Saturday, August 28, 2010

Salahkah Bukan Islam Masuk Masjid ?

Aku teringat cerita abu jahal tatkala berjumpa Baginda Rasul SAW (tersayang) yg baru pulang dari Isra' dan Mi'raj. Dihampiri oleh abu jahal akan Baginda dan bertanya dia akan apa2 cerita yg Rasul SAW ingin kongsikan bersama. Lalu Rasul SAW ceritakan yg Dia malam tadi di bawa ke Masjid Al Aqsa. Perjalanan yg sangat jauh dan biasanya mengambil masa sebulan tetapi ditamatkan oleh Baginda hanya separuh malam.

Bagai nak pecah dada abu jahal mendengar cerita yg amat seronok dari Baginda Rasul SAW itu . Dia yakin pengikut Baginda Rasul SAW tidak akan percaya dgn cerita pelik itu dan bagi abu jahal inilah peluang utk dia memadamkan Islam yg dibawa oleh Baginda Rasul SAW. Lalu abu jahal bersusah payah mengumpulkan penduduk Mekah utk sama2 mendengar cerita dari Baginda Rasul SAW. Tidak sedikit juga pengikut Islam yg meragui cerita perjalanan ajaib Baginda Rasul SAW itu tetapi akhirnya kembali berdiri teguh demi mendengar kata2 gagah dari Saidina Abu Bakar As Siddiq : Kalaulah berita itu dari Muhammad, lebih dari itu pun aku percaya !

Semangat abu jahal itulah yg mendorong Utusan Malaysia meletakkan cerita orang bukan islam masuk masjid sebagai tajuk utama. Mereka mainkan sensitiviti ini agar musuh mereka dibenci rakyat.Mereka hentam apa saja yg musuh mereka buat. Betul atau salah itu perkara no. 2. Mereka lupa bahawa sumber rujukan utama musuh mereka ialah Al Quran dan Hadith. Sumber rujukan yg mampu menghancurkan sumber rujukan utama mereka iaitu perlembagaan malaysia.

Aurat dijadikan alasan menghalang orang bukan Islam naik ke masjid tetapi dalam masa yg sama mereka juga menjadi juara mempertahankan ratu cantik yg pernah diharamkan oleh mufti selangor. Malah di atas muka akhbar yg sama terpampang gambar wanita yg tidak menutup aurat.

Kita juga tertanya2 sekiranya bukan Islam di halang masuk masjid, adakah pembinaan masjid hari ini 100% dibuat oleh org Islam ? Kalau buat masjid, pasang air-cond, pasang karpet, speaker dan sebagainya dibuat oleh org bukan Islam, maka apa aralnya org bukan Islam masuk utk sampai sumbangan ?

Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid:

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Keterangan/Hujah:

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza."

No comments:

Post a Comment