Salbiah, Muhammad Syabil dan Muhammad Syahmi
Salbiah dan Muhammad Syahir
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT
Alhamdulillah dapat jugak aku luangkan masa utk create blog ini. Sibuk memanjang mengalahkan org berjawatan mentoghi ponoh ( menteri penuh ). Hari ini hari ahad 29 November 2009 bersamaan 12 Zulhijjah. Makno eh hari nie adalah hari tasyriq. Hari2 yg disunatkan bertakbir. Raya Haji baru dua hari berlalu. Tengah2 menaip ni pun dihiasi dengan takbir yg berkumandang kek TV.
Dah lama nak buat blog tapi habih takat "nak" je. Hari ni kuatkan semangat, bulatkan tekad dan eden bersila rapat2 depan komputer. Baru mula lebih kurang 15 minit, mak andeh panggil dari dapur ajak minum. Break kejap !
Ok kita sambung balik...
"Bang....tlong tutupkan api nasik !"

Ya ALLAH , baru nak duduk ! ye leh....
....psst, mcamana nak mula ucapan aku ni ?
....psst, mcamana nak mula ucapan aku ni ?
Perut rasa memulas bila disuruh berucap....
Emmm...aaa...nama saya Mohd Hadzir bin Manap. Asal dari Serting Tengah, Bahau, Negeri Sembilan. Lahir 18 Jan 1962 dan masa ni umur saya 47 tahun. Sudah mempunyai seorang isteri, nama Salbiah bte Ismail. Isteri asal orang Bukit Senggir, Segamat. Lahir 8 Jun 1964. Alhamdulillah d kurniakan 3 org anak; yg sulung Muhammad Syahir, lahir 27 Nov 1989. nombor dua Muhammad Syahmi, lahir 8 Ogos 1993 dan yg bongsu Muhammad Syabil, lahir 2 Disember 1998. Cita2 saya ialah untuk menjadi seorang yg baik dan diredhai Allah. Sekian terima kasih.
Itulah mukaddimah ucapan aku dan senang hati sbb ucapan pembukaan tadi berjalan tanpa gagap2. Strait forward je . Tak sempat gesa nak buang air meledak, ucapan dah tamat !
Mudah2 an dari ucapan pembukaan itu akan mencambahkan idea2 bernas untuk aku meneruskan kesinambungan blog ini. ke mana hendak ku bawa keluarga ku di dlm mengharungi dunia yg penuh dengan halangan dan rintangan. Apa panduan nya ? Adakah main redah saja tanpa ada landasan yg kukuh ? Harapan juga semoga rakan dan jiran dapat membantu membetulkan andainya aku tersasar.
Sekian dulu buat masa ini. Moga sudi dilihat oleh rakan dan jiran. Khususnya keluarga dan anak2. Dipersudikan masuk samada untuk berkawan atau berlawan. Tapi sebagai org Islam, apa jua hujah mestilah berpandukan Al Quran dan Al Hadith.
Firman Allah ; Haatu burhaanakum inkuntum soodiqin
( sila bawa hujah kamu sekiranya kamu orang yang benar )
Wassalam