Friday, July 26, 2013

Ulasan Panas !! TGNA selepas PRK Kuala Besut..


Saya membaca keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut melalui akhbar tempatan hari ini yang menyaksikan PAS gagal menawan DUN Kuala Besut daripada penguasaan Umno/Barisan Nasional. Dalam erti kata lain, tawaran PAS kepada rakyat Kuala Besut untuk posisi 16 : 16 ditolak oleh rakyat DUN Kuala Besut yang mengambil keputusan untuk terus memangkah Umno kelmarin.

Saya secara peribadi tidak terkejut dengan keputusan ini. Pengalaman saya turun beberapa kali membantu calon PAS berkempen dalam pilihan raya kecil ini termasuk meninjau suasana hari pengundian memberikan gambaran kepada saya suasana kehidupan masyarakat di DUN ini. Kehidupan rata-rata rakyat Kuala Besut yang mencari pendapatan sebagai nelayan memberikan peluang yang cerah kepada Umno/Barisan Nasional menabur sebanyak mungkin projek dan habuan wang ringgit.

Inilah rahsia sebenar kekuatan Umno. Kesusahan dan kesempitan hidup rakyat diambil kesempatan sehabis mungkin bagi memberikan kemenangan kepada mereka. Perhatikan sahaja di seluruh Malaysia ini, kesemua ibu negeri ditawan oleh Pakatan Rakyat kecuali dua sahaja jatuh ke tangan Barisan Nasional. Secara logiknya, ibu negeri tentulah tempat berhimpunnya tenaga cerdik pandai dan berpendidikan tinggi. Dan di sinilah Umno/Barisan Nasional gagal kerana kekuatan wang dan kebendaan ada sempadannya.

Di sinilah letaknya tugas PAS selaku parti yang membawa mesej perjuangan Islam. Di Kuala Besut yang rata-rata penduduknya bergantung kepada pencarian mata pendapatan cara kampung berada dalam tekanan hidup yang tinggi dan sukar untuk membuat pilihan yang terbaik untuk taraf kehidupan mereka sendiri dalam jangka masa panjang. Apatah lagi untuk berfikir demi kepentingan agama. Pada saya, apa yang disebut sebagai penyakit ghaplah (lalai) merajai benak fikir rata-rata penduduk sehingga mengenepikan tanggungjawab terhadap agama mereka sendiri.

Inilah tugas gerakan Islam. Menyambung tugas Rasulullah SAW yang memikul tugas menghapuskan penyakit ghaplah ini. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.” (Surah Yasin : ayat 6).

Perbezaan utama Kuala Besut dengan Pasir Puteh di Kelantan ialah budaya ilmu. Daripada budaya ilmu inilah akan lahirnya masyarakat yang sentiasa beringat-ingat tentang dosa dan pahala. Sebab itu di antara perkara terawal yang dilakukan di Kelantan setelah PAS mengambil alih teraju pemerintahan pada tahun 1990 ialah menubuhkan Unit Halaqat. Ini bukan satu kerja sambil lewa kerana hanya mahu mengharapkan peruntukan kerajaan. Ia sebenarnya misi kerajaan negeri untuk mendidik rakyat melalui pembudayaan ilmu di masjid-masjid yang dikendalikan oleh Unit Halaqat.

Manusia apabila berilmu akan menolak Umno/Barisan Nasional yang jelas dan terang melawan aspirasi perjuangan Islam. Bukan mereka menolak Umno/Barisan Nasional dengan emosi dan taksub, tetapi mereka menolak dengan pertimbangan ilmu yang dipelajari. Dengan ilmu, mereka membezakan intan dan kaca. Tanpa ilmu, jiwa akan kosong umpama tin kosong yang hanya dipenuhi oleh sampah sarap.

Lihat sahaja dakwah Rasulullah SAW di Mekah, ditolak habis-habisan oleh masyarakat Mekah yang rata-ratanya hidup dalam permusuhan panjang dan konflik sosial yang tinggi. Namun di Madinah yang agak maju sedikit dengan perkembangan ilmu dengan kehadiran ahli Kitab, Islam mudah diterima oleh penduduk di sana.

Nyata sekali Kuala Besut adalah ‘kuala ujian’. Ujian untuk penduduknya yang ditawarkan pembangunan ratusan juta yang akhirnya ramai yang lemas di ‘kuala ujian’ ini. Ia juga medan ujian kepada petugas-petugas parti PAS yang datang dari seluruh negara namun akhirnya terpaksa menerima keputusan tewas.

Hakikatnya, ini bukan kali pertama PAS tewas di dalam pilihan raya. Saya mendoakan kesemua petugas parti PAS yang berpenat lelah di bulan Ramadhan ini demi kemenangan calon mereka diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Inilah bekal kita yang paling berharga iaitu kita mengharapkan pahala daripada Allah SWT. Perhatikanlah ayat al-Quran yang bermaksud: “Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan.” (Surah al-Nisa’ : ayat 104).

Kita bertanding di dalam pilihan raya untuk menang. Kita mungkin sedih jika tewas, tetapi jangan sesekali kita kecewa. Segera bangkit dan meneruskan perjuangan kerana perjuangan Islam sekiranya berpijak di lantai ikhlas pasti dihadiahkan dengan pahala!

Salam hormat.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 16 Ramadhan 1434H bersamaan 25 Julai 2013M

Friday, July 12, 2013

Kata2 Yg Boleh Menyebabkan Jatuh Kafir Walaupun Hanya Bergurau !

Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:
  1. Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kafir)
  2. Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak je muke aku tgk. (jatuh kafir)
  3. Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kafir)
  4. Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kafir)
  5. Senyum la sket, muke masam je dah macam malaikat mungka nakir dah aku tgk. (jatuh kafir)
  6. Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kafir)
  7. Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kafir)
  8. Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kafir)
  9. Aku murtad dah, eh gurau je gurau je… (jatuh kafir)
  10. Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kafir)
“Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta” -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.

sumber :  http://khalifahalhidayah.blogspot.com

Apa Yang Israel Takutkan Pada Islam ?

Ketika Rombongan Syeikh Maulana Tariq Jamil Selesai Menunaikan Solat Subuh di Salah Satu Masjid Dekat Perbatasan (Al Hudud), tiba-tiba seorang tentera Israel dari luar melihat ke arah dalam Masjid


Setelah melihat sebentar, lalu Tentera Israel itu langsung pergi ,.
Maka Syaikh Maulan Tariq Jamil menghampiri  tentera Israel itu dan bertanya ;
-Apa Yang Dia Tadi Lakukan-,
"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir Solat Subuh di Masjid..”~Kata Tentera Israel Itu~„
Syaikh Maulana Tariq Jamil dengan hairan bertanya ,
"Kenapa ?"
Tentera Israel pun menjawab, :
Di dalam Kitab Kami (Kitab Taurat)  ada tertulis.’
“Jika di seluruh dunia jumlah Orang Islam yang hadir untuk Solat
Subuh berjama’ah di Masjid adalah sama banyak dengan jumlah Jama’ah Solat
Jumaat, maka, saat itu Israel akan hancur"
“~Tetapi ketika tadi saya lihat di Masjid jumlah Orang Islam yang datang untuk Solat Subuh berjama’ah masih sedikit, maka, hati saya tenang, kerana Umat Islam pasti tidak akan dapat mengalahkan Kami”-

Wallahua'lam.

sumber http://billyinfo.blogspot.com

Friday, July 5, 2013

Tips Untuk Memutihkan Gigi Putih

by Hasnul Hadi Ahmad on May 4, 2013
Gigi putih adalah idaman bagi orang yang suka pada kebersihan dan kecantikan. Antara kelebihan utama gigi putih adalah ia boleh menyerikan wajah apabila senyum dan boleh beri keyakinan kepada diri.
Untuk dapatkan gigi putih, anda boleh cuba tips–tips di bawah:
1- Ambil kulit oren. Tenyehkan bahagian putih pada kulit oren pada gigi anda. Selepas beberapa hari, anda akan dapat lihat kesannya pada gigi anda.
2- Gosok gigi sebanyak tiga kali sehari dengan menggunakan ubat gigi yang ada formula untuk dapatkan gigi putih.
3- Kurangkan merokok, minum air kopi dan teh. Ketiga–tiga perkara ini adalah antara punca kepada pembentukan gigi kuning.
4- Campurkan garam dengan air limau yang di perah. Kemudian gosok gigi menggunakan bahan tersebut. Jika anda takut, anda boleh cuba amalkan minum jus limau pada setiap hari. Gigi anda akan bertukar menjadi putih secara perlahan–lahan, insyaAllah. Selain itu, gigi anda juga akan bertambah kuat.
5- Buang segala makanan yang terlekat pada gigi anda selepas anda makan. Gunakan flos untuk keluarkan segala makanan yang terlekat pada gigi anda. Jika anda biarkan makanan tersebut terus melekat, ia akan menjadi tempat kepada pembiakan bakteria. Bakteria juga adalah antara punca kepada pembentukan gigi kuning.
6- Minum air putih lebih banyak daripada air yang bergula atau air bergas.
7- Banyakkan makan strawberry. Ketika makan strawberry, anda tenyehkan sedikit pada gigi anda terutama di bahagian hadapan gigi dengan lidah anda. Teknik ini boleh memberi anda gigi putih.
8- Tips dapatkan gigi putih yang terakhir adalah anda pergi ke klinik gigi dan dapatkan rawatan gigi putih secara professional.