| Oleh Haru Biru 1 Meninggalkan wangian (yang boleh menggoda) jika dia keluar rumah. 2 Berjalan di sisi jalan (bukan di tgh jalan untuk mencari perhatian). 3 Hati-hati dengan menutupi diri jika dia memasuki rumah seseorang yang didalamnya banyak lelaki. 4 Hendaknya dia keluar dengan menutup aurat. 5 Wajib baginya untuk menghiasi diri dengan adab sopan santun. 6 Wajib bagi dirinya untuk menghiasi dirinya dengan perasaan malu. 7 Wajib baginya utk tidak bercampur baur dengan para lelaki, dan jangan sampai dia berhias dan bertingkahlaku sbgmana perilaku orang jahiliyah terdahulu. 8 Dan jika dia terpaksa harus bicara dgn seorang lelaki atau untuk meminta sesuatu, misalnya, maka wajib baginya untuk tidak merendahkan (mendesahkan) suaranya dengan mendayu-dayu.
|
Saturday, April 30, 2011
Adab Sopan Wanita Keluar Rumah
Friday, April 29, 2011
Ujian / fitnah dari anak dan isteri
Seorang lelaki yang mendapat tauliah menangkap kes khalwat mendapat aduan dari seorang kanak kanak kecil yang mengatakan ibunya bersama dengan lelaki lain di dalam rumah mereka.Bapa mereka bekerja jauh dan mereka tinggal 5 beradik.Setelah di serbu dan di tangkap pada awal pagi,memang pasangan itu bukan suami isteri.Setelah si suami sebenar perempuan itu di maklumkan tiada tindakan lanjut di buat.Isteri tidak di ceraikan memandangkan si suami kasihankan akan anak anak mereka dan lebih mementingkan masa depan mereka.
Ulasan UH : Bahawa suami yang dayus tidak akan masuk syurga.
Kisah ujian/fitnah seorang anak.
Seorang anak yang tinggal bersama sama ibunya di dapati berzina berdekatan dengan rumah mereka sedang ibunya khusyuk menonton televisyen.
UH memberi sedikit contoh bagaimana keperihatinan Nabi Nuh dan Luqman ul-Hakim menasihati anak anak mereka.Nasihat Nabi Nuh kepada anak Baginda dengan kalimah tauhid- Laailahaillallah.Begitu juga nasihat Luqman ul-Hakim kepada anak nya supaya tidak mensyirikkan Allah SWT.
(kisah di bawah ini contoh yang yang amat terkesan pada diri saya..)
UH memberi perbandingan sedikit dalam aktiviti seharian kita.Atuk,nenek,ayah,ibu dan anak anak boleh duduk bersama menonton TV sesuatu rancangan.Jika sesuatu rancangan itu memaparkan kisah sedih,atuk,nenek,ayah,ibu dan anak anak turut sama sama bersedih malah ada yang turut menangis.
Tetapi orang yang sama tadi,atuk,nenek,ayah,ibu dan anak anak tidak mampu duduk bersama mendengar bacaan hadith Rasulullah SAW.Jauh sekali untuk mengambil iktibar dari bacaan hadith tersebut.
Bagaimana di kisahkan juga oleh UH tentang kerisauan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail.Walaupun sudah berkhawin,Nabi Ibrahim tetap menziarahi anak dan menantunya sambil sambil menasihati mereka.Rasanya semua sudah sedia maklum tentang kisah 2 orang Nabi tersebut.Bagaimana kisah Nabi Ibrahim berpesan kepada menantunya supaya bila Nabi Ismail balik nanti di suruhnya menukar alang pintu mereka sebagai kiasan perangai menantunya yang tidak di senangi oleh Nabi Ibrahim.Juga bagaimana kisah apabila Nabi Ibrahim menziarahi Nabi Ismail selepas kejadian itu dan berpesan kepada menantunya yang baru,supaya bila Nabi Ismail balik nanti di suruhnya mengekalkan alang pintu rumah mereka sebagai kiasan perangai menantunya yang di senangi oleh Nabi Ibrahim.
Lihatlah keperihatinan seorang bapa terhadap anaknya walaupun mereka sudah berumahtangga.Bagaimana agaknya keadaan pasangan suami isteri zaman sekarang sekiranya mendapat teguran dari keluarga atau keluarga mertua mereka.Adakah mereka menerimanya seperti Nabi Ismail atau sebaliknya.Masing masing di luar sana ada jawapan mereka sendiri.
UH juga menerangkan ujian juga boleh datang dari jiran tetangga kita.
Ujian juga boleh datang dari harta benda kita.
Sedikit pesanan UH tentang tips supaya kita dapat melepasi ujian ujian di atas :
1. Banyak bersolat,sedekah,mengajak keluarga,anak anak dan juga jiran kepada jalan yang benar (amal makruf nahil munkar)
2. Banyakkan membaca Al Quran,solat sunat danmembaca hadith di dalam rumah.Kerana kesan ibadah tersebut akan meresap secara langsung kepada anak dan isteri.Isteri akan tunduk kepada suami yang taat perintah Allah SWT.
3. Sentiasa berdoa : “ Ya Allah jauhkan lah dari ujian yang aku tidak mampu menanggungnya”
Kuliah di tangguhkan sejurus sahaja masuk waktu Isya’ di sebabkan UH mempunyai urusan lain selepas itu.
Ketika menjamu selera selapas solat,saya berjumpa semula dengan pakcik yang bertanyakan arah jalan kepada saya yang saya kisahkan sebelum ini.Sempat saya tanyakan serba sedikit tentang beliau.Pakcik itu datang dari Paroi dan mendapat maklumat tentang kuliah UH dari sahabatnya yang di takdirkan tidak dapat hadir pada malam itu.Supaya saya mendapat kekuatan untuk menadah ilmu dari pelbagai sumber seperti semangat pakcik itu juga.Amin.
Posted by WAK
Wednesday, April 20, 2011
Tukar Pemimpin Bila Langgar Syariat Allah Bukan Kerana Kalah
Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.
Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS.
Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya. Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.
Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya.
Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi. Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS.
Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar? Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.
Sekian, wassalam.
YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Darul Naim.
Bertarikh : 20 April 2011 M / 17 Jamadil Awal 1432 H
8 penyebab anda lupa
Antara fasiq dengan kufur mana pilihan anda?
Dalam Islam perbuatan mencaci maki, mencerca dan menghina orang Islam yang lain adalah perbuatan keji yang pada sisi Allah dikira fasiq. Walaupun Islam melarang perbuatan itu namun perbuatan itu amat sukar dihapuskan. Persoalaannya mengapa susah sangat umat Islam meninggalkan tabiat buruk itu?Bagi menjawab persoalan ini elok kita halusi sabda Rasulullah s.a.w.
Tuesday, April 12, 2011
Nama isteri dan anak Rasulullah SAW
| Reactions: |

Isteri-isteri Rasulullah SAW :
Khadijah binti Khuwailid r.a.
Saudah binti Zum'ah r.a.
Aisyah binti Abu Bakar r.a.
Hafsah binti Omar Al-Khattab r.a.
Zainab bin Jahsyin r.a.
Zainab binti Khuzaimah r.a.
Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) r.a.
Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian) r.a.
Juwairiyah binti Al-Harith r.a.
Maimunah binti Al-Harith
Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a.
Mariyah Al-Qibtiyah
Hanya seorang sahaja isteri Rasulullah SAW yang gadis ketika berkahwin dengan baginda iaitu Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq.
Manakala yang lainnya adalah janda atau balu yang kematian suami.
Anak-anak Rasulullah SAW dengan Khadijah :
Al-Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummu Kalthum
Fatimah
Anak Rasulullah SAW dengan Mariyah Al-Qibtiyah :
Ibrahim
Dipetik dari buku soal jawab berkaitan Rasullulah SAW oleh Hj Ahmad bin Haji Awang.
Menghayati Kehebatan Rasulullah SAW
| Reactions: |
Kewajipan Mentakzim Rasulullah SAWKata al-Qadhi ‘Iyadh dalam kitabnya al-Syifa bi Ta‘rif Huquq al-Mustafa (j. 2, h. 35-36): Ketahuilah bahawa kehormatan Nabi SAW sesudah wafatnya serta memulia dan mengagungkannya adalah lazim (wajib), sebagaimana hal keadaan pada masa hidupnya. Dan yang demikian itu adalah ketika menyebut baginda SAW, menyebut hadith dan sunnahnya, mendengar nama dan sirahnya, bermuamalah dengan ahli keluarganya serta memuliakan Ahlul Bait dan para sahabatnya.
Kata Abu Ibrahim al-Tujibi: Wajib atas setiap mukmin apabila menyebut baginda SAW atau disebut nama baginda SAW di sisinya hendaklah ia tunduk, khusyuk, hormat dan diam dari bergerak serta merasakan kehebatan baginda SAW dan kehormatannya, sebagaimana dirinya akan berasa begitu sekiranya dia sendiri berada di hadapan baginda SAW, serta beradab sebagaimana yang telah diajarkan oleh Allah Taala kepada kita.
Kata al-Qadhi ‘Iyadh lagi: Beginilah akhlak para salafussoleh dan imam-imam kita dahulu (رضي الله عنهم).
Akhlak Para Salaf Terhadap Rasulullah SAW
Imam Malik RA pernah bertemu Ayyub al-Sakhtiyani, seorang perawi hadith yang masyhur, katanya: “Apabila disebutkan Nabi SAW, beliau akan menangis sehingga aku berasa kasihan terhadapnya”.
Kata Mus‘ab bin ‘Abdullah: Imam Malik apabila menyebut Nabi SAW akan berubah warna rupanya dan menundukkan kepala sehingga menyukarkan hal tersebut kepada orang-orang yang duduk bersamanya. Lalu pada suatu hari beliau ditanya mengenai hal berkenaan, maka jawab beliau:
“Sekiranya kamu sekalian melihat apa yang aku lihat, nescaya kamu sekalian tidak akan hairan kepadaku terhadap apa yang kamu lihat.
Aku pernah melihat Muhammad bin al-Munkadir, dan beliau adalah penghulu para qurra’, hampir-hampir tidak pernah kami bertanya kepadanya mengenai sesuatu hadith pun melainkan beliau akan menangis sehingga kami berasa kasihan terhadapnya.
Aku pernah melihat Ja‘far bin Muhammad - al-Sadiq -, dan beliau seorang yang banyak bergurau dan tersenyum, namun apabila disebut di sisinya Nabi SAW, rupa beliau akan berubah menjadi kekuningan (kerana pucat), dan tidak pernah aku melihatnya meriwayatkan hadith dari Rasulullah SAW melainkan dalam keadaan suci.
Pernah ‘Abdul Rahman bin al-Qasim menyebut Nabi SAW, lalu kami lihat kepada warna rupanya seolah-olah telah keluar darah daripadanya (kerana pucat lesi), dan lidahnya menjadi kering dan kelu di dalam mulutnya kerana merasakan kehebatan Rasulullah SAW.
Aku juga pernah datang kepada ‘Amir bin ‘Abdullah bin al-Zubair, apabila disebut di sisinya Rasulullah SAW beliau akan menangis sehingga tidak tinggal lagi air mata di matanya.
Aku pernah melihat al-Zuhri, dan beliau adalah orang yang paling ramah dan mesra, namun apabila disebut di sisinya Nabi SAW, maka dia seolah-olah tidak mengenali kamu dan kamu tidak mengenalinya.
Aku juga pernah datang kepada Safwan bin Sulaim, dan beliau adalah dari kalangan ahli ibadah, namun apabila beliau menyebut Nabi SAW, beliau akan menangis dan terus-terusan menangis sehingga orang-orang akan bangun dan meninggalkannya”.
Sumber: http://sawanih.blogspot.com/2010/02/menghayati-kehebatan-rasulullah-saw.html
*
Friday, April 8, 2011
Mufti Nasihat Siasat Dahulu Berita Si Fasik
| Agama & Cara Hidup |
“Nasihat saya, dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu,” kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.
“Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti.”
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Juanda berpendapat isu melibatkan keaiban peribadi tidak boleh dijadikan modal politik, apatah lagi jika perkara berkaitan seks yang amat memalukan.
“(Kalau betul pun), kita tak tahu, mungkin dia sudah bertaubat. Kenapa perlu dedahkan perkara itu? Siapa tak ada aib di masa lalu?” soal Dr Juanda lagi.
Katanya, rakaman video sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong oleh empat saksi yang adil kerana kesalahan zina amat berat dan hukuman yang dijatuhkan hendaklah bebas daripada sebarang prasangka.
“Kalau ada (hanya) tiga orang saksi yang melihat perkara itu, lebih elok mereka tutup mulut sahaja daripada mendedahkannya. Kesan tindakan itu melibatkan banyak pihak, termasuk anggota keluarga yang terlibat,” katanya.
Semalam, ulama terkenal Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, para mufti wajar menyatakan pendirian berhubung isu “politik selak kain” susulan tayangan video kontroversi minggu lalu./MK
Thursday, April 7, 2011
Siasat pembunuhan Altantuya dulu - Anwar
karikatur dari korea
Joseph Sipalan
Apr 7, 11
7:10pm
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengketepikan cadangan sesetengah pihak khususnya BN dan perdana menteri yang mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan pembabitan dalam sebuah video seks.
Katanya, tindakan itu hanya membazirkan masa.
"Kalau nak ada, adakan la. Tetapi sebelum itu, adakan juga RCI (Suruhanjaya Diraja) menyiasat mengenai Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes Kastam,” katanya dalam satu wawancara tergesa-gesa sebelum bergegas ke mesyuarat lain di Shah Alam hari ini.
Anwar merujuk beberapa kes termasuk pembunuhan ngeri model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang telah menimbulkan pelbagai persoalan yang turut didakwa berkaitan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Tidak jelas ketika Anwar merujuk kes Port Dickson, ia adalah kaitan dengan sebuah kes khalwat pada sekitar 1990an yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan Umno yang kini memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.
Kes Kastam pula merjuk kematian penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mati ketika dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), semalam.
Kematian Sarbani adalah kedua membabitkan SPRM. Kes pertama melibatkan pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock yang jatuh dari tingkat 14 pejabat suruhanjaya itu di Shah Alam pada 2009.
Monday, April 4, 2011
Video Seks : Peluang Mengkaji Semula Sokongan Anda
Apa ada dgn video seks anwar ? Sebenarnya dari video seks itu kita boleh menilai berita yg ditonyoh dek akhbar utama negara utk rakyatnya. Suara siapa yg diwakili akhbar itu dan dari siapa sumber beritanya. Adakah muka2 yg mencanang berita itu org yg baik akhlaknya ? Adakah pembawa berita itu bebas dari zina ? Semua etika itu tidak dipedulikan kerana suara mereka tidak mewakili kerajaan Islam. Sedang org yg pernah terlibat dgn zina bukan sahaja kata2nya tak boleh dipercayai bahkan utk jadi wali nikah anak sendiri pun mereka tidak layak.
Mungkin mahkamah pernah membebaskan "pemberita" yg terlibat dari kes zina namun perjalanannya amat meragukan.
Nik Nazmi: Mengapa saya kata itu bukan Anwar
| Nik Nazmi Nik Ahmad |
| Sewaktu ‘Dato’ T’ mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di Carcosa Seri Negara dan saya tegaskan bahawa video tersebut palsu, tukang sorak-tukang sorak Umno bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya. (Gambar: Apakah ini badan Anwar? Mereka yang rapat dengannya tahu ini bukannya Anwar) Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar. Enam persoalan asas masih belum terjawab: (Gambar kiri: Apakah ini perut Anwar Ibrahim?) 3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak? (Gambar: Siapa lelaki yang sedang memasang video ini?) Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita. Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela. NIK NAZMI NIK AHMAD |
Sunday, March 27, 2011
Guna Kuasa Tidak Luluskan Permit Ceramah Anwar : Hanya Itu Yg PM Najib Mampu Buat
S Pathmawathy
Mac 26, 11
3:24am
Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis dan kekecohan berlaku semasa ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak malam tadi.
PKR itu daripada berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan.
Anwar ketika itu sedang berucap di majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, kebanyakannya penyokong PKR.
Hadirin tidak puashati dengan arahan supaya Anwar berhenti berucap, dan keadaan menjadi kecoh. Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan.
Pada satu ketika, apabila anggota polis menghampiri pentas, para penyokong mula berkumpul di situ dan enggan memberi laluan.Anggota Unit simpanan persekutuan (FRU) kemudiannya terpaksa
menggunakan perisai untuk menolak mereka yang menutup laluan.
Bagaimanapun, Anwar dan timbalannya Azmin Ali, yang juga ahli parlimen Gombak, dibawa beredar dari pentas, tetapi orang ramai yang kelihatan marah tetap berkumpul di situ.
Terpaksa berundur
Anggota polis akhirnya terpaksa berundur apabila hadirin menjadi agresif.Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin berkata tiga orang yang ditahan ialah Maslan Abdul Raus dan Helmi Rizal manakala seorang lagi yang belum dikenali, dan masing-masing dibawa ke balai polis Hulu Kelang dan ibupejabat polis Ampang.
Anwar, yang menghadiri satu lagi majlis makan malam PKR di Kuala Selangor, tiba 30 minit sebelum kekecohan itu berlaku.
Para hadirin berdiri menyambut ketibaan beliau kerana mereka mahu mendengar penjelasannya ekoran pendedahan terbaru video seks yang dikaitan dengannya.
Pada ucapannya itu, Anwar mengingatkan perdana menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor supaya tidak menggunakan taktik kotor tetapi lawan secara bermaruah di gelanggang pilihan raya.
"Dia guna media, kecam kita dari pagi sampai petang sampai malam, Kita nak jawab, tak boleh, konon tidak ada permit. Saya tak salahkan OCPD, dia ikut arahan saja.
“Saya salahkan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak dan isteri dia Rosmah Mansor yang takut berdepan dengan kita," kata Anwar.
Tunggu pilihan raya
"Saya mahu beritahu Najib supaya tunggu pilihan raya nanti. Jangan takbur," tambah Anwar kepada laungan takbir dan reformasi oleh penyokong Pakatan.Anwar berkata pihak polis dan Najib malah seluruh rakyat tahu siapa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, pengerusi Risda dan bekas Ketua Menteri Melaka yang mengaku mendalangi penayangan video lucah fitnah untuk mengaibkannya di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu.
Rahim terpalit dengan tuduhan merogol seorang pelajar sekolah dan dakwaan terbabit dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebelum meletak jawatan sebagai ketua menteri Melaka pada tahun 1994.
"Sekarang ini video seks pula. Saya nak tanya, polis tak tahu ke siapa Rahim Thamby Chik? Tak tahu ke kes dia dulu di Melaka? Orang ini nak jadi dewa, saya pulak kena jadi penjenayah," katanya."Saya salahkan Najib dan Rosmah kerana tidak berhadapan dengan saya. Orang rasuah dan penjenayah diangkat. Kita mahu sistem yang demokratik. Mereka mahu alih pandangan kita.
“Kita bukan bodoh. Sebab apa dia (Datuk T) tidak tangkap, sebab dia pencacai Umno," kata Anwar dengan marah.
Ketua pembangkang itu bagaimanapun terpaksa meringkaskan ucapannya itu kerana campurtangan polis untuk menyuraikan majlis ceramah berkenaan.
"Apa jenis pemimpin ini. Saya hendak tanya Rosmah, tanya Najib, kamu ada anak, kamu ada bini, kamu ada keluarga, boleh orang aibkan keluarga kamu begitu rupa. Manusia jenis apa macam ini?" tanya Anwar dengan nada kesal.
Saturday, March 26, 2011
Video Seks : Sanggup Masuk Neraka Gara2 Gila Kuasa
Tak tau undang2 mana yg mereka pakai hingga polis buat tak tau bila mereka boleh simpan video lucah dan boleh tayang kpd org ramai. Hampir semua media cetak menjadikannya tajuk utama dan ditulis besar2 di muka depan seolah2 sudah sabit kesalahan. Betul2 memalukan Malaysia di mata dunia. Bak kata TGNA ; “Kita orang Melayu sudahlah duit tak ada, ilmu tak ada, moral pula hancur. Mana lagi bahagian yang bangsa lain boleh tertarik dengan kita?"
Eskay didakwa kata 'buat sampai Anwar jatuh'
Mac 26, 11
10:14pm
Mohamad Mahti Abdul Rahim, 63, berkata pada 8 Mac, Eskay memberitahunya bahawa beliau menyalahkan Anwar terhadap saman RM20 juta ringgit yang didengar di mahkamah berhubung komisyen projek 'jambatan bengkok'.
NONE“Saya telefon dia (Eskay) pada 11 Mac. Dia marah-marah (mengatakan) Datuk Seri Anwar tak guna, Datuk Seri Anwar dah curi duit kita, saya akan buat dia sampai jatuh. Saya nak balik pi (pergi) Siam, nak kumpulkan bukti-bukti nak jatuhkan Datuk Seri Anwar,” kata Mahti seorang bekas pegawai polis yang pernah rapat dengan Eskay.
Eskay adalah bekas Konsul Thailand di Malaysia dan dilaporkan mempunyai jaringan kenalan yang luas di negara jiran itu.
Pada 21 Mac lalu, Eskay menayangkan sebuah video seks lucah yang didakwa seorang ahli politik kanan mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di Kuala Lumpur.
Panggilan telefon
Selain Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim juga mengaku bertanggungjawab di atas penayangan video lucah itu.
Mahti berkata selepas mendedahkan pada sidang akhbarnya semalam bahawa Eskay sakit hati dengan Anwar Ibrahim yang dikatakan enggan membalas 'jasanya', beliau dihubungi Shuib.
Katanya, panggilan telefon diterima petang semalam dan Shuib menwarkan untuk berjumpa dengannya bagi menerangkan apa yang berlaku.
Namun, pertemuan itu tidak menjadi kenyataan.
"Saya percaya Shuib (anggota ketiga kumpulan Datuk T) dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri) Rahim Thamby Chik tidak terlibat dan mungkin dipengaruhi dia (Eskay).
azlan“Ni semua jadi mangsa, Datuk Shuib dan Tan Sri Rahim Thamby Chik,” katanya pada sidang media kedua di ladang ternakan kambingnya di Kundang, Selangor, hari ini.
“Saya percaya Najib tak tahu menahu pasal benda ni. Tak ada konspirasi kerja dia seorang. Dia mungkin mempengaruh orang. Dia ada kepentingan. Dulu dia boleh masuk dengan (Tun Dr) Mahathir (Mohamad), sekarang mungkin nak tackle (Datuk Seri) Najib (Abdul Razak).
Pada sidang media semalam, Mahti seorang anggota polis yang kemudian menjadi pengawal peribadi kepada Megat Junid berkata Eskay sakit hati kerana Anwar enggan menjadi saksi dalam kes saman sivil yang membabitkan projek 'jambatan bengkok'.
Tambahnya hari ini, pertemuannya dengan Eskay dengan tiga rakan yang lain berlangsung di Starbucks, Midvalley Mall, Kuala Lumpur pada 19 Januari lalu di mana dia terdengar Eskay membuat ugutan.
azlan"Saya tanya bicara nanti siapa jadi saksi? (kes saman ke atas Merong Mahawangsa dan pengarahnya, Datuk Yahya A Jalil berhubung kontrak 'jambatan bengkok') Si Kitol (Mahti melabel Eskay, sebagai SK yang ditakrifnya Si Kitol) kata Anwar.
“Saya tanya betul ke Anwar nak mai (mari), dia kata dia mesti mai kalau tak saya akan buat sampai dia jatuh. Lapan telinga dengar,” katanya.
Thursday, March 24, 2011
Liwat & Video Seks : Menu Utama Era Pemerintahan UMNO
Mac 24, 11
6:03pm
Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman hari ini.
Turut diserahkan kepada polis ialah seutas jam tangan, kata Rahim kepada pemberita selepas keluar daripada ibu pejabat berkenaan pada kira-kira jam 9.40 malam ini.
Katanya, beliau juga telah memberi keterangan berhubung video seks berkenaan dalam siasatan selama hampir lima jam itu.
Rahim turut mengulangi tuntutannya supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.
p { margin-bottom: 0.08in; }
"Jika ada suruhanjaya diraja dan kerajaan bersetuju (menubuhkannya), mungkin penyiasatan lebih rapi akan diadakan bagi memuaskan hati semua pihak bagi mencari kebenaran," katanya lagi.
Tambahnya, video berkenaan boleh disiasat secara forensik bagi menentukan sama ada ia merupakan rakaman palsu ataupun telah diubahsuai.
"Kita boleh memanggil mana-mana pakar yang hebat, waima daripada pakar Amerika Syarikat (atau) FBI, untuk menentukan ketulenan video ini," katanya.
Katanya lagi, pakar forensik juga akan dapat memeriksa jam tangan yang diserahkannya itu.
"Walaupun ada pihak tidak mengaku tapi tentu pakar forensik akan melihat jam itu sebagai bukti penting.
"Kadang-kadang daki kita di (jam tangan) pun boleh jadi bukti DNA," katanya lagi.
Beliau juga berharap penjelasannya dalam siasatan itu akan membantu polis menjalankan siasatan.
"Apa yang penting, rakyat Malaysia akan tahu kebenaran sebenar, siapakah aktor di dalam video seks ini," katanya kepada wartawan.
Anwar paksa letak jawatan
p { margin-bottom: 0.08in; }Sementara itu, Rahim sekali lagi mendakwa bahawa bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyalahgunakan kuasa dengan memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai ketua menteri Melaka.Rahim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar yang menafikan pembabitannya dalam peletakan jawatannya.
"Saya telah bertanya kepada Tun Mahathir (Mohamad) sendiri, beliau menafikan dan tidak pernah memberi arahan (supaya beliau meletak jawatan).
"Tetapi ini adalah salahguna kuasa timbalan perdana menteri pada waktu itu untuk memaksa saya meletak jawatan," katanya.
Turut dipanggil memberi keterangan berhubung video seks tersebut ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Difahamkan, siasatan ke atas Shazryl itu selesai pada kira-kira jam 10 malam.
Semalam, Rahim, Eskay dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, mengakui mereka adalah 'Datuk T' yang di sebalik tayangan video seks tersebut.
Shuib, bagaimanapun dipercayai di luar negeri dan dijadualkan diambil kenyataannya esok.
Sebelum ini, pegawai khas Rahim - Ghazali Zainal berkata bekas ketua pemuda Umno itu bersedia memberikan kenyataan kepada polis jika diminta berbuat demikian.
Katanya, Rahim enggan mengulas lanjut berhubung video berkenaan selepas pertemuan dengan media, petang semalam.
Ketiga-tiga individu itu yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Datuk T', telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.
Wednesday, March 23, 2011
Strategi BN Hadapi PRU13 : Ambil 90,000 Pekerja Asing Utk Undi BN
| Aziz Muda |
| KUALA LUMPUR, 23 Mac: Tindakan para pemimpin Umno BN itu, menurut beliau, amat keterlaluan kerana untuk mengekalkan kuasa mereka sanggup melakukan apa sahaja terasuk penipuan dan mengabaikan kepentingan rakyat di tanah air sediri. "Terbaru, mereka juga sanggup membuat dan menayangkan video lucah kepada golongan tertentu yang mengaitkannya pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antara bahaya fitnah, katanya, ia akan menyebabkan seseorang itu terkena dosa khazah, merrosakkan diri sendiri, masyarakat dan negara. "Orang yang membuat dan menyebarkan fitnah juga perlu sedar, jika hari ini dia membuat fitnah kepada seseorang, suatu hari nanti fitnah yang dibuatnya itu akan turut menimpa dirinya sendiri pula," tegasnya. Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar berfikir lebih jauh dengan permainan politik kotor para pemimpin Umno BN dan tidak lagi memberikan kepercayaan kepada mereka untuk memerintah negara dalam PRU Ke-13 akan datang. Selain itu, katanya Umno atau BN difahamkan telah meluluskan kemasukan 90,000 pekerja asing ke negara ini yang akan berperanan sebagai pengundi bagi pihak parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Selain PRU, mereka juga didakwa akan turut dipergunakan oleh Umno BN dalam siri pilihan raya kecil dari semasa ke semasa untuk menghadapi Pakatan Rakyat bagii membolehkan mereka menempa kejayaan. Ketika mendedahkan perkara itu berkata, daripada angka itu, 45,000 orang didatangkan dari India manakala selebihnya dari negara-negara lain termasuk Myanmar. Menurut beliau, pekerja dari Myanmar kini kebanyakannya tinggal di Langkawi dan bekerja sebagai nelayan sehingga menyebabkan nelayan-nelayan tempatan di Langkawi mengalami kerumitan untuk menangkap ikan akibat persaingan daripada mereka. Kata, keadan itu terjadi kerana mereka sendiri yang lebih berkuasa dalam aktiviti menangkap ikan berbanding nerlayan tempatan kerana dibantu dan disokong sepenuhnya oleh para pemimpin Umno. "Peliknya pula mereka juga sanggup membawa masuk pekerja dari India sedangkan orang-orang India yang dah ada di negara kita sendiri banyak yang tak ada kerja. "Selain itu, mereka sanggup membantu pekerja-pekerja India dari India dalam segala segi sedangkan orang-orang India yang ada di negara kita sendiri banyak yang tak ada rumah," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini. |
Tuesday, March 22, 2011
Video Seks : Satu Lagi Dosa Syubahat Sumbangan UMNO Utk. Pengikutnya
| Hazayani Zakaria |
| KUALA LUMPUR, 22 Mac: Pakatan Rakyat tidak menolak pendedahan video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang semalam merupakan konspirasi jahat pihak tertentu untuk kepentingan politik. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ianya memandangkan video itu ditimbulkan pada hari yang sama dengan pembubaran Dun Sarawak. "Rakaman (video seks) timbul pada hari yang sama dengan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan menunjukkan ada kepentingan politik tertentu. "Pakatan Rakyat menggesa rakyat bersatu untuk menolak taktik kotor ini dan menentang usaha pihak tertentu yang menggunakan video lucah untuk menjatuhkan lawan," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang, bangunan Parlimen hari ini. Beliau juga berharap rakyat khususnya umat Islam tidak cepat percaya dengan fitnah sedemikian. Menganggap rakaman video itu sebagai drama, bahan rakaman seperti yang ditunjukkan kepada media tertentu itu tidak boleh dijadikan bukti untuk mendakwa seseorang. "Dalam Islam ditekan jika menerima sebarang berita, hendaklah diselidiki dahulu berita itu. "Sekadar rakaman video tidak boleh dijadikan bahan bukti. Kena hadirkan empat orang saksi, siapa jurukameranya. "Di mana video itu ditayangkan? Di hotel. Jadi itu hanya drama," katanya. Sementara itu, Anwar ketika menjawab pertanyaan wartawan samaada beliau akan bersumpah bahawa beliau bukan individu dalam video itu atau tidak,beliau berkata hanya mahkamah yang berhak menentukannya. "Soal sumpah itu,mahkamah yang tentukan," jawabnya. Turut bersama pada sidang media itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, Ketua AMK dan beberapa pimpinan lain. |
Sunday, March 20, 2011
Ahmad Jusof: Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Nabi
Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.
Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.
- Bernama
Kes liwat tuduhan palsu konspirator jahat
| Pehal plak makcik2 ni sibuk nak mintak DNA Anwar ? Kesian...mereka dijadikan mangsa oleh pemimpin. Entah2 apa bende DNA itu pun mereka tak tau... Mohd Rashidi Hasan |
| |
| SEJAK dari awal pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah konspirasi jahat Umno-Barisan Nasional semata-mata. Umno-BN hanya mahu membunuh karektor peribadi Anwar, memalukan beliau dan menganiaya beliau dengan suatu pertuduhan yang jahat dan zalim. Apabila kes liwat ke-2 berlaku, wujud tanggapan pihak-pihak tertentu yang menunjukkan keraguan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Mereka menerima kes liwat pada tahun 1998, tetapi ada antara mereka yang meragui Anwar selepas didakwa oleh Saiful yang menampilkan diri sebagai ikhlas, suci, dahi hitam dan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta. Namun selepas perbicaraan berlangsung, semua konspirasi dan kedangkalan Umno-BN terbongkar, kejahatan Saiful mula terlondeh satu persatu. Media talibarut Umno-BN menyembunyikan fakta sebenar. Menyembunyikan apa yang berlaku di mahkamah. Menutup segala ruang yang mendedahkan kejahatan pemimpin Umno dan hanya melaporkan laporan berat sebelah. Anwar digambarkan sebagai pelaku seks songsang yang ganas. Didedah kononnya berlaku seks oral, penetrasi liwat melalui punggung dan sebagainya. Anwar dan keluarga dimalukan dalam episod jahat yang memualkan, gara-gara kerakusan kuasa pemimpin Umno-BN. Kejahatan mereka untuk menyembunyikan fakta akhir gagal ditutup dengan keterangan di mahkamah. Beberapa fakta besar yang dibongkar di mahkamah mendedahkan semua kedangkalan Umno-BN. Pertama, menerusi keterangan pegawai penyiasat polis, Superitendan Jude Blacious Pereira jelas membuktikan pembabitan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Najib dan Rosmah seringkali menafikan pembabitan mereka, kononnya pertuduhan liwat hanyalah antarta masalah bekas kakitangan dan majikan. Kerajaan dan Umno-BN tidak ada kena mengena kata Najib. Okay, itu dakwaan Najib, jika mereka berdua tidak ada kena mengena, mengapa pihak polis mengambil keterangan dari keduanya? Supt Jude cuba mengelak untuk menyebut nama Najib dan Rosmah, tetapi selepas ditekan peguam Karpal Singh, beliau memperakui menyoal siasat Rosmah dan Najib dalam kes liwat. Hari ini rakyat mahu tahu mengapa Najib dan Rosmah menemui Saiful pada 24 Jun 2008, manakala kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun? Kemudian Saiful membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor pada 28 Jun 2008. Apa kaitan kedua mereka dalam kes ini dan apakah keduanya menjadi perancang utama untuk memerangkap Anwar? Najib dan Rosmah harus disapina ke mahkamah untuk digrill peguam Karpal. Fakta kedua lebih mengejutkan. Dibongkar di mahkamah, terdapat sepuluh sampel profail DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) yang berbeza pada rektum Saiful. Wujud persoalan, jika Saiful seorang pendakwa yang genuine, apakah penjelasan yang harus beliau berikan dengan penemuan banyak spesimen DNA yang berbeza dalam usus beliau? Yang media talibarut Umno-BN hebohkan adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan Anwar. Namun segala spesimen yang didakwa milik male Y, yang diperolehi dari tuala Good Morning dan berus gigi ditolak oleh mahkamah. Apa pula jawapan Umno-BN terhadap wujudnya spesimen male (lelaki)lain yang ditanda X, Z dan sebagainya? Ia milik siapa? Persoalan yang ditanya hari ini adalah, apakah Saiful seorang yang bersih atau dia memang kaki b****t? Masalah besar yang dihadapi Umno-BN dalam kes ini antaranya adalah, apabila Saiful mendakwa membuat pemeriksaan doktor pada 28 Jun, bermakna pada waktu itulah duburnya diperiksa dan spesimen DNA yang didakwa milik Anwar diambil. Iaitu pada 28 Jun. Tetapi mengapa sampel DNA yang dikatakan milik Anwar, disimpan dalam almari (tidak di dalam peti sejuk), oleh Superitendan Polis, Jude Blacious Prereira, ditanda pada 26 Jun 2008? Bagaimana spesimen itu boleh wujud dua hari lebih awal? Isu yang ketiga adalah isu proforma atau laporan doktor setebal 18 muka surat, yang didakwa di dalamnya terdapat laporan mengenai dakwaan liwat. Sebelum proforma doktor ini dikemukakan di mahkamah, Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar, tetapi dalam proforma yang ditulis oleh doktor tercatat di dalamnya perkataan attempt sodomy (percubaan meliwat). Jelas di sini, dakwaan Saiful bercanggah dengan laporan perubatan doktor. Perkara lain yang menimbulkan keraguan kepada proforma tersebut adalah tiga tulisan tangan yang berbeza. Bermakna ada kemungkinan ada tiga doktor yang menulis laporan perubatan tersebut. Namun peguam Karpal berjaya membongkar salahlaku pihak terbabit di mahkamah, apabila dua orang doktor mengakui tulisan tangan mereka (dalam laporan proforma) hanya meliputi dua atau tiga muka surat sahaja. Maka sekali lagi dipersoalkan, siapakah yang mengisi berbelas-belas laporan proforma doktor yang ditulis secara tulisan tangan? Apabila dipadankan tulisan tangan dan laporan di mahkamah, maka sekali lagi dikejutkan bahawa orang yang mengisi laporan proforma terbabit adalah Supt Jude. Apa punya gila sistem negara kita? Mengapa polis boleh mengambil alih tugas doktor untuk menulis laporan perubatan? Semua keterangan ini hanya menunjukkan bahawa usaha Umno-BN untuk memerangkap Anwar, diadakan secara tergesa-gesa dan kelam kabut. Sebab itu mereka menekan hakim supaya menafikan access peguam Anwar kepada segala dokumen pertuduhan terhadap beliau. Butiran dan segala keterangan yang mendakwa Anwar disembunyikan. Sekali lagi dipersoalkan, jika pertuduhan terhadap Anwar sahih pada Umno-BN, kenapa hendak takut berikan dokumen pertuduhan terhadap beliau? Anwar kena tuduh, beliau berhak mengetahui butiran pertuduhan. Hanya 'pondan Siam' sahaja yang 'baling batu sembunyi tangan'. Banyak lagi aspek-aspek teknikal yang boleh dipertikaikan. Semuanya merumuskan bahawa hujah pihak Umno-BN untuk mendakwa Anwar sebagai seorang peliwat sudah tumpul dan dimatikan. Sebaliknya, yang terbongkar hanyalah konspirasi jahat Umno-BN untuk menganiaya Anwar. Sekali lagi rakyat akan menyaksikan Anwar dizalimi oleh Umno-BN dan PM Najib nampaknya seolah-olah mahu mengikuti jejak Dr Mahathir Mohamad. Hakikatnya tuduhan terhadap Anwar hanyalah palsu. Tidak ada kes. Ia harus ditarik balik dan dibakul sampahkan. Apa yang dilakukan Umno-BN terhadap Anwar hanyalah menambah kebencian rakyat dan keinginan rakyat meluap-luap untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib seberapa segera. |
Thursday, March 17, 2011
Semakin Jauh Dari Allah Semakin Dekat Dengan Bala
Kita tidak rasa apa2 bila berpakaian ketat dan tidak menepati Islam. Kita tidak rasa apa2 bila jarang menjengah masjid. Kita tidak rasa apa2 bila parti yg kita pangkah bersekongkol menyiarkan program2 maksiat di kaca TV. Kita tidak rasa apa2 bila pemerintah tidak serius menangani kes2 bunuh, buang bayi dan murtad. Dan kemuncaknya kita tidak rasa apa2 bila parti yg kita pangkah mengatakan Undang2 Islam sudah tidak sesuai lagi zaman ini.
Jenayah rompak, rogol dan bunuh berlaku setiap saat. Tanpa Rahmat dari Allah, buatlah sekeras mana sekali pun undang2 pasti akan gagal selagi tidak kembali kpd Undang2 Al Quran.
Warta 365
Untungnya rakyat Terengganu yang berpemimpinkan UMNO-BN. Berbahagialahlah agaknya orang yang berMBkan Datuk Ahmad Said.
Tentu orang UMNO sujud syukur kerana UMNO memerintah Terengganu. Mereka berjaya menyingkirkan kepimpinan ulama.
Golongan yang dikatakan menyeleweng agama. Mat Said dok ceramah ke pelusuk Terengganu kini bahawa Pas Parti ajaran sesat.
Pas dianggap sesat kerana mengharamkan premis judi daripada mendapat lessen dari Majlis Perbandarana dan daerah daripada beroperasi meskipun mereka mempunyai lessen yang diluluskan oleh kementerian Kewangan UMNO. Pas dikatakan sesat kerana meluluskan undang-undang tubuh Terengganu dengan berlandaskan al-Quran, Sunnah, Ijma' & Qias. Pas dikatakan sesat kerana meluluskan rang enakmen hudud, Qisas & Ta'zir???
Kini rakyat Terengganu bergembira dengan UMNO yang berjuang Islam. Membawa masuk kembali hiburan Jom Heboh tanpa sekatan. Dan yang terbaru kenyataan Exco Terengganu bahawa Judi telah dihalalkan?
Tentu sujud syukur pengundi UMNO Terengganu. Mereka baru boleh berjudi sebagaimana negeri-negeri dibawah pemerintahan UMNO yang lain. Taklah ditegah macam negeri Kelantan. Ketiadaan premis judi menyebabkan kurangnya keuntungan Vinsent Tan dan Ananda Krisnan. Tiadanya sumbangan untuk pilihanraya UMNO nanti.
Mana dia Exco agama Terengganu? Mana dia penasihat agama MB Mat Said, cikgu matematik yang jadi ustaz, Kamal Saidin hulubaya UMNO-BN? Bergembiralah Tok-tok Imam & Bilal di Terengganu… itu tanda dan mukaddimah bahawa kedai judi akan mula beroperasi kembali di Terengganu. Tahniah UMNO-BN. Tahniah Rakyat Terengganu, sebagai tanda syukur selepas letih bersalawat, berarak sempena maulud nabi baru-baru ni.. Judi dihalalkan? berbahgialah mereka bersama UMNO?
Pemimpin yang durhaka kepada Rabbnya (Tuhannya) dan bertindak zalim kepada rakyatnya menjadi sebab dihancurannya suatu negeri. Allah Ta'ala berfirman ;
وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya." (QS. Al-Isra': 16)
LIPUTAN GAMBAR TSUNAMI DI JEPUN :
