Thursday, December 31, 2009

Sepanjang Jalan Ke KB

29 Disember 2009
Selasa

9.30 am - Bertolak dari Sri Temenggong dgn Sal, Syahmi dan Syabil
1.05 pm - Berhenti di Petronas Mukhtafi Billah utk isi minyak dan solat
2.15 pm - Sambung perjalanan
2.30 pm - Berhenti makan berhampiran BHp Bukit Besi - tngok ayam serama jantan (katik) kejar ayam betina siam (besar giler)....ek eleh dgn budak katik pun takut?
3.15 pm -Sambung perjalanan
6.50 pm - Check in di Flora Bay Hotel. Mlm Syahmi dan Syabil kluar beli KFC dan nasi goreng - bapaknya tidur kepenatan stelah sehari suntuk drive

30 Disember 2009
Rabu

8.30 am - Sarapan dgn Sal dan Syabil di Flora Cafe, tngkat 5
9.30 am - Ke HUSM dgn Sal. Syahmi dan Syabil tinggal di Hotel
10.45 am - Sal masuk wad 4u
12.00 pm - Aku balik hotel utk check out sbb kat Flora Bay takde internet.
2.00 pm - Check in di Ombak Inn, Wakaf Che Yeh
5.00 pm - Bertiga ke HUSM
7.30 pm - Balik ke Ombak Inn. Mlm kluar makan dan jln2 sepanjang pasar mlm tapi tak beli apa pun (takut tak cukup duit)

31 Disember 2009
Khamis

10.00 am - Bertiga pegi sarapan dan terus ke HUSM
2.15 pm - Kluar dari HUSM terus ke Mydin KB utk beli keperluan skolah
3.45 pm - Balik Ombak Inn
5.30 pm - Bertiga ke HUSM
7.30 pm - Balik Ombak Inn. Mlm ronda pasar cuma beli hanger (bleh lekat kat dinding licin...power!...boleh angkat sampai 5 kg)

1 Januari 2010
Jumaat

Selamat Tahun Baru
Semoga Allah meningkatkan keceriaan kepada kami sekeluarga dan menjadikan kami org bersyukur

10.15 am - Pegi sarapan dan terus ke HUSM
1.15 pm - Solat Jumaat di Masjid Kubang Kerian. Penuh sesak wlaupun masjid besar. Sampai ada yg bentang tikar bawah pokok bunga. Jln jem habis ! Sepanjang solat hujan renyai2...tak taulah apa nasib org yg solat bawah pokok tadi ?

Antara maksud ayat yg dibaca oleh imam yg aku faham ckit2 ialah dari Surah As Saf : Hai org beriman. Mahukah aku tunjukn kpd kamu cara bagi melepaskan diri dari azab yg amat pedih ? Hendaklah kamu beriman kpd Allah dan hari akhirat dan berjihad di jln Allah. Yg demikian itu adalah lebih baik jika kamu mengetahui.

2.00 pm - Pegi semula ke HUSM tapi dah tak boleh masuk sbb dah habis waktu melawat. Balik je...
2.30 pm - tidur
5.00 pm - Ke HUSM. Bawa Sal jln2 kat bawah tapi kedai banyak tutup sbb hari jumaat. Beli roti dan air mineral - minum kat depan farmasi.
7.15 pm - Balik Ombak Inn. Mlm kluar makan dan mcm biasa jadi peronda pasar mlm wakaf che yeh ! Esok dijangka balik segamat tentu wakaf che yeh kehilangan aku !

2 Januari 2010
Sabtu

8.45 am - Check out, pegi sarapan dan terus ke pasar khadijah - beli kropok, pencecah dan budu je utk kengkawan...
10.35 am - Ke HUSM - hari cuti waktu melawat ialah jam 11.00 am - bawak sal jln2 kat bawah smbil minum
2.15 pm - Bertolak balik segamat - berat nak tinggalkan sal tp trpaksa korban asalkn dia sihat ! 4.30 pm - Berhenti solat di sg tong
8.00 pm - Berhenti solat dan makan di kuantan
11.45 pm - Sampai ( hujan renyai sepanjang perjalanan balik)

Sunday, December 27, 2009

Berita Kematian

Allahyarham Zaqwan bersama Syahmi dan Syabil di kediaman kami
Rumah Rakyat, HUSM, Kelantan

Syahmi, Syabil, Dik Aa dan Dik Ya
di Pantai Irama, Bachok

Malam tadi kami dikunjungi oleh Keteng, Joe, Bibah dan anak2nya. Tengah rancak bersembang, lebih kurang jam 11 malam, Sal dapat call dari Kak Zah, Kota Bharu, Kelantan beritahu berita sedih tentang kematian anaknya, Zaqwan. Kemalangan jalanraya. Tergamam mendengar berita sedih itu tapi apa daya semua itu ketentuan dari Allah. Dari Allah kita datang kepada Allah kita akan dikembalikan. Aku mendoakan semoga roh Zaqwan ditempatkan bersama roh para Anbia' dan solihin. Didoakan juga moga Kak Zah dan keluarga tabah menghadapi ujian ini.

Balik dari surau pagi tadi macam biasa mengaji sekejap lepas tu terus membongkar gambar2 lama sekitar tahun 2002. Gambar2 yg dirakam semasa menemani Sal di HUSM. Masa tu Kak Zah menjaga anaknya Wani di wad 4u. Perkenalan di wad 4u menjadikan kami macam adik beradik. Suka dan duka kami harungi bersama. Kak Zah dan Zaqwan selalu membantu urusan kami. Zaqwan membawa Syahmi dan Syabil bermain semasa aku menguruskan Sal di wad. Indahnya masa itu hingga melupakan derita sebenar yg kami hadapi.

Abg Awie, Kak Yong, Dik Tun (Allahyarhamah), Dik Aa dan Dik Ya juga tetap segar diingatan. Aku sering bertukar pendapat dlm hal agama dgn abg Awie. Kadang2 sampai lupa yg kami ada pesakit yg perlukan perhatian. Lepas tu datang pulak Ustaz Zul ( Pengetua Maahad Muhammadi, JB) ke wad 4u menemani isterinya Aisyah (sakit) bersama anaknya Husna. Semakin rancaklah persembangan kami bila org yg lebih arif dlm agama datang ke wad 4u. Sekapal plak tu ! Sorang dari Seberang Jaya, sorang dari Taib Andak dan sorang lagi dari Segamat~bertemu di Kubang Kerian, Kelantan. Ya Allah, moga kau temukan kami dan keluarga kami di Jannatul Firdaus.

Thursday, December 17, 2009

Tazkirah Tentang Memilih Pemimpin

Kembalikan fungsi masjid
sebagai sebuah institusi ilmu

Kali ini aku terpanggil nak tulis hal2 yg berkait dgn tajuk kat atas tu. Bukan apa, kan kita selalu dengar ustaz2 beritahu sabda Nabi SAW ; Sampaikan apa2 yg datang drpd aku walaupun satu ayat. Bukanlah aku ni alim sangat. Tak ada kelulusan formal pun dlm agama. Dapat ilmu sikit2 melalui kuliah2 kat masjid dan usrah. mcmana pun ...i try...

Sebenarnya, jauh di sudut hatiku tersimpan rasa kasih dan sayang yg teramat sangat kepada keluarga dan kengkawan. Kita selalu usik mengusik, bersenda gurau dan ketawa ria. Tapi sesekali kena ingat-mengingat jugak ! Takkan nak sembang cerita drama nur kasih je...

Alhamdulillah kita dilahirkan di dalam Islam. Tak payah susah2 buat research; mengkaji dan mnyelidik untuk mencari agama. Tau2 dah Islam ! Dapat transfer kredit kerana ibubapa kita sudah Islam. Kalau ambik bachelor of accountancy mungkin kita dapat terus naik part 3. Tapi ada jaminankah bahawa kita akan grad ? Tak ada siapa boleh jamin. Kita sendiri perlu usaha.

Dalam dunia pun macam tu juga. Tidak dibentangkan karpet merah utk kita terus ke syurga. Kita sendirilah kena usaha untuk sentiasa berada di landasan yang betul. Kita sendirilah kena mencari majlis2 ilmu. Jangan dok seronok sahaja kerana kita tak tau adakah esok kita masih hidup. Menyesal kemudian apa jadahnye !

Sebelum menjejakkan kaki ke alam sekolah lagi kita dah diajar perkara2 asas dlm agama. Kita diajar Rukun Iman dan kita hafal Rukun Islam. Kita tau implikasinya kalau kita tak percaya Rukun Iman. Kita pun tau kalau tolak Rukun Islam kita jadi kafir. Tapi kena ingat itu cuma teori sahaja. Praktikalnya ialah hari ini. Bermula kita akil baligh hingga ke pintu kubur.

Islam adalah agama yg lengkap. Itu perkara rukun yg menuntut kita yakin dgn sungguh2 tanpa was2. Tidak ada satu pun di dalam kerja buat kita yg terlepas dari hukum Islam samada wajib, sunat, harus atau makruh. Islam memberi panduan kepada kita dalam semua perkara. Dari soal dalam hati hingga soal berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Tidak yakin dengan Undang2 Al Quran boleh membatalkan akujanji syahadah kita dgn Allah dan boleh membawa murtad. Tentu lebih teruk kalau kita menghina atau memperlekeh ajaran Al Quran. Mari kita tengok apa yg terkandung dlm buku Mustika Hadith Jld.2 terbitan Jabatan Perdana Menteri dalam bab perkara2 yg membatalkan syahadah. Artikal tersebut menyatakan bahawa org yg memperlekeh perbuatan Nabi SAW menjilat jari selepas makan boleh membatalkan Islam seseorang. Itu baru memperlekeh sunnah, bagaimana pula kalau menolak hukum Al Quran lalu dicipta hukum selain dari apa yg Allah telah tetapkan dlm Al Quran ? Allah menetapkan hukuman bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan tetapi kita memandai2 memindanya dengan hukuman denda. Layakkah kita mencipta hukum selain dari apa yg Allah telah tetapkan dalam Al Quran ? Tidakkah ini menghina hukum Allah ?

Bercakap soal menolak hukum Allah di bumi Malaysia, tak boleh tidak ianya melibatkan pemerintah yg ditunjangi oleh UMNO. Undang2 yg berjalan di Malaysia adalah undang2 UMNO. Apa yg kita dapati ialah, UMNO tidak berminat langsung untuk melaksanakan undang2 menurut Al Quran malah menghalang serta mengancam negeri2 yg mahu mendaulatkan hukum hudud. Tak cukup dengan itu, mereka fitnah pula kononnya hukum yg hendak dilaksanakan itu adalah ciptaan PAS. Bila diminta supaya membetulkan sekiranya tidak menepati Al Quran, mereka terkedu ! Usaha menyampaikan dakwah kepada rakyat diputar belitkan. Demi kuasa mereka berbuat apa sahaja asal kelangsungan pemerintahan mereka berkekalan.

Firman Allah : Barang siapa melihat kemungkaran hendaklah ia merobah dengan tangannya. Sekiranya tidak mampu hendaklah merobah dengan lisannya. Sekiranya tidak mampu hendaklah ia membenci kemungkaran itu di dlm hati. Yg demikian itu adalah selemah2 iman.

Bermaharajalelanya pemimpin hari ini di dalam meminggirkan undang2 Al Quran adalah implikasi dari ketidakpekaan kita terhadap soal memilih pemimpin. Ia juga adalah implikasi dari kegagalan kita melazimkan diri ke majlis2 ilmu. Kita terus membiarkan diri di dalam kejahilan. Kita lupa bahawa kita turut menanggung dosa syubhah di atas kegagalan terlaksananya undang2 Al Quran.

Sungguhpun begitu, Alhamdulillah kita bersyukur kerana masih diberi Allah rasa gerun kepada api neraka. Kita tak tinggal solat dan kita berusaha ke arah kebaikan terhadap diri dan keluarga kita. Justeru, marilah kita fikirkan dengan serius, kepada siapa hendak ditinggalkan anak2 selepas ketiadaan kita nanti. Adakah kepada pemimpin yg terus tidak ambil kisah tentang dosa dan pahala ? Adakah kepada pemimpin yg terus melambakkan hiburan yg melampau dan meminggirkan agama ?

Jika ditanya; Siapa perosak agama Islam nombor wahid di bumi Malaysia hari ini ? Pada saya, perosak itu adalah pemerintah Malaysia. Mereka ialah pemimpin UMNO ! Mereka menyekutukan Allah dengan mengambil undang2 British dan membakul sampahkan undang2 Islam yg Maha Suci. Menyokong mereka adalah haram ! Tak ada maknanya kita solat, puasa dan haji kalau dlm masa yg sama kita menyokong puak yg menolak dan menghalang org lain yg ingin melaksanakan hukum Allah.

Akhir sekali saya menyeru kpd rakan dan sahabat handai, marilah kita kembalikan keyakinan kita terhadap kesempurnaan Islam. Marilah kita meletakkan kepercayaan yg tinggi kepada org berserban dan berkopiah berbanding org berbaju kot dan bertali leher. Jika ada suara2 sumbang yg memburukkan org berkopiah dan berserban, yakinlah bahawa suara itu hanya mahu kita berpecah belah supaya mereka boleh terus berkuasa.

Mampukah kita menjawab soalan kubur berkaitan siapakah imam kamu kiranya di dunia kita menyokong parti yg meminggirkan Al Quran ? Mampukah kita menjawab di dlm kubur nanti bila ditanya siapakah saudara kamu andainya di dunia ini kita memusuhi parti yg memperjuangkan Islam ? Marilah kita jauhkan diri dari bersekongkol dengan dosa2 kezaliman dan kesesatan pemimpin ! Orang yg menyokong kezaliman tempat mereka ialah di dlm neraka.

Wallahu A'lam

Friday, December 11, 2009

Lagi Kenangan Mengusik Jiwa

Gambar staf Library masa kat Segamat Baru dan

gambar masa sukan staf kat Perlis. Kenal lagi kengkawan

dlm gambar tu ? Ada cerita di balik cerita.

Nasib baik engkorang tak tau ...

Cobak kau tengok siapa yg di tengah tu ?

Itulah Sri Kandi yg mencairkan keegoanku !

Kenangan Mengusik Jiwa

Minggu ni sibuk sikit. Hanya gambar2
ini yg sempat aku paparkan di blog ini.
Gambar yg dirakam tika anak2ku comel2
lagi. Cuma 4 keping sahaja tetapi di sebaliknya
terpahat 1001 kenangan.

Sambil2 tu bolehlah cuba2 teka yg mana satu Syahir,
Syahmi dan Syabil ?

Saturday, November 28, 2009

Baiti-Jannati

Salbiah, Muhammad Syabil dan Muhammad Syahmi


Salbiah dan Muhammad Syahir

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah dapat jugak aku luangkan masa utk create blog ini. Sibuk memanjang mengalahkan org berjawatan mentoghi ponoh ( menteri penuh ). Hari ini hari ahad 29 November 2009 bersamaan 12 Zulhijjah. Makno eh hari nie adalah hari tasyriq. Hari2 yg disunatkan bertakbir. Raya Haji baru dua hari berlalu. Tengah2 menaip ni pun dihiasi dengan takbir yg berkumandang kek TV.

Dah lama nak buat blog tapi habih takat "nak" je. Hari ni kuatkan semangat, bulatkan tekad dan eden bersila rapat2 depan komputer. Baru mula lebih kurang 15 minit, mak andeh panggil dari dapur ajak minum. Break kejap !

Ok kita sambung balik...
"Bang....tlong tutupkan api nasik !"
Ya ALLAH , baru nak duduk ! ye leh....

....psst, mcamana nak mula ucapan aku ni ?
Perut rasa memulas bila disuruh berucap....

Emmm...aaa...nama saya Mohd Hadzir bin Manap. Asal dari Serting Tengah, Bahau, Negeri Sembilan. Lahir 18 Jan 1962 dan masa ni umur saya 47 tahun. Sudah mempunyai seorang isteri, nama Salbiah bte Ismail. Isteri asal orang Bukit Senggir, Segamat. Lahir 8 Jun 1964. Alhamdulillah d kurniakan 3 org anak; yg sulung Muhammad Syahir, lahir 27 Nov 1989. nombor dua Muhammad Syahmi, lahir 8 Ogos 1993 dan yg bongsu Muhammad Syabil, lahir 2 Disember 1998. Cita2 saya ialah untuk menjadi seorang yg baik dan diredhai Allah. Sekian terima kasih.

Itulah mukaddimah ucapan aku dan senang hati sbb ucapan pembukaan tadi berjalan tanpa gagap2. Strait forward je . Tak sempat gesa nak buang air meledak, ucapan dah tamat !

Mudah2 an dari ucapan pembukaan itu akan mencambahkan idea2 bernas untuk aku meneruskan kesinambungan blog ini. ke mana hendak ku bawa keluarga ku di dlm mengharungi dunia yg penuh dengan halangan dan rintangan. Apa panduan nya ? Adakah main redah saja tanpa ada landasan yg kukuh ? Harapan juga semoga rakan dan jiran dapat membantu membetulkan andainya aku tersasar.

Sekian dulu buat masa ini. Moga sudi dilihat oleh rakan dan jiran. Khususnya keluarga dan anak2. Dipersudikan masuk samada untuk berkawan atau berlawan. Tapi sebagai org Islam, apa jua hujah mestilah berpandukan Al Quran dan Al Hadith.

Firman Allah ; Haatu burhaanakum inkuntum soodiqin
( sila bawa hujah kamu sekiranya kamu orang yang benar )
Wassalam