Gigi
putih adalah idaman bagi orang yang suka pada kebersihan dan
kecantikan. Antara kelebihan utama gigi putih adalah ia boleh menyerikan
wajah apabila senyum dan boleh beri keyakinan kepada diri.
Untuk dapatkan gigi putih, anda boleh cuba tips–tips di bawah:
1- Ambil kulit oren. Tenyehkan bahagian putih pada kulit oren pada gigi anda. Selepas beberapa hari, anda akan dapat lihat kesannya pada gigi anda.
2- Gosok gigi sebanyak tiga kali sehari dengan menggunakan ubat gigi yang ada formula untuk dapatkan gigi putih.
3- Kurangkan merokok, minum air kopi dan teh. Ketiga–tiga perkara ini adalah antara punca kepada pembentukan gigi kuning.
4- Campurkan garam
dengan air limau yang di perah. Kemudian gosok gigi menggunakan bahan
tersebut. Jika anda takut, anda boleh cuba amalkan minum jus limau pada
setiap hari. Gigi anda akan bertukar menjadi putih secara
perlahan–lahan, insyaAllah. Selain itu, gigi anda juga akan bertambah
kuat.
5- Buang segala makanan
yang terlekat pada gigi anda selepas anda makan. Gunakan flos untuk
keluarkan segala makanan yang terlekat pada gigi anda. Jika anda biarkan
makanan tersebut terus melekat, ia akan menjadi tempat kepada pembiakan
bakteria. Bakteria juga adalah antara punca kepada pembentukan gigi
kuning.
6- Minum air putih lebih banyak daripada air yang bergula atau air bergas.
7- Banyakkan makan
strawberry. Ketika makan strawberry, anda tenyehkan sedikit pada gigi
anda terutama di bahagian hadapan gigi dengan lidah anda. Teknik ini
boleh memberi anda gigi putih.
8- Tips dapatkan gigi putih yang terakhir adalah anda pergi ke klinik gigi dan dapatkan rawatan gigi putih secara professional.
No comments:
Post a Comment