Sunday, December 27, 2009

Berita Kematian

Allahyarham Zaqwan bersama Syahmi dan Syabil di kediaman kami
Rumah Rakyat, HUSM, Kelantan

Syahmi, Syabil, Dik Aa dan Dik Ya
di Pantai Irama, Bachok

Malam tadi kami dikunjungi oleh Keteng, Joe, Bibah dan anak2nya. Tengah rancak bersembang, lebih kurang jam 11 malam, Sal dapat call dari Kak Zah, Kota Bharu, Kelantan beritahu berita sedih tentang kematian anaknya, Zaqwan. Kemalangan jalanraya. Tergamam mendengar berita sedih itu tapi apa daya semua itu ketentuan dari Allah. Dari Allah kita datang kepada Allah kita akan dikembalikan. Aku mendoakan semoga roh Zaqwan ditempatkan bersama roh para Anbia' dan solihin. Didoakan juga moga Kak Zah dan keluarga tabah menghadapi ujian ini.

Balik dari surau pagi tadi macam biasa mengaji sekejap lepas tu terus membongkar gambar2 lama sekitar tahun 2002. Gambar2 yg dirakam semasa menemani Sal di HUSM. Masa tu Kak Zah menjaga anaknya Wani di wad 4u. Perkenalan di wad 4u menjadikan kami macam adik beradik. Suka dan duka kami harungi bersama. Kak Zah dan Zaqwan selalu membantu urusan kami. Zaqwan membawa Syahmi dan Syabil bermain semasa aku menguruskan Sal di wad. Indahnya masa itu hingga melupakan derita sebenar yg kami hadapi.

Abg Awie, Kak Yong, Dik Tun (Allahyarhamah), Dik Aa dan Dik Ya juga tetap segar diingatan. Aku sering bertukar pendapat dlm hal agama dgn abg Awie. Kadang2 sampai lupa yg kami ada pesakit yg perlukan perhatian. Lepas tu datang pulak Ustaz Zul ( Pengetua Maahad Muhammadi, JB) ke wad 4u menemani isterinya Aisyah (sakit) bersama anaknya Husna. Semakin rancaklah persembangan kami bila org yg lebih arif dlm agama datang ke wad 4u. Sekapal plak tu ! Sorang dari Seberang Jaya, sorang dari Taib Andak dan sorang lagi dari Segamat~bertemu di Kubang Kerian, Kelantan. Ya Allah, moga kau temukan kami dan keluarga kami di Jannatul Firdaus.

No comments:

Post a Comment