Thursday, September 30, 2010

Wang judi dipulangkan

Ada satu ungkapan yg selalu kita baca di surat2 khabar. Ungkapan itu selalu diulang dan dijadikan zikir oleh pak menteri terutama musim pilihanraya. Ungkapan itu berbunyi ; " Kalau UMNO kalah pilihanraya, negara akan huru-hara ".

Buat masa ini ungkapan itu masih relevan kerana UMNO masih menguasai Kerajaan Pusat. Mereka masih menguasai agensi di bawah Kerajaan Persekutuan termasuk akhbar2 harian. Dgn kedudukan sedia ada ini mereka mencipta satu demi satu huru-hara termasuk isu Lojing, isu PAS Kelantan taja RM4 juta kpd. wartawan utk. memburuk2kan pak menteri, isu PAS Kelantan terima sumbangan RM4 bilion dan berbagai isu remeh temeh. Yg terbaru ialah isu Kerajaan Pulau Pinang sumbang duit judi lumba kuda RM100 setahun kpd warga emas. Kerajaan DAP Pulau Pinang menafikannya namun isu itu terus dimainkan oleh surat2 khabar.

Di muka depan akhbar Utusan Malaysia (akhbar pro UMNO ) terpampang gambar beberapa warga emas memulangkan wang judi yg disumbang oleh Kerajaan Pulau Pinang. Majlis penyerahan ini ditaja oleh ADUN UMNO dan SU Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Alangkah hipokritnya mereka ! Kuman yg jauh di Pulau Pinang mereka nampak tetapi gajah di depan mata mereka buat2 buta. Gaji yg mereka terima setiap bulan berpuluh ribu ringgit ditelan senyap2 tapi RM100 yg diterima warga emas, mereka taja majlis pemulangan !

Semua tahu bahawa setiap lesen urusniaga di Malaysia diluluskan oleh Menteri UMNO. Termasuklah lesen kilang arak, lesen judi Genting Highland, lesen 4 nombor ekor, lesen TOTO, lesen rumah urut unisex, lesen spa unisex, gunting rambut unisex dan entah apa2 lagi. Semua hasil cukai haram itu dimasukkan sekali ke dlm hasil negara. Dari hasil itulah gaji ADUN UMNO, SU Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan gaji kita dibayar.

Setiap orang beriman wajib peka dgn sumber hasil yg dimakan. UMNO telah memerintah Malaysia lebih 50 tahun dan belum ada tanda2 keinsafan kpd mereka utk menghapuskan sumber2 haram di atas. Yakinlah bahawa Allah mendatangkan UMNO adalah sebagai ujian kepada keimanan kita. Apakah kita mahu terus hidup dgn berseronok tanpa memikirkan halal haram atau kita kembali kpd landasan AL Quran yg hanif. Apakah kita mahu terus hidup dgn takutkan UMNO atau takutkan Allah. Pilihlah antara syurga atau neraka.

Wang judi dipulangkan


SEKUMPULAN warga emas memulangkan wang ehsan dan bantuan fakir miskin yang diterima daripada kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipercayai bersumberkan wang judi pada satu majlis di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. – utusan/Sazali Che Din


KEPALA BATAS 29 Sept. – Seramai 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian.

Mereka yang terdiri daripada sekumpulan warga emas serta fakir miskin sekitar kawasan berkenaan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga di sini hari ini.

Secara simbolik, kumpulan tersebut beramai-ramai memasukkan wang ke dalam sebuah tabung yang akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang dalam masa terdekat.

Pada satu ketika, suasana majlis bertukar hiba apabila beberapa warga emas yang ditemubual pihak media tiba-tiba sebak dan menitiskan air mata ketika meluahkan rasa kesal mengenai isu penggunaan wang perjudian bagi membiayai program berkenaan.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang juga ADUN Penaga berkata, pihaknya menerima banyak panggilan daripada penerima bantuan terutamanya warga emas yang berasa ragu selepas isu tersebut didedahkan media massa.

‘‘Mereka kecewa apabila kerajaan negeri sendiri mengaku ada menerima wang sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan sehinggakan warga emas yang menerima wang ihsan RM100 baru-baru ini juga meragui sama ada wang itu datang daripada sumber yang sama.

‘‘Ingin saya tegaskan bahawa kita tidak menghasut mereka (memulangkan wang), tapi bila ramai yang datang ke pusat khidmat hendak berbuat demikian, kita fikir lebih baik mereka berkumpul dan memulangkannya bersama-sama,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis itu.

Turut hadir Ketua Penerangan UMNO negeri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan ADUN Bertam, Zabariah Wahab.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini mengesahkan bahawa kerajaan negeri menerima wang sebanyak RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang bagi membiayai program membasmi kemiskinan tegar di negeri ini.

Pengakuan itu dibuat beberapa hari selepas pendedahan sepucuk surat yang membuktikan kerajaan negeri menerima baki wang sebanyak RM500,000 daripada kelab berkenaan walaupun kerajaan negeri sebelum ini menafikan pernah menerima wang daripada mana-mana sumber perjudian.

Azhar memberitahu, pihaknya difahamkan ramai warga emas dan fakir miskin di kawasan lain termasuk Bukit Mertajam dan Balik Pulau turut berhasrat memulangkan wang bantuan berkenaan tidak lama lagi.

Beliau berkata, tindakan kumpulan terbabit memberi mesej cukup jelas kepada kerajaan negeri bahawa rakyat negeri ini terutamanya umat Islam tidak akan berkompromi dalam soal mempertahankan hak dan kesucian agama.

‘‘Tindakan kerajaan negeri yang satu ketika menafikan kemudian mengaku pula (menerima wang judi) membuatkan rakyat rasa terpedaya dan Guan Eng perlu tahu bahawa umat Islam lebih rela tidak dibantu daripada diberikan wang sumber perjudian,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment