Saturday, August 14, 2010

Guna Dinar Emas langgar Perlembagaan Malaysia

Agak2 ada ke benda yg boleh Kelantan buat semata2 nak ikut Nabi SAW buat sedang kerajaan BN tak buat terutama dlm urusan bernegara ? Semua org tau yg Nabi SAW tidak cakap dan tidak buat kecuali semuanya mendapat petunjuk dari Allah Subhanahuataala termasuk dlm soal mata wang dinar. Kebanyakan org berduit melaburkan duit mereka dgn membeli barang2 emas. Mereka yakin dgn nilai harga emas yg tak mudah turun meski pun seluruh mata wang dunia merudum.

Sudah 20 tahun Kelantan di bawah kerajaan PAS, rasanya hampir tidak ada sehabuk pun yg mendapat sokongan Kerajaan Persekutuan. Kalau tiru senyap2 apa yg Kelantan buat tu mungkin banyak tapi nak sokong on the spot memang kepingin giler kita nak melihatnya. Apa juga yg Kelantan nak buat pasti disambut dgn hentaman oleh pemimpin BN. Betul atau tidak itu soal no. 2. Mereka berlagak lebih alim dari rakyat Kelantan yg diketahui mempunyai ratusan ribu ulamak yg tidak mudah tunduk kpd sesiapa. Apabila mereka tidak mampu menghalang maka Perlembagaan Malaysia akan menjadi talian hayat paling relevan utk. menyekat.

Apa sebenarnya yg mendorong pemimpin BN menentang usaha baik Kerajaan Kelantan ? Betulkah mereka bertindak kerana Islam ? Adakah mata wang dinar itu mata wang PAS seperti mana mereka mendakwa Hudud dahulu ? Percayalah, mereka sebenarnya tidak mahu melihat kebaikan pemerintahan Islam terserlah dan dilihat oleh pengundi Malaysia. Mereka bimbang pengaruh UMNO merosot. Mereka peduli apa Islam mereka hancur asal mereka kekal jadi menteri.

Guna dinar emas di Kelantan, BNM diminta kaji sudut perundangan

PEKAN 14 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengkaji dari sudut perundangan berhubung penggunaan mata wang dinar dan dirham yang dilancarkan oleh kerajaan Kelantan kelmarin.

Tegas Perdana Menteri, mengikut perundangan negara, hanya BNM yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini.

Sehubungan itu, kata beliau, BNM akan melihat perkara itu dari segi percanggahan undang-undang.

''Ikut undang-undang negara kita, cuma Bank Negara yang boleh keluarkan wang yang boleh diiktiraf dan sah dalam negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 221 masjid dan surau sempena Ramadan di Bangunan UMNO Pekan di sini hari ini.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan mata wang syariah dinar emas dan dirham perak yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.

Nik Abdul Aziz berkata, mata wang itu boleh digunakan di kira-kira 1,000 kedai dan restoran sebagai transaksi perniagaan.

Malah, beliau menyifatkan penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia (RM) yang tidak bertentangan dengan undang-undang dan ia dirangka mengikut peruntukan yang disediakan oleh BNM.

Berikutan itu, BNM dalam kenyataannya semalam menegaskan, hanya mata wang ringgit sah diperakukan bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini.

Mengikut kenyataan itu, di bawah undang-undang negara ini, BNM sahaja yang berhak untuk mengeluarkan mata wang di negara ini.

Sementara itu di Kota Bahru, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, hasrat kerajaan Kelantan menjadi negeri pertama mempelopori penggunaan emas serta perak yang dikenali mata wang syariah emas dinar dan perak dirham di negara ini adalah permainan politik Pas.

Selain penggunaan mata wang kertas dan syiling keluaran BNM, tindakan mengeluarkan mata wang alternatif atau gantian menyalahi perlembagaan dan peraturan negara, kata Mustapa.

Menurut beliau, Pas menganggap dinar dan dirham mata wang alternatif tetapi ia jelas telah melanggar undang-undang negara dan telah ditegaskan melalui kenyataan BNM.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, menurut BNM, ia menyalahi perlembagaan dan peraturan kerana mata wang negara ditentukan oleh Kerajaan Pusat dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri.

Katanya, kedua-dua pemimpin Pas dalam kenyataan mereka berbeza pendapat kerana pada mulanya Nik Abdul Aziz menyatakan dinar dan dirham yang diperkenalkan sebagai mata wang alternatif.

Pada perkembangan yang sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, selain mata wang yang hanya boleh dikeluarkan oleh BNM terdapat satu konsep yang dikenali sebagai legal tender (nilai sah lakunya) yang juga dihalang undang-undang negara daripada dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

"Mungkin ini yang memerangkap pemahaman kerajaan negeri apabila mengakui tindakan memperkenalkan dinar dan dirham selaras dengan peraturan BNM," katanya

No comments:

Post a Comment