Sebenarnya, jauh di sudut hatiku tersimpan rasa kasih dan sayang yg teramat sangat kepada keluarga dan kengkawan. Kita selalu usik mengusik, bersenda gurau dan ketawa ria. Tapi sesekali kena ingat-mengingat jugak ! Takkan nak sembang cerita drama nur kasih je...
Alhamdulillah kita dilahirkan di dalam Islam. Tak payah susah2 buat research; mengkaji dan mnyelidik untuk mencari agama. Tau2 dah Islam ! Dapat transfer kredit kerana ibubapa kita sudah Islam. Kalau ambik bachelor of accountancy mungkin kita dapat terus naik part 3. Tapi ada jaminankah bahawa kita akan grad ? Tak ada siapa boleh jamin. Kita sendiri perlu usaha.
Dalam dunia pun macam tu juga. Tidak dibentangkan karpet merah utk kita terus ke syurga. Kita sendirilah kena usaha untuk sentiasa berada di landasan yang betul. Kita sendirilah kena mencari majlis2 ilmu. Jangan dok seronok sahaja kerana kita tak tau adakah esok kita masih hidup. Menyesal kemudian apa jadahnye !
Sebelum menjejakkan kaki ke alam sekolah lagi kita dah diajar perkara2 asas dlm agama. Kita diajar Rukun Iman dan kita hafal Rukun Islam. Kita tau implikasinya kalau kita tak percaya Rukun Iman. Kita pun tau kalau tolak Rukun Islam kita jadi kafir. Tapi kena ingat itu cuma teori sahaja. Praktikalnya ialah hari ini. Bermula kita akil baligh hingga ke pintu kubur.
Islam adalah agama yg lengkap. Itu perkara rukun yg menuntut kita yakin dgn sungguh2 tanpa was2. Tidak ada satu pun di dalam kerja buat kita yg terlepas dari hukum Islam samada wajib, sunat, harus atau makruh. Islam memberi panduan kepada kita dalam semua perkara. Dari soal dalam hati hingga soal berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Tidak yakin dengan Undang2 Al Quran boleh membatalkan akujanji syahadah kita dgn Allah dan boleh membawa murtad. Tentu lebih teruk kalau kita menghina atau memperlekeh ajaran Al Quran. Mari kita tengok apa yg terkandung dlm buku Mustika Hadith Jld.2 terbitan Jabatan Perdana Menteri dalam bab perkara2 yg membatalkan syahadah. Artikal tersebut menyatakan bahawa org yg memperlekeh perbuatan Nabi SAW menjilat jari selepas makan boleh membatalkan Islam seseorang. Itu baru memperlekeh sunnah, bagaimana pula kalau menolak hukum Al Quran lalu dicipta hukum selain dari apa yg Allah telah tetapkan dlm Al Quran ? Allah menetapkan hukuman bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan tetapi kita memandai2 memindanya dengan hukuman denda. Layakkah kita mencipta hukum selain dari apa yg Allah telah tetapkan dalam Al Quran ? Tidakkah ini menghina hukum Allah ?
Bercakap soal menolak hukum Allah di bumi Malaysia, tak boleh tidak ianya melibatkan pemerintah yg ditunjangi oleh UMNO. Undang2 yg berjalan di Malaysia adalah undang2 UMNO. Apa yg kita dapati ialah, UMNO tidak berminat langsung untuk melaksanakan undang2 menurut Al Quran malah menghalang serta mengancam negeri2 yg mahu mendaulatkan hukum hudud. Tak cukup dengan itu, mereka fitnah pula kononnya hukum yg hendak dilaksanakan itu adalah ciptaan PAS. Bila diminta supaya membetulkan sekiranya tidak menepati Al Quran, mereka terkedu ! Usaha menyampaikan dakwah kepada rakyat diputar belitkan. Demi kuasa mereka berbuat apa sahaja asal kelangsungan pemerintahan mereka berkekalan.
Firman Allah : Barang siapa melihat kemungkaran hendaklah ia merobah dengan tangannya. Sekiranya tidak mampu hendaklah merobah dengan lisannya. Sekiranya tidak mampu hendaklah ia membenci kemungkaran itu di dlm hati. Yg demikian itu adalah selemah2 iman.
Bermaharajalelanya pemimpin hari ini di dalam meminggirkan undang2 Al Quran adalah implikasi dari ketidakpekaan kita terhadap soal memilih pemimpin. Ia juga adalah implikasi dari kegagalan kita melazimkan diri ke majlis2 ilmu. Kita terus membiarkan diri di dalam kejahilan. Kita lupa bahawa kita turut menanggung dosa syubhah di atas kegagalan terlaksananya undang2 Al Quran.
Sungguhpun begitu, Alhamdulillah kita bersyukur kerana masih diberi Allah rasa gerun kepada api neraka. Kita tak tinggal solat dan kita berusaha ke arah kebaikan terhadap diri dan keluarga kita. Justeru, marilah kita fikirkan dengan serius, kepada siapa hendak ditinggalkan anak2 selepas ketiadaan kita nanti. Adakah kepada pemimpin yg terus tidak ambil kisah tentang dosa dan pahala ? Adakah kepada pemimpin yg terus melambakkan hiburan yg melampau dan meminggirkan agama ?
Jika ditanya; Siapa perosak agama Islam nombor wahid di bumi Malaysia hari ini ? Pada saya, perosak itu adalah pemerintah Malaysia. Mereka ialah pemimpin UMNO ! Mereka menyekutukan Allah dengan mengambil undang2 British dan membakul sampahkan undang2 Islam yg Maha Suci. Menyokong mereka adalah haram ! Tak ada maknanya kita solat, puasa dan haji kalau dlm masa yg sama kita menyokong puak yg menolak dan menghalang org lain yg ingin melaksanakan hukum Allah.
Akhir sekali saya menyeru kpd rakan dan sahabat handai, marilah kita kembalikan keyakinan kita terhadap kesempurnaan Islam. Marilah kita meletakkan kepercayaan yg tinggi kepada org berserban dan berkopiah berbanding org berbaju kot dan bertali leher. Jika ada suara2 sumbang yg memburukkan org berkopiah dan berserban, yakinlah bahawa suara itu hanya mahu kita berpecah belah supaya mereka boleh terus berkuasa.
Mampukah kita menjawab soalan kubur berkaitan siapakah imam kamu kiranya di dunia kita menyokong parti yg meminggirkan Al Quran ? Mampukah kita menjawab di dlm kubur nanti bila ditanya siapakah saudara kamu andainya di dunia ini kita memusuhi parti yg memperjuangkan Islam ? Marilah kita jauhkan diri dari bersekongkol dengan dosa2 kezaliman dan kesesatan pemimpin ! Orang yg menyokong kezaliman tempat mereka ialah di dlm neraka.
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment