Thursday, June 24, 2010

Pemuda Umno pula bantah lesen judi sukan

Semoga bantahan pemuda umno ini akan membuka minda rakyat malaysia utk kembali kepada ajaran al quran sepenuhnya. bukan main ambik ikut suka kita. yakinlah bahawa kedatangan al quran itu membawa rahmat kepada seluruh alam !

Selepas Badan Perhubungan Umno Johor, Perak dan Kedah, - Pergerakan Pemuda Umno hari ini secara rasmi membantah cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen judi pertaruhan sukan di negara ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pengeluaran lesen judi seumpamanya akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Setelah hampir beberapa minggu kita meminta pandangan daripada ahli-ahli akar umbi dan (menyaksikan) usaha yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dapat membanteras sedikit sebanyak gejala judi ini melalui penguatkuasaan keras dalam seminggu ini, kita rasa bahawa dalam isu lesen judi pertaruhan perlawanan bola ini, Pemuda Umno membuat pendirian bahawa kita membantah sekiranya kerajaan mahu keluarkan lesen tersebut.

"Kita berharap apa yang kita dengar dalam berita iaitu kenyataan yang dibuat oleh pihak swasta bahawa kerajaan telah bersetuju (mengeluarkan lesen) adalah tidak benar. Kita berharap kerajaan tidak mengeluarkan lesen tersebut," katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Tawau, yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, di Tawau hari ini.

Khairy berkata judi merupakan gejala tidak baik dalam mana-mana masyarakat termasuk dalam masyarakat bukan Islam sendiri.

"Saya tanya rakan-rakan dalam MCA dan MIC, mereka pun kata judi ini bukanlah perkara yang disokong oleh masyarakat mereka. Memang betul ada masyarakat bukan Islam berjudi tetapi ia bukanlah yang disokong masyarakat mereka. Mereka juga anggap judi bukan budaya mereka.

"Mereka pun berpendapat mengapa kita menggalakkan perkara ini (judi) dengan memberi pengesahan dengan memberi lesen. Jadi daripada sudat pandangan mana-mana budaya atau kaum di Malaysia ini, mereka tidak setuju, lebih-lebih lagi untuk orang beragama Islam," katanya.

Walaupun ada pandangan yang menyatakan bahawa lesen judi berkenaan hanya untuk masyarakat bukan Islam, namun kata Khairy pandangan masyarakat Islam dan bukan Islam yang sangat menentang judi perlu diambil kira dalam isu itu.

Selain itu, Khairy berkata alasan bahawa jika lesen judi pertaruhan bola berkenaan tidak dikeluarkan akan menyebabkan judi haram berleluasa dan tidak dapat dikawal tidak dapat diterima kerana PDRM membuktikan mereka berjaya membanteras beberapa kegiatan pertaruhan bola sejak bermulanya kejohanan bola sepak Piala Dunia.

"Apabila melihat kedua-dua hujah ini, kita dapati sudah tiba masa kita membuat pendirian secara terbuka berhubung isu ini. Jadi pada hari ini kita rasa terpanggil untuk memaklumkan kerajaan tentang pendirian Pemuda (Umno)," katanya.

Sementara itu, timbalan pengerusinya Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata,mesyuarat badan perhubungan Umno negeri itu baru-baru sebulat suara meminta kerajaan tidak meluluskan sebarang lesen judi bola sepak kepada mana-mana pihak.

Beliau meminta kerajaan menimbang semula hasrat memberi lesen judi bola sepak serta menilai kesannya terhadap masyarakat bukan hanya kepada yang beragama Islam, tetapi juga mereka yang bukan Islam.

"Walaupun ada yang cakap lesen ini hanya untuk yang bukan Islam, tetapi judi ini kesannya melibatkan masyarakat keseluruhan. Kepada orang bukan Islam, kesannya juga begitu tinggi. Bila masuk pertaruhan, tak cukup duit, ada yang pinjam Ah Long," katanya.

Tuesday, June 15, 2010

Kontraktor Stadium Gong Badak bina istana baru Yang Dipertuan Agong

Keselamatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bakal dalam keadaan berbahaya, kata ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana seorang daripada kontraktor yang dipertanggung-jawabkan membina laluan ke istana baru itu adalah kontraktor yang sama membina Stadium Gong Badak di Kuala Terengganu yang runtuh tahun lalu.

Pada kejadian itu, struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bernilai RM300 juta itu runtuh, kurang setahun selepas siap pada 2008 dan digunakan sempena Sukan Malaysia Ke-12 (Sukma) yang Terengganu menjadi tuan rumah. Ia kini tersadai tanpa sebarang usaha pemulihan.

Syarikat yang dipertanggung-jawab membina laluan dari Jalan Duta ke istana baru itu pada kos RM130 juta adalah kontraktor yang sama membina stadium berkenaan.

Sehubungan itu, Ngar hari ini di lobi parlimen mendesak Kementerian Kerja Raya memberi penjelasan mengapa kontraktor yang mempunyai reputasi buruk dibenar terbabit membina Istana Negara yang bakal menempatkan kediaman Yang Dipertuan Agong.

Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa kos pembinaan istana baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun.

Semasa sesi soal-jawab semalam, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini kosnya meningkat kepada RM811 juta.

Kontrak pembinaan istana itu diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka, kata Yong.

Katanya, kontrak tersebut diberikan melalui cara tersebut kerana Istana Negara adalah "unik" dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.

Tuesday, June 1, 2010

Solat Hajat, Qunut Nazilah - moga Allah hancurkan Yahudi

http://tuanibrahim.blogspot.com

PAS mengecam keras tindakan regim Israel menyerang konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Tindakan biadap ini diharap membuka mata pemimpin dunia khususnya Amerika dan sekutunya di Barat.

PAS melihat tindakan tidak bermoral ini mencerminkan sikap angkuh regim Yahudi kerana adanya Amerika dan negara Barat yang sentiasa melindunginya.

PAS menggesa seluruh negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim tersebut. Tindakan kerajaan menggunakan APCO juga mesti ditentang dan PAS mendesak PM untuk membatalkan segera perjanjian tersebut.

PAS memohon seluruh ahli mengadakan solat hajat seluruh negara dengan membaca qunut nazilah; agar Allah menghancurkan Yahudi laknatullah dan memelihara semua anggota konvoi.

PAS juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kekejaman Yahudi, semoga gugurnya pejuang ini menyemarakkan lagi usaha membebaskan saudara kita di Gaza.

Saturday, May 29, 2010

Judi bola: Guan Eng sedia ke mahkamah

Agama Islam sudah lingkup dek tangan pemimpin hari ini. Ada ke patut seorang yg mengaku Islam nak heret orang bukan Islam ke mahkamah gara2 haramkan judi ? Sesungguhnya pemimpin hari ini BUKAN penyelamat aqidah cucu-cicit kita. Ya Allah, Kau berilah petunjuk kepada penyokong UMNO kerana sesungguhnya mereka tidak nampak siapakah musuh Islam yg utama di bumi Malaysia hari ini.

Zulkifli Sulong

KOTA BHARU, 30 Mei: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) sedia ke mahkamah sekali lagi jika tindakan beliau mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu tidak memberi kebenaran untuk operasi judi bola sepak bertentangan dengan undang-undang.

"Kalau tindakan saya ini salah, saya rela masuk penjara sekali lagi," kata Setiausaha Agung DAP itu di hadapan puluhan ribu rakyat di Padang Perdana di sini, malam tadi.

Guan Eng mengulas kenyataan timbalan menteri kewangan yang beliau melanggar bidang kuasanya ketika melarang judi bola sepak dari beroperasi di negeri itu ketika berucap dalam cerrtamah perdana di sini.

Turut berucap adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kelantan, Datuk Husam Musa di majlis ceramah perdana sempena Kongres PKR keenam yang diadakan di sini.

Sebelum ini, Lim Guan Eng pernah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara kerana mempertahankan seorang gadis Melayu yang dirogol oleh seorang ketua menteri.

Ekoran kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak kepada Kumpulan Berjaya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengarah pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu tidak mengeluarkan lesen premis untuk judi itu beroperasi.

"Sukan tetap sukan, ia tidak boleh dirosakkan dengan elemen judi. Judi akan jatuhkan kualiti sukan kita. Saya sedia ke mahkamah sekali lagi untuk mempertahankan perkara ini," tegas beliau.

Guan Eng turut mengimbau kembali kegemilangan bola sepak di negara ini semasa Mokhtar dahari bergabung dengan Soih Chin Aun dan Santokh Singh.

"Ketika itu, kita pernah menewaskan Korea Selatan. Sekarang di mana Korea Selatan? Mereka sudah ke separuh akhir piala dunia. Sekarang negara kita di tempat ke 142 di dunia. Kalau judi bola ini kita benarkan, ke mana mutu bola sepak kita selepas ini?" kata Guan Eng.

Friday, May 28, 2010

Pulau Pinang haramkan judi bolasepak

p/s : Tak logik langsung kalau UMNO nak luluskan jugak lesen judi bola piala dunia. Sepatutnya tugas pemimpin ialah menyelamatkan rakyat dari azab siksa api neraka tapi UMNO sebaliknya pulak. Mereka beria2 nak sesat baratkan rakyat dgn dosa besar itu. Bermacam2 usaha rakyat supaya kerajaan UMNO membatalkan pengeluaran lesen judi itu tetapi pemimpin yg ada buat pekak sahaja. Alangkah malunya PM Najib dan para menterinya yg mengaku Islam bila Negeri Pulau Pinang yg dipimpin oleh DAP menentang kelulusan lesen judi itu dan menjadi negeri pertama yg mengharamkannya beroperasi di negeri tersebut. Kepada penyokong membabi buta UMNO tolonglah fikirkan semula adakah sokongan anda kpd UMNO boleh membawa ke syurga ? Ingat, kubur sudah semakin dekat !






28 May 2010

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.

NONELim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.

"Mereka diarahkan menggunakan peraturan Seksyen 101 (5) Akta Pihak Berkuasa Tempatan untuk menolak permohonan dibuat," katanya.

Menurut Lim, kerajaan negeri memutuskan menolak untuk sebarang permohonan konsesi perjudian sukan tunggal negara, Ascot Sport Sdn Bhd bagi menjalankan perjudian sukan.

“Tindakan itu bukan bagi menentang kedai-kedai pertaruhan di Pulau Pinang. Tetapi kita merasakan bahawa sudah ada terlalu banyak cabutan dan cabutan khas dilakukan oleh pengendali judi itu sehingga membebankan banyak keluarga.

“Kebanyakan mereka 'terpanggil' untuk mengejar setiap cabutan sehingga menyebabkan kehilangan pendapatan dan menjejaskan keluarga dan anak-anak mereka,” katanya.

Friday, May 21, 2010

Di antara Kelebihan Istighfar

Bersabda Nabi Sallallahu˜alaihi wassalam: Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya.

(Hadis riwayat Abu Daud)

Dari Hadis Rasulullah Sallallahu ˜alaihi wassalam di atas, maka dapat diambil kesimpulan bahawa fadhilat istighfar itu antaranya adalah:

1)Memperoleh keampunan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala atas segala dosa yang dilakukan samada sengaja atau tidak.

2) Menyenangkan hati dari kegelisahan dan gundah gulana kerana dosa yang dilakukan.

3) Mendekatkan diri kepada Allah Subhanhu wa Ta'ala kerana istighfar bukan hanya terbatas kepada permohonan ampun saja tapi juga sebagai bukti ketaatan kepada Allah Subhanahu Ta'ala dan untuk mencapai keredhaanNya.

4) Memperolehi perlindungan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala daripada tipu daya serta hasutan syaitan kerana menghiasi lidah dengan istighfar merupakan salah satu perkara yang dibenci oleh syaitan.

5) Memelihara diri dari melakukan dosa atau kesalahan yang belum dilakukan kerana dengan istighfar dapat membersihkan hati dari lalai dan lupa akan tanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan apa yang dilarangNya.

6) Memperoleh keutamaan dan anugerah dari Allah Subhanahu wa Ta'ala berupa nikmat bagi sesiapa yang mengamalkannya seperti diberi kelapangan, kesenangan, kesihatan serta rezeki yang melimpah.

Sumber: Brunei Darussalam Mufti’s Office

Monday, May 17, 2010

Didik anak ibarat main layang-layang

DIAN
MASYARAKAT CEMERLANG
Anak-anak dapat "terbang tinggi' jika ibu bapa tahu masa sesuai menghulur atau menarik

PERNAHKAH anda main layang-layang? Cuba perhatikan teknik permainannya. Anda perlu tahu masa yang sesuai untuk menarik dan menghulur talinya, barulah layang-layang anda dapat terbang tinggiSemua ibu bapa ada kebolehan mengasuh dan mendidik anak.Cuma mereka perlukan sedikit rangsangan, panduan dan sedikit daya kreatif saja untuk melaksanakannya dengan berkesan.

Umpamanya, terapkan semangat berdikari dan disiplin pada anak-anak melalui contoh berikut:

Cabaran:
Setiap kali mereka haus, anak-anak itu akan suruh ibunya ambilkan minuman, sebab mereka tak sampai untuk mengambil sendiri jag dan cawan-cawan yang diletakkan di tempat yang tinggi.

Huraian
Belikan jag dan cawan-cawan yang sesuai untuk kegunaan anak-anak dan meletakkannya di tempat yang mudah mereka capai. Anak-anak akan ghairah sebab boleh tuang minuman sendiri.Anak-anak perlu diberi masa berehat dan beriadah secukupnya kerana ini ada kaitan dengan pertumbuhan yang sihat, bukan saja dari segi jasmani malah rohani mereka. Cuma yang perlu dilakukan oleh ibu bapa ialah memantau mereka dan bimbing mereka menguruskan masa dengan berkesan.

Buatkan jadual urus masa di luar waktu sekolah:

Satu jadual untuk mereka jadikan panduan dari Isnin hingga Ahad. Dalam jadual harian, buatkan kotak-kotak yang setiap satu adalah untuk masa setengah jam. Kemudian gunakan pelekat-pelekat bewarna untuk diisikan dalam kotak-kotak tersebut. Contohnya, jika anak anda suka warna kuning, berikan pelekat warna kuning untuk bermain. Kemudian setiap mata pelajaran, berikan satu warna. Umpamanya biru untuk matematik, merah untuk bahasa Inggeris dan hijau untuk bahasa ibunda.

Wednesday, May 12, 2010

Rujuk Kitab Mana Untuk Lulus Lesen Judi bola ?

Kejohanan bola sepak piala dunia akan berlangsung pada Jun 2010 ini dan Kerajaan Malaysia sudah pun meluluskan lesen pertaruhan (judi) sebagai persiapan menyambut kedatangan pesta bola berprestij itu. Alasannya bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. Soalannya halalkah judi itu di sisi Allah bila operasinya berlesen ?

Judi termasuk di dlm dosa besar. Setiap yg berjudi dapat satu dosa manakala org yg mengundi dan menaikkan pemerintah hari ini dapat dua (syubhah). Nampaknya bertambah satu lagi beban dosa yg perlu ditanggung oleh rakyat yg mengundi UMNO dlm pilihanraya umum yg lalu. Dosa sedia ada ialah judi toto, genting highland, 4D, lesen arak (termasuk kilang) dan semua lesen yg melibatkan dosa. Bayangkan betapa besarnya dosa yg perlu ditanggung dan bayangkan bagaimana anda akan berhadapan dgn Allah di akhirat nanti.

Kita tertanya2 akan kitab mana yg dirujuk oleh pemimpin di dalam mentadbir negara. Al Quran kah atau "ikut suka aku". Dulu heboh dgn penerapan nilai2 Islam. Lepas itu gegak gempita dgn Islam Hadhari. Sepatutnya hari ini makin baik tapi tambah lagi lesen judi. Nampaknya rakyat dipermainkan dgn slogan !

Insaflah ! Kita hari ini sedang ditipu oleh pemimpin yg hipokrit. Mereka berpura-pura mahukan Islam bagi mencuri sokongan kita semasa pilihanraya. Apa ruginya kita memilih parti yg berpegang dgn Al Quran ? Parti yg mahu menjadikan Al Quran sebagai perlembagaan negara. Parti yg dipimpin oleh org yg tidak sewenang2 meninggalkan solat berjemaah di masjid.

Pemimpin hendaklah dipilih dari kalangan org yg amanah. Org yg menjaga akhlak diri dan keluarganya. Kalau dgn org jenis itu dan rajin pula ke masjid kita tak percaya utk mentadbir negara maka bijakkah kita melantik PM dari org yg tak mampu menyuruh isteri menutup aurat ? Solat berjemaah di masjid pulak jauh sekali !

Semoga tulisan ringkas ini dibaca oleh isteri, anak2, keluarga, saudara mara, jiran dan rakan2 ku. Marilah kita sama2 mengingatkan pesanan Nabi SAW, "Aku tinggalkan kpd kamu dua perkara. Tidak akan sesat kamu selama2nya selagi kamu berpegang kpd keduanya iaitu Al Quran dan Al Hadith." Wallahu'aklam.

Saturday, May 8, 2010

Sedihnya Bila Raja Seperti Ini Dimusuhi

Posted by : KedahLanie

Belajar dari gambar
YM Pemangku Sultan Kelantan

Jika ini tauladan yang ditunjukkan, barulah layak digelar sebagai Ketua Agama Islam. Jangan sedap pada nama sahaja... tetapi kosong. Bukan nak mengutuk... hanya sekadar nak mengetuk minda mereka2 yang yang mahu berfikir... dan tidak taksub membuta khinzir kepada pemimpin. Inilah tuntutan Agama Islam dalam memilih Pemimpin.

Daulat Tuanku...
Semoga tabah menghadapi segala permasalahan...

Remaja 17 Tahun Cedera Parah Ditembak Polis

Sinar Harian
Remaja cedera parah terkena tembakan anggota polis

TAMPIN 8 Mei - Seorang remaja cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis peronda dalam kejadian kejar-mengejar di Jalan Seremban-Jelebu dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak ekoran enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan polis.

"Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus," katanya.

Katanya, mangsa kini telah selesai menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

"Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.

Katanya, anggota terbabit telah dikenakan tindakan penahanan kerja serta-merta dan sedang menjalani siasatan kerana melepaskan tembakan tanpa justifikasi yang boleh membawa ancaman kepada dirinya.

Osman berkata, mangsa dalam satu kumpulan kira-kira 20 orang yang menaiki motosikal berhampiran sebuah pasaraya di Jalan Datuk Siamang Gagap dan kumpulan itu berpecah apabila terserempak dengan sebuah kereta peronda polis, manakala mangsa melarikan diri arah Jalan Seremban-Jelebu.

"Anggota polis yang melepaskan tembakan ini mendakwa dia melepaskan tembakan amaran tetapi dalam keadaan kereta yang laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.

"Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira 2 kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut," katanya.

( Belum pun reda lagi kes adik Aminulrasyid, 15 tahun yg mati ditembak polis di Shah Alam dua tiga hari lepas dah timbul lagi kes baru. Tak tahu nak kata apa cuma doakan moga polis yg kerja tak ikut buku spt. kes di atas akan mendapat azab yg pedih dari Allah. Biar mereka rasa spt. apa yg dirasai keluarga mangsa...amin ya Allah )

Friday, May 7, 2010

Masjid Adalah Lambang Kebenaran

Teringat masa budak2 dulu waktu ikut abah ke masjid. Membonceng di carier belakang basikal sambil pegang bawah tempat duduk abah. Kaki mesti kangkang habis utk. elak termasuk ke celah jejari tayar. Masa tu cuma dua waktu sahaja yg hidup iaitu maghrib dan isya'. Biasanya kami cuma ikut imam hingga salam yg pertama sahaja. Bila imam masuk salam kedua kami dah selonggok kat beranda belakang masjid. Kat situ lah sesi percambahan idea (macam KIK jugak). Apa2 yg kami dapat sepanjang hari semua diluahkan. Ada yg present teka-teki, enjut2 semut, lawan jentik jari hantu, main tampar angin dan macam2 lagi. Dlm usia yg begitu mentah sekali pun, adab percakapan amat dijaga. Kalau ada yg bercakap bohong pasti seluruh ahli kelab kami akan memulaukan orang itu. Alamat terasinglah ia sehingga dia terkeseng2 utk join semula. Kalau ada yg terlepas cakap pasti ada yg mengingatkan, " kau giler ke cakap macam tu, kan dlm. masjid nie..."

Bagi orang yg suka berseloroh dlm. pergaulan harian, mereka akan menghadapi masalah utk meyakinkan org lain apabila mahu menyampaikan perkara yg benar. Bagi menyokong kebenaran kata2nya, kita biasa dengar kata2 ini, " ini cakap masjid tau..." Sumpah laknat yg termasyhur seantero dunia suatu masa dulu, pun dilafazkan di dalam masjid !

Kesimpulannya masjid adalah tempat yg suci. Tempat menyampaikan kebenaran yg tentunya berpandukan Al Quran dan Al Hadith. Masjid ialah tempat berhimpunnya para ulamak. Ulamak yg bertaqwa tidak gentar menegur sekiranya perkara yg disampaikan itu bercanggah dgn Islam.

Lalu apa halangannya berpolitik di masjid. Di masjidlah tempat penyatuan ummah. Hinggakan Yahudi Israel ( satu2nya umat yg dilaknat Allah di muka bumi ini ) menawan Masjidil Aqsa kerana mereka tahu peranan sebenar masjid dan mereka nampak betapa bahayanya Masjid Al Aqsa jika menjalankan peranannya yg sebenar. Jabatan Agama Islam sering mengeluarkan teks khutbah mengajak umat Islam bersatu menentang Yahudi. Seruan itu sebenarnya adalah bersifat politik. Maka di mana salahnya kalau kita gunakan mimbar yg sama menyeru manusia bersatu menegakkan Undang2 Al Quran di bumi Malaysia ? Mengajak rakyat memilih parti yg komited menegakkan Islam semasa pilihanraya.

Siapakah yg paling seronok bila Sultan Selangor larang berpolitik di masjid ? Sudah tentu parti yg menentang tertegaknya undang2 islam. Parti yg menentang penggunaan mimbar masjid utk. mengajak umat islam beriman dgn Al Quran secara menyeluruh. Parti peneraju kerajaan hari ini yg menyembunyikan dalang sebenar disebalik kematian misteri wanita Mongolia. Maka tidak hairanlah bila larangan tersebut disambut dgn bersemangat oleh UMNO melalui Noh Omar dan PM Najib.

Firman Allah, " Barang siapa yg tidak menjalankan undang2 spt. yg ditetapkan oleh Allah (Al Quran dan Hadith ) maka sesungguhnya mereka adalah kafir ."

Wednesday, May 5, 2010

Di antara Kelebihan Ayat Al Kursi

Abu Hurairah pernah ditugaskan oleh Nabi SAW utk. menjaga hasil pungutan zakat dalam bulan ramadan. Pada satu malam, seseorang telah menceroboh masuk dan cuba mencuri harta zakat tersebut tetapi dapat ditangkap oleh Abu Hurairah. Atas alasan miskin dan mempunyai tanggungan yg banyak, maka orang tersebut telah dibebaskan.

Peristiwa yg sama berlaku pada malam berikutnya. Atas alasan yg sama, orang tersebut sekali lagi dibebaskan tetapi dgn amaran yg keras agar tidak mengulangi kerja jahat tersebut.

Pada malam seterusnya, orang yg sama sekali lagi datang utk. mencuri harta zakat dan sekali lagi dapat ditangkap oleh Abu Hurairah. Pada mulanya Abu Hurairah bertegas utk. membawa org. tersebut mengadap Nabi SAW tetapi sekali lagi dibebaskan hanya kerana org. tersebut mengajar Abu Hurairah agar membaca Ayat Al Kursi apabila hendak tidur. Org. itu berkata lagi, "engkau tetap akan dijaga oleh Allah dan syaitan tidak akan mengganggu mu hingga pagi."

Keesokan harinya Nabi SAW bertanya kepada Abu Hurairah tentang apa yg berlaku. Abu Hurairah menceritakan bahawa dia telah membebaskan seseorang yg cuba mencuri harta zakat atas sebab org. tersebut telah mengajarnya supaya membaca ayat Al Kursi sebelum tidur. Lalu Nabi SAW berkata , "org. itu telah berkata benar dan ketahuilah bahawa org. yg mendatangi mu tiga malam berturut2 itu adalah syaitan. "

Saturday, May 1, 2010

Botak Chin Lebih Bernasib Baik dari Aminul Rasyid

Nyawa rakyat 1 Malaysia begitu murah sekali.Ketika Botak Chin menjadi makhluk yang paling ditakuti orang awam dan kanak kanak,nasibnya lebih baik dari Aminul Rasyid dan Norizan.Pihak polis yang memburu beliau hanya diarah untuk menembak di paras pinggang ke bawah.Penjenayah bergelar Robin Hood Moden itu berjaya diseret ke mahkamah seterusnya ke tali gantung.

Tetapi di zaman Najib memimpin negara dan sepupunya diberi tanggung jawab menjaga keselamatan rakyat jelata,nyawa rakyat yang belum dibuktikan sebagai penjenayah menjadi lebih murah dari nyawa tikus!Pihak polis bukan lagi untuk dihormati,tetapi ditakuti.

Kalau rakyat ditembak penjenayah,mereka boleh mengadu kepada polis,tetapi kalau penjenayah itu ialah polis,apakah mustahil rakyat akan mengambil alih tugas polis!

Alfatihah untuk arwah adik Aminul Rasyid,moga kamu akan mendapat keadilan yang hakiki.

Tuesday, April 27, 2010

Antara Dua Berita : Kosmo vs Malaysiakini

Polis tembak mati pelajar selepas kejar-mengejar


Keadaan kereta dipandu Aminulrashid yang mati ditembak di Shah Alam.


SHAH ALAM - Seorang remaja lelaki disyaki penyamun mati ditembak selepas kereta dipandu suspek itu didakwa cuba merempuh anggota polis peronda di Jalan 11/2G, Seksyen 11 di sini semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, dua kereta peronda polis bersama empat anggota dikatakan bertembung dengan kereta jenis Proton Iswara Aeroback dinaiki dua lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Tarian 11/2 di sini.

"Anggota polis meminta pemandu kereta itu berhenti namun kereta itu dipecut laju menyebabkan polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta tersebut.

"Kereta itu kemudian terbabas di bahu jalan di Jalan Makyong," kata beliau di sini semalam.

Menurut Khalid, seorang daripada lelaki itu dapat keluar dari kereta dan melarikan diri menyebabkan dua anggota polis mengejar lelaki itu.

Dua lagi anggota polis yang cuba memeriksa keadaan kereta itu terkejut apabila mendapati kereta tersebut mengundur dan cuba melanggar polis.

"Salah seorang anggota polis yang cuba mempertahankan diri telah melepaskan tembakan mengenai pemandunya.

"Pemandu kereta itu, Aminulrashid Amzah, 15, mati terkena tembakan," kata beliau.


Remaja ditembak: Polis diminta jamin keselamatan saksi utama


Jimadie Shah Othman
Apr 27, 10
11:30am
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus.

Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata, seperti yang dilaporkan media.

Katanya, beliau sendiri turut menemani saksi utama kes tersebut - yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – yang disebut oleh satu laporan akhbar sebagai Aminulrasyid Amzah (foto atas) - membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi.

Menurut khalid lagi, selepas selesai membuat laporan itu, rakan remaja itu pulang ke rumahnya.

“Saya minta ketua polis jamin keselamatan saksi ini. Jangan ada usaha untuk mengubah keterangannya,” katanya dalam satu sidang akhbar pagi ini.

Khalid juga turut mengedar salinan laporan polis rakan remaja tersebut kepada pihak media.

Sementara itu, dalam laporan polisnya, rakan remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.

Dakwanya, kereka mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.

Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.

Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.

Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah.


Monday, April 19, 2010

Kepentingan Menjaga Solat ( Peringatan Utk. Diri dan Anak2 ku )

Disediakan Oleh : Siti Sumayyah Sha'arani

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka mengadakan solat jenazah untuknya. Tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular! itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya :

1.Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah.
2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya. (Sumber : http://jaipk.perak.gov.my/ : Portal rasmi Jabatab Agama Islam Perak)

Harus diingatkan, tiada alasan untuk meninggalkan solat kecuali dua perkara. Pertama : perempuan yang didatangi haid dan kedua : orang yang tidak waras. Tetapi realitinya sekarang kita dapat melihat ramai lelaki dan perempuan yang tidak solat. Apakah sekalian lelaki tersebut didatangi haid ataupun telah menjadi gila, dan kerana itu dia tidak mampu melakukan solat? Dan bagaimanakah pula dengan sebahagian kaum perempuan yang tidak solat, adakah mereka didatangi haid buat selama-lamanya atau menjadi gila juga?

Solat harus ditunaikan dengan apa cara sekalipun walaupun ketika sakit. Sabda Rasulullah S.a.w: “ Solatlah sambil berdiri. Jika tidak sanggup, boleh duduk. Jika tidak sanggup juga, boleh sambil berbaring”. (Hadith Riwayat Bukhari)

Jadi wahai sekalian umat Nabi Muhammad, tiada alasan untuk kita meninggalkan solat walaupun kita sakit. Solatlah walau di mana juga kita berada. Janganlah memberikan pelbagai alasan untuk tidak menunaikan solat. Sabda Rasulullah S.A.W : “Meninggalkan solat adalah unsur yang membezakan antara seorang Muslim dan seorang kafir”.

Tuesday, April 13, 2010

Siapakah Saudara Kamu (Yahudi atau Palestin) ?

Kontrak Apco bernilai RM77 juta setahun
(berhati2 memilih pemimpin ... undi anda pasti dihitung di Yaumul Hisab)

Mahfuz: "Apa perlu lantik perunding Zionis?"
Salhan K Ahmad
Mac 25, 10
4:15pm
Tindakan kerajaan mengupah Apco Inc, yang didakwa mempunyai kaitan dengan gerakan Zionis antarabangsa, sebagai perunding medianya dibidas oleh pembangkang di Dewan Rakyat, hari ini.

"Apakah tidak ada kepakaran itu di kalangan perunding media tempatan?," soalan wakil Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Jelas beliau tugas perunding media seperti itu sepatutnya dijalankan oleh syarikat-syarikat tempatan

"Soaln
ya sekarang ini kenapa kalian melantik Apco. Apa perlu untuk kerajaan melantik Apco?," katanya lagi ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

"Banyak lagi syarikat-syarikat yang kalau nak bercakap tentang soal bumiputera soal orang Melayu, yang dimiliki kepakaran itu oleh orang Melayu, oleh Bumiputera.

"Tiba-tiba kerajaan mengambil syarikat yang dimiliki oleh orang asing yang ada kaitan dan hubungan dengan gerakan Zionis antarabangsa," katanya lagi.

Tambah Mahfuz, ti
ndakan itu tidak konsisten dengan sikap kerajaan terhadap negara Israel.

"Dalam satu masa dia menjerit kononnya anti-Israel, menentang Zionis dan kezaliman oleh Israel terhadap orang Islam di Palestin dan sebagainya.

"Tapi dalam masa sama dia mengambil syarikat yang dalam syarikat itu merupakan pemuka-pemuka, pembesar-pembesar Israel yang pernah berkhidmat dengan negara haram Israel," katanya lagi yang turut menyebut beberapa nama 'pembesar' berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa kerajaan supaya menjelaskan bentuk tindakan yang diambil terhadap pihak yang didakwa 'membocorkan maklumat rahsia negara.'

"Sehingga sekarang menteri pertahanan belum memperjelaskan kepada kita siapa yang terlibat dan apa bentuk tindakan yang diambil kepada orang yang membocorkan maklumat terbabit.

Thursday, March 18, 2010

Beruntunglah Orang Yg Sanggup Bersusah Payah Demi Islam

sibuk bebenor hari2 yg kita lalui sekarang ini. nak sembang macam dulu2 dgn jiran atau kengkawan selepas pejabat memang tak dapat. semua sibuk dgn urusan ghete termasuk urusan anak bini. kekadang tu kita free diaorang ada hal. macam tu lah sebaliknya bila diaorang free kita pulak tak nyengah2 rumah. madang sibuk kat pejabat. jiran2 dah tidur baru kita balik. sesetengah tu keluar pejabat terus ke kedai. urusan bisnes. tengah malam baru balik !

masa utk isteri dan anak2 ikut berkurang. kalau kurang jumpa sebab anak2 dah masuk asrama atau u ok lah jugak. ini anak2 ada kat rumah tapi kita tak balik2 sbb sibuk kat pejabat. sekali call kat perlis. call lagi sekali kat kelantan. takut jugak kot2 kali ke 3 keluarga pulak dapat call dari polis traffic beritahu kita dah rooji'uun ! kemalangan maut ( na'uuzubillah ).

tak kurang juga di kalangan kita yg bekerja suami isteri. kerja shift pulak lagi. keje pulak lain2 pejabat. kita balik bini dah tidur ! kesian....

kalau perhati halus2 kesibukan itu kebanyakannya kerana fulus. susah juga nak kata ek ? ye lah kan fulus tu penting utk menyara keluarga. takkan nak low profile je sepanjang hayat. skali2 nak juga dapatkan kenderaan yg baik. senang nak balik kampung jumpa emak abah. skali2 nak juga bawa keluarga berehlah. boleh release tension.

yg bergaji kecik tentu arah bersusah2 keje siang malam mencari duit. macamana pulak yg gaji suami isteri dah jejak rm10k sama sibuk ?

tak berani nak cakap lebih sbb semua itu ada rasionalnya. semua itu boleh mendatangkan pahala asal niatnya ikhlas kerana Allah. cuma janganlah fulltime cari duit. ingatlah juga bahawa tugas lain ada lagi. kita ada tanggung jawab terhadap agama Allah, terhadap diri kita, keluarga dan masyarakat.

bila sebut tanggung jawab terhadap agama Allah tentu ramai tertanya2 apa dia tugas2 itu ? antara tugas utama kita ialah mengajak keluarga, jiran, saudara mara dan rakan2 bersama berusaha mendaulatkan undang2 islam di bumi malaysia. kita kena berusaha supaya kerajaan negara kita menjadikan al quran itu panduan tertinggi. ingat...beriman dgn al quran adalah wajib ! biaq pi apa orang lain kata. yg penting ialah memelihara iman !

terhadap keluarga pun kita ada haq dan tanggung jawab. jgn biarkan keluarga kita hanyut dgn dosa. ajak mereka bersungguh2 mengamalkan islam. bawak isteri, anak2 dan ibubapa ke masjid mendengar kuliah. kalau kita boleh papah org tua ke warung utk makan tomyam, kenapa ke masjid tak boleh ? ( petikan kata2 ust. omar abdullah ). jgn sampai kita dipersalahkan di akhirat nanti kerana tidak mengingatkan anak isteri tentang agama.

Monday, March 8, 2010

Mati Tetap Datang Meski Pun Tidak Diingati

Catatan ini dipetik dari ceramah Ustaz Ismail Kamus bertajuk
mengingati mati

- Mengingati mati adalah agenda utama dalam kehidupan seorang muslim.
- Org yg selalu mengingati mati akan selalu bersiap2 utk beramal ibadat.
- Mengingati mati menghapus semua kelazatan hidup.
- Hidup : Ada amalan tetapi tiada balasan.
- Mati : Ada balasan tetapi tiada amalan.
- Kematian itu berada di antara pejam dan celik.
- Sesiapa yg dikehendaki oleh Allah hidayah maka dipermudahkan dadanya menerima nasihat.
- Sesiapa yg dikehendaki Allah kesesatan maka Allah sempitkan dadanya dari mendengar agama.
- Diantara tanda2 org yg mendapat nur hidayah ialah dipermudahkan
ia kpd kebaikan.
- Malam itu panjang maka jangan dipendekkan ia dgn tidur.
- Siang itu terang maka jangan digelapkan ia dgn dosa.
- Kelazatan bertemu Allah dapat dirasa jika seseorang itu rajin
bangun malam ( qiamullail )
- Berdoalah selalu agar Allah tidak mencabut nyawa kita dgn mengejut.
- Org yg dapat menjawab soalan kubur maka tidurlah ia spt. tidurnya
pengantin baru.

- 5 petua lambat tua :-
1) Selalu qiamullail
2) Selalu Selawat
3) Selalu membaca Al Quran
4) Jangan selalu marah
5) Lewatkan minum air selepas makan

- 4 perkara yg tidak dirasai nilainya kecuali bagi 4 :-
1) Harga muda tidak diketahui benar2 kecuali oleh org tua.
2) Harga sihat tidak diketahui benar2 kecuali oleh org sakit.
3) Harga keselamatan tidak diketahui benar2 kecuali bagi org kena bala.
4) Harga hidup tidak diketahui benar2 kecuali bagi org mati.

Wallahu'aklam



Sunday, February 28, 2010

Gambaran Kehidupan

Monday, February 22, 2010

Tips Bagaimana Menangani Gangguan Riak

Kita semua tahu bahawa iblis adalah penghuni utama neraka. Di kalangan manusia pula sebahagian kecil sahaja dimasukkan ke syurga manakala sebahagian besar akan bersama dgn iblis di neraka ( wal'iyazabillah ). Adakah iblis berpuas hati dgn berita itu ? Belum lagi malah perlu kita ingat bahawa iblis tidak pernah curi tulang dlm kerja2 menghasut kita supaya mengikuti jejak2 sesat mereka. Sasaran kerja tahunan mereka sentiasa melebihi keperluan !

Dlm keghairahan menambah kawan di neraka, kerja baik apa pun yg kita buat pasti akan diganggu iblis. Riak adalah idea paling relevan sepanjang zaman. Gangguan bersifat riak datang seiring dgn lahirnya manusia pertama di muka bumi. Iblis begitu riak kerana kejadiannya daripada nur dan kondem manusia utk dijadikan khalifah kerana dibuat dari tanah. Dia lupa bahawa antara dia dan Nabi Adam 'Alaihis Salam adalah sama2 makhluk Allah. Allahlah yg menjadikan.

Sifat riak adalah sifat Allah dan manusia diharamkan samasekali mempunyai sifat ini. Lalu peluang ini digunakan oleh iblis semaksimanya. Tidak sedikit manusia yg terjerat dgn perangkap riak. Ada yg sudah beratus tahun beribadat tetapi mengakhiri hayatnya dgn terpesona sendiri dgn amalnya yg banyak. Akhirnya mati dalam riak. Ada yg berjalan mendabik dada dan mendongak ke langit kerana melayan riak. Ada juga yg tidak menunaikan kewajibannya sebagai seorang muslim semata2 kerana takut riak. Panggilan azan berkumandang di masjid dibiarkan sahaja. Tidak mahu ke masjid sebab takut riak apabila dilihat orang. Lebih teruk lagi ada yg sampai membiarkan waktu solat berlalu semata2 takut riak dgn tetamu yg ada di rumah. Cara itu tidak betul !

Tidakkan hilang riak di dunia. Riak tetap mengganggu selagi kita belum masuk kubur. Sifat riak umpama muncup2 di jalanan. Usahalah bersungguh2 menjauhkan diri dari dihinggapinya tetapi sekiranya melekat juga di pakaian, ia perlu dibuang segera. Perjalanan mesti diteruskan. Jangan sampai kita tidak bergerak semata2 tidak mahu terkena muncup2 sedang kita tahu ia boleh dibuang sekiranya melekat di pakaian. Yg paling utama tuntutan agama wajib dilaksanakan. Istighfarlah banyak2 jika riak datang mengganggu. Tambahlah bekalan dengan selalu ke majlis ilmu. Perbanyakkan berzikir, merendah diri dan hormati orang lain. Jaga perbicaraan kita supaya tidak menyinggung orang lain dan elakkan bertengkar meskipun kita dipehak benar. Usahalah membuat kerja2 baik disisi Allah meski pun ia dilihat hina dimata masyarakat. Berdoalah selalu agar Allah selamatkan kita di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Selamatkanlah aku, ibubapaku, keluargaku, guru2 ku, jiran2 dan
rakan2 ku dari gangguan iblis...Selamatkan kami di dunia dan akhirat.

Amin Ya Rabbal 'Aalamin