Tuesday, May 29, 2012

Siapa menganut ajaran sesat - Presiden PAS

Harakahdaily, 29 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil inisiatif menerbitkan sebuah buku bagi menjawab tuduhan Umno bahawa PAS parti ajaran sesat.

Buku bertajuk 'Siapa Menganut Ajaran Sesat?' itu memuatkan ucapan penuh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 27 November 1984.

Beliau ketika itu ada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Marang merangkap Ketua Pembangkang di Dun Terengganu.

Dalam ucapan itu beliau antara lain menyentuh perbezaan ketara PAS dan Umno seperti dinyatakan dalam perlembagaan parti masing-masing.

"Fasal 7, Perlembagaan PAS menyatakan bahawa kuasa tertinggi di dalam PAS ialah al Quran, Hadis Nabi, Ijmak Ulama dan Qias.

"Fasal 3 Perlembagaan Umno menyatakan bahawa Umno adalah sebuah parti politik yang progresif, berjuang menurut lunas-lunas demokrasi dengan tujuan menghasilkan cita-cita kebangsaan," katanya.

Selain itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut mengemukakan bukti satu kenyataan yang dibuat bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dalam seminar di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 27 Julai 1984.

Kenyataan itu antara lain berbunyi; "Bahawa negara Malaysia memakai-undang-undang sekular iaitu sistem undang-undang Barat yang tidak berasaskan agama bahkan berasaskan kepada kepintaran akal manusia sahaja".

Buku setebal 42 muka surat itu turut merekodkan kenyataan-kenyataan pemimpin Umno yang menghina hukum Islam.

Ianya termasuk kenyataan dari bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung perlaksanaan hudud.

"Bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama menyatakan dalam ucapan menyambut salah satu hari jadinya, Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan ini hendaklah mengekalkan Malaysia sebagai negara sekular," katanya.

Buku ini antara lain bagi menjawab dakwaan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dalam siri ceramanya di negeri itu menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

Ianya akan dilancarkan pada 1 Jun ini sempena program Himpunan Hijau ke Putrajaya yang diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah.

Monday, May 28, 2012

Umno sengaja mahu timbulkan kekecohan

khairil Abdul Rahim, 28 Mei 2012
MARAN, 28 Mei: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Umno belajar menghormati hak berpolitik dan demokrasi yang dibenarkan di negara ini dengan berhenti melakukan provokasi dan keganasan.

Berucap di hadapan kira-kira 5,000 orang di perkarangan pejabat PAS Maran di sini malam tadi, Ketua Pembangkang di parlimen itu berkata, kini wujud senario baru di mana pihak Umno atau sekutunya cuba menimbulkan ketegangan dalam setiap program Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, kini seperti satu trend Umno sengaja mahu menimbulkan suasana kecoh sedangkan PR hanya menggunakan pentas ceramah bagi menjelaskan fitnah yang sudah ditabur melalui media rasmi kerajaan.

“Hormatilah budaya berpolitik dan prinsip berdemokrasi. Cuba fikir, kita sudah dihentam tiap-tiap malam dalam media yang dikawal kerajaan Umno, kita dibina dan dan dimaki hamun setiap hari, kenapa kita mahu memberi penjelasan di pentas seperti ini juga mahu diganggu? Kita minta Umno hormatilah adab berpolitik,” katanya.

Kurang 20 meter berhampiran ceramah tersebut, Umno turut mengadakan pesta karaoke Cina dengan menguatkan bunyi pembesar suara bagi tujuan mengganggu ceramah tersebut sehingga ke akhir.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kejadian buruk berlaku hasil kawalan ketat dan berdisiplin petugas-petugas Unit Amal.

Anwar turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengajar dan mengawal Umno dan sekutu-sekutunya menghormati undang-undang.

“Seorang pemimpin mesti memelihara undang-undang. Bayangkan dalam ceramah-ceramah kami akhir-akhir ini kami diganggu termasuk dibaling telur dan botol, beberapa minggu lalu kereta saya dirosakkan.

“Datuk Ambiga seorang warganegara profesional boleh diganggu sesuka hati oleh penyokong Umno dan dibiarkan saja tanpa sebarang tindakan. Sebab itu jika Najib tak mampu lagi memelihara undang-undang dan keamanan baiklah turun daripada jawatan kerana gagal memimpin,” tegasnya.

Mengenai pilihan raya umum (PRU) akan datang, Anwar menjelaskan rakyat perlu melihat kehidupan pemimpin-pemimpin Pakatan jika mahu membuat keputusan untuk mengundi parti mana untuk memerintah.

Beliau berkata, dapat dilihat contohnya bagaimana Tuan Guru Nik Aziz yang sudah 22 rahun menjadi Menteri Besar Kelantan tetapi beliau tidak mengambil kesempatan mengumpul kekayaan berbanding pemimpin Umno yang lain.

Sementara itu Anwar berkata, PR memberi komitmen jika menang sahaja PRU, dalam masa 24 jam akan umum turunkan harga minyak kerana itulah punca meningkatnya harga barang dan kos perkhidmatan.

“Langkah seterusnya kita akan bincang dengan syarikat-syarikat IPP (pembekal jana kuasa swasta) supaya boleh turunkan harga kadar elektrik. Kita juga bertekad meletakkan gaji minimum RM1,100 sesuai dengan kos kehudupan semasa.

“Kita juga tegas menghapuskan hutang PTPTN kerana hasil minyak yang banyak sehingga RM80 bilion setahun. Itu belum termasuk keuntungan hasil sawit, getah balak dan lain-lain. Kita tengok Turki yg tiada hasil minyak boleh memberikan pendidikan percuma,” ujarnya.

Anwar menambah, beliau hairan bagaimana PM boleh mengatakan jika diberi pendidikan percuma negara boleh bankrap sedangkan ia cuma memerlukan RM5 bilion saja setahun.

Anwar dalam rangka lawatan sehari ke Parlimen Maran. Turt berceramah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaafar, Adun Tras Choong Siew Onn dan Yang Dipertua PAS Maran Tuan Guru Baqi Othman.

Saturday, May 26, 2012

Jimatkan Bateri Laptop

13 May 2012
Pen Patah
Tips bagaimana cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop ketika menggunakannya. Kita sedia maklum bahawa standard jangka hayat bateri laptop adalah 300 kali cas secara umum. Jadi jika selepas tempoh masa tertentu anda pasti perasaan bahawa bateri laptop anda tidak sehebat ketika masa mula-mula menggunakannya.


Jika anda  ingin menggunakan laptop untuk  jangka masa yang panjang (contoh straight 3 – 8 jam sehari), dinasihatkan agar anda menanggalkan bateri dan hanya perlu menggunakan power kabel sahaja. Ini kerana jika kuasa bateri sudah penuh dan pada masa yang sama masih menggunakan power kabel, bateri tidak dapat menampung lebihan kuasa dan secara tidak langsung boleh menjejaskan ketahanan bateri.


Bagaimana pula jika mahu menggunakan bateri tetapi ingin memastikan bateri tahan lama sewaktu menggunakannya ?

Ok, sebenarnya kita selalu menggunakan bateri jika pergi ke suatu tempat tertentu, jadi langkah-langkah di bawah amat sesuai dipraktikkan untuk menjimatkan kuasa bateri.
  1. Perlahankan volume atau mute volume jika perlu
  2. Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop, selalunya secara auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada “Power saver“.
  3. Disable bluetooth jika tidak menggunakannya.
  4. Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random Access Memory) yang banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang menggunakan jumlah RAM berbanding MS Word.
  5. Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan Internet/LAN.
  6. Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan pendrive jika tidak menggunakannya.
  7. Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan Standby jika anda tidak menggunakan laptop buat seketika.
  8. Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer dapat berjalan dengan lancar.
  9. Jangan gunakan CD/DVD.
  10. Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet/USB dan sebagainya.
  11. Gunakan cooling pad.
  12. Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap haba seperti atas bantal/tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas.

Terdapat banyak lagi tips untuk menjimatkan jangka hayat bateri, tetapi tips di atas lebih mudah dipraktikkan. Selamat mencuba.

Monday, May 21, 2012

Ustaz Azhar Idrus Dikelilingi Artis Wanita Yang Berhijrah. Allahuakhbar!

http://kerabubersuara.blogspot.com, 21 Mei 2012

Written By admin on May 21, 2012 | 5/21/2012 12:23:00 PM

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/545138_417385324961259_197667700266357_1240237_245810042_n.jpg


Hebatnya Pengaruh Ustaz Azhar Idrus ( Original )... Kelihatan Artis-Artis Wanita Yang Telah Berhijrah "Menutup Aurat" Tidak Lepaskan Peluang Bergambar dengan Beliau Seperti Irma Hasimie, Yatt, Diana Amir, Helliza Helmi Dan Rakan-Rakan

Umno bohong atau hasut Arab Saudi sekat jemaah haji Malaysia?


Diterbitkan oleh: Admin
Jumaat, Mei 18, 2012
WarkahDaily -- Tak pasal-pasal kerajaan Arab Saudi dilaporkan bakal menyekat jemaah haji dari Malaysia daripada melaksanakan haji di Mekah atau menghadkan bilangan koata yang diberikan, konon-konon disebabkan peserta Bersih 3.0 di negara itu.

Akhbar rasmi Umno telah melaporkan, Arab Saudi pertimbang sekat jemaah dari Malaysia (Utusan Malaysia – 8 Mei 2012) kerana Bersih 3.0.

Namun apa yang peliknya, menurut laporan pihak Kedutaan Arab Saudi ke Malaysia berkata, mereka tidak mempunyai maklumat berkaitan apa yang didakwa pihak media rasmi Umno konon negara itu bakal mengambil tindakan ke atas peserta Bersih 3.0.

Jawapan Kedutaan Arab Saudi melalui email yang diajukan rakyat Malaysia yang prihatin itu menjelaskan pihak kerajaan pimpinan Umno cuba membuat ‘provokasi’ konon disebabkan Bersih 3.0, rakyat tidak dapat pergi ke Mekah.

Digambarkan juga media rasmi Umno, konon undang-undang Arab Saudi melarang berlakunya perhimpunan aman seperti Bersih 3.0.

Namun, dipetik dari BeritaSemasa.com, berdasarkan laporan berita antarabangsa PressTV menunjukkan laporan berita sekitar tahun 2011, di mana jemaah Bahrain pernah menggunakan pentas jalan-jalan raya di sekitar Mekah, Arab Saudi bagi membuat demonstrasi jalanan menuntut kejatuhan rejim Al-Khalifa di Bahrain.

Menurut BeritaSemasa.com, “demonstrasi tersebut lebih hebat dan jauh lebih besar bilangan yang menyertainya.”

“Menjadi persoalan kami sekarang ini, apa tindakan kerajaan Arab Saudi ke atas mereka dan berapa lama agaknya rakyat (jemaah haji) Bahrain kena ban (disekat) dengan kerajaan Arab Saudi?,” persoal BeritaSemasa.com.

Keadaan ini jelas sekali menunjukkan kerajaan Umno-BN begitu terdesak untuk mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu dengan cuba melakukan ‘provokasi’ konon disebabkan peserta Bersih 3.0, seluruh rakyat Malaysia beragama Islam terpaksa menanggung tidak dapat menunaikan haji ke Mekah. Sekaligus ianya cuba dipolitikkan oleh Umno-BN sebagai modal untuk pilihanraya.

Tidak mustahil juga, mungkin kerajaan Malaysia pimpinan Umno-BN cuba menghasut kerajaan Arab Saudi agar menyekat atau menghadkan koata jemaah haji dari Malaysia konon disebabkan oleh Bersih 3.0.

Kerana mahu kekal berkuasa, apa sahaja cuba dilakukan oleh Umno-BN.

--WARKAHDAILY

Friday, May 18, 2012

Allah Sebaik2 Perancang

Nelayan Mukmin Dan Nelayan Kafir


Pada zaman dulu, ada dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Hasil tangkapannya amat banyak. Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila menebar jalanya, si-mukmin itu menyebut nama Allah. Hasilnya tidak ada seekor pun ikan yang tersangkut pada jaringnya. Hingga ke lewat senja, nelayan mukmin tidak berjaya mendapat sebarang ikan manakala si-kafir itu kembali dengan membawa ikan yang sangat banyak.

    Meskipun pulang dengan tangan kosong, namun nelayan mukmin itu tetap bersabar serta redha dengan apa yang Allah takdirkan. Si-kafir yang membawa berbakul-bakul ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak.

    Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan olehNya untuk nelayan mukmin itu; iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat "Demi Allah, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah."

    Setelah itu Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk nelayan kafir. Berkata malaikat "Alangkah malangnya nasib si-kafir. Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahannam."
 

Moral & Iktibar

  a. Kediaman mukmin adalah di syurga manakala kediaman kafir adalah di  neraka. 
  b.  Dunia adalah syurga orang kafir. 
 c.  Kekayaan dan kemewahan di dunia tidak semestinya berkekalan di akhirat. 
 d.  Kesusahan orang mukmin di dunia tidak seberapa jika dibandingkan dengan kenikmatan yang disediakan di syurga. 
  e. Kesenangan orang kafir di dunia tak berbaloi jika dibandingkan dengan azab seksa yang disediakan di neraka. 
  f. Kesenangan atau kesusahan seseorang bukan menjadi kayu ukur bagi keredhaan Allah; yang menjadi penentu ialah keimanan terhadapNya. 
  g. Kesusahan di dunia bukan bermakna Allah tidak menyukai seseorang. 
  h. Begitu juga kemewahan yang Allah berikan kepada seseorng bukan bermakna Allah meredhainya. 
  i. Redha di atas takdir Ilahi adalah sifat mukmin sejati. 
  j. Jangan berputus asa, kecewa atau sedih apabila melihat orang kafir senang dan mewah dalam kehidupan di dunia 
  k. Keimanan seseorang adalah lebih mahal daripada dunia dan isinya. 
  l.Apalah maknanya kemewahan jika tidak mensyukuri dan beriman dengan Allah.

Nahnu Maa Fi Muru'ah


http://www.tranungkite.net, 19 Mei 2012
Masih ingatkah saudara2 kepada mereka ini?


Wednesday, May 16, 2012

KELEBIHAN ZIKIR DAN SELAWAT

KELEBIHAN ZIKIR DAN SELAWAT KE ATAS NABI, SUNNAH…


KATA-KATA HIKMAH, KELEBIHAN ZIKIR DAN SELAWAT KE ATAS NABI, SUNNAH…


1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan Isyak, ALLAH akan menghindarkannya daripada sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) – Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas RahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Posted by Dubrotun Nisa' at 12:33 AM

Thursday, May 10, 2012

Siasatan BERSIH 3.0 - UMNO Lebih Percaya Hanif Omar Berbanding PBB

11 May 2012

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang menolak tawaran pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Frank William La Rue.

Penyelaras badan bukan kerajaan (NGO) itu, Nalini E, berkata ia membuktikan kerajaan Malaysia tidak ikhlas menganggotai PBB sebaliknya sekadar mencari populariti.

“Ini tanggungjawab sebagai anggota PBB. Kita mesti benarkan. Mereka sudah pasti pakar dalam bidang tersendiri. Jadi Malaysia tidak perlu takut.


“Kita mahu siasatan sewajarnya dijalankan PBB sebab pandangannya bebas dan seimbang,” katanya selepas sidang media NGO Bersih di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur di sini semalam.

Sebelum ini, La Rue, seorang peguam dari Guatemala menawar diri bagi menjalankan siasatan bebas, mengkaji dan menilai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Beliau yang pernah dicalon sebagai penerima Anugerah Keamanan Nobel dianggap paling sesuai kerana dapat memberi penilaian tanpa terikat kepada mana-mana pihak.

Mengulas lanjut kepada Keadilan Daily, Nalini menyifatkan keengganan kerajaan itu hanya menyerlahkan kezaliman pentadbiran diktator Umno BN.

“Apa salahnya? Tapi kerajaan Malaysia tidak mahu ambil tanggungjawab untuk memastikan situasi hak asasi manusia dalam keadaan baik.

“Bermakna Malaysia tiada kesungguhan untuk pulihkan demokrasi. Kerajaan mahu mengekalkan undang-undang yang tidak menghormati hak asasi,” katanya.

Terdahulu, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman menyatakan tiada keperluan untuk orang luar menyiasat Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Sebaliknya, kerajaan melantik bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar mengetuai panel ‘bebas’ bagi menyiasat keganasan polis yang pernah diterajuinya.


P/s: Kalau pihak kerajaan tidak melakukan kesalahan, agensi kerajaan tidak terlibat dalam provokasi dan keganasan, mengapa Kerajaan BN takut dan tolak wakil PBB?

PBB bukan negara asing atau kuasa asing. Mengapa perlu takut?

dunia cacamarba