Agama Islam sudah lingkup dek tangan pemimpin hari ini. Ada ke patut seorang yg mengaku Islam nak heret orang bukan Islam ke mahkamah gara2 haramkan judi ? Sesungguhnya pemimpin hari ini BUKAN penyelamat aqidah cucu-cicit kita. Ya Allah, Kau berilah petunjuk kepada penyokong UMNO kerana sesungguhnya mereka tidak nampak siapakah musuh Islam yg utama di bumi Malaysia hari ini. Zulkifli Sulong |
KOTA BHARU, 30 Mei: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) sedia ke mahkamah sekali lagi jika tindakan beliau mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu tidak memberi kebenaran untuk operasi judi bola sepak bertentangan dengan undang-undang. "Kalau tindakan saya ini salah, saya rela masuk penjara sekali lagi," kata Setiausaha Agung DAP itu di hadapan puluhan ribu rakyat di Padang Perdana di sini, malam tadi. Guan Eng mengulas kenyataan timbalan menteri kewangan yang beliau melanggar bidang kuasanya ketika melarang judi bola sepak dari beroperasi di negeri itu ketika berucap dalam cerrtamah perdana di sini. Turut berucap adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kelantan, Datuk Husam Musa di majlis ceramah perdana sempena Kongres PKR keenam yang diadakan di sini. Sebelum ini, Lim Guan Eng pernah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara kerana mempertahankan seorang gadis Melayu yang dirogol oleh seorang ketua menteri. Ekoran kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak kepada Kumpulan Berjaya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengarah pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu tidak mengeluarkan lesen premis untuk judi itu beroperasi. "Sukan tetap sukan, ia tidak boleh dirosakkan dengan elemen judi. Judi akan jatuhkan kualiti sukan kita. Saya sedia ke mahkamah sekali lagi untuk mempertahankan perkara ini," tegas beliau. Guan Eng turut mengimbau kembali kegemilangan bola sepak di negara ini semasa Mokhtar dahari bergabung dengan Soih Chin Aun dan Santokh Singh. "Ketika itu, kita pernah menewaskan Korea Selatan. Sekarang di mana Korea Selatan? Mereka sudah ke separuh akhir piala dunia. Sekarang negara kita di tempat ke 142 di dunia. Kalau judi bola ini kita benarkan, ke mana mutu bola sepak kita selepas ini?" kata Guan Eng. |
Saturday, May 29, 2010
Judi bola: Guan Eng sedia ke mahkamah
Friday, May 28, 2010
Pulau Pinang haramkan judi bolasepak
p/s : Tak logik langsung kalau UMNO nak luluskan jugak lesen judi bola piala dunia. Sepatutnya tugas pemimpin ialah menyelamatkan rakyat dari azab siksa api neraka tapi UMNO sebaliknya pulak. Mereka beria2 nak sesat baratkan rakyat dgn dosa besar itu. Bermacam2 usaha rakyat supaya kerajaan UMNO membatalkan pengeluaran lesen judi itu tetapi pemimpin yg ada buat pekak sahaja. Alangkah malunya PM Najib dan para menterinya yg mengaku Islam bila Negeri Pulau Pinang yg dipimpin oleh DAP menentang kelulusan lesen judi itu dan menjadi negeri pertama yg mengharamkannya beroperasi di negeri tersebut. Kepada penyokong membabi buta UMNO tolonglah fikirkan semula adakah sokongan anda kpd UMNO boleh membawa ke syurga ? Ingat, kubur sudah semakin dekat !
28 May 2010
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian."Mereka diarahkan menggunakan peraturan Seksyen 101 (5) Akta Pihak Berkuasa Tempatan untuk menolak permohonan dibuat," katanya.
Menurut Lim, kerajaan negeri memutuskan menolak untuk sebarang permohonan konsesi perjudian sukan tunggal negara, Ascot Sport Sdn Bhd bagi menjalankan perjudian sukan.
“Tindakan itu bukan bagi menentang kedai-kedai pertaruhan di Pulau Pinang. Tetapi kita merasakan bahawa sudah ada terlalu banyak cabutan dan cabutan khas dilakukan oleh pengendali judi itu sehingga membebankan banyak keluarga.“Kebanyakan mereka 'terpanggil' untuk mengejar setiap cabutan sehingga menyebabkan kehilangan pendapatan dan menjejaskan keluarga dan anak-anak mereka,” katanya.
Friday, May 21, 2010
Di antara Kelebihan Istighfar
Bersabda Nabi Sallallahu˜alaihi wassalam: Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya.
(Hadis riwayat Abu Daud)
Dari Hadis Rasulullah Sallallahu ˜alaihi wassalam di atas, maka dapat diambil kesimpulan bahawa fadhilat istighfar itu antaranya adalah:
1)Memperoleh keampunan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala atas segala dosa yang dilakukan samada sengaja atau tidak.
2) Menyenangkan hati dari kegelisahan dan gundah gulana kerana dosa yang dilakukan.
3) Mendekatkan diri kepada Allah Subhanhu wa Ta'ala kerana istighfar bukan hanya terbatas kepada permohonan ampun saja tapi juga sebagai bukti ketaatan kepada Allah Subhanahu Ta'ala dan untuk mencapai keredhaanNya.
4) Memperolehi perlindungan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala daripada tipu daya serta hasutan syaitan kerana menghiasi lidah dengan istighfar merupakan salah satu perkara yang dibenci oleh syaitan.
5) Memelihara diri dari melakukan dosa atau kesalahan yang belum dilakukan kerana dengan istighfar dapat membersihkan hati dari lalai dan lupa akan tanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan apa yang dilarangNya.
6) Memperoleh keutamaan dan anugerah dari Allah Subhanahu wa Ta'ala berupa nikmat bagi sesiapa yang mengamalkannya seperti diberi kelapangan, kesenangan, kesihatan serta rezeki yang melimpah.
Sumber: Brunei Darussalam Mufti’s Office
Monday, May 17, 2010
Didik anak ibarat main layang-layang
MASYARAKAT CEMERLANG
Anak-anak dapat "terbang tinggi' jika ibu bapa tahu masa sesuai menghulur atau menarik
PERNAHKAH anda main layang-layang? Cuba perhatikan teknik permainannya. Anda perlu tahu masa yang sesuai untuk menarik dan menghulur talinya, barulah layang-layang anda dapat terbang tinggiSemua ibu bapa ada kebolehan mengasuh dan mendidik anak.Cuma mereka perlukan sedikit rangsangan, panduan dan sedikit daya kreatif saja untuk melaksanakannya dengan berkesan.
Umpamanya, terapkan semangat berdikari dan disiplin pada anak-anak melalui contoh berikut:
Cabaran:
Setiap kali mereka haus, anak-anak itu akan suruh ibunya ambilkan minuman, sebab mereka tak sampai untuk mengambil sendiri jag dan cawan-cawan yang diletakkan di tempat yang tinggi.
Huraian
Belikan jag dan cawan-cawan yang sesuai untuk kegunaan anak-anak dan meletakkannya di tempat yang mudah mereka capai. Anak-anak akan ghairah sebab boleh tuang minuman sendiri.Anak-anak perlu diberi masa berehat dan beriadah secukupnya kerana ini ada kaitan dengan pertumbuhan yang sihat, bukan saja dari segi jasmani malah rohani mereka. Cuma yang perlu dilakukan oleh ibu bapa ialah memantau mereka dan bimbing mereka menguruskan masa dengan berkesan.
Buatkan jadual urus masa di luar waktu sekolah:
Satu jadual untuk mereka jadikan panduan dari Isnin hingga Ahad. Dalam jadual harian, buatkan kotak-kotak yang setiap satu adalah untuk masa setengah jam. Kemudian gunakan pelekat-pelekat bewarna untuk diisikan dalam kotak-kotak tersebut. Contohnya, jika anak anda suka warna kuning, berikan pelekat warna kuning untuk bermain. Kemudian setiap mata pelajaran, berikan satu warna. Umpamanya biru untuk matematik, merah untuk bahasa Inggeris dan hijau untuk bahasa ibunda.
Wednesday, May 12, 2010
Rujuk Kitab Mana Untuk Lulus Lesen Judi bola ?
Judi termasuk di dlm dosa besar. Setiap yg berjudi dapat satu dosa manakala org yg mengundi dan menaikkan pemerintah hari ini dapat dua (syubhah). Nampaknya bertambah satu lagi beban dosa yg perlu ditanggung oleh rakyat yg mengundi UMNO dlm pilihanraya umum yg lalu. Dosa sedia ada ialah judi toto, genting highland, 4D, lesen arak (termasuk kilang) dan semua lesen yg melibatkan dosa. Bayangkan betapa besarnya dosa yg perlu ditanggung dan bayangkan bagaimana anda akan berhadapan dgn Allah di akhirat nanti.
Kita tertanya2 akan kitab mana yg dirujuk oleh pemimpin di dalam mentadbir negara. Al Quran kah atau "ikut suka aku". Dulu heboh dgn penerapan nilai2 Islam. Lepas itu gegak gempita dgn Islam Hadhari. Sepatutnya hari ini makin baik tapi tambah lagi lesen judi. Nampaknya rakyat dipermainkan dgn slogan !
Insaflah ! Kita hari ini sedang ditipu oleh pemimpin yg hipokrit. Mereka berpura-pura mahukan Islam bagi mencuri sokongan kita semasa pilihanraya. Apa ruginya kita memilih parti yg berpegang dgn Al Quran ? Parti yg mahu menjadikan Al Quran sebagai perlembagaan negara. Parti yg dipimpin oleh org yg tidak sewenang2 meninggalkan solat berjemaah di masjid.
Pemimpin hendaklah dipilih dari kalangan org yg amanah. Org yg menjaga akhlak diri dan keluarganya. Kalau dgn org jenis itu dan rajin pula ke masjid kita tak percaya utk mentadbir negara maka bijakkah kita melantik PM dari org yg tak mampu menyuruh isteri menutup aurat ? Solat berjemaah di masjid pulak jauh sekali !
Semoga tulisan ringkas ini dibaca oleh isteri, anak2, keluarga, saudara mara, jiran dan rakan2 ku. Marilah kita sama2 mengingatkan pesanan Nabi SAW, "Aku tinggalkan kpd kamu dua perkara. Tidak akan sesat kamu selama2nya selagi kamu berpegang kpd keduanya iaitu Al Quran dan Al Hadith." Wallahu'aklam.
Saturday, May 8, 2010
Sedihnya Bila Raja Seperti Ini Dimusuhi
Belajar dari gambar
YM Pemangku Sultan Kelantan
Remaja 17 Tahun Cedera Parah Ditembak Polis
Remaja cedera parah terkena tembakan anggota polis
TAMPIN 8 Mei - Seorang remaja cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis peronda dalam kejadian kejar-mengejar di Jalan Seremban-Jelebu dekat sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak ekoran enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan polis.
"Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus," katanya.
Katanya, mangsa kini telah selesai menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
"Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.
Katanya, anggota terbabit telah dikenakan tindakan penahanan kerja serta-merta dan sedang menjalani siasatan kerana melepaskan tembakan tanpa justifikasi yang boleh membawa ancaman kepada dirinya.
Osman berkata, mangsa dalam satu kumpulan kira-kira 20 orang yang menaiki motosikal berhampiran sebuah pasaraya di Jalan Datuk Siamang Gagap dan kumpulan itu berpecah apabila terserempak dengan sebuah kereta peronda polis, manakala mangsa melarikan diri arah Jalan Seremban-Jelebu.
"Anggota polis yang melepaskan tembakan ini mendakwa dia melepaskan tembakan amaran tetapi dalam keadaan kereta yang laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.
"Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira 2 kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut," katanya.
( Belum pun reda lagi kes adik Aminulrasyid, 15 tahun yg mati ditembak polis di Shah Alam dua tiga hari lepas dah timbul lagi kes baru. Tak tahu nak kata apa cuma doakan moga polis yg kerja tak ikut buku spt. kes di atas akan mendapat azab yg pedih dari Allah. Biar mereka rasa spt. apa yg dirasai keluarga mangsa...amin ya Allah )
Friday, May 7, 2010
Masjid Adalah Lambang Kebenaran
Bagi orang yg suka berseloroh dlm. pergaulan harian, mereka akan menghadapi masalah utk meyakinkan org lain apabila mahu menyampaikan perkara yg benar. Bagi menyokong kebenaran kata2nya, kita biasa dengar kata2 ini, " ini cakap masjid tau..." Sumpah laknat yg termasyhur seantero dunia suatu masa dulu, pun dilafazkan di dalam masjid !
Kesimpulannya masjid adalah tempat yg suci. Tempat menyampaikan kebenaran yg tentunya berpandukan Al Quran dan Al Hadith. Masjid ialah tempat berhimpunnya para ulamak. Ulamak yg bertaqwa tidak gentar menegur sekiranya perkara yg disampaikan itu bercanggah dgn Islam.
Lalu apa halangannya berpolitik di masjid. Di masjidlah tempat penyatuan ummah. Hinggakan Yahudi Israel ( satu2nya umat yg dilaknat Allah di muka bumi ini ) menawan Masjidil Aqsa kerana mereka tahu peranan sebenar masjid dan mereka nampak betapa bahayanya Masjid Al Aqsa jika menjalankan peranannya yg sebenar. Jabatan Agama Islam sering mengeluarkan teks khutbah mengajak umat Islam bersatu menentang Yahudi. Seruan itu sebenarnya adalah bersifat politik. Maka di mana salahnya kalau kita gunakan mimbar yg sama menyeru manusia bersatu menegakkan Undang2 Al Quran di bumi Malaysia ? Mengajak rakyat memilih parti yg komited menegakkan Islam semasa pilihanraya.
Siapakah yg paling seronok bila Sultan Selangor larang berpolitik di masjid ? Sudah tentu parti yg menentang tertegaknya undang2 islam. Parti yg menentang penggunaan mimbar masjid utk. mengajak umat islam beriman dgn Al Quran secara menyeluruh. Parti peneraju kerajaan hari ini yg menyembunyikan dalang sebenar disebalik kematian misteri wanita Mongolia. Maka tidak hairanlah bila larangan tersebut disambut dgn bersemangat oleh UMNO melalui Noh Omar dan PM Najib.
Firman Allah, " Barang siapa yg tidak menjalankan undang2 spt. yg ditetapkan oleh Allah (Al Quran dan Hadith ) maka sesungguhnya mereka adalah kafir ."
Wednesday, May 5, 2010
Di antara Kelebihan Ayat Al Kursi
Peristiwa yg sama berlaku pada malam berikutnya. Atas alasan yg sama, orang tersebut sekali lagi dibebaskan tetapi dgn amaran yg keras agar tidak mengulangi kerja jahat tersebut.
Pada malam seterusnya, orang yg sama sekali lagi datang utk. mencuri harta zakat dan sekali lagi dapat ditangkap oleh Abu Hurairah. Pada mulanya Abu Hurairah bertegas utk. membawa org. tersebut mengadap Nabi SAW tetapi sekali lagi dibebaskan hanya kerana org. tersebut mengajar Abu Hurairah agar membaca Ayat Al Kursi apabila hendak tidur. Org. itu berkata lagi, "engkau tetap akan dijaga oleh Allah dan syaitan tidak akan mengganggu mu hingga pagi."
Keesokan harinya Nabi SAW bertanya kepada Abu Hurairah tentang apa yg berlaku. Abu Hurairah menceritakan bahawa dia telah membebaskan seseorang yg cuba mencuri harta zakat atas sebab org. tersebut telah mengajarnya supaya membaca ayat Al Kursi sebelum tidur. Lalu Nabi SAW berkata , "org. itu telah berkata benar dan ketahuilah bahawa org. yg mendatangi mu tiga malam berturut2 itu adalah syaitan. "
Saturday, May 1, 2010
Botak Chin Lebih Bernasib Baik dari Aminul Rasyid
Nyawa rakyat 1 Malaysia begitu murah sekali.Ketika Botak Chin menjadi makhluk yang paling ditakuti orang awam dan kanak kanak,nasibnya lebih baik dari Aminul Rasyid dan Norizan.Pihak polis yang memburu beliau hanya diarah untuk menembak di paras pinggang ke bawah.Penjenayah bergelar Robin Hood Moden itu berjaya diseret ke mahkamah seterusnya ke tali gantung.
Tetapi di zaman Najib memimpin negara dan sepupunya diberi tanggung jawab menjaga keselamatan rakyat jelata,nyawa rakyat yang belum dibuktikan sebagai penjenayah menjadi lebih murah dari nyawa tikus!Pihak polis bukan lagi untuk dihormati,tetapi ditakuti.
Kalau rakyat ditembak penjenayah,mereka boleh mengadu kepada polis,tetapi kalau penjenayah itu ialah polis,apakah mustahil rakyat akan mengambil alih tugas polis!
Alfatihah untuk arwah adik Aminul Rasyid,moga kamu akan mendapat keadilan yang hakiki.