Sunday, August 17, 2014

Banyak Pendukung Kudeta Militer Mesir Mati Ditimpa Penyakit Aneh

Mursi our President - AP photo
Sebuah fenomena aneh terjadi di Mesir, baru-baru ini. Sejumlah pendukung kudeta militer atas Presiden Mursi secara beruntun meninggal tiba-tiba dalam beberapa hari terakhir. Mayoritas berasal dari kalangan wartawan dan presenter televisi. Sebelumnya kondisi mereka masih segar bugar, lalu ditimpa penyakit yang tak diketahui dan kemudian meninggal tak lama setelah itu. Demikian dilaporkan oleh Zulfi Akmal dan diberitakan Piyungan Online.

Salah satu pendukung kudeta militer yang meninggal tiba-tiba adalah Mustafa Husein. Ahli pembuat karikatur yang sangat membenci Presiden Mursi itu meninggal Sabtu (16/8/2014). Semasa hidupnya, ia gencar menghina Presiden Mursi dengan membuat karikatur pelecehan. Saat Jenderal Abdel Fatah As Sisi mengkudeta Presiden Mursi, Husein menerbitkan karikatur pujian kepada pimpinan militer yang bertanggungjawab atas pembantaian ribuan warga Mesir di lapangan Rabiah Adawiyah itu. [AM/bersamadakwah]

Friday, August 15, 2014

KENALI BRIGADE AL-QASSAM

Sejarah kelahiran Al-Qassam
Kriteria Anggota Hammas; Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah ( Hamas ) dideklarasikan secara rasmi sekitar bulan Disember 1987 iaitu saat kemuncak permulaan Intifadhah Palestin yang pertama. Namun begitu, idea penubuhannya dikatakan telah muncul sejak pasca perang 1973 lagi kerana Hamas adalah lanjutan dari Ikhwanul Muslimin Mesir yang telah menyumbangkan ribuan para mujahid mereka bagi menghadapi kemaraan penjajah Yahudi yang masuk merampas tanah Palestin pada tahun 1948. Maka Ikhwan menubuhkan cawangan barunya di Palestin dan lahirlah Hamas dari situ.

Qaid Hamas yang pertama sejak 1987 adalah As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang akhirnya gugur sebagai syahid tanggal 22 Mac 2004 setelah beberapa kali beliau mendekam dipenjara dan beberapa kali cubaan bunuh dilakukan ke atasnya. Jawatan Qa’id Hamas berikutnya digantikan oleh As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi. Namun, beliau hanya sempat berkhidmat sebagai qa’id kurang dari sebulan sahaja kerana dibedil oleh helicopter Apache Israel tanggal 18 April 2004. Akhirnya, Hamas kini mengambil pendekatan tidak menzahirkan lagi siapa qa’id mereka yang sebenar sekarang dan hanya menonjolkan beberapa pimpinan tertentu sahaja seperti Biro Politik Hamas, Sheikh Khalid Mish’al, Abu Marzouq , Sami Abu Zuhri dan lain-lain.

Dalam perjuangan seharian, Hamas menghadapi dua ancaman besar iaitu serangan bersenjata Israel dan perlawanan serta pengkhianatan dari parti kebangsaan dan secular Palestin iaitu FATAH pimpinan Mahmud Abbas. FATAH adalah lanjutan dari Palestin Liberation Organization (PLO) pimpinan Yaser Arafat. Pergerakan Fatah dilndungi sepenuhnya oleh Israel dan Amerika sendiri. Bahkan kerajaan-kerajaan Arab dan pemimpin-pemimpin Negara umat Islam lainnya, sering menghentam Hamas seolah-olah gerakan inilah punca ketidakdamaian yang berlaku. Bantuan-bantuan yang disampaikan oleh Negara-negara umat Islam sering disalurkan kepada Fatah dan tidak akan sampai ketangan Hamas.

Bagi menghadapi situasi ancaman dua musuh ini, Hamas mengambil sikap menghadapi Israel melalui serangan bersenjata dan menghadapi Fatah dengan cara melibatkan diri sebagai parti politik untuk menguasai kerajaan Palestin yang dipegang oleh Fatah. Membunuh anggota Fatah yang memusuhi Hamas adalah sesuatu yang tidak bijak yang hanya akan menambah musuh baru sahaja. Inilah kehebatan pandangan para pimpinan Hamas menghadapi suasana politik di Negara mereka saat ini.

Kriteria Keahlian Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam

Menjadi anggota Hamas samada penyokong atau pendokong, sesiapa sahaja rakyat Palestin dibenarkan kerana ianya terbuka kepada umum sebagai ciri-ciri sebuah gerakan Islam yang tidak menghadkan keahlian atau keanggotan kepada kelompok tertentu sahaja. Namun, untuk menjadi anggota sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade Al-Qassam tidak semudah itu kerana ianya memerlukan jiwa-jiwa yang kental dan siap memikul senjata menghadapi Israel.
Selain dari seorang Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan kewaspadaan ( sir & hazar ) dan berdisiplin tinggi, pimpinan Hamas meletakkan beberapa criteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut sebagai anggota Al-Qassam. Antaranya adalah seperti berikut :

1) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.
2) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjama’ah di masjid.
3) Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.
4) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.
5) Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’.
6) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi ).
7) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.
8) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan akis bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin.
9) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.
10) Melazimi zikir harian.
11) Melazimi olahraga atau beriadhah.
12) Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.
 http://blog-hangit.blogspot.com

Sunday, August 3, 2014

Raja + Kerajaan + Pengundi Pasti Akan Diperhitungkan Terhadap Setiap Penyelewengan Duit Rakyat

10 Gambar Koleksi Kereta Mewah Sultan Johor

10 Gambar Koleksi Kereta Mewah Sultan Johor | Pada tahun yang lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berjaya membida nombor Plat W1N dengan harga paling mahal RM 748,000.00 dan diletakkan pada Proton Suprima S. Di sebalik ‘keghairahan’ Sultan Johor membida nombor-nombor istimewa itu, pastinya baginda memiliki koleksi kereta-kereta mewah yang menarik. Di bawah adalah antara kereta kepunyaan baginda antaranya Bentley, Hummer, dan Bugatti Veyron merupakan kereta paling laju di dunia setakat ini (pengiktirafan daripada Guinness Of World Record). Jom tengok kereta-kereta mahal di bawah:










Sumber
 

Thursday, June 19, 2014

GEMPAR! - NEGARA PERTAMA DI DUNIA HARAMKAN ISLAM, MULA RUNTUHKAN MASJID-MASJID! (4 GAMBAR)

OH! TERBAIK -Terkini, masjid-masjid di negara ANGOLA mula di robohkan setelah negara tersebut menjadi negara pertama di dunia yang memutuskan bagi melarang komuniti Muslim di negara tersebut dan perkembangan agama Islam. Kerajaan mereka kini sedang giat mengambil langkah menghancurkan masjid-masjid di negara berkenaan.




Jose Edurado dos Santos iaitu Presiden Angola dipetik sebagai berkata, kini tiba masanya pengaruh Islam berakhir di negaranya.



Sementara itu Menteri Kebudayaan Angola iaitu Rosa Cruz de Silva ,  berkata , tindakan itu diperlukan bagi membanteras ibadah yang ‘bertentangan’ dengan budaya penduduk di negara itu.

” Masjid akan ditutup sampai pemberitahuan lebih lanjut , ” katanya.



DALAM perkembangan lain, Ikatan Muslimin Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Angola yang mengharamkan Islam, menutup masjid-masjid dan merobohkan sebahagiannya.

“Tindakan mereka sangat melampau dan tidak masuk akal. Tindakan mereka ini langsung tidak bertamadun bahkan amat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia yang sering mereka laungkan selama ini,” kata tegas Naib Presiden I ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

Jelasnya, dalam konteks ini kerajaan Angola tidak boleh mengklasifikasikan  Islam sebaris dengan ratusan agama-agama palsu ciptaan masyarakat di Angola yang juga telah diharamkan.

“Sedangkan Islam adalah salah satu dari agama besar di dunia dan telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sedemikian rupa.

“Jika hendak dibandingkan dengan agama-agama besar dunia lain seperti Kristian, Yahudi, Hindu dan Buddha, Islam dilihat lebih sempurna ajarannya,” kata Ustaz Fauzi.

Mengulas lebih lanjut katanya, dakwaan bahawa Islam hanyalah ritual pemujaan dan pendatang yang melakukan jenayah pemalsuan dan pembersihan wang haram rata-rata adalah orang Islam adalah tuduhan yang sangat tidak berasas.

Bahkan mengaitkan orang Islam Angola dengan anggota al-Qaedah juga tidak pernah dibuktikan oleh pihak kerajaan.

Jelas Ustaz Fauzi, tindakan kerajaan Angola itu dilihat sebenarnya hanyalah kesinambungan dari siri-siri kebencian kerajaan Kristian itu terhadap perkembangan dakwah Islam yang sedang meningkat naik di negara itu

Justeru, beliau meminta seluruh umat Islam di Malaysia mengambil iktibar daripada pendirian kerajaan Angola tersebut dan berusaha untuk memahami tabiat sebenar pertembungan di antara Islam dan musuh Islam.

“Umat Islam perlu mempertahankan Islam di mana jua mereka berada. Doa kita kepada umat Islam di Angola agar tidak menyerah kalah dengan pendirian kerajaan tersebut,” katanya kepada wartawan ISMA.

Thursday, March 6, 2014

11 Perkara Yang Mendekatkan Isteri Dengan Syurga Allah SWT

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/t1/s403x403/1235246_590727540990169_1268331145_n.jpg
1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

Tuesday, February 11, 2014

KHASIAT BADAM UNTUK LELAKI

http://keunggulan-wanita.blogspot.com



BADAM amat bermanfaat untuk lelaki kerana ianya mempunyai asid lemak yang tinggi berfungsi untuk
pengeluaran hormon lelaki dan boleh menambah pengeluaran sperma selain membantu meningkat kesuburan.
Badam padat dengan gizi dan kaya dengan beberapa kandungan mineral yang penting untuk kesihatan seksual dan reproduksi seperti protin, serat, kalsium, magnisium, kalium, besi, vitamin E dab anti oksida yang tinggi. Badam juga elok untuk kesihatan jantung kerana bila jantung sihat dan akan mengepam darah ke seluruh anggota badan dan pastinya ghairah seks yang hilang akan kembali aktif semula.

Jika mengambil badam segenggam penuh setiap hari akan membantu mencipta diet  yang seimbang serta mngkin akan meningkatkan testosteron anda. Badam juga mengandungi magnanese, kopper dan riboflarin membantu dalam pembentukan tenaga. Menguyah sejumlah isi badam juga dapat memulihkan kekuatan syawat dan mengatasi masalah psychological atau mati pucuk atau pancutan awal. Namun begitu untuk mereka yang mempunyai masalah buah pinggang dinasihatkan tidak memakan badam.

Sunday, February 9, 2014

Peristiwa Qiamat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
 ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
 ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
 ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Saturday, February 1, 2014

Habatussauda Tingkatkan Kesuburan Lelaki

Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google
Sumber : http://attuffahumairah.blogspot.com




Bagi orang lelaki, Habbatus Sauda membantu dalam meningkatkan kesuburan lelaki. Habbatus sauda didapati membantu meningkatkan kuantiti sperma di dalam air mani lelaki dan meningkatkan paras hormon testosteron. Jadi, jika sedang merancang untuk mendapatkan anak, eloklah suami mengamalkan supplemen Habbatus sauda.

Selain daripada kesuburan lelaki. Paras hormon testosteron juga membantu orang lelaki untuk terus bertenaga dan bersemangat seperti yang ditulis oleh Ibnu Sina di dalam Buku Perubatannya, Habbatus Sauda boleh merangsang tenaga, membantu menghilangkan keletihan dan boleh memulihkan semangat.

Insya-Allah, kita boleh cuba sendiri dan rasa bagaimana perbezaannya selepas mengamalkan Habbatus Sauda seperti yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w.

Abd Rahman Baco
Penulis & Ahli Farmasi

Saturday, January 18, 2014

10 Nasihat Untuk Menjadi Isteri Solehah

Oleh : Mohd Rizal Azman Rifin
HATI ibu mana yang tidak gembira tatkala anak gadisnya dipinang orang. Sukanya hati bukan kepalang lalu pelbagai langkah bersiap untuk melangsungkan pernikahan dijalankan menurut tertib dan adat.

Biasanya ibu dan ayah akan bertungkus-lumus berusaha menjadikan majlis akad nikah puteri kesayangannya dengan penuh komitmen supaya meriah dan ceria.
Adalah wajar ibu bapa pengantin wanita memberikan petua dan nasihat buat anaknya yang bakal melangsungkan pernikahannya. Nasihat supaya anak memelihara dan menjaga alam rumah tangganya sebaik yang terdaya.
Inilah yang pernah dilakukan isteri ‘Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani yang dikatakan ada memberi nasihat kepada puterinya yang akan bernikah dengan Raja Kindah. Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani: “Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi pengabdi yang baik juga bagimu. Perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi modal bagi hidupmu.”
Begitulah kasihnya isteri ‘Auf terhadap anak gadisnya, tetapi kasihnya itu bukan mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah, kasih sayang dizahirkan melalui kaedah menyalurkan nasihat berguna buat anaknya melayari alam rumah tangga supaya aman sejahtera dan bahagia.
Pesanan pertama kepada anaknya: “Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya. Sebenarnya nasihat isteri ‘Auf itu bertepatan kehendak agama kerana sikap qanaah, bersedia dengan hati lapang terhadap kemampuan suami, menu keharmonian rumah tangga”. Erti kata lain, isteri tidak sesekali membebankan suami yang di luar batas kemampuannya. Inilah seharusnya ada pada diri seorang isteri solehah.
Seterusnya pesanan kedua beliau: “Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya.” Seorang Ulama’ pernah mengatakan: “Seseorang isteri itu hendaklah memberikan layanan pada suaminya, memelihara anak, mengatur urusan rumah tangga sebaik mungkin. Hendaklah dia memberikan layanan pada suami dengan layanan yang wajar dan sesuai keadaan.”
Isteri ‘Auf berkata lagi: “Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum.” Kebijaksanaan dan kesediaan isteri menonjolkan imej peribadi dalam aspek lahiriah dan dalaman mampu mewujudkan hubungan lebih intim pasangan suami isteri. Ia ibarat suatu tembok pengukuh dalam membina keluarga bahagia melalui landasan diredai Allah.
Beliau juga berpesan supaya memperhatikan penjadualan waktu makan yang betul dan tepat serta menjaga ketenteraman masa tidur. Jadi, jika diteliti apa dipesan isteri ‘Auf kepada anak gadisnya, sesuai dan relevan dijadikan sebagai pedoman kita semua.
Pesanan lain, “Sesungguhnya kelaparan seseorang akan menyebabkannya mudah beremosi dan kurang tidur pula menyebabkan seseorang itu mudah melepaskan kemarahan.”
Ini adalah langkah proaktif isteri mengelakkan suasana kurang baik dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan suami. Memang lumrah manusia, emosi menjadi kurang stabil dan mudah dibelenggu rasa kurang tenang apabila perut lapar atau kurang tidur. Lagilah bahaya kerana emosi negatif boleh meletup tanpa disangka. Justeru, apa yang disarankan isteri ‘Auf adalah jalan pintas untuk membendung anasir negatif daripada muncul dalam rumah tangga. Mengamalkan budaya mencintai kebersihan juga ditonjolkan dalam wasiatnya supaya anaknya menjaga kebersihan tempat tinggal, keamanan harta suami dan berikan perhatian kepada suamimu serta keluarganya.
Jika kita amati pesanan itu, kita akan jumpa peringatan terbaik mengenai penjagaan persekitaran rumah tangga yang ceria dan bersih. Juga terselit ingatan supaya isteri menjadi seorang yang beramanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
Pesanan beliau selanjutnya dikira penting dipelihara rapi oleh isteri. Kata beliau: “Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan engkau melanggar perintahnya”. Islam menegah isteri menceritakan hubungannya dengan suami atau hal rumah tangga kepada orang lain.
Yang terakhir katanya: “Janganlah engkau berasa susah ketika dia dalam keadaan senang dan janganlah engkau berasa senang ketika dia dalam keadaan susah, kerana yang pertama termasuk moral yang tidak sesuai dan yang kedua termasuk merosakkan suasana. Jadilah engkau orang paling mengagungkan suamimu, agar dia menjadi orang yang paling memuliakanmu.” Begitulah pesanan bermanfaat dan cukup indah dikemukakan isteri ‘Auf Ibnu Syaibah kepada anak gadisnya. Ibu bapa sewajarnya menitipkan pesanan untuk dijadikan panduan kepada anak yang akan melangsungkan pernikahan demi kesejahteraan rumah tangga mereka.
INFO: 10 pesanan jadi isteri solehah
  1. Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
  2. Mendengar dan mentaati suami.
  3. Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.
  4. Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
  5. Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
  6. Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.
  7. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  8. Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
  9. Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.
  10. Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.

Sumber: http://albakriah.wordpress.com/