Oktober 23, 2012 — sulaiman
Ketika Rasulullah menikahkan puterinya Fatimah, beliau berkata kepada Ali r.a.,“Engkau berkewajiban bekerja dan berusaha sedangkan dia berkewajiban mengurus rumah tangga.
Tugas seorang isteri hanyalah melayan dan menghiburkan suaminya. Tugas-tugas seperti kerja rumah tidaklah wajib dan jika suami berkemampuan bolehlah mengupah orang gaji atau bibik atau tukang masak. Jika tidak mampu, maka perlulah ada kerjasama diantara suami isteri.
Tugas seorang isteri hanyalah melayan dan menghiburkan suaminya apabila suaminya berhajat kepadanya. Apabila seseorang perempuan berkahwin, dia berada dalam tanggungjawab dan fail suaminya. Lelaki adalah orang yang menanggung dosa perempuan yang berada di bawah tanggungannya.
An-Nisaa [34] Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,Kerana itu Allah redha dengan seorang isteri apabila suaminya redha dengannya. Sebuah hadith Nabi (salla ‘Llahu ‘alayhi wa aalihi wa sallam); “Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga.”
Isteri yang menolak ajakan suaminya dimurkai Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda, Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat hingga ke Subuh.
Selain itu tidak diterima amalan seorang isteri yang membuat suaminya marah dan juga hamba abdi yang lari dari tuannya. Dalam sebuah hadith ada dinyatakan :
Tiga golongan yang sembahyang mereka tidak akan diangkat walaupun melepasi kepalanya iaitu lelaki yang mengimankan sembahyang satu kaum sedangkan mereka tidak menyukainya, perempuan yang suaminya tidur dalam keadaan marah kepadanya dan sembahyang seorang hamba sahaya yang lari dari tuannya .Tugas Suami Mendidik Isteri
Rasulullah s.a.w. menyuruh para suami agar berbuat baik kepada isteri dan bersederhana dalam mendidik para isteri. Rasulullah SAW bersabda ““Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah kepada wanita (dengan kebaikan).” (Riwayat Syaikhain melalui Abu Hurairah)
Siti Hawa dijadikan dari tulang rusuk bahagian yang paling atas Nabi Adam a.s. Tulang rusuk yang paling atas adalah bahagian yang senang dipatahkan. Begitu jugalah perempuan, janganlah seorang suami terlalu cerewet dengan perkara yang remeh-temeh seperti lauk atau masakan isteri yang kurang masin. Asalkan seorang isteri itu patuh ajaran Islam, meminta izin apabila hendak keluar rumah dan tidak curang kepada suaminya, maka memadailah.
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
An-Nisaa [34]…..dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
No comments:
Post a Comment