Monday, May 21, 2012

Umno bohong atau hasut Arab Saudi sekat jemaah haji Malaysia?


Diterbitkan oleh: Admin
Jumaat, Mei 18, 2012
WarkahDaily -- Tak pasal-pasal kerajaan Arab Saudi dilaporkan bakal menyekat jemaah haji dari Malaysia daripada melaksanakan haji di Mekah atau menghadkan bilangan koata yang diberikan, konon-konon disebabkan peserta Bersih 3.0 di negara itu.

Akhbar rasmi Umno telah melaporkan, Arab Saudi pertimbang sekat jemaah dari Malaysia (Utusan Malaysia – 8 Mei 2012) kerana Bersih 3.0.

Namun apa yang peliknya, menurut laporan pihak Kedutaan Arab Saudi ke Malaysia berkata, mereka tidak mempunyai maklumat berkaitan apa yang didakwa pihak media rasmi Umno konon negara itu bakal mengambil tindakan ke atas peserta Bersih 3.0.

Jawapan Kedutaan Arab Saudi melalui email yang diajukan rakyat Malaysia yang prihatin itu menjelaskan pihak kerajaan pimpinan Umno cuba membuat ‘provokasi’ konon disebabkan Bersih 3.0, rakyat tidak dapat pergi ke Mekah.

Digambarkan juga media rasmi Umno, konon undang-undang Arab Saudi melarang berlakunya perhimpunan aman seperti Bersih 3.0.

Namun, dipetik dari BeritaSemasa.com, berdasarkan laporan berita antarabangsa PressTV menunjukkan laporan berita sekitar tahun 2011, di mana jemaah Bahrain pernah menggunakan pentas jalan-jalan raya di sekitar Mekah, Arab Saudi bagi membuat demonstrasi jalanan menuntut kejatuhan rejim Al-Khalifa di Bahrain.

Menurut BeritaSemasa.com, “demonstrasi tersebut lebih hebat dan jauh lebih besar bilangan yang menyertainya.”

“Menjadi persoalan kami sekarang ini, apa tindakan kerajaan Arab Saudi ke atas mereka dan berapa lama agaknya rakyat (jemaah haji) Bahrain kena ban (disekat) dengan kerajaan Arab Saudi?,” persoal BeritaSemasa.com.

Keadaan ini jelas sekali menunjukkan kerajaan Umno-BN begitu terdesak untuk mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu dengan cuba melakukan ‘provokasi’ konon disebabkan peserta Bersih 3.0, seluruh rakyat Malaysia beragama Islam terpaksa menanggung tidak dapat menunaikan haji ke Mekah. Sekaligus ianya cuba dipolitikkan oleh Umno-BN sebagai modal untuk pilihanraya.

Tidak mustahil juga, mungkin kerajaan Malaysia pimpinan Umno-BN cuba menghasut kerajaan Arab Saudi agar menyekat atau menghadkan koata jemaah haji dari Malaysia konon disebabkan oleh Bersih 3.0.

Kerana mahu kekal berkuasa, apa sahaja cuba dilakukan oleh Umno-BN.

--WARKAHDAILY

No comments:

Post a Comment