Thursday, September 30, 2010

Wang judi dipulangkan

Ada satu ungkapan yg selalu kita baca di surat2 khabar. Ungkapan itu selalu diulang dan dijadikan zikir oleh pak menteri terutama musim pilihanraya. Ungkapan itu berbunyi ; " Kalau UMNO kalah pilihanraya, negara akan huru-hara ".

Buat masa ini ungkapan itu masih relevan kerana UMNO masih menguasai Kerajaan Pusat. Mereka masih menguasai agensi di bawah Kerajaan Persekutuan termasuk akhbar2 harian. Dgn kedudukan sedia ada ini mereka mencipta satu demi satu huru-hara termasuk isu Lojing, isu PAS Kelantan taja RM4 juta kpd. wartawan utk. memburuk2kan pak menteri, isu PAS Kelantan terima sumbangan RM4 bilion dan berbagai isu remeh temeh. Yg terbaru ialah isu Kerajaan Pulau Pinang sumbang duit judi lumba kuda RM100 setahun kpd warga emas. Kerajaan DAP Pulau Pinang menafikannya namun isu itu terus dimainkan oleh surat2 khabar.

Di muka depan akhbar Utusan Malaysia (akhbar pro UMNO ) terpampang gambar beberapa warga emas memulangkan wang judi yg disumbang oleh Kerajaan Pulau Pinang. Majlis penyerahan ini ditaja oleh ADUN UMNO dan SU Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Alangkah hipokritnya mereka ! Kuman yg jauh di Pulau Pinang mereka nampak tetapi gajah di depan mata mereka buat2 buta. Gaji yg mereka terima setiap bulan berpuluh ribu ringgit ditelan senyap2 tapi RM100 yg diterima warga emas, mereka taja majlis pemulangan !

Semua tahu bahawa setiap lesen urusniaga di Malaysia diluluskan oleh Menteri UMNO. Termasuklah lesen kilang arak, lesen judi Genting Highland, lesen 4 nombor ekor, lesen TOTO, lesen rumah urut unisex, lesen spa unisex, gunting rambut unisex dan entah apa2 lagi. Semua hasil cukai haram itu dimasukkan sekali ke dlm hasil negara. Dari hasil itulah gaji ADUN UMNO, SU Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan gaji kita dibayar.

Setiap orang beriman wajib peka dgn sumber hasil yg dimakan. UMNO telah memerintah Malaysia lebih 50 tahun dan belum ada tanda2 keinsafan kpd mereka utk menghapuskan sumber2 haram di atas. Yakinlah bahawa Allah mendatangkan UMNO adalah sebagai ujian kepada keimanan kita. Apakah kita mahu terus hidup dgn berseronok tanpa memikirkan halal haram atau kita kembali kpd landasan AL Quran yg hanif. Apakah kita mahu terus hidup dgn takutkan UMNO atau takutkan Allah. Pilihlah antara syurga atau neraka.

Wang judi dipulangkan


SEKUMPULAN warga emas memulangkan wang ehsan dan bantuan fakir miskin yang diterima daripada kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipercayai bersumberkan wang judi pada satu majlis di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. – utusan/Sazali Che Din


KEPALA BATAS 29 Sept. – Seramai 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian.

Mereka yang terdiri daripada sekumpulan warga emas serta fakir miskin sekitar kawasan berkenaan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga di sini hari ini.

Secara simbolik, kumpulan tersebut beramai-ramai memasukkan wang ke dalam sebuah tabung yang akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang dalam masa terdekat.

Pada satu ketika, suasana majlis bertukar hiba apabila beberapa warga emas yang ditemubual pihak media tiba-tiba sebak dan menitiskan air mata ketika meluahkan rasa kesal mengenai isu penggunaan wang perjudian bagi membiayai program berkenaan.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang juga ADUN Penaga berkata, pihaknya menerima banyak panggilan daripada penerima bantuan terutamanya warga emas yang berasa ragu selepas isu tersebut didedahkan media massa.

‘‘Mereka kecewa apabila kerajaan negeri sendiri mengaku ada menerima wang sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan sehinggakan warga emas yang menerima wang ihsan RM100 baru-baru ini juga meragui sama ada wang itu datang daripada sumber yang sama.

‘‘Ingin saya tegaskan bahawa kita tidak menghasut mereka (memulangkan wang), tapi bila ramai yang datang ke pusat khidmat hendak berbuat demikian, kita fikir lebih baik mereka berkumpul dan memulangkannya bersama-sama,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis itu.

Turut hadir Ketua Penerangan UMNO negeri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan ADUN Bertam, Zabariah Wahab.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini mengesahkan bahawa kerajaan negeri menerima wang sebanyak RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang bagi membiayai program membasmi kemiskinan tegar di negeri ini.

Pengakuan itu dibuat beberapa hari selepas pendedahan sepucuk surat yang membuktikan kerajaan negeri menerima baki wang sebanyak RM500,000 daripada kelab berkenaan walaupun kerajaan negeri sebelum ini menafikan pernah menerima wang daripada mana-mana sumber perjudian.

Azhar memberitahu, pihaknya difahamkan ramai warga emas dan fakir miskin di kawasan lain termasuk Bukit Mertajam dan Balik Pulau turut berhasrat memulangkan wang bantuan berkenaan tidak lama lagi.

Beliau berkata, tindakan kumpulan terbabit memberi mesej cukup jelas kepada kerajaan negeri bahawa rakyat negeri ini terutamanya umat Islam tidak akan berkompromi dalam soal mempertahankan hak dan kesucian agama.

‘‘Tindakan kerajaan negeri yang satu ketika menafikan kemudian mengaku pula (menerima wang judi) membuatkan rakyat rasa terpedaya dan Guan Eng perlu tahu bahawa umat Islam lebih rela tidak dibantu daripada diberikan wang sumber perjudian,” tegasnya.

Tuesday, September 28, 2010

Zuhud bukan bermakna tinggalkan langsung hal dunia

Monday, 20 September 2010 21:28 | Written by Oleh Mohd Adid Ab Rahman |

SEBUT saja zuhud, terbayang dalam pemikiran segelintir umat Islam tuntutan meninggalkan hal bersangkutan keduniaan seperti harta serta menjalani kehidupan dengan membanyakkan amalan serta hidup bersederhana.



Malah ada yang terus meninggalkan hal dunia, sebaliknya menumpukan kepada usaha mencari kekayaan untuk akhirat nanti. Keadaan itu jauh sama sekali terpesong daripada sifat zuhud dianjurkan Islam serta menyalahi fitrah manusia. Disebabkan salah faham itu, agama dilihat buruk. Zuhud seperti diungkapkan Iman Al-Ghazali ialah suatu keputusan untuk membanteras jiwa daripada segala rupa kesenangan sambil melangkah kepada lebih baik iaitu dengan meninggalkan yang tidak baik kepada lebih baik. Sheikh Muhammad Al-Mubarak dalam buku Sistem Islam, Akidah dan Ibadat menulis, seorang yang melebihkan akhirat dan apa yang berkaitan dengannya di atas dunia.
Zuhud bukan bermakna seseorang tidak perlu memiliki harta sama sekali. Walaupun ada harta yang banyak, jika digunakan pada jalan Allah, itu sudah termasuk kategori zuhud. Begitu juga seseorang yang meninggalkan perkara tidak baik atau haram dan selalu meningkatkan amalan kebaikan.

Imam Ahmad, ketika ada seorang datang bertanya padanya: Apakah orang kaya boleh menjadi orang yang zuhud? Beliau menjawab: Ya, dengan syarat banyak hartanya tidak menjadikannya bangga dan ketika luput darinya dia tidak bersedih hati (kecewa).

Selanjutnya, Imam Ahmad membahagikan tingkatan zuhud kepada tiga iaitu:
Meninggalkan yang haram (zuhud orang awam dan ini adalah fardu ain).
Meninggalkan kelebihan daripada yang halal (zuhud orang khusus).
Meninggalkan yang dapat menyibuk daripada mengingati Allah (zuhud orang yang mendalam pengetahuannya mengenai Allah).


Kehidupan zuhud yang tepat dan benar seperti ditunjukkan Rasulullah yang tidak pernah dibelit malas dan menganggur. Baginda tetap bekerja dengan gigih, namun hasil kerjanya tidaklah dinikmati sendiri tapi hanya diambil bahagian keperluan saja.

Seseorang bersifat zuhud tidak akan terlepas daripada pekerjaan atau kesibukan berusaha. Semua dilakukan untuk keperluan hidup serta beramal soleh sebagai jalan bertaqarub kepada Allah.

Firman Allah bermaksud: Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Surah al-Jumuah, ayat 10)

Ada tiga ciri digariskan Imam Al-Ghazali mengenai mereka yang zuhud iaitu tidak berasa gembira dengan apa yang dapat dicapai dan tidak berasa dukacita dengan apa yang hilang, sikapnya sama saja sama ada dipuji atau dicela.

Mereka yang zuhud sentiasa berdamping dengan Allah, hatinya dipenuhi kemanisan ketaatan kepada Allah kerana sifat hati sememangnya tidak boleh kosong daripada kecintaan kepada Allah.

Natijah daripada sifat zuhud ialah akan menimbulkan kecenderungan menghindari perkara ditegah, melahirkan satu hubungan murni dan tulus yang didasarkan rasa cinta dan makrifat kepada Allah

6 cara suburkan istiqamah dalam beramal


RAMADAN sudah meninggalkan kita. Namun, apakan daya, begitulah putaran hidup kita di dunia ini yang sentiasa beredar mengikut ketentuan Allah.
Marilah kita bersama-sama berdoa agar kita diberi kesempatan untuk bertemu Ramadan tahun depan dan tahun berikutnya. Besar harapan kita supaya segala pengabdian dan pengajaran yang berlaku sepanjang Ramadan lalu menjadikan kita seorang yang lebih berkualiti di hadapan Allah.

Kita bukan saja sedih dengan pemergian Ramadan tetapi yang perlu sangat disedihkan ialah apa saja yang kita dapat dan pelajari semasa beribadat sepanjang tempoh bulan Ramadan sebulan lalu. Perkara pertama dan paling susah untuk dilakukan ialah bagaimana hendak menjadi istiqamah dengan amalan kita. Ada orang sepanjang Ramadan ke masjid tidak pernah tinggal tetapi selepas Ramadan, dia tidak lagi ke surau dan masjid. Itu tidak istiqamah namanya. Ketika Ramadan baca al-Quran tidak henti-henti tetapi selepas Ramadan dia berhenti membaca al-Quran. Sedekah bukan main, bersedekah umpama dermawan namun apabilau Ramadan berlalu, dia kembali kedekut. Itu juga tidak istiqamah namanya. Ada yang membantu anak yatim sepanjang Ramadan. Segalanya diberi untuk anak yatim namun apabila Ramadan berlalu, anak yatim ditinggalkan. Sebenarnya bantuan kepada anak yatim mesti berterusan sebab anak yatim bukan hanya hidup 30 hari setahun, mereka hidup macam kita juga sebanyak 365 hari setahun.


Istiqamah adalah sifat Muslim sejati. Ia ada pada orang yang kuat mujahadahnya. Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Rambut aku menjadi uban kerana surah Nuh.” Ayat yang sangat banyak Nabi fikirkan ialah ayat yang berbunyi maksudnya: “Hendaklah kamu beristiqamah terhadap apa yang aku perintahkan.” Kerana terlalu banyak memikirkan ayat itu hingga al-Rasul menjadi beruban. Maksud ayat itu ialah Rasul berfikir bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah dan pada masa yang sama bagaimana juga hendak menanggung risiko tindak balas dan ancaman daripada kaum musyrikin kota Makkah.

Ada baiknya kalau kita lihat sedikit panduan untuk mendapat istiqamah.

Pertama, banyakkan berdoa. Doa khusus ialah minta Allah anugerahkan pada kita supaya sentiasa beristiqamah. Doa sebenarnya satu visi. Jika di minda ada tergambar untuk mendapatkan istiqamah sudah tentu jadi pendorong, apabila malas akan teringat pada visi.

Kedua, berkawanlah dengan mereka yang komited dengan kebaikan. Kawan baik ialah kawan yang membantu kita berbuat baik. Kawan baiklah kawan yang mendorong kita ke syurga. kawan yang baik ialah kawan yang menghalang kita daripada terjerumus ke neraka.

Ketiga, untuk beristiqamah ialah dengan menulis matlamat yang kita nak capai dan lekatkan di mana-mana tempat di rumah atau pejabat serta mudah dilihat. Ia bertujuan supaya kita tidak mudah lupa maklumlah Ramadan datang setahun sekali.

Keempat, apabila sudah dapat kita tunaikan amalan yang kita nak beristiqamah, iaitu apabila amalan itu sudah mula sebati dengan jiwa kita buatlah kenduri iaitu raikanlah kejayaan kita itu dengan doa selamat dengan menjemput sahabat terdekat.

Kelima ialah dengan berdialog dengan diri sendiri. Biar diri kita yang memujuk diri sendiri dengan membandingkan istaqamah orang-orang dulu. Sekiranya mereka dapat melakukannya kenapa kita tidak? Mereka juga manusia seperti kita.

Keenam, bayangkan pahala besar yang menanti kita apabila kita dapat beristiqamah. : ‘Semoga Allah menerima amalan kita dan amalanmu’”.

Miliki Segera:Surat Rasulullah Pengusir Jin

Seorang sahabat Nabi Salallahualaihi wassalam yang bernama Abu Dujanah Radiallahu anhu pernah mengadu kepada Nabi Muhammad tentang perkara aneh yang dialaminya ketika di tempat tidur.

Abu Dujanah telah mendengar bunyi kisaran dan dengung seperti bunyi lebah serta percikan api.Ketika mengangkat kepalanya dia melihat bayangan hitam tinggi mencecah atap rumah.Beliau memberanikan diri menyentuh makhluk tersebut.Tiba tiba dia terasa seperti menyentuk landak yang berduri.Makhluk itu melontarkan percikan api ke mukanya.


Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah ,baginda mengatakan itulah jin penunggu rumah.Baginda lantas meminta kertas dan dakwat serta menyuruh Syaidina Ali menuliskan ayat ayat di bawah(seperti dalam gambar) yang bermaksud:

“Ini adalah surat daripada Muhammad Pesuruh Allah Tuhan Semesta Alam kepada yang datang ke rumah daripada kalangan jin,penghuni dan pengunjung kecuali yang datang berkunjung dengan baik.Adapun selepas itu ..Sesunmgguh terdapat bagi kami dan kamu kelapangan,sekiranya kamu amat mencintai dan menyukai atau kamu adalah penjahat dan penceroboh atau kamu adalah penggembala yang melakukan perbuatan salah,maka ini adalah sepucuk surat daripada Allah yang bercakap ke atas kami dan kamu dengar benar(Sesungguhnya kami akan menghapuskan apa sahaja yang kamu lakukan)(Dan utusan utusan Kami(para malaikat) yang sentiasa berada di sisi mereka akan mencatat apa sahaja yang mereka lakukan …

Abu Dujanah kemudiannya meletakkan surat Rasulullah itu di bawah kepalanya ketika tidur.Tiba tiba dia terkejut daripada tidur apabila terdengar jeritan suara:

“Wahai abu Dujanah,kamu telah membakar kami dengan kalimat kalimat ini.Demi kebenaran sahabat mu(Rasulullah) angkatlah ia (surat) dan jauhkan daripada kami.Kami tidak selamat kecuali kamu mengangkatnya.Tidak ada lagi tempat untuk kami di rumah kamu,jiran jiran kamu dan di mana mana tempat yang terdapat tulisan ini”.

Abu Dujanah menegaskan beliau tidak akan mengangkat surat tersebut melainkan dengan izin Rasulullah.Pada malam tersebut kedengaran teriakan tangisan dan jeritan jin jin yang menumpang di rumah beliau hingga ke Subuh.Mereka seperti kesakitan apabila surat Rasulullah itu berada di dalam rumah Abu Dujanah.

Selepas Abu Dujanah menceritakan kisah ini kepada Rasulullah,baginda lalu bersabda:

“Maka demi jiwa yang mengutusku demi kebenaran sebagai seorang nabi,sesungguhnya mereka itu(jin) akan merasa azab sehingga hari kiamat nanti”.

Kisah ini adalah bersumberkan kitab kitab rujukan:

At Tazkirah:Imam Qurtubi
Dala ilul Nubuwah:Imam Al Baihaqi
Kazinatul Asrar:Syeikh Muhammad Haqqi an Nazili
Daru’ul Wiqayah:Syeikh Dr Sayyid Muhammad b. Alawi al Maliki al Hasani

Sekiranya anda berhajat untuk mendapatkan Surat tersebut dalam bentuk poster yang elok di tampal di dalam rumah ,sila sms nama,alamat dan jumlah poster ke nombor

0199855883

Harga
1.Poster biasa 1=RM 15.00 termasuk pos
2.Poster siap Laminate 1=20.00 termasuk pos

Bayaran boleh bank in ke akaun
BANK ISLAM ARIS FEZUL BIN ISMAIL 06028020066753 atau
MAYBANK:ARIS FEZUL BIN ISMAIL 156141391979

Wednesday, September 22, 2010

Hukum Tinggal Solat Jumaat Jika Serentak Dgn Raya

1. SOLAT SUNAT HARI RAYA DAN SOLAT JUMAAT

Secara kebetulan, Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini jatuh pada hari jumaat. Justeru, bermacam-macam fatwa dikeluarkan oleh individu yang merasakan dirinya adalah Mufti padahal mereka ini tiada langsung pengetahuan agama.

Tak payah sembahyang Jumaat sebab dah sembahyang Raya tadi.

Itulah antara ungkapan yang saya dengar selepas solat Sunat Eid al-Fitri. Saya sendiri tidak pasti dari manakah mereka mendapat fatwa tersebut.

Solat Sunat Hari Raya

Bagi menjawab persoalan ini, saya sarankan anda teliti dahulu hadis ini :

Pertama : Hadis Zaid bin Arqam :

Muawiah bin Abi Sufyan bertanya kepada Zaid bin Arqam R.A : Pernahkah awak meyaksikan hari raya yang terkena pada hari Jumaat pada zaman Rasulullah S.A.W? Jawabnya : Ya! Kata Muawiah : Bagaimana Rasulullah S.A.W melakukannya? Kata Zaid: Nabi S.A.W melaksanakan solat Eid (pada suatu hari Jumaat) kemudian Baginda memberikan rukhshah (kemudahan/keringanan) dalam solat Jumaat dengan bersabda: “Barangsiapa yang mahu solat (Jumaat), hendaklah dia solat.”

Kedua : Hadis Abu Hurairah :

Sabda Nabi S.A.W : “Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hari raya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hari raya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi S.A.W) akan menunaikan (juga) solat Jumaat”.

Ketiga : Hadis Abdullah bin Abbas.

Sabda Nabi S.A.W : “Telah berkumpul dua hari raya pada hari kamu ini, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hari raya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi S.A.W) akan menunaikan (juga) solat Jumaat, Insya’Allah”.

KESIMPULAN

Umat Islam diberikan rukhsah (keringanan) sama ada mahu menunaikan solat Jumaat atau tidak pada Hari Raya Eid al-Fitri atau Eid al-Adha. Namun, bagi sesiapa yang tidak solat Jumaat, hendaklah dia menunaikan solat Zuhur.

Di Malaysia, majoriti umat Islam akan menunaikan solat Jumaat pada kedua-dua Hari Raya.

Penerangan selanjutnya di sini dan e-Fatwa

2. ZIARAH DAN KUNJUNG-MENGUNJUNG

Alhamdulillah, telah menjadi budaya dan adat bagi masyarakat Melayu Islam di Malaysia ziarah dan berkunjung ke rumah saudara mara sepanjang Hari Raya.

Sewaktu berada di Mesir, saya merasa pelik dan terkejut dengan budaya masyarakat Arab di sana. Pada Hari Raya, mereka bebondong-bondong mengunjungi pusat membeli-belah dan taman-taman hiburan seperti Wonderland.

Amalan ziarah dan kunjung mengunjung ini memberi manfaat yang amat besar dan faedah yang berguna dalam konteks persaudaraan dan perpaduan ummah. Sebagaimana Firman Allah S.W.T :

Ayat 10 Surah al-HujuraatSebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu ; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat. – Ayat 10, Surah al-Hujurat

Walaupun amalan ini memberikan manfaat yang banyak dan dituntut oleh Islam. Kita perlulah mengikut etika dan adab-adab yang ditetapkan.

  1. Sebagai tetamu mestilah berniat baik di atas kunjungannya.
  2. Hendaklah menjaga aurat dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan terutama yang bukan Mahram.
  3. Jangan dibezakan antara orang kaya dan miskin ketika membuat jemputan.
  4. Hendaklah jangan ditolak sesuatu undangan hanya semata-mata berpuasa sunat, sebaliknya terimalah undangan dan hendaklah berbuka kerana untuk menimbulkan kegembiraan dipihak yang membuat undangan.
  5. Hendaklah menolak undangan di mana makanan yang dihidangkan itu terdapat syubhat dan terdapat aktiviti munkar atau orang yang mengundang itu bersifat fasik, zalim atau suka membesar diri.
  6. Semasa berkunjung hendaklah memilih waktu yang sesuai. Janganlah berkunjung pada waktu awal pagi, tengah hari dan larut malam kerana kebiasaan pada waktu itu pihak tuan rumah ingin beristirahat atau membuat persiapan keperluan keluarga.
  7. Perlu memohon izin dan memberi salam sebelum memasuki rumah yang ingin dikunjungi.
  8. Selaku tetamu adalah sangat digalakkan agar berjabat tangan dengan tuan rumah sebagaimana dengan hadith Nabi S.A.W riwayat dari al Barra’ R.A yang bermaksud “ Tidak ada dua orang muslim yang bertemu,lalu saling berjabat tangan, kecuali kedua-duanya diampuni Allah S.W.T sebelum berpisah”. Walaubagaimanapun amalan berjabat tangan ini mestilah dilakukan mengikut lunas-lunas Islam.
  9. Sebagai tetamu juga tidak sepatutnya bebas melakukan apa sahaja di rumah orang lain kerana perbuatan itu akan mengganggu dan tidak disenangi oleh tuan rumah.
  10. Menjaga mata, jangan mencuri dengar atau mengintai tuan rumah, janganlah mengangkat suara semasa berada di dalam rumah dan jangan duduk lama ketika berziarah.

3. JAMUAN DAN PEMAKANAN

Bihun keluaran Muslim

Sudah pasti apabila berkunjung ke rumah rakan dan sanak saudara, pastinya bermacam-macam hidangan dan juadah disediakan. Namun, adakah anda pasti dan yakin bahawa semua bahan mentah yang disediakan adalah 100% halal?

Antara hidangan yang menjadi menu wajib di Hari Raya adalah bihun. Majoriti bihun yang dijual di pasaran Malaysia adalah buatan Non Muslim dan produk import dari Thailand yang amat diragui status halalnya.

Kini, sudah ada produk bihun yang dikeluarkan oleh pengusaha Muslim dan ianya disahkan halal oleh JAKIM.

545651E8062E086533AE763517E5D958

Saturday, September 18, 2010

Tahyul: Siaran tv hari raya tidak bina minda

Mohd Ali Hashim

JERAI, 18 Sept: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar membidas kerajaan yang membenarkan siaran berunsur tahyul dan tidak berfaedah di televisyen sepanjang sambutan hari raya Aidilftri.

Beliau berkata, sepatutnya Kementerian Penerangan mengkaji semula semua siaran televisyen yang tidak menjurus kepada membina minda masyarakat.

"Mereka menghidangkan hiburan yang merosakkan minda rakyat yang menonton, khususnya remaja dan anak muda. Banyak siaran yang memaparkan kisah hantu dan tahyul seperti Susuk, Congkak, Jangan Pandang Belakang dan sebagainya tidak memberi manfaat.

"Apa sebenarnya yang ingin mereka paparkan ialah merendahkan martabat rakyat tanpa disedari. Rakyat juga diajar dengan kerja-kerja tahyul.

"Sepatutnya kementerian berasa malu kerana tahap program kita banyak menekankan perkara syirik dan palsu. Oleh kerana itu bagi mengubah sistem penyiaran ini, maka Pakatan Rakyat (PR) harus diberi peluang untuk menerajui Kerajaan Pusat," katanya lagi.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat turut menyatakan seandainya PR mampu menerajui Putrajaya, maka banyak program membina iman dan takwa akan dilaksanakan.

"Ini membuktikan Barisan Nasional (BN) sudah tidak mampu lagi untuk membina minda dan membentuk masyarakat melalui program-program yang membina.

"Kemungkinan besar mereka takut sekiranya minda rakyat dapat dibina melalui program kesedaran dan keimanan, maka sokongan kepada mereka akan semakin terhakis apabila kepalsuan dan retorik yang selama ini mereka amalkan terbongkar," ujarnya lagi.

Wednesday, September 15, 2010

Sunat Berpuasa Enam Hari Di Bulan Syawal

Hadith :

Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, “ Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”.

(Muslim)

Huraian:

1. Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.

2. Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun.

3. Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Monday, September 6, 2010

Abdul Wahoob vs Sadiq Sigaraga

Kisah Kerajaan Persekutuan mengagihkan wang ihsan menggunakan wang royalti milik kerajaan Negeri Kelantan mengingatkan aku cerita lawak 3 Abdul. Bezanya P. Ramlee buat utk lawak2 je tapi Kerajaan Persekutuan buat betul2. Abdul Wahoob keluar zakat guna harta benda milik bapak mentuanya Sadiq Sigaraga manakala Kerajaan Persekutuan agih wang ihsan kpd rakyat guna wang royalti Kerajaan Negeri Kelantan. Abdul Wahoob dgn Kerajaan Persekutuan sama2 biul !

Haram berihsan dengan wang orang lain
Harakahdaily

KOTA BHARU, 6 Sept: Kerajaan Pusat tidak berhak mengikut undang-undang membahagikan bahagian pembayaran royalti untuk Negeri Kelantan mengikut saluran dan kehendak mereka seperti yang dilakukan sekarang.

“Haram hukumnya berihsan dengan wang orang lain,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenytaan sebagai merujuk kepada kenyataan Datuk Dr. Awang Adek dalam akhbar Sinar Harian semalam.

Katanya, pembahagian wang ihsan dari perolehan wang petroleum dari perairan Kelantan dari mula lagi tidak mengikut mana-mana peruntukan undang-undang.

Menurutnya, ia adalah satu langkah politik murahan untuk menghalang pembayaran wang royalti yang terhak kepada negeri Kelantan seperti kehendak Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian penyerahan hak petroleum Negeri Kelantan kepada Petronas 1975.

Jelasnya lagi, pembayaran wang ihsan membelakangkan kehendak perjanjian dan peruntukan undang-undang berkaitan.

Beliau berkata, amalan seperti itu boleh menimbulkan berbagai salah guna kuasa dan penyelewengan seperti berikut:

a. Melalui amalan pembahagian wang ihsan, tidak ada siapa boleh mengesahkan berapakah jumlah sebenar wang yang patut dibayar.

Adakah jumlahnya sebegitu kecil sedangkan pengeluaran petroleum yang melibatkan perairan Kelantan adalah amat besar.

Jumlahnya bukan jutaan seperti yang diagihkan atas nama wang ihsan tetapi ribuan juta setiap tahun. Melalui pembayaran wang royalti, Kerajaan Negeri boleh menuntut angka pengeluaran sebenar dan jumlah yang terhak untuk rakyat Kelantan yang sudah tentu jauh lebih besar dari apa yang diagihkan sekarang.

Kerajaan Negeri berhak mengaudit dan mengetahui jumlahnya sebenar.Rakyat Kelantan tidak harus tertipu dengan jumlah sebenar yang layak dan terhak untuk mereka melalui amalan 'wang ihsan'.

b. Mengapa selama ini wang ihsan tidak diagihkan?

Hanya selepas Kerajaan Negeri menyuarakan tuntutan ini, Kerajaan Pusat memulakan pengagihan ini. Di mana wang yang diterima sebelum ini dibelanjakan? Siapa yang mendapat faedah darinya? Kenapa Datuk Dr. Awang Adek tidak mengambil inisiatif membahagikannya sebelum kami menuntut? Adakah ini bukan politik? Adakah ini telus?Jika Kerajaan Negeri tidak menuntut, maka wang minyak itu lesap entah ke mana sampai hari ini? Nasib baik kita menuntut, tumpah juga kuah walaupun dicebuk dari khazanah kita sendiri.

c. Siapa yang menentukan penerima adalah layak dan tanpa prejudis politik? Jika Kerajaan Pusat ikhlas, mereka boleh menyalurkan wang itu kepada Perbendaharaan Negeri seperti kehendak undang-undang dan jika Kerajaan Pusat bermatlamatkan untuk menyampaikan kepada mana-mana golongan, ia sudah tentu boleh dirundingkan dengan Kerajaan Negeri.

“Itu cara orang ikhlas.

“Kembali kita pada tajuk asal iaitu sama ada Kerajaan Pusat perlu menangguhkan pembahagian wang ihsan itu sehingga tuntutan Kerajaan Negeri ditentukan oleh Mahkamah atau tidak, saya berpendapat itulah cara yang bersopan dan menghormati proses Mahkamah,” ujarnya.

Wang yang diagihkan, katanya seperti kata PM di Parlimen, adalah dari kawasan pengeluaran petroleum Blok PM 301. Ia ikut terlibat dalam tuntutan saman oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Jika Kerajaan Negeri menang, katanya bermakna Kerajaan Pusat perlu menggantikan semula wang itu.

Justeru, tambahnya, jika Kerajaan Pusat begitu baik hati dan ingin terus membantu rakyat, gunalah wang lain dahulu sementara kes ini selesai dan gunalah sedikit sebanyak kedudukan di Kementerian Kewangan untuk jumlah sekecil itu.

Akhirnya, katanya lagi jika Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa memfailkan permohonan tahanan sementara terhadap aktiviti itu, ia hanya bermakna Kerajaan Negeri mengambil langkah menyempurnakan proses Mahkamah bagi mempastikan kedudukan sebenar isu ini dapat ditentukan.

“Insya Allah, jika Kerajaan Negeri berjaya dalam tuntutan ini, Kerajaan Negeri boleh meneruskan pembahagian wang ihsan tersebut dan mungkin jumlahnya adalah jauh lebih besar dari langkah bidan terjun dan tempias yang dilakukan sekarang.

“Sama kita doakan kejayaan tuntutan ini supaya hak yang terhak dengan jumlah yang begitu besar akhirnya dapat dinikmati secara sah dan halal oleh semua rakyat Kelantan, lambat atau bangat,” katanya.

Wednesday, September 1, 2010

Ambang Merdeka : Laungan Azan Sambut Detik 12 Malam

Pegawai tentera jadi imam malam merdeka
Wartawan Kita

KOTA BHARU, 1 Sept: Tanpa menghirau Ramadan sambutan ambang kemerdekaan di tempat lain dipenuhi persembahan aneka muzikal dan letupan bunga api, sebaliknya di Kelantan disendat dengan program keagamaan.

Bermula dengan program khatam al-Quran seramai 3,500 peserta diadakan selepas solat Asar di Qaryah Ramadan, Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV.

Kemudian majlis berbuka puasa perdana diadakan di bahagian dalam stadium yang diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ribuan hadir pada program tersebut termasuk Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias.

Selain itu Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, wakil-wakil rakyat, anggota keselamatan dan pegawai kerajaan.

Kelainan juga dapat disaksikan apabila solat Isyak dan hajat diimamkan pegawai tentera, Mejar Mohd Shukor Said dari 8 Briged Kem Pengkalan Chepa.

Situasi itu jarang berlaku sebelum ini apabila seorang pegawai tentera lengkap dengan pakaian seragam dengan pangkat tersemat di bahu menjadi imam solat.

Kemudian di tempat yang sama diadakan solat tarawih yang diimamkan Syeikh Ahmad Rejab Yassin dari Mesir. Suara nyaring bacaan ayat-ayat suci al Quran kedengaran di segenap penjuru stadium.

Suasana malam yang nyaman membolehkan orang ramai solat tarawih dengan selesa biar pun beralaskan rumput di padang stadium.

Sekali sekala angin bertiup agak deras sehingga mengangkatkan tikar tempat solat.

Situasi dalam stadium yang dipenuhi budak-budak berjubah di kalangan pelajar-pelajar sekolah tahfiz. Ramai juga lengkap dengan baju Melayu.

Manakala anggota tentera yang berpakaian seragam mengenakan kopiah turut menunaikan solat.

Program diteruskan dengan forum kemerdekaan yang bertajuk Ramadan ke Menghayati Kemerdekaan Sejati membariskan ahli panel iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, bekas pensyarah USIM, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dan bekas Adun Kuala Besut, Nik Zawawi Nik Salleh. Manakala Kamal Ashaari bertindak sebagai moderator.

Berakhir acara forum diadakan pula acara deklamasi sajak oleh pelajar Sekolah Menengah Ugama (Arab) Sulaimiah, Mohd Nor Aiman Azmi, 13.

Beliau pernah mewakili negara mendeklamasi sajak di Bangkok ketika berusia 9 tahun dalam pesta puisi Asean.

Kemudian diadakan pula pementasan pentomen oleh kumpulan dari Majlis Kebudayaan Kelantan yang bertajuk Suatu Ketika Dahulu Adalah Hari Ini.

Pentomen hampir sejam itu diarahkan Zed Zaidin, mengisahkan negara ketika di bawah penjajah sehingga mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Selepas itu tujuh anggota tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja membawa Jalur Gemilang dan diserah kepada Menteri Besar di pentas utama.

Kelainan sekali lagi dapat disaksikan apabila tepat detik 12 malam, laungan azan dikemundangkan. Tiada letupan bunyi api seperti disaksikan di tempat-tempat lain.

Kemudian diikuti nyanyian lagu Negaraku di mana semua yang hadir berdiri.

Dan pada pagi semalam tidak diadakan perbarisan memandangkan umat Islam sedang berpuasa, biar pun program itu diadakan di negeri-negeri lain.