-anak muda SAMM dan Unit Amal yang berkawal di laluan utama. Baru sahaja dianggarkan 7-8 buah motorsikal melalui laluan jalan utama sambil membuat bising mereka sudah dikepung oleh orang ramai dan komrad SAMM. Ketika semakin orang ramai membantu menahan mat rampit-mat rempit inilah dipercayai kumpulan mat rempit kedua melalui laluan belakang pentas ceramah dan membaling mercun bola.

Provokasi dimulakan ketika che'guBard sedang berceramah.

Kerana persediaan dan kawalan yang lebih rapi, maka kali ini tidak ada seorang pun mat rempit daripada kumpulan pertama ini terlepas. Dengan keadaan mabuk dan mulut berbau arak akhirnya mereka mengaku mereka menerima upah dan arahan daripada Ayub (dipercayai ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat) sebanyak RM10 dan minyak motor yang diisi penuh. Menurut anggota Unit Amal yang bertugas di Labis tempoh hari, mereka mengecam kumpulan mat rempit ini adalah kumpulan yang sama bertanggungjawab membaling objek ke muka seorang anggota Unit Amal ketika program ceramah Sdr Tn Hj Md Sabu.

Bagaimanapun apa yang mengecewakan, polis meleraikan kepungan dan memberikan arahan untuk melepaskan kumpulan mat rempit ini sebaik saja nama 'Ayub' disebut. Atas dasar menghormati arahan daripada pihak berkuasa, kumpulan mat rempit ini akhirnya dilepaskan dengan selamat tanpa cedera walau sedikit pun!.

Antara kumpulan penyokong, Unit Amal dan SAMM yang mengepung kumpulan mat rempit ini.

Anggota polis mengawal keadaan selepas insiden pengepungan kumpulan mat rempit oleh orang ramai.

Jika benar bahawa kumpulan-kumpulan mat rempit ini diupah oleh Datuk Ayub maka terbuktilah bahawa mereka adalah terdiri daripada pemuda Umno di kawasan Parlimen Sekijang. Lebih memalukan mereka sekadar menggunakan sekumpulan mat rempit untuk mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat yang sudah mendapat permit daripada pihak berkuasa. Jika benar mereka tidak puas hati dengan kehadiran Tn Hj Md Sabu, silakan hantar ketua atau wakil Umno untuk bertemu. Bukan menabur wang RM10, minuman keras dan tangki minyak motorsikal diisi penuh sebagai upah membuat provokasi. Lebih bacul lagi, jika kejadian seperti di Labis berulang sehingga seorang anggota Unit Amal yang tidak berdosa menerima tujuh jahitan.

Rakyat sudah muak dengan regim, mereka dahagakan maklumat. Kehadiran warga Segamat pada malam itu cukup menakutkan mereka. Cara terbaik untuk menakutkan rakyat, provokasi!.

Apapun tahniah kepada anak-anak muda SAMM yang sanggup datang jauh antaranya daripada Seremban, Gelang Patah demi untuk menghambat anjing-anjing provokasi ini, sehingga kumpulan mat rempit pulang menikus tidak berbunyi.


Warga Segamat yang hadir pada malam tadi.

Tim. Presiden Pas, Tn Hj Md Sabu menyampaikan ceramah tanpa sebarang gangguan.

Che'guBard turun bertemu anak-anak muda SAMM selepas berceramah untuk mendapatkan maklumat berkaitan insiden kumpulan mat rempit yang ditahan Unit Amal dan SAMM.

Anak-anak muda SAMM meraikan kejayaan menghalang provokasi kumpulan mat rempit selepas program ceramah di sebuah restoran di bandar Segamat.

Sokong Bob : JAIS Bukan Melakukan kerja Untuk Islam tetapi untuk UMNO

Kenapa Saya Ditahan Setelah Jadi Baik....
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman (gambar) hairan dengan tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahan beliau setelah menjadi baik, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.

Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu.

Menurut Bob, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian.

Sehubungan itu, beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan dalam masyarakat termasuk para penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah.

Katanya, sekiranya terdapat undangan dari pelbagai pihak untuk menyampaikan ceramah, beliau juga bersedia memenuhi undangan itu sekadar terdaya untuk menyampaikan mesej Islam, di samping tidak mahu menghampakan pihak terbabit.

"Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Begitu juga dengan sekatan yang dikenakan oleh pihak Jabatan Agama Islam ke atas beliau untuk menyampaikan ceramah disebabkan tidak mempunyai tauliah, perkara itu juga tidak berbangkit dalam kehidupannya.

"Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam.

"Jadi, kenapa mesti ada sekatan ke atas saya dan kenapa pula saya mesti patuhi sekatan-sekatan itu, sedangkan yang saya sampaikan kepada orang ramai itu adalah perkara yang betul," katanya.

Malam tadi, Bob Lokman ditahan oleh Jais kerana dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah, setelah beliau selesai menyampaikan ceramah selepas solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Beliau dibawa ke Balai Polis Batu 18 di Hulu Langat dan dilepaskan kemudiannya. Ketika insiden itu, kira-kira 25 penguatkuasa Jais, pihak polis dengan 2 buah kereta, Kadi Hulu Langat turut hadir bagi tujuan itu.

Bob yang juga penulis lirik lagu kesukaan ramai 'Isabella' diminta hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini bagi memberikan kenyataan.

Selain beliau, Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan bagi pihak penganjur majlis ceramah itu diminta hadir ke pejabat agama tersebut bagi memberikan kenyataan.

Mengulas perkara itu, Bob yang juga cucu ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali, mengesahkan penahanannya malam tadi dan turut menegaskan tidak hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat seperti yang diarahkan itu.

Baginya, menghadirkan diri ke pejabat agama tersebut seperti yang diarahkan itu merupakan suatu tindakan yang tidak perlu, malah hanya membuang masa dan wang.

"Saya juga tidak merasakan perlu mematuhi arahan itu kerana pada saya mereka yang melakukan tangkapan ke atas saya itu bukan melakukan kerja untuk agama, tetapi untuk Umno," katanya.

Sebelum beliau ditahan dan dibawa ke balai polis, menurutnya, beliau telah bertanyakan beberapa soalan kepada Kadi Hulu Langat tetapi soalan-soalan tersebut tidak dapat dijawab oleh kadi berkenaan.

"Mereka yang datang untuk menangkap saya itu juga mengakui saya tidak menyampaikan perkara yang salah di dalam ceramah saya itu tetapi hanya kerana tanpa tauliah.

"Pada saya, apa yang dilakukan ke atas saya itu jelas arahan politik. Jadi tak perlulah saya ikut arahan mereka itu, malah pada saya mereka bukanlah orang yang wajar saya hormati," katanya.

Beliau secara tegas menjelaskan, mereka yang melakukan tangkapan dan mengenakan sebarang larangan terhadap seseorang yang melakukan pekerjaan baik untuk Islam bukanlah pihak yang wajar dihormati.

Menyentuh tentang tauliah untuk menyampaikan ceramah, beliau juga menegaskan tidak perlu baginya untuk mendapatkan tauliah tersebut kerana tindakan itu juga jelas mempunyai kaitan dengan permainan politik Umno BN.

"Amat pelik dengan apa yang dilakukan ke atas saya. Saya ditangkap setelah saya selesai menyampaikan ceramah. Pada hal jika mereka tak mahu saya berceramah di masjid itu, mereka sepatutnya menangkap saya sebelum berceramah.

"Saya pula hadir ke majlis itu atas undangan. Kalau saya dilarang berceramah sebelum saya masuk ke masjid oleh pihak Jais, saya tak akan berceramah.

"Jadi, ini amat jelas tangkapan atas arahan politik Umno BN, bukannya tangkapan kerana kerja-kerja Islam, manakala saya pula melakukan kerja-kerja Islam, jadi tak perlulah saya ikuti arahan mereka itu," tegas beliau.

Ketika diminta hadir ke Pejabat Agama Islam Hulu Langat tengah hari ini, Bob Lokman turut sibuk ke Putrajaya untuk menyampaikan ceramah atas undangan pihak tertentu.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno terlibat dalam pemeriksaan Jais ke Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) pada 3 Ogos lalu.

Antara jam 9.45 hingga 12 malam, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jais bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap satu program iaitu "Thanks Giving Dinner" di Hall 3, GMDU Dream Centre, No 2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya.

Sementara itu, Adun Meru yang Pesuruhajaya PAS Selangor, Dr Rani Osman dan Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Samad telah ditarik balik tauliah oleh Jais.

Allahu Akbar !

Sultan Brunei mahu undang-undang Islam dilaksana segera | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.

Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.

Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.

"Kita tidak harus melambatkan dan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif.

"Apa lagi di sana untuk menunggu? Kita sudah mempunyai bangunan mahkamah yang mengagumkan, ramai pakar telah dihasilkan dan bahawa negara telah mencapai kemerdekaan. Apa lagi?" soal baginda.

Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa.

Sehubungan itu ujarnya,undang-undang Islam penting untuk mengawal semua masalah dalam hidup, agama, keturunan, minda dan kekayaan.

"Walaupun ia adalah tanggungjawab kita, ia perlu dipenuhi bagi Allah Maha Kuasa," titah baginda lagi.

Memetik laporan Brudirect.com, undang-undang Islam ujar baginda, adalah pengetahuan dan sistem yang unik dan sangat cantik dan sudah tentu akan dipilih apabila difahami, namun jika ia tidak difahami, ia akan dibenci.

"Tetapi sejak manusia tidak mahu memahami, undang-undang itu dilihat sebagai buruk dan menakutkan. Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa, kita dipandu oleh-Nya untuk melihat dengan jelas keindahan undang-undang Islam.

"Saya memberi mandat kepada agensi-agensi atau institusi yang berkaitan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Majlis Agama Islam, Negeri Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Mahkamah Syariah dan semua pihak untuk bekerjasama dan berurusan secara kolektif dan telus sehingga undang-undang ini mula membuahkan hasil," titah baginda lagi.

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman berkata, Majlis Agama Islam Brunei adalah badan tertinggi dalam membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dalam menegakkan kesucian Islam di negara ini.

[Baca berita asal]

Najib di luar negara pada Hari Kemerdekaan

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Kerajaan hari ini mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat lawatan ke Perth, Australia sewaktu negara menyambut Hari Kemerdekaan negara ke-54 pada 31 Ogos lalu.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu), kerajaan memaklumkan lawatan 'peribadi' Najib itu bermula 31 Ogos hingga 3 September 2011.

"Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lawatan YAB Perdana Menteri ke Perth, Australia pada 31 Ogos hingga 3 September 2011 merupakan lawatan peribadi," jawapan itu dipetik.

Tian Chua dalam soalanya sebelum itu menanyakan apakah matlamat utama rombongan Perdana Menteri ke Kazakhstan pada Jun dan Perth pada Hari Merdeka serta kos yang terpaksa ditanggung kerajaan untuk rombongan itu.

Dalam jawapannya, kerajaan memaklumkan kos lawatan Perdana Menteri ke Kazakhstan pada 5 dan 6 Jun adalah RM1,072,213.22, manakala tiada sebarang kos dinyatakan untuk lawatan peribadi Najib ke Perth.

Isu Najib bercuti di luar negara pada Hari Kebangsaan lalu sebelum ini pernah didedahkan media dan blog.

Mereka mempersoal tindakan perdana menteri itu yang dilihat tidak wajar diwaktu rakyat disuruh menghayati semangat patriotik sedangkan beliau bertindak sebaliknya.

Memetik laporan Malaysiakini 2 September lalu, kali terakhir Perdana Menteri dikesan ialah pada 30 Ogos lalu di Istana Negara untuk acara rumah terbuka Aidilfitri dan Rumah Terbuka Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya.

Beliau didakwa hanya mengeluarkan kenyataan Hari Kebangsaan melalui Facebook dan Twitter pada hari berikutnya.

Bagaimapun dengan bercuti di luar negara pada hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan, Najib menjadi bidasan pelbagai pihak ketika pemimpin BN dan Umno berterusan menyerang pemimpin pembangkang yang didakwa tidak patriotik kerana mempersoalkan peranan dan sumbangan beberapa wira negara.

Guna pesawat khas RM9 juta

Najib juga didakwa menggunakan sebuah pesawat Airbus A319-11X yang memaparkan logo 1Malaysia di ekor pesawat berkenaan.

Web AviationWA melaporkan pesawat itu mendarat di Perth menggunakan ‘nama panggilan’ "November Romeo 1" atau NR1, yang kebetulan sama dengan pangkal nama perdana menteri.

Pada 4 Oktober lalu, dalam jawapan kepada soalan Nurul Izzah Anwar (PKR Lembah Pantai), kerajaan menjelaskan sebanyak RM9 juta telah dibelanjakan bagi menyewa sebuah pesawat Airbus A319-IIX yang diguna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth Australia.

Pesawat tersebut disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2011, kerajaan memberitahu kekerapan penggunaan pesawat adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara dengan kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta yang meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Wednesday, October 5, 2011

Kompleks Pengajian Islam Ibnu Mas'ud

Terletak di Segamat. Cuma 1 km sahaja dari simpang masuk ke Tasik Alai / Buluh Kasap kalau ikut jalan Segamat ke Muar. Setiap malam kecuali malam jumaat, kompleks ini menyajikan pelbagai kuliah dari ustaz2 tempatan. Pada setiap hujung minggu pula diadakan kuliah perdana bersama ustaz2 tersohor dari serata tanah air. Kuliah ini dibuka kpd orang ramai secara percuma. Jom pakat ramai2 memakmurkannya sementara nyawa masih ada !

JADUAL KULIAH AGAMA MADRASAH IBNU MAS’UD

KOMPLEKS PENGAJIAN ISLAM IBNU MAS’UD, JALAN TASEK ALAI, GEMEREH, 85000 SEGAMAT JOHOR

www.tamanilmuibnumasud.blogspot.com / Facebook: Madrasah Ibnu Masud / 017-7772730

KULIAH PERDANA (8.30 MALAM)

SABTU 24/9/2011 USTAZ MOHD NIDZAM ABD KADIR (PANEL TANYALAH USTAZ TV9) ‘PINTU-PINTU SYURGA’

ISNIN 3/10/2011 MURSYID DR ZULKIFLI MUHAMMAD AL-BAKRI (AHLI MAJLIS FATWA) ‘HATI YANG SUBUR’

SABTU 8/10/2011 USTAZ ANN WAN SENG (PERSATUAN CINA MUSLIM MALAYSIA) ‘ISU MURTAD & KRISTIANISASI’

SABTU 15/10/2011 USTAZ KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI (PANEL RADIO IKIM) ’HIDUP BERSYARIAT’

RAWATAN PERUBATAN ISLAM (SETIAP KHAMIS BERMULA SELEPAS ASAR) UST FAIZAL 0197002278

KULIAH DHUHA (9.45 PAGI)

AHAD 25/9/2011 USTAZ MOHD NIDZAM ABD KADIR (PENSYARAH UIAM)

SABTU 1/10/2011 USTAZ AHMAD TUNGGAL (JEMAAH KHAUJAKAN JOHOR)

AHAD 2/10/2011 USTAZ ISHAK NOR (MADRASAH NASIHUN AMIN)

SABTU 8/10/2011 USTAZ SYAZWAN AMIR (GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN)

AHAD 9/10/2011 USTAZ ANN WAN SENG (PERSATUAN CINA MUSLIM MALAYSIA)

SABTU 15/10/2011 USTAZ YUHANAZ MISWAN (MUAR, JOHOR)

AHAD 16/10/2011 USTAZ KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI (DARUL FUQAHA)

PENGAJIAN BERKITAB SETIAP MALAM (8.30 MALAM)

MINGGU KE-1 DAN MINGGU KE-3

SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERSAMA KELUARGA

AHAD USTAZ HUSLIZAN JAAMAT TASAUF KITAB PENAWAR BAGI HATI

ISNIN USTAZ FAIZAL ABD RAHMAN TAFSIR TAFSIR IBNU KATHEER

SELASA USTAZ ABDUL HADI IBADAH SYARAH MATAN ABI SUJAK

RABU USTAZ ZAKWAN TAUHID KITAB MISBAHULMUNIR

JUMAAT USTAZ WAN SYARIFUDDIN FEKAH KITAB SABIL MUHTADIN

MINGGU KE-2 DAN MINGGU KE-4

AHAD USTAZ HUSLIZAN JAAMAT SIRAH KITAB FIQH SIRAH

ISNIN USTAZ FAIZAL ABD RAHMAN HADITH KITAB HADITH 40

SELASA USTAZ ABDUL HADI IBADAH SYARAH MATAN ABI SUJAK

RABU TN HJ SYAKIRIN FARAID KITAB FARAID

JUMAAT USTAZ TUMIRAN MUAMALAT KITAB FIQH MUAMALAT