Saturday, January 23, 2010

Perjalanan Balik Dari KB

Gambar terkini - Abang Din, Kak Zah, Wani dan Farah. Syahmi jadi
Camera man
. Ketiadaan Zakwan turut kami rasai.

21 Jan 2010
(khamis)

dapat call dr sal brtahu dia d benarkan kluar wad. masa tu aku keje macam biasa. jm3.30 ptg aku mohon kluar utk ke gemencheh ambil angah. nak bawak angah skali ke kb. syahir tengah praktikal d pasir gudang. tak dapat bawak dia sbb dia hanya boleh kluar petang esok (jumaat). kalau tunggu dia lambat sangat! so plan nak pegi brtiga sahaja. slepas ambik angah d asrama trus balik dan sampai rumah lebih kurang jm6. syabil dah ada d rumah kerana balik skolah naik dgn ina.

kami terus brsiap2 packing baju. mlm ini syabil ada tuisyen sains kat rumah cikgu jasmir d tmn pelangi. bag pakaian perlu masuk kreta lebih awal. jam 7.20 mlm kami kluar utk solat maghrib d surau temenggong. lepas tu terus ke tmn pelangi. sementara tunggu syabil kluar tuisyen jam 10, aku dan syahmi ke masjid kg jawa. kat situ masjidnya besar dan slesa kalau nak iktikaf. slepas isya' kami pegi ngeteh di kedai sepet. pkena rojak. share spinggan brdua sbb dah plan nak makan dgn syabil kat muadzam. lebih kurang jm 9.30 kami ke tmn plangi . 5 minit nak pkul 10 syabil kluar dari rumah cikgu jasmir dan kami brtiga terus brtolak ke kb.

jam 11 tepat sampai di muadzam. kami temankan syabil ke surau utk solat isya'. lepas solat pkena nasik goreng spt yg dirancang. aku tak oder makanan sbb xde gesa. minum radix susu sahaja. prjalanan ke kb d sambung lebih kurang 11.40.

lebih kurang jam 1 tgh malam kenderaan kami melalui ladang kelapa sawit ke muktafi billah. syahmi dan syabil sudah diulit mimpi. sambil melayan mata yg mulai kuyu, aku menukar kaki kiri utk menekan padle minyak dan kaki kanan bersila di kusyen pemandu. lagu2 nasyid sami yusuf beralun syahdu. kabus mulai menebal dan penglihatan amat terbatas. tiba2 dari celah2 kabus trsebut aku trnampak bebayang anak lembu diekori ibunya brlari menyeberang jalan. Allahu Akbar ! tak dapat nak gambarkn betapa kalutnya aku masa tu. nak tukar kaki pastu nak break emergency ! kreta brhenti lebih kurang 4 - 5 kaki shj dari ibu lembu. syahmi dan syabil trbangun serentak. lepas tu jantung aku berdebar kencang sepanjang jalan !

rasa mengantuk hilang slepas insiden itu tapi datang pulak rasa lapar. tak boleh tidak mesti nak pkena. jam 2.30 am kami sampai di bukit besi dan Alhamdulillah, masih ada warung yg buka. aku turun sorang. syahmi dan syabil meneruskn tidur dlm kreta. jam 3.30 am aku naik kreta smula slepas pkena nasik goreng dan kopi o. aku duduk skejap. namun entah bila masa aku trtidur dan sedar2 jam sudah pukul 5.15 pagi. Aku terus menyambung prjalanan sambil memerhati masjid utk brhenti solat subuh.

22 jan 2010
(jumaat)

Alhamdulillah dapat subuh berjamaah. pagi ini pagi jumaat so surah yg biasa d baca ialah as sajdah dan al insan. surah tu panjang sikit pastu imam yg baca tu plak baca dgn perlahan. " lama giler " kata syabil.

kami tak brhenti sarapan sbb tak sabar nak jumpa sal. lepas solat subuh terus ke husm dan sampai lebih kurang jam 10.00 am. slesai urusan discharge terus brsarapan kat meja bawah pokok belakang aini's marketing. tempat biasa.

slepas brbincang, kami ambil kputusan utk menyewa di seroja inn, wakaf che yeh. mujur masih ada kosong dan kami terus check in lebih kurang 12 tghari. petang dan malam hari ini kami habiskn dgn brsiar2 d wakaf che yeh shj. makan pulut santan durian...sdap jgak !

23 jan 2010
(sabtu)

lepas srapan sambung shopping kat kedai skitar wakaf che yeh. brbelanja sakan sal maklumlah dah 3 minggu tak tengok kedai ! slesai shopping terus ke rumah kak zah. seronok jumpa smula antara kami anak beranak. abang din balik sekitar jam 1 tghari. sembang sampai jam 3 dan terus brtolak balik segamat. mengantuk spanjang prjalanan. banyak brhenti dan jam 3 baru sampai.

Alhamdulillah !