Hazayani Zakaria, | 20 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan semua
pihak agar tidak menyalahkan pembangkang, polis dan tentera dalam soal
keselamatan negara.
Sebaliknya tegas beliau, menjadi tanggungjawab kerajaan iaitu parti pemerintah memastikan kedaulatan negara terjamin khususnya dalam peristiwa pencerobohan Lahad Datu.
"Sepatutnya apa yang berlaku dalam negara sama ada keselamatan, ekonomi yang bertanggungjawab ialah parti yang memerintah. Tidak boleh dipersalahkan pembangkang, jangan disalahkan polis dan tentera (kerana) mereka adalah jentera kerajaan (dan) bergantung kepada dasar dan polisi yang diamalkan oleh kerajaan," kata beliau pada sidang media Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut semalam.
Beliau juga berkata, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut bertanggungjawab di atas kepincangan yang berlaku dalam negara ketika ini.
"Khususnya mereka yang masih hidup sejak Tun Mahathir sehingga selepasnya di mana kebocoran berlaku adalah kerana kealpaan mereka dalam mengendalikan urusan negara ini.
"kita terus menghadapi bukan sahaja masalah inflasi yang tidak turun tetapi sentiasa naik, walaupun kenaikan gaji imbuhan tidak selaras dengan kenaikan harga barang.
"Isu keselamatan negara kita lihat sendiri keselamatan ini bukan sahaja polis dan tentera termasuk jiwa rakyat. Lahad Datu dan kawasan sekitarnya masih lagi hidup dalam kampung air. Tun Mahathir buat kenyataan media nak selesai kampung air, itu masa (zaman) dia dah ada kenapa tak selesai masa (zaman) dia?" soalnya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terus mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan berhubung jumlah warga asing yang didaftarkan sebagai pemilih pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Katanya, beliau yakin senarai nama tersebut ada dalam rekod SPR.
"Saya bertanya kepada dalam ratusan yang dapat kad pengenalan itu, sudah berapa yang didaftar masuk sebagai pengundi dan berapa yang ada di semenanjung. Pengerusi SPR kata ia tidak boleh memberi penjelasan kerana kes itu dalam siasatan ertinya ada angka-angka itu dalam SPR.
"Bahkan pengerusi kata kalau ada pengundi muka Bangladesh tak boleh apa-apakan kerana mereka ada kad pengenalan yang sah. Saya yakin SPR ada angka itu dan kita nak tahu," katanya.
Sebelum itu, Pakatan Rakyat memutuskan akan menubuhkan Majlis Penasihat Keselamatan bagi membincangkan soal-soal keselamatan yang berlaku di dalam negara ini.

No comments:
Post a Comment