Friday, June 17, 2011

Bila Perasaan Malu Sudah Tiada Lagi...

Bila puak dia nak berhimpun, cakap je kat mana maka bagaikan kilat permit diluluskan. Silap2 siap hantar ke rumah lagi!. Tapi bila orang lain nak berhimpun, dilabelkan berbagai2 utk. provokasi. Biar semua orang melihatnya tak baik dan tak wajar diadakan. Sampai peniaga pun nak saman penganjur. Peniaga jenis hape 'ntah kalau rezki nak datang melimpah2 mahu dihalang...apalah punya bebal !

Himpunan Bersih adalah satu perhimpunan aman. Tujuannya cuma nak serah memorandom kpd Yg Di Pertuan Agung menuntut SPR berlaku adil semasa pilihanraya. Langkah terakhir setelah banyak usaha menemui kegagalan. Alangkah baik dan harmoninya program itu. Ia bukan suatu rancangan untuk pergi meludah muka staf SPR. Jauh sekali utk. menyerang dan membunuh. Peserta perhimpunan tidak membawa apa2 senjata kecuali alat sulit masing2. Habis tu angkara siapa kalau berlaku huru-hara sehingga peniaga nak saman penganjur ?

Pengalaman lepas mendapati semua huru-hara itu datang dari penjaga keamanan. Mereka datang bukan bukan sebagai pegawai penjaga keamanan tetapi sebagai barua UMNO. Barua kepada pesalah yg takut salah laku mereka diadili. Dan kalau mereka mempunyai perasaan, maka saman persatuan peniaga itu sepatutnya dirasai oleh mereka. Sepatutnya mereka menonyoh muka ke pangkal bawah ekor kerbau kerana malu yg amat sangat !

Kalau SPR terima cadangan, Himpunan Bersih tidak akan diadakan
Harakahdaily

Kenyataan media PAS Miri

MIRI, 17 Jun: Tujuan Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini adalah untuk mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berlaku adil kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti yang berikut:

1) membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu;

2) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan

3) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.

Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil. Adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya bagi memastikan rakyat dapat memilih wakil-wakil mereka melalui undian terus dalam setiap pilihan raya.

Kita mendesak agar SPR dapat menjalankan amanah yang diberi kepada mereka dengan adil dan bebas dari sebarang pengaruh politik. Sekiranya SPR dapat melaksanakan tugas seperti yang tersebut diatas dengan baik tidak timbul orang ramai meragui sebarang tindakan SPR selama ini. Sekiranya SPR dan kerajaan tidak mahu himpunan bersih diadakan SPR dan mereka yang berwajib seharusnya bersedia untuk bertemu,berunding dan menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang professional.

Pihak SPR sepatutnya bersedia untuk berubah demi kebaikan untuk semua. Sebarang pemintaan dari rakyat seharusnya diambil perhatian yang serius dari pihak SPR agar perkara yang tidak sepatutnya berlaku dapat dielakkan. Jadi kita mohon agar mereka yang telah diberi amanah menjaga SPR seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya keatas perkara yang tersebut tadi. Jangan pandang ringan masalah rakyat yang mahu keadilan dan kebebasan untuk bersuara.

Mungkin hari ini kamu diberi kuasa untuk menjaga amanah rakyat dan suatu hari nanti bila kamu sudah tidak berkuasa kamu yang akan menanggung akibat dari perbuatan kamu yang tidak jujur dan tidak amanah. Bagi mereka yang beragama sudah pasti mereka tahu akibat perbuatan mereka didunia akan di soal di akhirat nanti.

Kepada pengurusi SPR kita minta kamu supaya berlaku adil dan amanah dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada kamu, mari kita perbetulkan segala kesilapan dan kesalahan yang lalu agar kamu akan dihormati oleh rakyat dan janganlah kamu tunduk kepada arahan yang bercanggah dengan tugas kamu. Kalau kamu sukar untuk melaksanakan tugas kamu dengan adil dan bebas lebih baik kamu letak jawatan secara terhormat, Insya-Allah rakyat akan memandang mulia dan menghormati keputusan kamu.

Sekali lagi kita minta SPR agar menunaikan hasrat dan pemintaan orang ramai agar dapat mengubah apa yang patut demi kebaikan semua. Marilah kita menuju ke arah Negara berkebajikan dan adil untuk semua.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

No comments:

Post a Comment