Oleh Haru Biru 1 Meninggalkan wangian (yang boleh menggoda) jika dia keluar rumah. 2 Berjalan di sisi jalan (bukan di tgh jalan untuk mencari perhatian). 3 Hati-hati dengan menutupi diri jika dia memasuki rumah seseorang yang didalamnya banyak lelaki. 4 Hendaknya dia keluar dengan menutup aurat. 5 Wajib baginya untuk menghiasi diri dengan adab sopan santun. 6 Wajib bagi dirinya untuk menghiasi dirinya dengan perasaan malu. 7 Wajib baginya utk tidak bercampur baur dengan para lelaki, dan jangan sampai dia berhias dan bertingkahlaku sbgmana perilaku orang jahiliyah terdahulu. 8 Dan jika dia terpaksa harus bicara dgn seorang lelaki atau untuk meminta sesuatu, misalnya, maka wajib baginya untuk tidak merendahkan (mendesahkan) suaranya dengan mendayu-dayu.
|
Saturday, April 30, 2011
Adab Sopan Wanita Keluar Rumah
Friday, April 29, 2011
Ujian / fitnah dari anak dan isteri
Seorang lelaki yang mendapat tauliah menangkap kes khalwat mendapat aduan dari seorang kanak kanak kecil yang mengatakan ibunya bersama dengan lelaki lain di dalam rumah mereka.Bapa mereka bekerja jauh dan mereka tinggal 5 beradik.Setelah di serbu dan di tangkap pada awal pagi,memang pasangan itu bukan suami isteri.Setelah si suami sebenar perempuan itu di maklumkan tiada tindakan lanjut di buat.Isteri tidak di ceraikan memandangkan si suami kasihankan akan anak anak mereka dan lebih mementingkan masa depan mereka.
Ulasan UH : Bahawa suami yang dayus tidak akan masuk syurga.
Kisah ujian/fitnah seorang anak.
Seorang anak yang tinggal bersama sama ibunya di dapati berzina berdekatan dengan rumah mereka sedang ibunya khusyuk menonton televisyen.
UH memberi sedikit contoh bagaimana keperihatinan Nabi Nuh dan Luqman ul-Hakim menasihati anak anak mereka.Nasihat Nabi Nuh kepada anak Baginda dengan kalimah tauhid- Laailahaillallah.Begitu juga nasihat Luqman ul-Hakim kepada anak nya supaya tidak mensyirikkan Allah SWT.
(kisah di bawah ini contoh yang yang amat terkesan pada diri saya..)
UH memberi perbandingan sedikit dalam aktiviti seharian kita.Atuk,nenek,ayah,ibu dan anak anak boleh duduk bersama menonton TV sesuatu rancangan.Jika sesuatu rancangan itu memaparkan kisah sedih,atuk,nenek,ayah,ibu dan anak anak turut sama sama bersedih malah ada yang turut menangis.
Tetapi orang yang sama tadi,atuk,nenek,ayah,ibu dan anak anak tidak mampu duduk bersama mendengar bacaan hadith Rasulullah SAW.Jauh sekali untuk mengambil iktibar dari bacaan hadith tersebut.
Bagaimana di kisahkan juga oleh UH tentang kerisauan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail.Walaupun sudah berkhawin,Nabi Ibrahim tetap menziarahi anak dan menantunya sambil sambil menasihati mereka.Rasanya semua sudah sedia maklum tentang kisah 2 orang Nabi tersebut.Bagaimana kisah Nabi Ibrahim berpesan kepada menantunya supaya bila Nabi Ismail balik nanti di suruhnya menukar alang pintu mereka sebagai kiasan perangai menantunya yang tidak di senangi oleh Nabi Ibrahim.Juga bagaimana kisah apabila Nabi Ibrahim menziarahi Nabi Ismail selepas kejadian itu dan berpesan kepada menantunya yang baru,supaya bila Nabi Ismail balik nanti di suruhnya mengekalkan alang pintu rumah mereka sebagai kiasan perangai menantunya yang di senangi oleh Nabi Ibrahim.
Lihatlah keperihatinan seorang bapa terhadap anaknya walaupun mereka sudah berumahtangga.Bagaimana agaknya keadaan pasangan suami isteri zaman sekarang sekiranya mendapat teguran dari keluarga atau keluarga mertua mereka.Adakah mereka menerimanya seperti Nabi Ismail atau sebaliknya.Masing masing di luar sana ada jawapan mereka sendiri.
UH juga menerangkan ujian juga boleh datang dari jiran tetangga kita.
Ujian juga boleh datang dari harta benda kita.
Sedikit pesanan UH tentang tips supaya kita dapat melepasi ujian ujian di atas :
1. Banyak bersolat,sedekah,mengajak keluarga,anak anak dan juga jiran kepada jalan yang benar (amal makruf nahil munkar)
2. Banyakkan membaca Al Quran,solat sunat danmembaca hadith di dalam rumah.Kerana kesan ibadah tersebut akan meresap secara langsung kepada anak dan isteri.Isteri akan tunduk kepada suami yang taat perintah Allah SWT.
3. Sentiasa berdoa : “ Ya Allah jauhkan lah dari ujian yang aku tidak mampu menanggungnya”
Kuliah di tangguhkan sejurus sahaja masuk waktu Isya’ di sebabkan UH mempunyai urusan lain selepas itu.
Ketika menjamu selera selapas solat,saya berjumpa semula dengan pakcik yang bertanyakan arah jalan kepada saya yang saya kisahkan sebelum ini.Sempat saya tanyakan serba sedikit tentang beliau.Pakcik itu datang dari Paroi dan mendapat maklumat tentang kuliah UH dari sahabatnya yang di takdirkan tidak dapat hadir pada malam itu.Supaya saya mendapat kekuatan untuk menadah ilmu dari pelbagai sumber seperti semangat pakcik itu juga.Amin.
Posted by WAK
Wednesday, April 20, 2011
Tukar Pemimpin Bila Langgar Syariat Allah Bukan Kerana Kalah
Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.
Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS.
Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya. Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.
Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya.
Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi. Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS.
Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar? Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.
Sekian, wassalam.
YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Darul Naim.
Bertarikh : 20 April 2011 M / 17 Jamadil Awal 1432 H
8 penyebab anda lupa
Antara fasiq dengan kufur mana pilihan anda?
Dalam Islam perbuatan mencaci maki, mencerca dan menghina orang Islam yang lain adalah perbuatan keji yang pada sisi Allah dikira fasiq. Walaupun Islam melarang perbuatan itu namun perbuatan itu amat sukar dihapuskan. Persoalaannya mengapa susah sangat umat Islam meninggalkan tabiat buruk itu?Bagi menjawab persoalan ini elok kita halusi sabda Rasulullah s.a.w.
Tuesday, April 12, 2011
Nama isteri dan anak Rasulullah SAW
Reactions: |
Isteri-isteri Rasulullah SAW :
Khadijah binti Khuwailid r.a.
Saudah binti Zum'ah r.a.
Aisyah binti Abu Bakar r.a.
Hafsah binti Omar Al-Khattab r.a.
Zainab bin Jahsyin r.a.
Zainab binti Khuzaimah r.a.
Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) r.a.
Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian) r.a.
Juwairiyah binti Al-Harith r.a.
Maimunah binti Al-Harith
Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a.
Mariyah Al-Qibtiyah
Hanya seorang sahaja isteri Rasulullah SAW yang gadis ketika berkahwin dengan baginda iaitu Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq.
Manakala yang lainnya adalah janda atau balu yang kematian suami.
Anak-anak Rasulullah SAW dengan Khadijah :
Al-Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummu Kalthum
Fatimah
Anak Rasulullah SAW dengan Mariyah Al-Qibtiyah :
Ibrahim
Dipetik dari buku soal jawab berkaitan Rasullulah SAW oleh Hj Ahmad bin Haji Awang.
Menghayati Kehebatan Rasulullah SAW
Reactions: |
Kata al-Qadhi ‘Iyadh dalam kitabnya al-Syifa bi Ta‘rif Huquq al-Mustafa (j. 2, h. 35-36): Ketahuilah bahawa kehormatan Nabi SAW sesudah wafatnya serta memulia dan mengagungkannya adalah lazim (wajib), sebagaimana hal keadaan pada masa hidupnya. Dan yang demikian itu adalah ketika menyebut baginda SAW, menyebut hadith dan sunnahnya, mendengar nama dan sirahnya, bermuamalah dengan ahli keluarganya serta memuliakan Ahlul Bait dan para sahabatnya.
Kata Abu Ibrahim al-Tujibi: Wajib atas setiap mukmin apabila menyebut baginda SAW atau disebut nama baginda SAW di sisinya hendaklah ia tunduk, khusyuk, hormat dan diam dari bergerak serta merasakan kehebatan baginda SAW dan kehormatannya, sebagaimana dirinya akan berasa begitu sekiranya dia sendiri berada di hadapan baginda SAW, serta beradab sebagaimana yang telah diajarkan oleh Allah Taala kepada kita.
Kata al-Qadhi ‘Iyadh lagi: Beginilah akhlak para salafussoleh dan imam-imam kita dahulu (رضي الله عنهم).
Akhlak Para Salaf Terhadap Rasulullah SAW
Imam Malik RA pernah bertemu Ayyub al-Sakhtiyani, seorang perawi hadith yang masyhur, katanya: “Apabila disebutkan Nabi SAW, beliau akan menangis sehingga aku berasa kasihan terhadapnya”.
Kata Mus‘ab bin ‘Abdullah: Imam Malik apabila menyebut Nabi SAW akan berubah warna rupanya dan menundukkan kepala sehingga menyukarkan hal tersebut kepada orang-orang yang duduk bersamanya. Lalu pada suatu hari beliau ditanya mengenai hal berkenaan, maka jawab beliau:
“Sekiranya kamu sekalian melihat apa yang aku lihat, nescaya kamu sekalian tidak akan hairan kepadaku terhadap apa yang kamu lihat.
Aku pernah melihat Muhammad bin al-Munkadir, dan beliau adalah penghulu para qurra’, hampir-hampir tidak pernah kami bertanya kepadanya mengenai sesuatu hadith pun melainkan beliau akan menangis sehingga kami berasa kasihan terhadapnya.
Aku pernah melihat Ja‘far bin Muhammad - al-Sadiq -, dan beliau seorang yang banyak bergurau dan tersenyum, namun apabila disebut di sisinya Nabi SAW, rupa beliau akan berubah menjadi kekuningan (kerana pucat), dan tidak pernah aku melihatnya meriwayatkan hadith dari Rasulullah SAW melainkan dalam keadaan suci.
Pernah ‘Abdul Rahman bin al-Qasim menyebut Nabi SAW, lalu kami lihat kepada warna rupanya seolah-olah telah keluar darah daripadanya (kerana pucat lesi), dan lidahnya menjadi kering dan kelu di dalam mulutnya kerana merasakan kehebatan Rasulullah SAW.
Aku juga pernah datang kepada ‘Amir bin ‘Abdullah bin al-Zubair, apabila disebut di sisinya Rasulullah SAW beliau akan menangis sehingga tidak tinggal lagi air mata di matanya.
Aku pernah melihat al-Zuhri, dan beliau adalah orang yang paling ramah dan mesra, namun apabila disebut di sisinya Nabi SAW, maka dia seolah-olah tidak mengenali kamu dan kamu tidak mengenalinya.
Aku juga pernah datang kepada Safwan bin Sulaim, dan beliau adalah dari kalangan ahli ibadah, namun apabila beliau menyebut Nabi SAW, beliau akan menangis dan terus-terusan menangis sehingga orang-orang akan bangun dan meninggalkannya”.
Sumber: http://sawanih.blogspot.com/2010/02/menghayati-kehebatan-rasulullah-saw.html
*
Friday, April 8, 2011
Mufti Nasihat Siasat Dahulu Berita Si Fasik
Agama & Cara Hidup |
“Nasihat saya, dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu,” kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.
“Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti.”
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Juanda berpendapat isu melibatkan keaiban peribadi tidak boleh dijadikan modal politik, apatah lagi jika perkara berkaitan seks yang amat memalukan.
“(Kalau betul pun), kita tak tahu, mungkin dia sudah bertaubat. Kenapa perlu dedahkan perkara itu? Siapa tak ada aib di masa lalu?” soal Dr Juanda lagi.
Katanya, rakaman video sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong oleh empat saksi yang adil kerana kesalahan zina amat berat dan hukuman yang dijatuhkan hendaklah bebas daripada sebarang prasangka.
“Kalau ada (hanya) tiga orang saksi yang melihat perkara itu, lebih elok mereka tutup mulut sahaja daripada mendedahkannya. Kesan tindakan itu melibatkan banyak pihak, termasuk anggota keluarga yang terlibat,” katanya.
Semalam, ulama terkenal Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, para mufti wajar menyatakan pendirian berhubung isu “politik selak kain” susulan tayangan video kontroversi minggu lalu./MK
Thursday, April 7, 2011
Siasat pembunuhan Altantuya dulu - Anwar
karikatur dari korea
Joseph Sipalan
Apr 7, 11
7:10pm
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengketepikan cadangan sesetengah pihak khususnya BN dan perdana menteri yang mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan pembabitan dalam sebuah video seks.
Katanya, tindakan itu hanya membazirkan masa.
"Kalau nak ada, adakan la. Tetapi sebelum itu, adakan juga RCI (Suruhanjaya Diraja) menyiasat mengenai Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes Kastam,” katanya dalam satu wawancara tergesa-gesa sebelum bergegas ke mesyuarat lain di Shah Alam hari ini.
Anwar merujuk beberapa kes termasuk pembunuhan ngeri model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang telah menimbulkan pelbagai persoalan yang turut didakwa berkaitan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Tidak jelas ketika Anwar merujuk kes Port Dickson, ia adalah kaitan dengan sebuah kes khalwat pada sekitar 1990an yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan Umno yang kini memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.
Kes Kastam pula merjuk kematian penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mati ketika dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), semalam.
Kematian Sarbani adalah kedua membabitkan SPRM. Kes pertama melibatkan pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock yang jatuh dari tingkat 14 pejabat suruhanjaya itu di Shah Alam pada 2009.
Monday, April 4, 2011
Video Seks : Peluang Mengkaji Semula Sokongan Anda
Apa ada dgn video seks anwar ? Sebenarnya dari video seks itu kita boleh menilai berita yg ditonyoh dek akhbar utama negara utk rakyatnya. Suara siapa yg diwakili akhbar itu dan dari siapa sumber beritanya. Adakah muka2 yg mencanang berita itu org yg baik akhlaknya ? Adakah pembawa berita itu bebas dari zina ? Semua etika itu tidak dipedulikan kerana suara mereka tidak mewakili kerajaan Islam. Sedang org yg pernah terlibat dgn zina bukan sahaja kata2nya tak boleh dipercayai bahkan utk jadi wali nikah anak sendiri pun mereka tidak layak.
Mungkin mahkamah pernah membebaskan "pemberita" yg terlibat dari kes zina namun perjalanannya amat meragukan.
Nik Nazmi: Mengapa saya kata itu bukan Anwar
Nik Nazmi Nik Ahmad |
Sewaktu ‘Dato’ T’ mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di Carcosa Seri Negara dan saya tegaskan bahawa video tersebut palsu, tukang sorak-tukang sorak Umno bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya. (Gambar: Apakah ini badan Anwar? Mereka yang rapat dengannya tahu ini bukannya Anwar) Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar. Enam persoalan asas masih belum terjawab: (Gambar kiri: Apakah ini perut Anwar Ibrahim?) 3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak? (Gambar: Siapa lelaki yang sedang memasang video ini?) Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita. Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela. NIK NAZMI NIK AHMAD |