Saturday, August 28, 2010
Salahkah Bukan Islam Masuk Masjid ?
Bagai nak pecah dada abu jahal mendengar cerita yg amat seronok dari Baginda Rasul SAW itu . Dia yakin pengikut Baginda Rasul SAW tidak akan percaya dgn cerita pelik itu dan bagi abu jahal inilah peluang utk dia memadamkan Islam yg dibawa oleh Baginda Rasul SAW. Lalu abu jahal bersusah payah mengumpulkan penduduk Mekah utk sama2 mendengar cerita dari Baginda Rasul SAW. Tidak sedikit juga pengikut Islam yg meragui cerita perjalanan ajaib Baginda Rasul SAW itu tetapi akhirnya kembali berdiri teguh demi mendengar kata2 gagah dari Saidina Abu Bakar As Siddiq : Kalaulah berita itu dari Muhammad, lebih dari itu pun aku percaya !
Semangat abu jahal itulah yg mendorong Utusan Malaysia meletakkan cerita orang bukan islam masuk masjid sebagai tajuk utama. Mereka mainkan sensitiviti ini agar musuh mereka dibenci rakyat.Mereka hentam apa saja yg musuh mereka buat. Betul atau salah itu perkara no. 2. Mereka lupa bahawa sumber rujukan utama musuh mereka ialah Al Quran dan Hadith. Sumber rujukan yg mampu menghancurkan sumber rujukan utama mereka iaitu perlembagaan malaysia.
Aurat dijadikan alasan menghalang orang bukan Islam naik ke masjid tetapi dalam masa yg sama mereka juga menjadi juara mempertahankan ratu cantik yg pernah diharamkan oleh mufti selangor. Malah di atas muka akhbar yg sama terpampang gambar wanita yg tidak menutup aurat.
Kita juga tertanya2 sekiranya bukan Islam di halang masuk masjid, adakah pembinaan masjid hari ini 100% dibuat oleh org Islam ? Kalau buat masjid, pasang air-cond, pasang karpet, speaker dan sebagainya dibuat oleh org bukan Islam, maka apa aralnya org bukan Islam masuk utk sampai sumbangan ?
Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid:
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.
Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
Keterangan/Hujah:
1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.
4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza."
Saturday, August 14, 2010
Guna Dinar Emas langgar Perlembagaan Malaysia
Sudah 20 tahun Kelantan di bawah kerajaan PAS, rasanya hampir tidak ada sehabuk pun yg mendapat sokongan Kerajaan Persekutuan. Kalau tiru senyap2 apa yg Kelantan buat tu mungkin banyak tapi nak sokong on the spot memang kepingin giler kita nak melihatnya. Apa juga yg Kelantan nak buat pasti disambut dgn hentaman oleh pemimpin BN. Betul atau tidak itu soal no. 2. Mereka berlagak lebih alim dari rakyat Kelantan yg diketahui mempunyai ratusan ribu ulamak yg tidak mudah tunduk kpd sesiapa. Apabila mereka tidak mampu menghalang maka Perlembagaan Malaysia akan menjadi talian hayat paling relevan utk. menyekat.
Apa sebenarnya yg mendorong pemimpin BN menentang usaha baik Kerajaan Kelantan ? Betulkah mereka bertindak kerana Islam ? Adakah mata wang dinar itu mata wang PAS seperti mana mereka mendakwa Hudud dahulu ? Percayalah, mereka sebenarnya tidak mahu melihat kebaikan pemerintahan Islam terserlah dan dilihat oleh pengundi Malaysia. Mereka bimbang pengaruh UMNO merosot. Mereka peduli apa Islam mereka hancur asal mereka kekal jadi menteri.
Guna dinar emas di Kelantan, BNM diminta kaji sudut perundangan
PEKAN 14 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengkaji dari sudut perundangan berhubung penggunaan mata wang dinar dan dirham yang dilancarkan oleh kerajaan Kelantan kelmarin.
Tegas Perdana Menteri, mengikut perundangan negara, hanya BNM yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini.
Sehubungan itu, kata beliau, BNM akan melihat perkara itu dari segi percanggahan undang-undang.
''Ikut undang-undang negara kita, cuma Bank Negara yang boleh keluarkan wang yang boleh diiktiraf dan sah dalam negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 221 masjid dan surau sempena Ramadan di Bangunan UMNO Pekan di sini hari ini.
Kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan mata wang syariah dinar emas dan dirham perak yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.
Nik Abdul Aziz berkata, mata wang itu boleh digunakan di kira-kira 1,000 kedai dan restoran sebagai transaksi perniagaan.
Malah, beliau menyifatkan penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia (RM) yang tidak bertentangan dengan undang-undang dan ia dirangka mengikut peruntukan yang disediakan oleh BNM.
Berikutan itu, BNM dalam kenyataannya semalam menegaskan, hanya mata wang ringgit sah diperakukan bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini.
Mengikut kenyataan itu, di bawah undang-undang negara ini, BNM sahaja yang berhak untuk mengeluarkan mata wang di negara ini.
Sementara itu di Kota Bahru, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, hasrat kerajaan Kelantan menjadi negeri pertama mempelopori penggunaan emas serta perak yang dikenali mata wang syariah emas dinar dan perak dirham di negara ini adalah permainan politik Pas.
Selain penggunaan mata wang kertas dan syiling keluaran BNM, tindakan mengeluarkan mata wang alternatif atau gantian menyalahi perlembagaan dan peraturan negara, kata Mustapa.
Menurut beliau, Pas menganggap dinar dan dirham mata wang alternatif tetapi ia jelas telah melanggar undang-undang negara dan telah ditegaskan melalui kenyataan BNM.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, menurut BNM, ia menyalahi perlembagaan dan peraturan kerana mata wang negara ditentukan oleh Kerajaan Pusat dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri.
Katanya, kedua-dua pemimpin Pas dalam kenyataan mereka berbeza pendapat kerana pada mulanya Nik Abdul Aziz menyatakan dinar dan dirham yang diperkenalkan sebagai mata wang alternatif.
Pada perkembangan yang sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, selain mata wang yang hanya boleh dikeluarkan oleh BNM terdapat satu konsep yang dikenali sebagai legal tender (nilai sah lakunya) yang juga dihalang undang-undang negara daripada dikeluarkan oleh mana-mana pihak.
"Mungkin ini yang memerangkap pemahaman kerajaan negeri apabila mengakui tindakan memperkenalkan dinar dan dirham selaras dengan peraturan BNM," katanya
Mengesan Punca Buang Bayi
Habis macamana kalau undang2 yg tertinggi dlm negara kita adalah perlembagaan malaysia. Hebat sangat ke kepala otak barat agaknye hingga boleh menandingi undang2 Al Quran. Ada ke ilmu berkat dlm kepala orang barat. Sedang Undang2 Al Quran itu datangnya dari Khaliq yg mencipta kita. Redha kah Allah bila kita meletakkan Perlembagaan Malaysia lebih tinggi dari Undang2 Al Quran hingga apa2 hukum yg bercanggah dgn Perlembagaan Malaysia adalah dgn sendirinya terbatal termasuk Hukum Al Quran yg mahu dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan ?
Prof. Ismail Hussein kata bahawa org yg tidak taat perlembagaan Malaysia tidak layak digelar warganegara Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh. Pertambahan kadar jenayah hari ini termasuk pembunuhan bayi makin hari makin mengerikan dan ini menunjukkan Perlembagaan Malaysia adalah undang2 yg gagal. Perlembagaan Malaysia dicipta oleh manusia yg kita pun tahu bersifat lemah dan perlupa. Kembalilah kepada undang2 Al Quran yg syumul lagi berkat. Apa nak disembah lagi perlembagaan Malaysia tu kalau dah 50 tahun dilaksanakan tapi kantoi di semua sudut termasuk pendidikan dan ekonomi. Pilih antara dua samada nak taat perlembagaan Malaysia atau nak taat Al Quran. Yg pastinya tidak ada dua ketaatan dlm satu masa. Taat kepada perlembagaan Malaysia hanya boleh jika perlembagaan itu meletakkan panduan tertingginya adalah Al Quran !
Setuju Hukuman Berat Buang Bayi - Nik Aziz
KOTA BHARU, 13 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong cadangan mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah buang bayi yang semakin berleluasa di negara ini.
Bercakap sewaktu menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu hari ini, Menteri Besar Kelantan itu juga, bersetuju agar pesalah buang bayi tersebut dihukum mati jika bayi yang dibuang tersebut mati.
Menurutnya, hukuman tersebut wajar bagi memberi pengajaran kepada pelaku dan masyarakat keseluruhan agar tidak mengulangi perkara sama.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan bunuh atau bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.
Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Menteri Besar Kelantan itu juga seperti dilapor Bernama, berpendapat undang-undang sekarang lebih 'bersimpati' kepada penjenayah buang bayi yang menyebabkan gejala itu masih berleluasa."
Tuesday, August 10, 2010
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Moga Allah memberi kekuatan utk kita sama2 solat fardhu berjemaah di masjid atau musollah. Moga diberi kekuatan kpd kita utk bersolat tarawih, bertahajjud, solat tasbih, solat dhuha dll. Moga Allah memberi kekuatan agar lidah kita sentiasa bertasbih mengingatiNya.
Mudah2an dgn kekuatan anugerah Allah itu akan membersihkan hati kita dan menjadikannya tempat yg subur utk iman dan taqwa. Memudahkan kita utk menerima nasihat dan berbuat kebaikan. Menjauhkan kita dari menjadi manusia yg durhaka kpd agama, bangsa dan negara.
Amin Ya Rabbal 'Aalamin
Monday, August 9, 2010
1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
766 peneroka Serting saman Felda RM200 juta
Harakahdaily |
SEREMBAN, 9 Ogos: Seramai 766 peneroka Felda Serting Negeri Sembilan memfailkan saman di Mahakamah Tinggi hari ini terhadap Felda dan menuntut gantirugi sebanyak RM200 juta. Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan. Tuntutan saman itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban 2 pada jam 10.45 pagi tadi melalui peguam yang dilantik Sivarasa Rasiah dan Latheefa Koya. Sivarasa dalam satu sidang media di perkarangan mahkamah memberitahu, tindakan itu diambil setelah meneliti satu kes yang sebelum ini berlaku di Felda Kemahang 3 Kelantan yang mendapati wujud penipuan terhadap kadar perahan gred (KPG) yang telah dikemukakan oleh peneroka. "Setelah meneliti kes yang berlaku di Kelantan serta kajian yang telah dilakukan oleh peneroka terhadap KPG mendapati terdapat unsur penipuan telah berlaku pada KPG yang mana kesemua peneroka telah ditipu oleh Felda sejak dari mula mereka memasuki tanah Felda ini,” katanya. Katanya, peneroka menghantar hasil kutipan sawit mentah mereka ke kilang kelapa sawit kepunyaan Felda di Serting dan Serting Hilir. Tambahnya, apabila kutipan dibawa dalam lori, ianya ditimbang setelah pengasingan dibuat mengikut kualiti tandan dibuat iaitu samada ianya busuk, kosong, mengkal, panjang, kotor dura dan sebagainya. "Berat yang ditimbang kemudiannya dibayar mengikut Kadar Perahan Gred (KPG) yang telah tertera di atas satu dokumen bernama akuan penerimaan Berat Timbang Sawit (BTS) pada setiap timbangan atas setiap lori pada setiap kali penghantaran. “KPG yang tertera di atas akuan BTS tersebut adalah 16 peratus hingga 19 peratus. KPG ini bertukar-tukar pada setiap masa dan peneroka tidak mengetahui bagaimana peratusan KPG ini ditetapkan setiap kali penghantaran,” jelasnya lagi. Pada 10 Februari 2010, katanya peneroka telah menghantar sampel tandan ke makmal Sime Darby Research Sdn Bhd untuk tujuan KPG dan hasil ujian menunjukkan bahawa KPG adalah 24.1 peratus manakala pada 19 julai 2010 peneroka telah menghantar sampel tandan ke makmal Felda Analytical Laboratory dan hasil ujian menunjukkan KPG adalah 25.57 peratus`. Menurutnya, oleh kerana memandangkan bahawa hasil ujian kedua-dua makmal secara rawak dan bebas menunjukkan KPG jauh lebih tinggi iaitu di antara 24 peratus hingga 25.5 peratus berbanding dengan KPG yang tertera di atas akaun penerimaan BTS yang dikeluarkan oleh defendan kedua iaitu antara 16 peratus hingga 19 peratus, maka plaintif mendapati wujudnya penipuan (fraud) dan atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli hasil buah sawit diantara Felda bagi pihak peneroka. Tambahnya, tindakan itu jelas wujud penipuan yang dilakukan dengan sengaja dan niat jahat, merendahkan gred sawit sehingga menyebabkan peneroka tidak mendapat hasil yang setimpal dengan usaha yang mereka lakukan. Kesemua peneroka tersebut menamakan Felda dan anak syarikat Felda, Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan, selain itu juga Felda telah lama melakukan penyelewengan dan penipuan terhadap peneroka di kedua-dua rancangan Felda tersebut. "Bagi saya ini adalah satu penipuan dan juga pecah amanah yang dilakukan oleh Felda, kalau mengikut ujian yang dilakukan di kedua-dua makmal tersebut peneroka sepatutnya menerima hasil perahan minyak sebanyak 24 peratus hingga 25 peratus tetapi sikap Felda yang tidak jujur mereka hanya menbayar peneroka atas 16 peratus hingga 19 peratus sahaja. "Kita hari ini bercakap kerugian yang bernilai jutaan ringgit bukannya yang bernilai RM1, kita mempunyai dokumen yang membuktikan segala dakwaan itu benar dan tepat,” ujarnya. Menurutnya lagi, berdasarkan kiraan yang dibuat sebulan peneroka mengalami kerugian RM20 ribu, dalam tempoh 15 tahun 766 orang peneroka Felda di Serting mengalami kerugian RM229.8 juta, sebanyak itulah yang telah dikaut oleh Felda dari peneroka tanpa ada belas kasihan. |