Thursday, January 12, 2012

Tidak Ada Solat Istikharah Bagi Sesuatu Yg Sudah Jelas Hukumnya Dlm Al Quran

Bagaimana Seorang Ibu Tertipu Dengan Solatnya - Kisah Benar!

Bolehkah kita tertipu dengan solat kita. Itu persoalan yang menarik untuk kita renungkan dalam kisah yang akan saya ceritakan di bawah ini. Kisah ini merupakan kisah benar sebagaimana yang disampaikan oleh adik kepada seorang ibu yang mempunyai seorang anak perempuan yang terkenal yang sering lakonan iklannya terpapar di kaca TV.

Anak perempuan kepada kakak kawan saya itu mula menjadi pelakon iklan sejak kecil dan iklan yang dilakonkannya kebiasannya berkaitan dengan aktiviti kecergasan seperti sukan. Dalam lakonannya dia akan sering berpakain sukan yang mendedahkan sebahagian besar daripada auratnya untuk mempamerkan aksi sukan. Ketika dia masih kecil mungkin tidak berapa ketara pendedahan auratnya walaupun kita tidak sepatutnya mengajar tabiat tersebut semenjak anak-anak kita masih kecil.


Setelah kanak-kanak perempuan tersebut menjangkau keremajaan maka terdetiklah di dalam hatinya untuk tidak lagi mendedahkan auratnya dalam sebarang aktiviti terutamannya ketika melakonkan aksi-aksi sukan dalam iklan. Dia lalu menyatakan hasrat hatinya kepada ibu tercinta tentang keputusannya tersebut.

Keputusan remaja perempuan itu bermakna akan putuslah sumber pendapatan hasil daripada lakonannya dalam iklan TV sedangkan keluarga mereka selama ini mendapat hasil yang agak lumayan setiap kali dia melakonkan iklan dedah aurat tersebut.

Mendengar luahan hati anak perempuannya itu maka termenunglah sebentar si ibu yang bertudung lingkup itu. Remaja perempuan itu juga menyatakan yang dia mahu menjadikan pakaian bertudung sebagai pakaian hariannya memandangkan sudah timbul rasa malu serta bersalah terhadap Tuhannya.

Lalu si ibu meminta anak remajanya itu bertahan sebentar untuk dia bersolat memohon petunjuk kepada Allah. Anak perempuannya juga mengadu akan halnya kepada bapa saudaranya yang merupakan kawan saya itu dan sudah tentulah dia amat menyokong hasrat anak saudaranya. Lalu bapa saudaranya berbincang dengan ibu remaja tersebut dan perkara yang sama di nyatakan oleh si ibu yang dia mahu memohon petunjuk kapada Allah bagi membuat keputusan.

Lalu si ibu yang memang kuat beribadat berjaga malam dan bersolat tahajjud, solat hajat serta solat Istiqarah bagi mendapatkan keputusan yang baik. Tidak berapa lama daripada itu maka berbincanglah si ibu bersama anaknya beserta kawan saya tadi bagi menyatakan keputusan yang telah di ambil.

Betapa terkejut kawan saya yang merupakan adik kepada si ibu tadi apabila si ibu berkata dia telah mendapat alamat agar anaknya terus berlakon iklan-iklan mendedahkan aurat untuk beberapa lama lagi kerana itu merupakan rezki kurniaan Allah pada keluarga mereka.

Walaupun dihalang oleh kawan saya tadi, si ibu tetap berkeras dengan keputusannya dengan alasan dia telah memohon petunjuk kepada Tuhan dan lansung tidak merasakan keputusannya itu salah. Maka sesallah kawan saya dengan sikap si ibu remaja perempuan itu yang tetap berdegil dengan keputusannya walaupun terang-terang adalah salah.

Begitulah ceritanya sebagaimana yang diceritakan oleh kawan saya ketika berbincang betapa kadangkala kita mampu tertipu dengan amal ibadat kita dan merasakan terselamat dengan amalan ibadat. Hendaklah kita menjadikan cerita ini sebagai pengajaran buat pedoman hidup. Janganlah kita pandang ringan dengan kemampuan syaitan serta nafsu kita dalam menyesatkan diri kita walaupun kita kuat beribadat.

Walau apapun keputusan yang kita ambil ianya hendaklah berlandaskan garis yang telah ditetapkan oleh syariat yang telah lama termaktub dalam Al-Quran serta hendaklah akal rasional sentiasa digunakan dalam apa saja pendekatan kita.

No comments:

Post a Comment