Dulu masa mula2 naik jadi PM , Najib pernah buat kenyataan bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan ubah undang2 yg digunapakai hari ini dgn undang2 Islam kerana undang2 yg ada hari ini sudah baik . Kenyataan itu terang2 menghina Allah yg menjadikan alam ini dgn mendatangkan sekali peraturan yg perlu dilaksanakan oleh seseorang pemerintah bagi mentadbirnya iaitu Al Quran . Kenyataan itu boleh membawa kepada murtad namun tidak ada teguran yg dibuat oleh sesiapa pun dari kalangan pemerintah samada penasihat agama PM sendiri mahu pun mufti . Sehingga ke hari ini belum ada lagi kenyataan dari Najib bertujuan menarik balik ayat2 murtadnya itu . Lebih mengerikan lagi ialah dikhuatiri ayat2 murtadnya itu dibaca dan dijadikan pegangan oleh rakyat yg jahil tentang agama .
Status Najib sudah lama jatuh kepada syirik kerana dia meletakkan idea penggubal undang2 hari ini lebih baik dari undang2 yg ada dalam Al Quran . Dan sebenarnya , apa yg Najib kata itu adalah selari dgn undang2 tertinggi yg menjadi panduan kpd kerajaan UMNO iaitu Perlembagaan Malaysia . Mana2 undang2 yg bercanggah dgn Perlembagaan Malaysia adalah dgn sendirinya terbatal sekali pun undang2 itu datangnya dari Al Quran . Atas sebab itulah negeri2 yg dimenangi oleh PAS tidak boleh melaksanakan Undang2 Hudud hingga ke hari ini .
Suatu kaedah : " Sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin maka ia menjadi kafir, sebaliknya sesiapa yang tidak mengkafirkan orang kafir maka dia menjadi kafir . Sesiapa yang syak tentang kekafiran orang kafir maka dia juga menjadi kafir ."
Tahniah kpd Dato' Harussani atas teguran beraninya kpd PM . Kita percaya bahawa utk . menarik PM kembali kpd aqidah yg hanif mungkin sesuatu yg mustahil . Namun apa yg lebih penting ialah supaya kita menghisab diri kita sebelum kita dihisab di hadapan Allah Robbul Jalil . Bertaubatlah dan berhenti dari memberi apa juga yg berbentuk sokongan kpd UMNO yg terang2 membawa kpd syirik akan Allah . Wal ' iyazabillah ...
Wallahu a'lam
Syed Mu'az Syed Putra 10 Feb. 2012
(Najib menyertai perayaan Thaipusam di batu Caves)
KUALA LUMPUR, 10 Feb: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.
“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.
“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.
Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.
Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.
“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.
“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.
No comments:
Post a Comment