Sinar Harian
Remaja cedera parah terkena tembakan anggota polis
TAMPIN 8 Mei - Seorang remaja cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis peronda dalam kejadian kejar-mengejar di Jalan Seremban-Jelebu dekat sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak ekoran enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan polis.
"Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus," katanya.
Katanya, mangsa kini telah selesai menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
"Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.
Katanya, anggota terbabit telah dikenakan tindakan penahanan kerja serta-merta dan sedang menjalani siasatan kerana melepaskan tembakan tanpa justifikasi yang boleh membawa ancaman kepada dirinya.
Osman berkata, mangsa dalam satu kumpulan kira-kira 20 orang yang menaiki motosikal berhampiran sebuah pasaraya di Jalan Datuk Siamang Gagap dan kumpulan itu berpecah apabila terserempak dengan sebuah kereta peronda polis, manakala mangsa melarikan diri arah Jalan Seremban-Jelebu.
"Anggota polis yang melepaskan tembakan ini mendakwa dia melepaskan tembakan amaran tetapi dalam keadaan kereta yang laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.
"Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira 2 kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut," katanya.
( Belum pun reda lagi kes adik Aminulrasyid, 15 tahun yg mati ditembak polis di Shah Alam dua tiga hari lepas dah timbul lagi kes baru. Tak tahu nak kata apa cuma doakan moga polis yg kerja tak ikut buku spt. kes di atas akan mendapat azab yg pedih dari Allah. Biar mereka rasa spt. apa yg dirasai keluarga mangsa...amin ya Allah )
No comments:
Post a Comment