Thursday, September 30, 2010

Wang judi dipulangkan

Ada satu ungkapan yg selalu kita baca di surat2 khabar. Ungkapan itu selalu diulang dan dijadikan zikir oleh pak menteri terutama musim pilihanraya. Ungkapan itu berbunyi ; " Kalau UMNO kalah pilihanraya, negara akan huru-hara ".

Buat masa ini ungkapan itu masih relevan kerana UMNO masih menguasai Kerajaan Pusat. Mereka masih menguasai agensi di bawah Kerajaan Persekutuan termasuk akhbar2 harian. Dgn kedudukan sedia ada ini mereka mencipta satu demi satu huru-hara termasuk isu Lojing, isu PAS Kelantan taja RM4 juta kpd. wartawan utk. memburuk2kan pak menteri, isu PAS Kelantan terima sumbangan RM4 bilion dan berbagai isu remeh temeh. Yg terbaru ialah isu Kerajaan Pulau Pinang sumbang duit judi lumba kuda RM100 setahun kpd warga emas. Kerajaan DAP Pulau Pinang menafikannya namun isu itu terus dimainkan oleh surat2 khabar.

Di muka depan akhbar Utusan Malaysia (akhbar pro UMNO ) terpampang gambar beberapa warga emas memulangkan wang judi yg disumbang oleh Kerajaan Pulau Pinang. Majlis penyerahan ini ditaja oleh ADUN UMNO dan SU Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Alangkah hipokritnya mereka ! Kuman yg jauh di Pulau Pinang mereka nampak tetapi gajah di depan mata mereka buat2 buta. Gaji yg mereka terima setiap bulan berpuluh ribu ringgit ditelan senyap2 tapi RM100 yg diterima warga emas, mereka taja majlis pemulangan !

Semua tahu bahawa setiap lesen urusniaga di Malaysia diluluskan oleh Menteri UMNO. Termasuklah lesen kilang arak, lesen judi Genting Highland, lesen 4 nombor ekor, lesen TOTO, lesen rumah urut unisex, lesen spa unisex, gunting rambut unisex dan entah apa2 lagi. Semua hasil cukai haram itu dimasukkan sekali ke dlm hasil negara. Dari hasil itulah gaji ADUN UMNO, SU Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan gaji kita dibayar.

Setiap orang beriman wajib peka dgn sumber hasil yg dimakan. UMNO telah memerintah Malaysia lebih 50 tahun dan belum ada tanda2 keinsafan kpd mereka utk menghapuskan sumber2 haram di atas. Yakinlah bahawa Allah mendatangkan UMNO adalah sebagai ujian kepada keimanan kita. Apakah kita mahu terus hidup dgn berseronok tanpa memikirkan halal haram atau kita kembali kpd landasan AL Quran yg hanif. Apakah kita mahu terus hidup dgn takutkan UMNO atau takutkan Allah. Pilihlah antara syurga atau neraka.

Wang judi dipulangkan


SEKUMPULAN warga emas memulangkan wang ehsan dan bantuan fakir miskin yang diterima daripada kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipercayai bersumberkan wang judi pada satu majlis di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. – utusan/Sazali Che Din


KEPALA BATAS 29 Sept. – Seramai 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian.

Mereka yang terdiri daripada sekumpulan warga emas serta fakir miskin sekitar kawasan berkenaan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga di sini hari ini.

Secara simbolik, kumpulan tersebut beramai-ramai memasukkan wang ke dalam sebuah tabung yang akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang dalam masa terdekat.

Pada satu ketika, suasana majlis bertukar hiba apabila beberapa warga emas yang ditemubual pihak media tiba-tiba sebak dan menitiskan air mata ketika meluahkan rasa kesal mengenai isu penggunaan wang perjudian bagi membiayai program berkenaan.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang juga ADUN Penaga berkata, pihaknya menerima banyak panggilan daripada penerima bantuan terutamanya warga emas yang berasa ragu selepas isu tersebut didedahkan media massa.

‘‘Mereka kecewa apabila kerajaan negeri sendiri mengaku ada menerima wang sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan sehinggakan warga emas yang menerima wang ihsan RM100 baru-baru ini juga meragui sama ada wang itu datang daripada sumber yang sama.

‘‘Ingin saya tegaskan bahawa kita tidak menghasut mereka (memulangkan wang), tapi bila ramai yang datang ke pusat khidmat hendak berbuat demikian, kita fikir lebih baik mereka berkumpul dan memulangkannya bersama-sama,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis itu.

Turut hadir Ketua Penerangan UMNO negeri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan ADUN Bertam, Zabariah Wahab.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini mengesahkan bahawa kerajaan negeri menerima wang sebanyak RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang bagi membiayai program membasmi kemiskinan tegar di negeri ini.

Pengakuan itu dibuat beberapa hari selepas pendedahan sepucuk surat yang membuktikan kerajaan negeri menerima baki wang sebanyak RM500,000 daripada kelab berkenaan walaupun kerajaan negeri sebelum ini menafikan pernah menerima wang daripada mana-mana sumber perjudian.

Azhar memberitahu, pihaknya difahamkan ramai warga emas dan fakir miskin di kawasan lain termasuk Bukit Mertajam dan Balik Pulau turut berhasrat memulangkan wang bantuan berkenaan tidak lama lagi.

Beliau berkata, tindakan kumpulan terbabit memberi mesej cukup jelas kepada kerajaan negeri bahawa rakyat negeri ini terutamanya umat Islam tidak akan berkompromi dalam soal mempertahankan hak dan kesucian agama.

‘‘Tindakan kerajaan negeri yang satu ketika menafikan kemudian mengaku pula (menerima wang judi) membuatkan rakyat rasa terpedaya dan Guan Eng perlu tahu bahawa umat Islam lebih rela tidak dibantu daripada diberikan wang sumber perjudian,” tegasnya.

Tuesday, September 28, 2010

Zuhud bukan bermakna tinggalkan langsung hal dunia

Monday, 20 September 2010 21:28 | Written by Oleh Mohd Adid Ab Rahman |

SEBUT saja zuhud, terbayang dalam pemikiran segelintir umat Islam tuntutan meninggalkan hal bersangkutan keduniaan seperti harta serta menjalani kehidupan dengan membanyakkan amalan serta hidup bersederhana.



Malah ada yang terus meninggalkan hal dunia, sebaliknya menumpukan kepada usaha mencari kekayaan untuk akhirat nanti. Keadaan itu jauh sama sekali terpesong daripada sifat zuhud dianjurkan Islam serta menyalahi fitrah manusia. Disebabkan salah faham itu, agama dilihat buruk. Zuhud seperti diungkapkan Iman Al-Ghazali ialah suatu keputusan untuk membanteras jiwa daripada segala rupa kesenangan sambil melangkah kepada lebih baik iaitu dengan meninggalkan yang tidak baik kepada lebih baik. Sheikh Muhammad Al-Mubarak dalam buku Sistem Islam, Akidah dan Ibadat menulis, seorang yang melebihkan akhirat dan apa yang berkaitan dengannya di atas dunia.
Zuhud bukan bermakna seseorang tidak perlu memiliki harta sama sekali. Walaupun ada harta yang banyak, jika digunakan pada jalan Allah, itu sudah termasuk kategori zuhud. Begitu juga seseorang yang meninggalkan perkara tidak baik atau haram dan selalu meningkatkan amalan kebaikan.

Imam Ahmad, ketika ada seorang datang bertanya padanya: Apakah orang kaya boleh menjadi orang yang zuhud? Beliau menjawab: Ya, dengan syarat banyak hartanya tidak menjadikannya bangga dan ketika luput darinya dia tidak bersedih hati (kecewa).

Selanjutnya, Imam Ahmad membahagikan tingkatan zuhud kepada tiga iaitu:
Meninggalkan yang haram (zuhud orang awam dan ini adalah fardu ain).
Meninggalkan kelebihan daripada yang halal (zuhud orang khusus).
Meninggalkan yang dapat menyibuk daripada mengingati Allah (zuhud orang yang mendalam pengetahuannya mengenai Allah).


Kehidupan zuhud yang tepat dan benar seperti ditunjukkan Rasulullah yang tidak pernah dibelit malas dan menganggur. Baginda tetap bekerja dengan gigih, namun hasil kerjanya tidaklah dinikmati sendiri tapi hanya diambil bahagian keperluan saja.

Seseorang bersifat zuhud tidak akan terlepas daripada pekerjaan atau kesibukan berusaha. Semua dilakukan untuk keperluan hidup serta beramal soleh sebagai jalan bertaqarub kepada Allah.

Firman Allah bermaksud: Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Surah al-Jumuah, ayat 10)

Ada tiga ciri digariskan Imam Al-Ghazali mengenai mereka yang zuhud iaitu tidak berasa gembira dengan apa yang dapat dicapai dan tidak berasa dukacita dengan apa yang hilang, sikapnya sama saja sama ada dipuji atau dicela.

Mereka yang zuhud sentiasa berdamping dengan Allah, hatinya dipenuhi kemanisan ketaatan kepada Allah kerana sifat hati sememangnya tidak boleh kosong daripada kecintaan kepada Allah.

Natijah daripada sifat zuhud ialah akan menimbulkan kecenderungan menghindari perkara ditegah, melahirkan satu hubungan murni dan tulus yang didasarkan rasa cinta dan makrifat kepada Allah

6 cara suburkan istiqamah dalam beramal


RAMADAN sudah meninggalkan kita. Namun, apakan daya, begitulah putaran hidup kita di dunia ini yang sentiasa beredar mengikut ketentuan Allah.
Marilah kita bersama-sama berdoa agar kita diberi kesempatan untuk bertemu Ramadan tahun depan dan tahun berikutnya. Besar harapan kita supaya segala pengabdian dan pengajaran yang berlaku sepanjang Ramadan lalu menjadikan kita seorang yang lebih berkualiti di hadapan Allah.

Kita bukan saja sedih dengan pemergian Ramadan tetapi yang perlu sangat disedihkan ialah apa saja yang kita dapat dan pelajari semasa beribadat sepanjang tempoh bulan Ramadan sebulan lalu. Perkara pertama dan paling susah untuk dilakukan ialah bagaimana hendak menjadi istiqamah dengan amalan kita. Ada orang sepanjang Ramadan ke masjid tidak pernah tinggal tetapi selepas Ramadan, dia tidak lagi ke surau dan masjid. Itu tidak istiqamah namanya. Ketika Ramadan baca al-Quran tidak henti-henti tetapi selepas Ramadan dia berhenti membaca al-Quran. Sedekah bukan main, bersedekah umpama dermawan namun apabilau Ramadan berlalu, dia kembali kedekut. Itu juga tidak istiqamah namanya. Ada yang membantu anak yatim sepanjang Ramadan. Segalanya diberi untuk anak yatim namun apabila Ramadan berlalu, anak yatim ditinggalkan. Sebenarnya bantuan kepada anak yatim mesti berterusan sebab anak yatim bukan hanya hidup 30 hari setahun, mereka hidup macam kita juga sebanyak 365 hari setahun.


Istiqamah adalah sifat Muslim sejati. Ia ada pada orang yang kuat mujahadahnya. Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Rambut aku menjadi uban kerana surah Nuh.” Ayat yang sangat banyak Nabi fikirkan ialah ayat yang berbunyi maksudnya: “Hendaklah kamu beristiqamah terhadap apa yang aku perintahkan.” Kerana terlalu banyak memikirkan ayat itu hingga al-Rasul menjadi beruban. Maksud ayat itu ialah Rasul berfikir bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah dan pada masa yang sama bagaimana juga hendak menanggung risiko tindak balas dan ancaman daripada kaum musyrikin kota Makkah.

Ada baiknya kalau kita lihat sedikit panduan untuk mendapat istiqamah.

Pertama, banyakkan berdoa. Doa khusus ialah minta Allah anugerahkan pada kita supaya sentiasa beristiqamah. Doa sebenarnya satu visi. Jika di minda ada tergambar untuk mendapatkan istiqamah sudah tentu jadi pendorong, apabila malas akan teringat pada visi.

Kedua, berkawanlah dengan mereka yang komited dengan kebaikan. Kawan baik ialah kawan yang membantu kita berbuat baik. Kawan baiklah kawan yang mendorong kita ke syurga. kawan yang baik ialah kawan yang menghalang kita daripada terjerumus ke neraka.

Ketiga, untuk beristiqamah ialah dengan menulis matlamat yang kita nak capai dan lekatkan di mana-mana tempat di rumah atau pejabat serta mudah dilihat. Ia bertujuan supaya kita tidak mudah lupa maklumlah Ramadan datang setahun sekali.

Keempat, apabila sudah dapat kita tunaikan amalan yang kita nak beristiqamah, iaitu apabila amalan itu sudah mula sebati dengan jiwa kita buatlah kenduri iaitu raikanlah kejayaan kita itu dengan doa selamat dengan menjemput sahabat terdekat.

Kelima ialah dengan berdialog dengan diri sendiri. Biar diri kita yang memujuk diri sendiri dengan membandingkan istaqamah orang-orang dulu. Sekiranya mereka dapat melakukannya kenapa kita tidak? Mereka juga manusia seperti kita.

Keenam, bayangkan pahala besar yang menanti kita apabila kita dapat beristiqamah. : ‘Semoga Allah menerima amalan kita dan amalanmu’”.

Miliki Segera:Surat Rasulullah Pengusir Jin

Seorang sahabat Nabi Salallahualaihi wassalam yang bernama Abu Dujanah Radiallahu anhu pernah mengadu kepada Nabi Muhammad tentang perkara aneh yang dialaminya ketika di tempat tidur.

Abu Dujanah telah mendengar bunyi kisaran dan dengung seperti bunyi lebah serta percikan api.Ketika mengangkat kepalanya dia melihat bayangan hitam tinggi mencecah atap rumah.Beliau memberanikan diri menyentuh makhluk tersebut.Tiba tiba dia terasa seperti menyentuk landak yang berduri.Makhluk itu melontarkan percikan api ke mukanya.


Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah ,baginda mengatakan itulah jin penunggu rumah.Baginda lantas meminta kertas dan dakwat serta menyuruh Syaidina Ali menuliskan ayat ayat di bawah(seperti dalam gambar) yang bermaksud:

“Ini adalah surat daripada Muhammad Pesuruh Allah Tuhan Semesta Alam kepada yang datang ke rumah daripada kalangan jin,penghuni dan pengunjung kecuali yang datang berkunjung dengan baik.Adapun selepas itu ..Sesunmgguh terdapat bagi kami dan kamu kelapangan,sekiranya kamu amat mencintai dan menyukai atau kamu adalah penjahat dan penceroboh atau kamu adalah penggembala yang melakukan perbuatan salah,maka ini adalah sepucuk surat daripada Allah yang bercakap ke atas kami dan kamu dengar benar(Sesungguhnya kami akan menghapuskan apa sahaja yang kamu lakukan)(Dan utusan utusan Kami(para malaikat) yang sentiasa berada di sisi mereka akan mencatat apa sahaja yang mereka lakukan …

Abu Dujanah kemudiannya meletakkan surat Rasulullah itu di bawah kepalanya ketika tidur.Tiba tiba dia terkejut daripada tidur apabila terdengar jeritan suara:

“Wahai abu Dujanah,kamu telah membakar kami dengan kalimat kalimat ini.Demi kebenaran sahabat mu(Rasulullah) angkatlah ia (surat) dan jauhkan daripada kami.Kami tidak selamat kecuali kamu mengangkatnya.Tidak ada lagi tempat untuk kami di rumah kamu,jiran jiran kamu dan di mana mana tempat yang terdapat tulisan ini”.

Abu Dujanah menegaskan beliau tidak akan mengangkat surat tersebut melainkan dengan izin Rasulullah.Pada malam tersebut kedengaran teriakan tangisan dan jeritan jin jin yang menumpang di rumah beliau hingga ke Subuh.Mereka seperti kesakitan apabila surat Rasulullah itu berada di dalam rumah Abu Dujanah.

Selepas Abu Dujanah menceritakan kisah ini kepada Rasulullah,baginda lalu bersabda:

“Maka demi jiwa yang mengutusku demi kebenaran sebagai seorang nabi,sesungguhnya mereka itu(jin) akan merasa azab sehingga hari kiamat nanti”.

Kisah ini adalah bersumberkan kitab kitab rujukan:

At Tazkirah:Imam Qurtubi
Dala ilul Nubuwah:Imam Al Baihaqi
Kazinatul Asrar:Syeikh Muhammad Haqqi an Nazili
Daru’ul Wiqayah:Syeikh Dr Sayyid Muhammad b. Alawi al Maliki al Hasani

Sekiranya anda berhajat untuk mendapatkan Surat tersebut dalam bentuk poster yang elok di tampal di dalam rumah ,sila sms nama,alamat dan jumlah poster ke nombor

0199855883

Harga
1.Poster biasa 1=RM 15.00 termasuk pos
2.Poster siap Laminate 1=20.00 termasuk pos

Bayaran boleh bank in ke akaun
BANK ISLAM ARIS FEZUL BIN ISMAIL 06028020066753 atau
MAYBANK:ARIS FEZUL BIN ISMAIL 156141391979

Wednesday, September 22, 2010

Hukum Tinggal Solat Jumaat Jika Serentak Dgn Raya

1. SOLAT SUNAT HARI RAYA DAN SOLAT JUMAAT

Secara kebetulan, Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini jatuh pada hari jumaat. Justeru, bermacam-macam fatwa dikeluarkan oleh individu yang merasakan dirinya adalah Mufti padahal mereka ini tiada langsung pengetahuan agama.

Tak payah sembahyang Jumaat sebab dah sembahyang Raya tadi.

Itulah antara ungkapan yang saya dengar selepas solat Sunat Eid al-Fitri. Saya sendiri tidak pasti dari manakah mereka mendapat fatwa tersebut.

Solat Sunat Hari Raya

Bagi menjawab persoalan ini, saya sarankan anda teliti dahulu hadis ini :

Pertama : Hadis Zaid bin Arqam :

Muawiah bin Abi Sufyan bertanya kepada Zaid bin Arqam R.A : Pernahkah awak meyaksikan hari raya yang terkena pada hari Jumaat pada zaman Rasulullah S.A.W? Jawabnya : Ya! Kata Muawiah : Bagaimana Rasulullah S.A.W melakukannya? Kata Zaid: Nabi S.A.W melaksanakan solat Eid (pada suatu hari Jumaat) kemudian Baginda memberikan rukhshah (kemudahan/keringanan) dalam solat Jumaat dengan bersabda: “Barangsiapa yang mahu solat (Jumaat), hendaklah dia solat.”

Kedua : Hadis Abu Hurairah :

Sabda Nabi S.A.W : “Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hari raya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hari raya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi S.A.W) akan menunaikan (juga) solat Jumaat”.

Ketiga : Hadis Abdullah bin Abbas.

Sabda Nabi S.A.W : “Telah berkumpul dua hari raya pada hari kamu ini, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hari raya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi S.A.W) akan menunaikan (juga) solat Jumaat, Insya’Allah”.

KESIMPULAN

Umat Islam diberikan rukhsah (keringanan) sama ada mahu menunaikan solat Jumaat atau tidak pada Hari Raya Eid al-Fitri atau Eid al-Adha. Namun, bagi sesiapa yang tidak solat Jumaat, hendaklah dia menunaikan solat Zuhur.

Di Malaysia, majoriti umat Islam akan menunaikan solat Jumaat pada kedua-dua Hari Raya.

Penerangan selanjutnya di sini dan e-Fatwa

2. ZIARAH DAN KUNJUNG-MENGUNJUNG

Alhamdulillah, telah menjadi budaya dan adat bagi masyarakat Melayu Islam di Malaysia ziarah dan berkunjung ke rumah saudara mara sepanjang Hari Raya.

Sewaktu berada di Mesir, saya merasa pelik dan terkejut dengan budaya masyarakat Arab di sana. Pada Hari Raya, mereka bebondong-bondong mengunjungi pusat membeli-belah dan taman-taman hiburan seperti Wonderland.

Amalan ziarah dan kunjung mengunjung ini memberi manfaat yang amat besar dan faedah yang berguna dalam konteks persaudaraan dan perpaduan ummah. Sebagaimana Firman Allah S.W.T :

Ayat 10 Surah al-HujuraatSebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu ; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat. – Ayat 10, Surah al-Hujurat

Walaupun amalan ini memberikan manfaat yang banyak dan dituntut oleh Islam. Kita perlulah mengikut etika dan adab-adab yang ditetapkan.

  1. Sebagai tetamu mestilah berniat baik di atas kunjungannya.
  2. Hendaklah menjaga aurat dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan terutama yang bukan Mahram.
  3. Jangan dibezakan antara orang kaya dan miskin ketika membuat jemputan.
  4. Hendaklah jangan ditolak sesuatu undangan hanya semata-mata berpuasa sunat, sebaliknya terimalah undangan dan hendaklah berbuka kerana untuk menimbulkan kegembiraan dipihak yang membuat undangan.
  5. Hendaklah menolak undangan di mana makanan yang dihidangkan itu terdapat syubhat dan terdapat aktiviti munkar atau orang yang mengundang itu bersifat fasik, zalim atau suka membesar diri.
  6. Semasa berkunjung hendaklah memilih waktu yang sesuai. Janganlah berkunjung pada waktu awal pagi, tengah hari dan larut malam kerana kebiasaan pada waktu itu pihak tuan rumah ingin beristirahat atau membuat persiapan keperluan keluarga.
  7. Perlu memohon izin dan memberi salam sebelum memasuki rumah yang ingin dikunjungi.
  8. Selaku tetamu adalah sangat digalakkan agar berjabat tangan dengan tuan rumah sebagaimana dengan hadith Nabi S.A.W riwayat dari al Barra’ R.A yang bermaksud “ Tidak ada dua orang muslim yang bertemu,lalu saling berjabat tangan, kecuali kedua-duanya diampuni Allah S.W.T sebelum berpisah”. Walaubagaimanapun amalan berjabat tangan ini mestilah dilakukan mengikut lunas-lunas Islam.
  9. Sebagai tetamu juga tidak sepatutnya bebas melakukan apa sahaja di rumah orang lain kerana perbuatan itu akan mengganggu dan tidak disenangi oleh tuan rumah.
  10. Menjaga mata, jangan mencuri dengar atau mengintai tuan rumah, janganlah mengangkat suara semasa berada di dalam rumah dan jangan duduk lama ketika berziarah.

3. JAMUAN DAN PEMAKANAN

Bihun keluaran Muslim

Sudah pasti apabila berkunjung ke rumah rakan dan sanak saudara, pastinya bermacam-macam hidangan dan juadah disediakan. Namun, adakah anda pasti dan yakin bahawa semua bahan mentah yang disediakan adalah 100% halal?

Antara hidangan yang menjadi menu wajib di Hari Raya adalah bihun. Majoriti bihun yang dijual di pasaran Malaysia adalah buatan Non Muslim dan produk import dari Thailand yang amat diragui status halalnya.

Kini, sudah ada produk bihun yang dikeluarkan oleh pengusaha Muslim dan ianya disahkan halal oleh JAKIM.

545651E8062E086533AE763517E5D958

Saturday, September 18, 2010

Tahyul: Siaran tv hari raya tidak bina minda

Mohd Ali Hashim

JERAI, 18 Sept: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar membidas kerajaan yang membenarkan siaran berunsur tahyul dan tidak berfaedah di televisyen sepanjang sambutan hari raya Aidilftri.

Beliau berkata, sepatutnya Kementerian Penerangan mengkaji semula semua siaran televisyen yang tidak menjurus kepada membina minda masyarakat.

"Mereka menghidangkan hiburan yang merosakkan minda rakyat yang menonton, khususnya remaja dan anak muda. Banyak siaran yang memaparkan kisah hantu dan tahyul seperti Susuk, Congkak, Jangan Pandang Belakang dan sebagainya tidak memberi manfaat.

"Apa sebenarnya yang ingin mereka paparkan ialah merendahkan martabat rakyat tanpa disedari. Rakyat juga diajar dengan kerja-kerja tahyul.

"Sepatutnya kementerian berasa malu kerana tahap program kita banyak menekankan perkara syirik dan palsu. Oleh kerana itu bagi mengubah sistem penyiaran ini, maka Pakatan Rakyat (PR) harus diberi peluang untuk menerajui Kerajaan Pusat," katanya lagi.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat turut menyatakan seandainya PR mampu menerajui Putrajaya, maka banyak program membina iman dan takwa akan dilaksanakan.

"Ini membuktikan Barisan Nasional (BN) sudah tidak mampu lagi untuk membina minda dan membentuk masyarakat melalui program-program yang membina.

"Kemungkinan besar mereka takut sekiranya minda rakyat dapat dibina melalui program kesedaran dan keimanan, maka sokongan kepada mereka akan semakin terhakis apabila kepalsuan dan retorik yang selama ini mereka amalkan terbongkar," ujarnya lagi.

Wednesday, September 15, 2010

Sunat Berpuasa Enam Hari Di Bulan Syawal

Hadith :

Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, “ Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”.

(Muslim)

Huraian:

1. Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.

2. Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun.

3. Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Monday, September 6, 2010

Abdul Wahoob vs Sadiq Sigaraga

Kisah Kerajaan Persekutuan mengagihkan wang ihsan menggunakan wang royalti milik kerajaan Negeri Kelantan mengingatkan aku cerita lawak 3 Abdul. Bezanya P. Ramlee buat utk lawak2 je tapi Kerajaan Persekutuan buat betul2. Abdul Wahoob keluar zakat guna harta benda milik bapak mentuanya Sadiq Sigaraga manakala Kerajaan Persekutuan agih wang ihsan kpd rakyat guna wang royalti Kerajaan Negeri Kelantan. Abdul Wahoob dgn Kerajaan Persekutuan sama2 biul !

Haram berihsan dengan wang orang lain
Harakahdaily

KOTA BHARU, 6 Sept: Kerajaan Pusat tidak berhak mengikut undang-undang membahagikan bahagian pembayaran royalti untuk Negeri Kelantan mengikut saluran dan kehendak mereka seperti yang dilakukan sekarang.

“Haram hukumnya berihsan dengan wang orang lain,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenytaan sebagai merujuk kepada kenyataan Datuk Dr. Awang Adek dalam akhbar Sinar Harian semalam.

Katanya, pembahagian wang ihsan dari perolehan wang petroleum dari perairan Kelantan dari mula lagi tidak mengikut mana-mana peruntukan undang-undang.

Menurutnya, ia adalah satu langkah politik murahan untuk menghalang pembayaran wang royalti yang terhak kepada negeri Kelantan seperti kehendak Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian penyerahan hak petroleum Negeri Kelantan kepada Petronas 1975.

Jelasnya lagi, pembayaran wang ihsan membelakangkan kehendak perjanjian dan peruntukan undang-undang berkaitan.

Beliau berkata, amalan seperti itu boleh menimbulkan berbagai salah guna kuasa dan penyelewengan seperti berikut:

a. Melalui amalan pembahagian wang ihsan, tidak ada siapa boleh mengesahkan berapakah jumlah sebenar wang yang patut dibayar.

Adakah jumlahnya sebegitu kecil sedangkan pengeluaran petroleum yang melibatkan perairan Kelantan adalah amat besar.

Jumlahnya bukan jutaan seperti yang diagihkan atas nama wang ihsan tetapi ribuan juta setiap tahun. Melalui pembayaran wang royalti, Kerajaan Negeri boleh menuntut angka pengeluaran sebenar dan jumlah yang terhak untuk rakyat Kelantan yang sudah tentu jauh lebih besar dari apa yang diagihkan sekarang.

Kerajaan Negeri berhak mengaudit dan mengetahui jumlahnya sebenar.Rakyat Kelantan tidak harus tertipu dengan jumlah sebenar yang layak dan terhak untuk mereka melalui amalan 'wang ihsan'.

b. Mengapa selama ini wang ihsan tidak diagihkan?

Hanya selepas Kerajaan Negeri menyuarakan tuntutan ini, Kerajaan Pusat memulakan pengagihan ini. Di mana wang yang diterima sebelum ini dibelanjakan? Siapa yang mendapat faedah darinya? Kenapa Datuk Dr. Awang Adek tidak mengambil inisiatif membahagikannya sebelum kami menuntut? Adakah ini bukan politik? Adakah ini telus?Jika Kerajaan Negeri tidak menuntut, maka wang minyak itu lesap entah ke mana sampai hari ini? Nasib baik kita menuntut, tumpah juga kuah walaupun dicebuk dari khazanah kita sendiri.

c. Siapa yang menentukan penerima adalah layak dan tanpa prejudis politik? Jika Kerajaan Pusat ikhlas, mereka boleh menyalurkan wang itu kepada Perbendaharaan Negeri seperti kehendak undang-undang dan jika Kerajaan Pusat bermatlamatkan untuk menyampaikan kepada mana-mana golongan, ia sudah tentu boleh dirundingkan dengan Kerajaan Negeri.

“Itu cara orang ikhlas.

“Kembali kita pada tajuk asal iaitu sama ada Kerajaan Pusat perlu menangguhkan pembahagian wang ihsan itu sehingga tuntutan Kerajaan Negeri ditentukan oleh Mahkamah atau tidak, saya berpendapat itulah cara yang bersopan dan menghormati proses Mahkamah,” ujarnya.

Wang yang diagihkan, katanya seperti kata PM di Parlimen, adalah dari kawasan pengeluaran petroleum Blok PM 301. Ia ikut terlibat dalam tuntutan saman oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Jika Kerajaan Negeri menang, katanya bermakna Kerajaan Pusat perlu menggantikan semula wang itu.

Justeru, tambahnya, jika Kerajaan Pusat begitu baik hati dan ingin terus membantu rakyat, gunalah wang lain dahulu sementara kes ini selesai dan gunalah sedikit sebanyak kedudukan di Kementerian Kewangan untuk jumlah sekecil itu.

Akhirnya, katanya lagi jika Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa memfailkan permohonan tahanan sementara terhadap aktiviti itu, ia hanya bermakna Kerajaan Negeri mengambil langkah menyempurnakan proses Mahkamah bagi mempastikan kedudukan sebenar isu ini dapat ditentukan.

“Insya Allah, jika Kerajaan Negeri berjaya dalam tuntutan ini, Kerajaan Negeri boleh meneruskan pembahagian wang ihsan tersebut dan mungkin jumlahnya adalah jauh lebih besar dari langkah bidan terjun dan tempias yang dilakukan sekarang.

“Sama kita doakan kejayaan tuntutan ini supaya hak yang terhak dengan jumlah yang begitu besar akhirnya dapat dinikmati secara sah dan halal oleh semua rakyat Kelantan, lambat atau bangat,” katanya.

Wednesday, September 1, 2010

Ambang Merdeka : Laungan Azan Sambut Detik 12 Malam

Pegawai tentera jadi imam malam merdeka
Wartawan Kita

KOTA BHARU, 1 Sept: Tanpa menghirau Ramadan sambutan ambang kemerdekaan di tempat lain dipenuhi persembahan aneka muzikal dan letupan bunga api, sebaliknya di Kelantan disendat dengan program keagamaan.

Bermula dengan program khatam al-Quran seramai 3,500 peserta diadakan selepas solat Asar di Qaryah Ramadan, Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV.

Kemudian majlis berbuka puasa perdana diadakan di bahagian dalam stadium yang diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ribuan hadir pada program tersebut termasuk Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias.

Selain itu Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, wakil-wakil rakyat, anggota keselamatan dan pegawai kerajaan.

Kelainan juga dapat disaksikan apabila solat Isyak dan hajat diimamkan pegawai tentera, Mejar Mohd Shukor Said dari 8 Briged Kem Pengkalan Chepa.

Situasi itu jarang berlaku sebelum ini apabila seorang pegawai tentera lengkap dengan pakaian seragam dengan pangkat tersemat di bahu menjadi imam solat.

Kemudian di tempat yang sama diadakan solat tarawih yang diimamkan Syeikh Ahmad Rejab Yassin dari Mesir. Suara nyaring bacaan ayat-ayat suci al Quran kedengaran di segenap penjuru stadium.

Suasana malam yang nyaman membolehkan orang ramai solat tarawih dengan selesa biar pun beralaskan rumput di padang stadium.

Sekali sekala angin bertiup agak deras sehingga mengangkatkan tikar tempat solat.

Situasi dalam stadium yang dipenuhi budak-budak berjubah di kalangan pelajar-pelajar sekolah tahfiz. Ramai juga lengkap dengan baju Melayu.

Manakala anggota tentera yang berpakaian seragam mengenakan kopiah turut menunaikan solat.

Program diteruskan dengan forum kemerdekaan yang bertajuk Ramadan ke Menghayati Kemerdekaan Sejati membariskan ahli panel iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, bekas pensyarah USIM, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dan bekas Adun Kuala Besut, Nik Zawawi Nik Salleh. Manakala Kamal Ashaari bertindak sebagai moderator.

Berakhir acara forum diadakan pula acara deklamasi sajak oleh pelajar Sekolah Menengah Ugama (Arab) Sulaimiah, Mohd Nor Aiman Azmi, 13.

Beliau pernah mewakili negara mendeklamasi sajak di Bangkok ketika berusia 9 tahun dalam pesta puisi Asean.

Kemudian diadakan pula pementasan pentomen oleh kumpulan dari Majlis Kebudayaan Kelantan yang bertajuk Suatu Ketika Dahulu Adalah Hari Ini.

Pentomen hampir sejam itu diarahkan Zed Zaidin, mengisahkan negara ketika di bawah penjajah sehingga mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Selepas itu tujuh anggota tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja membawa Jalur Gemilang dan diserah kepada Menteri Besar di pentas utama.

Kelainan sekali lagi dapat disaksikan apabila tepat detik 12 malam, laungan azan dikemundangkan. Tiada letupan bunyi api seperti disaksikan di tempat-tempat lain.

Kemudian diikuti nyanyian lagu Negaraku di mana semua yang hadir berdiri.

Dan pada pagi semalam tidak diadakan perbarisan memandangkan umat Islam sedang berpuasa, biar pun program itu diadakan di negeri-negeri lain.

Saturday, August 28, 2010

Salahkah Bukan Islam Masuk Masjid ?

Aku teringat cerita abu jahal tatkala berjumpa Baginda Rasul SAW (tersayang) yg baru pulang dari Isra' dan Mi'raj. Dihampiri oleh abu jahal akan Baginda dan bertanya dia akan apa2 cerita yg Rasul SAW ingin kongsikan bersama. Lalu Rasul SAW ceritakan yg Dia malam tadi di bawa ke Masjid Al Aqsa. Perjalanan yg sangat jauh dan biasanya mengambil masa sebulan tetapi ditamatkan oleh Baginda hanya separuh malam.

Bagai nak pecah dada abu jahal mendengar cerita yg amat seronok dari Baginda Rasul SAW itu . Dia yakin pengikut Baginda Rasul SAW tidak akan percaya dgn cerita pelik itu dan bagi abu jahal inilah peluang utk dia memadamkan Islam yg dibawa oleh Baginda Rasul SAW. Lalu abu jahal bersusah payah mengumpulkan penduduk Mekah utk sama2 mendengar cerita dari Baginda Rasul SAW. Tidak sedikit juga pengikut Islam yg meragui cerita perjalanan ajaib Baginda Rasul SAW itu tetapi akhirnya kembali berdiri teguh demi mendengar kata2 gagah dari Saidina Abu Bakar As Siddiq : Kalaulah berita itu dari Muhammad, lebih dari itu pun aku percaya !

Semangat abu jahal itulah yg mendorong Utusan Malaysia meletakkan cerita orang bukan islam masuk masjid sebagai tajuk utama. Mereka mainkan sensitiviti ini agar musuh mereka dibenci rakyat.Mereka hentam apa saja yg musuh mereka buat. Betul atau salah itu perkara no. 2. Mereka lupa bahawa sumber rujukan utama musuh mereka ialah Al Quran dan Hadith. Sumber rujukan yg mampu menghancurkan sumber rujukan utama mereka iaitu perlembagaan malaysia.

Aurat dijadikan alasan menghalang orang bukan Islam naik ke masjid tetapi dalam masa yg sama mereka juga menjadi juara mempertahankan ratu cantik yg pernah diharamkan oleh mufti selangor. Malah di atas muka akhbar yg sama terpampang gambar wanita yg tidak menutup aurat.

Kita juga tertanya2 sekiranya bukan Islam di halang masuk masjid, adakah pembinaan masjid hari ini 100% dibuat oleh org Islam ? Kalau buat masjid, pasang air-cond, pasang karpet, speaker dan sebagainya dibuat oleh org bukan Islam, maka apa aralnya org bukan Islam masuk utk sampai sumbangan ?

Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid:

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Keterangan/Hujah:

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza."

Saturday, August 14, 2010

Guna Dinar Emas langgar Perlembagaan Malaysia

Agak2 ada ke benda yg boleh Kelantan buat semata2 nak ikut Nabi SAW buat sedang kerajaan BN tak buat terutama dlm urusan bernegara ? Semua org tau yg Nabi SAW tidak cakap dan tidak buat kecuali semuanya mendapat petunjuk dari Allah Subhanahuataala termasuk dlm soal mata wang dinar. Kebanyakan org berduit melaburkan duit mereka dgn membeli barang2 emas. Mereka yakin dgn nilai harga emas yg tak mudah turun meski pun seluruh mata wang dunia merudum.

Sudah 20 tahun Kelantan di bawah kerajaan PAS, rasanya hampir tidak ada sehabuk pun yg mendapat sokongan Kerajaan Persekutuan. Kalau tiru senyap2 apa yg Kelantan buat tu mungkin banyak tapi nak sokong on the spot memang kepingin giler kita nak melihatnya. Apa juga yg Kelantan nak buat pasti disambut dgn hentaman oleh pemimpin BN. Betul atau tidak itu soal no. 2. Mereka berlagak lebih alim dari rakyat Kelantan yg diketahui mempunyai ratusan ribu ulamak yg tidak mudah tunduk kpd sesiapa. Apabila mereka tidak mampu menghalang maka Perlembagaan Malaysia akan menjadi talian hayat paling relevan utk. menyekat.

Apa sebenarnya yg mendorong pemimpin BN menentang usaha baik Kerajaan Kelantan ? Betulkah mereka bertindak kerana Islam ? Adakah mata wang dinar itu mata wang PAS seperti mana mereka mendakwa Hudud dahulu ? Percayalah, mereka sebenarnya tidak mahu melihat kebaikan pemerintahan Islam terserlah dan dilihat oleh pengundi Malaysia. Mereka bimbang pengaruh UMNO merosot. Mereka peduli apa Islam mereka hancur asal mereka kekal jadi menteri.

Guna dinar emas di Kelantan, BNM diminta kaji sudut perundangan

PEKAN 14 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengkaji dari sudut perundangan berhubung penggunaan mata wang dinar dan dirham yang dilancarkan oleh kerajaan Kelantan kelmarin.

Tegas Perdana Menteri, mengikut perundangan negara, hanya BNM yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini.

Sehubungan itu, kata beliau, BNM akan melihat perkara itu dari segi percanggahan undang-undang.

''Ikut undang-undang negara kita, cuma Bank Negara yang boleh keluarkan wang yang boleh diiktiraf dan sah dalam negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 221 masjid dan surau sempena Ramadan di Bangunan UMNO Pekan di sini hari ini.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan mata wang syariah dinar emas dan dirham perak yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.

Nik Abdul Aziz berkata, mata wang itu boleh digunakan di kira-kira 1,000 kedai dan restoran sebagai transaksi perniagaan.

Malah, beliau menyifatkan penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia (RM) yang tidak bertentangan dengan undang-undang dan ia dirangka mengikut peruntukan yang disediakan oleh BNM.

Berikutan itu, BNM dalam kenyataannya semalam menegaskan, hanya mata wang ringgit sah diperakukan bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini.

Mengikut kenyataan itu, di bawah undang-undang negara ini, BNM sahaja yang berhak untuk mengeluarkan mata wang di negara ini.

Sementara itu di Kota Bahru, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, hasrat kerajaan Kelantan menjadi negeri pertama mempelopori penggunaan emas serta perak yang dikenali mata wang syariah emas dinar dan perak dirham di negara ini adalah permainan politik Pas.

Selain penggunaan mata wang kertas dan syiling keluaran BNM, tindakan mengeluarkan mata wang alternatif atau gantian menyalahi perlembagaan dan peraturan negara, kata Mustapa.

Menurut beliau, Pas menganggap dinar dan dirham mata wang alternatif tetapi ia jelas telah melanggar undang-undang negara dan telah ditegaskan melalui kenyataan BNM.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, menurut BNM, ia menyalahi perlembagaan dan peraturan kerana mata wang negara ditentukan oleh Kerajaan Pusat dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri.

Katanya, kedua-dua pemimpin Pas dalam kenyataan mereka berbeza pendapat kerana pada mulanya Nik Abdul Aziz menyatakan dinar dan dirham yang diperkenalkan sebagai mata wang alternatif.

Pada perkembangan yang sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, selain mata wang yang hanya boleh dikeluarkan oleh BNM terdapat satu konsep yang dikenali sebagai legal tender (nilai sah lakunya) yang juga dihalang undang-undang negara daripada dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

"Mungkin ini yang memerangkap pemahaman kerajaan negeri apabila mengakui tindakan memperkenalkan dinar dan dirham selaras dengan peraturan BNM," katanya

Mengesan Punca Buang Bayi

Anak2 amat memerlukan perhatian dan kawalan ibubapa sepanjang tumbesaran mereka. Sebaiknya Anak2 diberikan panduan, nasihat dan tunjuk ajar setiap apa yg dilihat dan didengarinya. Masa di rumah bolehlah ibubapa tengok2an apa yg anak2 buat atau tonton kat tv tapi bila abubapa ke pejabat siapa nak jaga ? Jawabnye stesyen tv perlu dikawal supaya jgn tayang cerita lucah. Masa anak2 kat rumah bolehlah ibubapa tengok2an tapi macamana bila anak2 ke luar rumah ? Jawabnye undang2 yg jaga.

Habis macamana kalau undang2 yg tertinggi dlm negara kita adalah perlembagaan malaysia. Hebat sangat ke kepala otak barat agaknye hingga boleh menandingi undang2 Al Quran. Ada ke ilmu berkat dlm kepala orang barat. Sedang Undang2 Al Quran itu datangnya dari Khaliq yg mencipta kita. Redha kah Allah bila kita meletakkan Perlembagaan Malaysia lebih tinggi dari Undang2 Al Quran hingga apa2 hukum yg bercanggah dgn Perlembagaan Malaysia adalah dgn sendirinya terbatal termasuk Hukum Al Quran yg mahu dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan ?

Prof. Ismail Hussein kata bahawa org yg tidak taat perlembagaan Malaysia tidak layak digelar warganegara Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh. Pertambahan kadar jenayah hari ini termasuk pembunuhan bayi makin hari makin mengerikan dan ini menunjukkan Perlembagaan Malaysia adalah undang2 yg gagal. Perlembagaan Malaysia dicipta oleh manusia yg kita pun tahu bersifat lemah dan perlupa. Kembalilah kepada undang2 Al Quran yg syumul lagi berkat. Apa nak disembah lagi perlembagaan Malaysia tu kalau dah 50 tahun dilaksanakan tapi kantoi di semua sudut termasuk pendidikan dan ekonomi. Pilih antara dua samada nak taat perlembagaan Malaysia atau nak taat Al Quran. Yg pastinya tidak ada dua ketaatan dlm satu masa. Taat kepada perlembagaan Malaysia hanya boleh jika perlembagaan itu meletakkan panduan tertingginya adalah Al Quran !

Setuju Hukuman Berat Buang Bayi - Nik Aziz

KOTA BHARU, 13 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong cadangan mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah buang bayi yang semakin berleluasa di negara ini.

Bercakap sewaktu menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu hari ini, Menteri Besar Kelantan itu juga, bersetuju agar pesalah buang bayi tersebut dihukum mati jika bayi yang dibuang tersebut mati.

Menurutnya, hukuman tersebut wajar bagi memberi pengajaran kepada pelaku dan masyarakat keseluruhan agar tidak mengulangi perkara sama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan bunuh atau bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menteri Besar Kelantan itu juga seperti dilapor Bernama, berpendapat undang-undang sekarang lebih 'bersimpati' kepada penjenayah buang bayi yang menyebabkan gejala itu masih berleluasa."

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah syukur kehadhrat Allah yg masih memberi peluang kpd kita berjumpa dgn ramadhan 2010. Berapa ramai kawan2 kita yg tidak sempat menjejak kaki ke bulan yg penuh barokah ini. Mereka telah kembali ke alam barzakh. Semoga dgn nikmat ini Allah beri kekuatan kpd kita utk turut sama menyertai pesta ibadah yg dijanjikan Allah dgn pahala berlipat ganda.

Moga Allah memberi kekuatan utk kita sama2 solat fardhu berjemaah di masjid atau musollah. Moga diberi kekuatan kpd kita utk bersolat tarawih, bertahajjud, solat tasbih, solat dhuha dll. Moga Allah memberi kekuatan agar lidah kita sentiasa bertasbih mengingatiNya.

Mudah2an dgn kekuatan anugerah Allah itu akan membersihkan hati kita dan menjadikannya tempat yg subur utk iman dan taqwa. Memudahkan kita utk menerima nasihat dan berbuat kebaikan. Menjauhkan kita dari menjadi manusia yg durhaka kpd agama, bangsa dan negara.

Amin Ya Rabbal 'Aalamin

Monday, August 9, 2010

1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Bubuh bedak tebal2 kemudian disembur dgn minyak wangi banyak2. Lalu dicanang seantero dunia akulah pembela rakyat. Aku membantu menaikkan sosio ekonomi rakyat. Sedang hakikatnya kau adalah taukeh kpd rakyat. Kau berniaga dgn rakyat yg tentunya bermotifkan keuntungan. Yg kesiannya dgn rakyat marhain pun kau sampai hati buat macam ini ? Kalau ditubuh badan penyiasat bebas dan diizinkan menyiasat disemua transaksi mungkin tidak ada satu tempat pun yg bebas dari nak cari untung. Kesian rakyat yg mendambakan sedikit kesenangan terpaksa memerah tenaga hingga tahap keringat maksima. Untungnya pulak baru ciput. Tiada siapa boleh mengubah nasib kita kecuali tangan kita sendiri.

766 peneroka Serting saman Felda RM200 juta
Harakahdaily

SEREMBAN, 9 Ogos: Seramai 766 peneroka Felda Serting Negeri Sembilan memfailkan saman di Mahakamah Tinggi hari ini terhadap Felda dan menuntut gantirugi sebanyak RM200 juta.

Mereka mendakwa Felda telah menipu mereka dan menyebabkan mereka menanggung kerugian yang besar.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit".

Tuntutan saman itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban 2 pada jam 10.45 pagi tadi melalui peguam yang dilantik Sivarasa Rasiah dan Latheefa Koya.

Sivarasa dalam satu sidang media di perkarangan mahkamah memberitahu, tindakan itu diambil setelah meneliti satu kes yang sebelum ini berlaku di Felda Kemahang 3 Kelantan yang mendapati wujud penipuan terhadap kadar perahan gred (KPG) yang telah dikemukakan oleh peneroka.

"Setelah meneliti kes yang berlaku di Kelantan serta kajian yang telah dilakukan oleh peneroka terhadap KPG mendapati terdapat unsur penipuan telah berlaku pada KPG yang mana kesemua peneroka telah ditipu oleh Felda sejak dari mula mereka memasuki tanah Felda ini,” katanya.

Katanya, peneroka menghantar hasil kutipan sawit mentah mereka ke kilang kelapa sawit kepunyaan Felda di Serting dan Serting Hilir.

Tambahnya, apabila kutipan dibawa dalam lori, ianya ditimbang setelah pengasingan dibuat mengikut kualiti tandan dibuat iaitu samada ianya busuk, kosong, mengkal, panjang, kotor dura dan sebagainya.

"Berat yang ditimbang kemudiannya dibayar mengikut Kadar Perahan Gred (KPG) yang telah tertera di atas satu dokumen bernama akuan penerimaan Berat Timbang Sawit (BTS) pada setiap timbangan atas setiap lori pada setiap kali penghantaran.

“KPG yang tertera di atas akuan BTS tersebut adalah 16 peratus hingga 19 peratus. KPG ini bertukar-tukar pada setiap masa dan peneroka tidak mengetahui bagaimana peratusan KPG ini ditetapkan setiap kali penghantaran,” jelasnya lagi.

Pada 10 Februari 2010, katanya peneroka telah menghantar sampel tandan ke makmal Sime Darby Research Sdn Bhd untuk tujuan KPG dan hasil ujian menunjukkan bahawa KPG adalah 24.1 peratus manakala pada 19 julai 2010 peneroka telah menghantar sampel tandan ke makmal Felda Analytical Laboratory dan hasil ujian menunjukkan KPG adalah 25.57 peratus`.

Menurutnya, oleh kerana memandangkan bahawa hasil ujian kedua-dua makmal secara rawak dan bebas menunjukkan KPG jauh lebih tinggi iaitu di antara 24 peratus hingga 25.5 peratus berbanding dengan KPG yang tertera di atas akaun penerimaan BTS yang dikeluarkan oleh defendan kedua iaitu antara 16 peratus hingga 19 peratus, maka plaintif mendapati wujudnya penipuan (fraud) dan atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli hasil buah sawit diantara Felda bagi pihak peneroka.

Tambahnya, tindakan itu jelas wujud penipuan yang dilakukan dengan sengaja dan niat jahat, merendahkan gred sawit sehingga menyebabkan peneroka tidak mendapat hasil yang setimpal dengan usaha yang mereka lakukan.

Kesemua peneroka tersebut menamakan Felda dan anak syarikat Felda, Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan, selain itu juga Felda telah lama melakukan penyelewengan dan penipuan terhadap peneroka di kedua-dua rancangan Felda tersebut.

"Bagi saya ini adalah satu penipuan dan juga pecah amanah yang dilakukan oleh Felda, kalau mengikut ujian yang dilakukan di kedua-dua makmal tersebut peneroka sepatutnya menerima hasil perahan minyak sebanyak 24 peratus hingga 25 peratus tetapi sikap Felda yang tidak jujur mereka hanya menbayar peneroka atas 16 peratus hingga 19 peratus sahaja.

"Kita hari ini bercakap kerugian yang bernilai jutaan ringgit bukannya yang bernilai RM1, kita mempunyai dokumen yang membuktikan segala dakwaan itu benar dan tepat,” ujarnya.

Menurutnya lagi, berdasarkan kiraan yang dibuat sebulan peneroka mengalami kerugian RM20 ribu, dalam tempoh 15 tahun 766 orang peneroka Felda di Serting mengalami kerugian RM229.8 juta, sebanyak itulah yang telah dikaut oleh Felda dari peneroka tanpa ada belas kasihan.

Saturday, July 17, 2010

Jadikan PRU13 Sebagai Musim Menuai

Sudah lebih 50 tahun negara kita merdeka dan selama itu juga rakyat menyumbang pelbagai cukai kepada kerajaan. Namun senarionya menampakkan duit kerajaan semakin pokai. Harga barang keperluan harian semakin naik.Objektif cukai yg dikutip tidak kepada kesenangan rakyat. Sedikit ruang bernafas yg ada tidak bermakna lagi setelah kehidupan semakin dihimpit oleh nilai harga barang dan kos pengurusan keperluan harian yg tak henti naik. Seolah2nya sumbangan rakyat kpd kerajaan melalui cukai sekadar cukai kepala utk menumpang berpijak di tanah air sendiri. Duit cukai itu utk tempolok kerajaan sahaja dan mengeluarkan belanja utk rakyat sudah menjadi suatu yg amat membebankan.

Berfikir sesaat lebih baik dari beribadat seribu tahun. Itu saranan agama kita yg tercinta. Dan itulah saranan daripada Allah yg menjadikan kita. Ayuh kita munafaatkan saranan itu dan mari kita berfikir sekejap dan kita tanya diri kita tentang tujuan kita memangkah calon semasa pilihanraya. Bolehkah kita memangkah sembrono sedang siksanya sudah kita rasai. Kita mengharap pahala dari Allah sekiranya siksa yg kita tanggung ini berdasarkan perjuangan kita menegakkan Islam. Tapi kita nak harap apa kalau kesusahan ini datangnya dari dasar memilih pemimpin yg kita buat secara sembrono. Ini baru siksa dunia. Bagaimana pula kita hendak berhadapan dgn siksa di akhirat...wal'iyazubillah.

Hapus cukai 5 tahun jika Pakatan jadi kerajaan
Dzulfikar Mashoor

KUALA KRAI, 17 Julai: Pakatan Rakyat sedia mencari jalan untuk memansuhkan cukai selama lima tahun sekiranya rakyat sedia memberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Demikian tawaran AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar) semalam pada suatu majlis Pakatan Rakyat negeri di sini.

"Kalau Pakatan Rakyat dapat ambil alih (kerajaan) Pusat lepas PRU13, cukai pendapatan akan dimansuhkan sepenggal atau sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan tak perlu bayar sepenggal," ujar beliau.

Menurut beliau, kepemimpinan Pakatan Rakyat mempunyai formula tersendiri untuk urus tadbir kewangan negara secara adil, dinamik dan tidak membebankan rakyat.

Disebabkan itu, beliau menganggap langkah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri menaikkan harga barangan asasi rakyat sebagai tindakan yang tidak bijak serta tidak menguntungkan rakyat.

Katanya lagi, kerajaan sepatutnya mengutamakan keperluan rakyat dengan menangguhkan beberapa projek mega yang nyata menguntungkan pihak tertentu semata-mata.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut menganggap pentadbiran Najib bertindak menipu rakyat kerana tidak terlebih dahulu membawa cadangan menaikkan harga minyak RON95, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) ke Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tambahnya, indakan Najib yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan kenaikan harga beberapa barangan tersebut sejurus selesai sidang Dewan Rakyat seolah-olah tidak mengiktiraf kedudukan Dewan Rakyat dalam sistem demokrasi negara.

Impak dari kenaikan harga beberapa komoditi tersebut, katanya lagi, meninggalkan kesan berantai seperti inflasi yang nyata cukup menghimpit kehidupan kaum nelayan, petani, peniaga hatta pengguna sendiri.

Turut hadir mengisi pentas bantahan adalah Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman (Adun Mengkebang), Bendahari PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai) serta Tony Phua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara).

Masih Lagi Tentang Kepentingan Memilih Pemimpin Bertaqwa

Siapa tak kenal Dr. Asri. Seorang yg hebat dlm agama. Baru2 ini beliau menarik diri dari rombongan ulamak muda menyertai UMNO. Kenapa ? Tentu ada something wrong kepada dasar dan prinsip perjuangan parti itu yg tidak cocok dgn Islam.

Sebelum ini telah berbondong2 penceramah negara menyertai PAS. Diantaranya termasuklah Dr. Harun Din, Ust. Ismail Kamus, Almarhum Ustaz Hj Ishak Baharum, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan lain2.

Lalu marilah kita muhasabah siapa diri kita yg masih setia bersama UMNO. Sesungguhnya manusia itu akan dibangunkan semula di akhirat nanti bersama2 pemimpin mereka. Relakah tuan2 menjadikan PM Najib ketua kita di Yaumul Mahsyar nanti ? Tepuk dada tanyalah iman...

Dr Asri: Aduhai subsidi dirampas...

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan kekesalannya terhadap kenaikan harga "5-dalam-1" bagi tujuan penjimatan subsidi sedangkan pada masa yang sama terdapat pelbagai pembaziran.

"...di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas," katanya.

"Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibu bapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.

"Mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah."

Tengah malam kelmarin, kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG). Langkah tiba-tiba itu ternyata mengundang kemarahan banyak pihak, terutamanya pembangkang.

Menulis dalam blognya semalam, Dr Mohd Asri menempelak "golongan bangsawan dan pembesar yang bersenang-lenang dengan kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat".

Sedangkan, menurut artikel berjudul 'Menangisi kenaikan harga barang' itu lagi, orang miskin kini menangis ekoran harga makanan yang semakin tinggi.

Friday, July 16, 2010

Rayuan Di Puncak Genting : Pilihlah Pemimpin Yg Taqwa

Tidak ada satu pun barang yg kita beli di Malaysia ini terkecuali dari kena cukai. Dari gula2 yg nilainya 5 sen hingga rumah harga berjuta, semuanya bercukai. Maknanya duit rakyat tak henti2 mengalir ke poket kerajaan melalui cukai. Baik rakyat yang kaya berair atau pun yg miskin papa kedana, cukai tetap kena. Tidur atau jaga kita adalah di atas cukai. Bila berjalan, setiap pusingan tayar kereta kita adalah bercukai. Bila berjalan jauh sedikit, cukai tol pulak menunggu. Duit masuk ke poket kerajaan seperti gelombang tsunami bercampur dgn air empangan tasik kenyir yg pecah. Kantung kerajaan sentiasa pecah dek banyaknya " hujan ribut tsunami duit " yg masuk.

Dgn kemewahan yg membuak2 itu, rakyat tak jemu2 menunggu kalau2 ada rasa prihatin kerajaan utk. meringankan keperitan yg ada. Sepatutnya rakyat sudah boleh diberi pendikan percuma. Sepatutnya rakyat sudah boleh diberi rawatan hospital percuma dan sepatutnya rakyat sudah boleh diberi cukai jalan percuma.

Dlm penantian rakyat yg penuh dgn harapan itu, akhirnya keluar pemimpin 1malaysia mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan 4 lagi barangan lain. Sudah jatuh ditimpa tangga lalu terkena taik ayam candu ! Begitulah nasib kita. Persoalannya sampai bila kita harus begini ? Adakah nak tunggu sampai negara bankrap ? Tidak ada siapa yg boleh merobah hidup kita melainkan kita sendiri. Berpandukan petunjuk Al Quran, marilah kita mencari pemimpin yg taqwa. Amat merbahaya jika kita melantik pemimpin dari kalangan org yg gila dunia. Gilakan kekayaan diri, keluarga dan kroni. Lalu pilihlah pemimpin yg bercita2 mendaulatkan Islam di bumi Malaysia. Allahu Akbar !

Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'
Jul 16, 10 4:50pm
Kongsi 2759
Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.

Monday, July 12, 2010

Sesiapa Mengkafirkan Org Beriman Maka Sesungguhnya Dia Menjadi Kafir

Islam mengajar kita bahawa sesiapa yg mengkafirkan org beriman maka kekafiran itu jatuh pada dirinya sendiri. Islam juga mengajar kita bahawa sesiapa yg tidak mengkafirkan org kafir maka dia juga jatuh kafir.

Shafie Apdal melabelkan PAS sebuah parti sesat (kafir) sedang dasar perjuangan PAS ialah Al Quran, Hadith, Ijma' Ulamak dan Qias. Utk. bersangka baik kita label saja Shafie Apdal itu sebagai orang yg jahil. Tapi ingat bahawa org yg mengekalkan kejahilannya kerana tidak mahu belajar dipanggil jahil murakab dan tempat yg disediakan utk mereka juga adalah neraka jahannam. Nasibnya di akhirat lebih kurang sama seperti org kafir !


Sesat: Presiden PAS ajak ulama Umno muzakarah
Nazri Abdullah

BANGI, 12 Julai: PAS mengajak biro agama dan mufti Umno bermuzakarah bagi menentukan perjuangan parti mana antara keduanya yang sewajarnya dilabel sebagai sesat.

"Dalam PAS ada Majlis Syura, ada Dewan Ulamak, dan dalam Umno ada biro agama dan ada mufti yang dilantik kerajaan, mari kita muzakarah untuk tentukan siapa yang sesat," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau ditemui pada majlis makan malam bagi mengutip dana RM1.7 juta bangunan PAS Kawasan Putrajaya di Dewan Sri Cempaka, Kompleks PKNS di sini malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendakwa PAS sebagai parti ajaran sesat sewaktu berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya, Johor minggu lalu.

Menurut Tuan Guru lagi, yang menentukan sama ada sesebuah parti itu sesat atau tidak bukannya Umno, tetapi dasar dan prinsip parti tersebut.

"Yang menentukan sesat atau tidak, ini Al-Quran dan Hadis, kembali kepada Al-Quran dan Hadis. Kita sentiasa terbuka untuk muzakarah," ujarnya lagi.

Hadir sama pada majlis malam tadi, Yang Dipertua PAS Putrajaya, Mohamad Nazir Zakaria dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.

Dalam pada itu, sewaktu berucap pada majlis tersebut, Tuan Guru berkata PAS perlu menyelamatkan rakyat di negara dari ajaran perkauman Umno dengan menyeru mereka kembali kepada ajaran Islam.

Pemimpin Umno, katanya telah menjadikan Islam di negara ini mengikut arahan mereka dan bukannya mereka yang mengikut ajaran Islam.

"Jika Islam ditegakkan Melayu akan selamat dan jika Melayu ditegakkan, Melayu tak selamat, Islam pun tak selamat.

"Orang bukan Islam pula jangan takut, Islam tidak memaksa mereka," katanya.

Menyentuh isu kerjasama PAS dengan bukan Islam khususnya DAP yang sering dimainkan Umno beliau menjelaskan, hubungan tersebut berbentuk kerjasama politik yang tidak menggadai prinsip Islam dan berbeza dengan hubungan Umno dengan komponen BN.

"Kerjasama Umno dengan MCA, MIC, Gerakan adalah secara wala’ (semua parti komponen kena patuh kepada Umno), menggadai konsep dan menggadai Islam.

"Kita bekerjasama dengan DAP secara tahaluf (kerjasama atas perkara yang sependapat) dan tidak gadai perinsip dan konsep kita," jelasnya.

Tuesday, July 6, 2010

Belajar Undang2 Malaysia

- bala dan rpk dedah siapa pembunuh altantuya - bala dan rpk sedang diburu polis dan terpaksa lari ke london utk selamatkan diri dari isa.
- sepul dedah diliwat - pemeriksaan doktor sahkan tidak ada apa2 yg berlaku - perbicaraan sedang diteruskan.
- anwar dedah rasuah rm500 juta pembelian kapal selam - senyap.
- adun lapor penyelewengan jualan pasir sungai kerajaan selangor - siasatan sedang dijalankan dan dicanang saban hari di akhbar2 tempatan.
- suara keadilan dedah felda hadapi bankrap - tindakan saman terhadap akhbar sedang diambil

- menteri di jabatan perdana menteri dedah malaysia hadapi bankrap menjelang 2019 - senyap.
- org awam buat aduan parti politik lindungi rpk - tindakan segera sedang diambil oleh pihak polis.
- kes hilang injin, kes beng hock, kes rasuah pemimpin umno....senyap.

Bala, Raja Petra ada ‘kunci peti rahsia' kabinet Najib?
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Penyiasat peribadi, Balasubramaniam kemungkinan mempunyai 'anak kunci peti rahsia' kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ada sesuatu disembunyikan dari kita, seolah-olah Bala ini pegang ‘kunci peti rahsia’ tak kiralah kes Altantuya atau rahsia aktiviti isteri orang nombor satu negara," jelas beliau petang tadi di lobi Parlimen.

Sekiranya tidak, beliau berkata, takkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan niat menghantar tiga pegawai penyiasat (IO) ke London untuk bertemu Bala.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoal keengganan SPRM itu kononnya atas nasihat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patai.

"Tengah malam pun, SPRM sanggup buat rayuan di mahkamah supaya mereka boleh siasat, takkan dalam isu Bala ini, mereka ikut Peguam Negara dengan serah soalan pada peguam Bala saja," jelas beliau.

Beliau turut meminta pihak berwajib menyiasat 40 peratus pendedahan pemilik sesawang Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) seperti yang diakui oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Kenapa tak siasat kebenaran dalam tulisan RPK ini sedangkan Mukhriz sendiri mengaku bahawa 40 peratus adalah benar," beliau menambah.

Disebabkan itu, beliau sekali lagi menyuarakan rasa hairan dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis memburu 'Raja Blogger' terbabit semata-mata.

"Pergi siasat dulu siapa bunuh Altantuyaa, siapa jual kedaulatan negara pada Singapura dan Brunei, siapa bunuh Teoh Beng Hock kerana RPK dedah itu semua," tegas beliau.

Melihat tindakan kerajaan dalam menghadapi pendedahan RPK itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa 'Raja Blogger' itu mungkin mempunyai 'kunci pendua' peti rahsia yang melibatkan salah laku pemimpin tertinggi tertentu dalam kerajaan.

"Kalau tidak ada kunci peti rahsia seperti Bala pun, dia mungkin pernah lihat (peti rahsia) atau mungkin ada kunci pendua yang sangat ditakuti oleh kabinet Perdana Menteri kita," jelasnya lagi.

Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya turut menyiasat beberapa pendedahan Bala dan RPK berhubung pemimpin tertentu.

Saturday, July 3, 2010

Ajar seks ibarat ajar pencuri mencuri

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

"Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.

"Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.

Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai "zina" dan bukan "seks bebas" seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.

"Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud," katanya.

Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut.