Wednesday, May 5, 2010

Di antara Kelebihan Ayat Al Kursi

Abu Hurairah pernah ditugaskan oleh Nabi SAW utk. menjaga hasil pungutan zakat dalam bulan ramadan. Pada satu malam, seseorang telah menceroboh masuk dan cuba mencuri harta zakat tersebut tetapi dapat ditangkap oleh Abu Hurairah. Atas alasan miskin dan mempunyai tanggungan yg banyak, maka orang tersebut telah dibebaskan.

Peristiwa yg sama berlaku pada malam berikutnya. Atas alasan yg sama, orang tersebut sekali lagi dibebaskan tetapi dgn amaran yg keras agar tidak mengulangi kerja jahat tersebut.

Pada malam seterusnya, orang yg sama sekali lagi datang utk. mencuri harta zakat dan sekali lagi dapat ditangkap oleh Abu Hurairah. Pada mulanya Abu Hurairah bertegas utk. membawa org. tersebut mengadap Nabi SAW tetapi sekali lagi dibebaskan hanya kerana org. tersebut mengajar Abu Hurairah agar membaca Ayat Al Kursi apabila hendak tidur. Org. itu berkata lagi, "engkau tetap akan dijaga oleh Allah dan syaitan tidak akan mengganggu mu hingga pagi."

Keesokan harinya Nabi SAW bertanya kepada Abu Hurairah tentang apa yg berlaku. Abu Hurairah menceritakan bahawa dia telah membebaskan seseorang yg cuba mencuri harta zakat atas sebab org. tersebut telah mengajarnya supaya membaca ayat Al Kursi sebelum tidur. Lalu Nabi SAW berkata , "org. itu telah berkata benar dan ketahuilah bahawa org. yg mendatangi mu tiga malam berturut2 itu adalah syaitan. "

No comments:

Post a Comment