Subky Latif |
ULAMA muda UMNO yang 40 orang itu memilih kaedah sir iaitu cara tersembunyi bagi menengur pimpinan UMNO dan pimpinan kerajaan jika berlaku sesuatu perlanggaran terhadap Islam. Seperti pengumuman Perdana Menteri dalam bajet 2011 bagi menjadikan Malaysia hub hiburan malam dan siang. Ulama tua baik yang bekerja dengan kerajaan seperti Mufti Perak dan ulama haraki membuat teguran terbuka. Tiada kenyataan dari ulama muda UMNO. Reaksi mereka mengikut jurucakapnya, teguran mereka secara sir. Ertinya, mereka bekerja tetapi apa yang dibuat tidak diketahui umum. Pandangan ulama tentang hub hiburan, baik ia dijalankan atau tidak dijalankan, diketahui umum sebagai bercanggah dengan ajaran Islam. Baik sir atau terbuka, ia salah. Tetapi apabila Perdana Menteri bercadang untuk melaksanakannya, apa sikap Islam? Islam mesti menyatakan sikapnya iaitu menentang baik dengan tangan atau dengan lidah atau membantah dalam hati. Yang terkemudian itu adalah selemah-lemah iman. Orang yang lemah iman langsung tidak bersuara apabila raja atau pemerintah melakukan suatu yang tidak betul. Ia hanya memberontak dalam hati. Ulama muda memilih berbisik dengan raja atau kerajaan. Ulama muda adalah ulama. Mereka berbuat begitu bagi menjaga nama baik raja dan kerajaan. Bila mereka berbisik ia dikira baik sikit dari yang memendam rasa dalam hati. Mereka menggunakan lidah tetapi tidak didengar oleh orang luar. Tetapi apa yang mereka kata sebenarnya tidak diketahui di luar. Apa jadi dengan teguran mereka tidak diketahui. Betulkah mereka ada menegur? Kerana mereka ulama sekali pun muda tentulah mereka tidak berbohong. Tetapi itu tentang isu yang dibangkitkan. Bagaimana dengan isu-isu yang orang tidak bangkit tentang sikap mereka? Adakah setiap kali mereka mesti ditanya? Peranan ulama adalah memberitahu apa saja yang salah, yang berbangkit dan yang tidak berbangkit, kerana hendak memberitahu apa yang mereka buat, tetapi supaya orang tahu sesuatu yang salah yang berlaku. Memberitahu orang besar tentang kesalahannya bagi membetulkan orang besar itu dan sekali gus orang ramai lagi awam tahu sesuatu itu salah. Kalau mereka sesudah memberitahu secara sir, diam saja, maka yang tahu salah ialah orang yang ditegur. Tetapi orang lain tak tahu yang dibuat itu salah. Cara yang diguna oleh ulama muda UMNO rasanya tidak berapa kena dengan kemahuan Khalifah Umar al-Khatab yang ketika menerima jawatan khalifah minta rakyat menegurnya jika dia salah. Tidak disebur secara sir. Maka bangun seorang pemuda, mungkin bukan ulama dan mungkin ulama, menghulur pedang sambil berkata, jika Umar menyeleweng, maka mata pedangnya nescaya singgah di lehernya. Saidina Umar tidak kata kaedahnya tidak betul atau tidak sopan, bahkan beliau memuji tindakan pemuda itu sebagai tanda adanya rakyat jelatanya yang jujur dan berkata benar. Pernah Saidina Umar bercakap tentang penentuan emas kahwin bagi perempuan. Perempuan yang tidak setuju dengan pandangan Umar, menegur dan bertanya sejak bila Umar mahu menentukan hak yang sudah ditentukan ada pada tangan wanita? Khalifah menarik balik pandangannya. Dan orang ramai pun tahu tentang kedudukan perkara itu. Teguran mengenai sesuatu tentang Islam adalah dakwah. Komen Mufti Perak tentang hub hiburan itu adalah dakwah. Apa lagilah dengan komen Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz. Logiknya teguran berbisik ulama muda UMNO itu tentulah bertujuan dakwah. Dakwah berbisik yang masyhur ialah peringkat awal kenabian Rasulullah SAW. Nabi terpaksa guna kaedah sir kerana keadaan belum mengizinkan. Tetapi selepas itu baginda diperintahkan berdakwah secara terbuka. Selepas kejadian Saidina Umar berdepan dengan cabaran pemuda yang menghulur pedang jika dia menyeleweng, maka ia menggambarkan suasana keterbukaan kritik antara massa dan pemerintah. Contoh keterbukaan Islam melalui sikap Umar itu menjadi tiruan masyarakat barat menyampaikan teguran kepada pemimpin dan kerajaan. Dalam suasana di luar dakwah berjalan secara terbuka, ulama muda UMNO menggunakan kaedah sir untuk berdakwah di kalangan UMNO dan pemimpinnya. Adakah UMNO berada para peringkat awal kenabian Rasulullah? |
Thursday, November 25, 2010
Apabila ulama muda pilih teguran sir
Monday, November 22, 2010
Khianat Paling Besar
Menurutnya, mana-mana pemimpin negara yang tidak melaksanakan perintah Allah SWT itu menjadi pengkhianat yang sangat besar.
“Orang yang jadi pemimpin negara adalah amanah yang paling besar. Sekiranya dia tidak melaksanakan perintah Allah, maka dia menjadi pengkhianat yang sangat besar.” ujarnya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang baru-baru ini.
Malah, katanya orang yang diberi hak serta peluang melantik pemimpin negara tetapi tidak mengikut kehendak Islam juga mendapat kemurkaan Allah.
Menurutnya, tanggungjawab melantik pemimpin negara juga bukan perkara mainan bagi mendapatkan imbuhan wang ringgit.
“Khianat yang paling besar adalah memimpin negara tidak mengikut syariat Allah SWT.
Begitu juga dengan orang yang melantik pemimpin negara yg tidak mengikut cara-cara Islam, maka mendapat murka yang sangat besar dari Allah.
“Kerana itu, adalah amanah yang sangat besar, bukan main lantik pemimpin boleh RM50, boleh RM100. Ini amanah yang sangat besar di hari kiamat,” tegasnya.
Ustaz Abdul Hadi turut mengingatkan dengan sepotong hadis yang bermaksud,“Barang siapa yang melantik kepimpinan bukan kerana kelayakannya, tetapi kerana dunia, maka dia telah khianat terhadap Allah dan Rasul-Nya SAW”.
Justeru itu, katanya pelaksanaan hukum hudud yang terkandung dalam perundangan Islam wajib ditunaikan oleh pemerintah Islam yang diamanahkan.
Saturday, November 20, 2010
Umno tak mampu berlawan hujah dgn PAS
Harakahdaily |
BALING, 20 Nov: Tragedi berdarah Memali 1985 adalah kemuncak ketakutan Umno untuk berlawan hujah dengan PAS, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Mengkisahkan semula sejarah hitam tersebut, Presiden PAS itu berkata, ianya bermula dengan isu kafir mengkafir di mana PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno. Ekoran itu Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad mencabar PAS berdebat. "PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima. "Antaranya Umno yang menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat. "Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-25 Memperingati Peristiwa Memali di sini, malam tadi. Ceritanya lanjut, beliau berkata, Dr. Mahathir kemudiannya menghimpunkan pemimpin Umno dalam satu himpunan dan memarahi ulama-ulama Umno kerana tidak berani berdebat. Kerajaan kemudiannya mula memberi tekanan terhadap PAS dengan mengganggu ceramah PAS dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mula digunakan untuk menahan pimpinan PAS. Menurutnya, ramai pemimpin PAS yang berjaya ditahan polis melainkan Ustaz Ibrahim Libya. "Kerajaan BN berunding dengan pimpinan PAS mohon dipujuk supaya ustaz Ibrahim menyerah diri, namun PAS membantah. "Sebaliknya kita mendesak supaya arahan menangkapnya ditarik balik. "Oleh kerana mereka tidak mampu berhujah, kemuncaknya berlakulah pembunuhan Memali," kata Abdul Hadi lagi. Tragedi Memali menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ustaz Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 yang lain di bawah ISA 1960. Selepas pembunuhan berlaku, ulama-ulama PAS mengisytiharkan mereka yang terbunuh adalah syahid. Sekat kebangkitan PAS Menurut Abdul Hadi lagi, tragedi Memali juga antara lain dirancang bagi mematahkan kebangkitan PAS melawan Umno ketika itu. Namun ujarnya, semangat perjuangan PAS tidak pernah mati seperti yang diinginkan pemerintah, malah terus subur dan semakin ramai orang mendokong PAS termasuk bukan Islam. Sambutan jubli perak selama tiga hari bagi memperingati peristiwa Memali diadakan di Madrasah Islahiah Diniah - sekolah yang diasaskan oleh Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya. Ianya adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Kedah dengan kerjasama Pemuda PAS Pusat. Kemuncak program ini adalah pengkisahan semula peristiwa berdarah itu yang akan disampaikan Setiausaha PAS Kedah, Senator Muhammad Yusof Husin di akhir program tersebut. Beliau adalah antara yang terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit. Antara pengisian lain sepanjang program tersebut termasuklah, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana. |
Friday, November 19, 2010
Daftar Pemilih Baru Ke Arah Memenangkan UMNO PRU 13 ?
Nov 19, 10
5:56pm
Di Pulau Pinang, PAS negeri itu masih menuntut jawapan berhubung penambahan seramai 630 orang pengundi pos, seperti yang dikesan dalam kawasan parlimen Tasek Gelugor.
Malah, seorang pengundi terlibat tampil berkata tidak tahu menahu mengenai status pemilihnya yang kini didakwa ditukarkan menjadi pengundi pos.
Guru berumur 29 tahun di Sarawak itu berkata, beliau sebelum ini mengundi sebagai pengundi awam.
"Saya tidak tahu (ditukar status menjadi pengundi pos)," katanya sambil memberitahu mengetahui perkara itu daripada seorang pemimpin PAS.
"Dia yang buat semakan dan beritahu saya sudah hilang kelayakan sebagai pengundi awam," katanya yang merupakan isteri kepada seorang anggota tentera yang bertugas di negeri itu.
Sementara itu, setiausaha jabatan pilihan raya PAS negeri Mohd Jamil Abdul Rahman berkata pertambahan pengundi pos itu dikesan sejak senarai pemilih berkenaan dipamerkan selama seminggu, berakhir pada 2 November lalu.
Mohd Jamil berkata, bantahan telah pun dikemukakan oleh PAS Pulau Pinang berhubung kes melibatkan guru itu dan juga beberapa lagi kes lain seumpamanya yang dikenalpasti.
"Kita buat bantahan kepada SPR sebab pengundi tidak diberitahu dia sudah jadi pengundi pos dan juga mengenai perubahan tempat mengundi.
"Bila tiba masa untuk mengundi, nama dia tak ada. Inilah yang menjadi masalah," katanya lagi.
Dakwaan 'pakatan jahat' SPR, ATM
Sementara itu, situasi yang lebih kurang sama turut ditimbulkan oleh PAS di negeri Kedah dengan dakwaan wujudnya "pakatan jahat antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)."
Dakwaan itu ditimbulkan sendiri oleh menteri besarnya Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mendakwa "berlaku penipuan dalam daftar pemilih di beberapa kawasan di negeri itu," seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.
Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri malah menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat SPR berhubung senarai pengundi baru yang dipamerkan baru-baru ini.
Menteri besar itu berkata, seramai 283 orang pemilih baru dikesan didaftarkan Kem Bukit Kayu Hitam.
"Namun setelah disemak, nama terbabit adalah isteri anggota tentera. Peliknya kerana kem itu bukan kuarters keluarga, sebaliknya hanya tempat operasi," katanya yang dipetik dalam laporan tersebut.
Beliau juga menyebut mengenai senarai pemilih di sebuah pengkalan askar wataniah yang juga didapati terdiri daripada isteri anggota tentera.
"Macam mana isteri mereka dibawa ke kem berkenaan kerana itu pengkalan operasi dalam hutan. Tak ada keluarga tinggal di situ," katanya lagi dalam laporan berkenaan.
Namun, sejauh mana wujudnya elemen rasuah dalam dakwaannya itu setakat ini belum dapat dipastikan.
SPRM ketika dihubungi hari ini juga enggan memberikan ulasan sama ada akan menyiasat kes berkenaan.
Thursday, November 18, 2010
46 Ekor = Rasuah, 659 Ekor = Sumbangan
Apabila MB Selangor terima 46 ekor lembu korban dari syarikat tempatan dikata rasuah tapi bila PM terima 659 ekor lembu utk agih kpd UMNO Bahagian dari 20 syarikat dikata sumbangan. Serupa tapi yg diserang cuma MB Selangor. Bagai letupan gunung Merapi riuhnya di surat2 khabar dan TV menghentam MB Selangor dan PKR. Apa sahaja yg ada di tangan semua habis dibaling ke musuh. Keseronokan pada mereka ialah apabila musuh mereka menggeletek kesakitan dan mereka kekal jadi menteri.
Tidak sama spt teguran yg mereka terima dari musuh mereka. Teguran lebih fokus tentang mengingatkan akan dosa dan pahala. Teguran lebih fokus kepada prosedur. Susu yg mereka terima dibalas dgn cuka !Korban perlukan terjemahan
utusanpahang@utusan.com.my
|
|
PEKAN 16 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam di negara ini menterjemahkan ibadat korban kepada konsep yang lebih meluas.
Menurut Perdana Menteri, ibadat korban perlu dilihat sebagai satu konsep yang amat baik untuk diamalkan dan ia merupakan nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.
"Kita mesti melihat pengertian berkorban dari skop yang kecil iaitu penyembelihan binatang korban kepada skop yang lebih luas dalam setiap saat dan ketika.
"Dengan kata lain, kita mesti menggandakan pengorbanan tenaga, pemikiran, kepakaran dan masa bagi mentransformasikan negara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan, sosial dan politik.
"Sebagai contoh, Model Baru Ekonomi (MBE), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), ia bagi meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan menjana kemakmuran rakyat," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Penyerahan Watikah dan Wakalah Korban dalam Parlimen Pekan di Dewan UMNO Pekan di sini, hari ini.
Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; barisan ahli Exco kerajaan negeri; ketua-ketua UMNO bahagian dan para pemimpin masyarakat.
Sebanyak 659 ekor lembu disumbangkan oleh 20 syarikat untuk diagihkan kepada 13 bahagian UMNO di seluruh negeri dan 55 masjid di daerah ini.
Menurut Najib, falsafah ibadah korban menekankan kesatuan umat yang dibina atas dasar takwa bagi memantap dan mengharmonikan hubungan sesama manusia yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.
Monday, November 15, 2010
Saturday, November 13, 2010
Kekal Sokong Kezaliman Bila Rakyat Tak Peka Politik
Perbahasan dan dialog yang bertempat di Thaqifah (portico) Bani Sa’idah itu berterusan sepanjang hari Isnin yang penuh dengan kesedihan itu sehingga menjelang malam. Ia melibatkan umat Islam di antara kaum Ansar dan Muhajirin. Perbahasan tersebut berlanjutan hingga hampir subuh hari Selasa, sedangkan jasad Nabi SAW yang mulia itu masih dikunci di dalam bilik!
Apabila keputusan dicapai, Abu Bakar r.a. dilantik sebagai khalifah, barulah jasad Nabi SAW dimandikan pada hari Selasa oleh Al-Abbas, Ali, Al-Fadl dan Qathm. Al-Fadl dan Qathm adalah anak Al-Abbas. Turut terlibat ialah Shaqran (hamba yang telah dimerdekakan oleh Nabi SAW), Usamah bin Zaid dan Aus bin Khauli. Selesai dimandikan, umat Islam memasuki bilik yang terdapat jasad Nabi SAW dengan bilangan 10 orang pada satu masa silih berganti sehingga habis waktu siang hari Selasa. Berdasarkan riwayat Aisyah, jasad Nabi SAW hanya disemadikan pada hari Selasa malam Rabu.
Kelewatan proses persemadian jasad baginda yang mulia ini selama hampir mencecah dua hari menjadi bukti bagaimana pentingnya politik di sisi sahabat Nabi SAW. Sudah tentu mereka lebih tahu bagaimana cara menghormati Nabi SAW termasuk mesti menyegerakan proses pengkebumian, tetapi politik juga sangat penting!!
Ahmad Jailani Abdul Ghaniwww.ustjai.wordpress.com
PAS harap SPRM berani tangkap 'jerung'
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 12 Nov: Rakyat sekali lagi sedang memerhati apakah akan ada sebarang tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pesalah 'jerung' seperti yang didedahkan Ketua Audit Negara dalam laporan audit 2009 baru-baru ini. |
Wednesday, November 10, 2010
Kelebihan Puasa Sunat Hari 'Arafah
Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)Petikan : Kelab Diskusi Ilmiah
Bersatu dalam doa Hari Arafah
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 10 Nov: Umat Islam seluruh dunia digesa bersatu menadah tangan berdoa beramai-ramai pada jam 1800 GMT pada Hari Arafah 16 November bersamaan 9 Zulhijjah ini. Atas keyakinan 'doa adalah senjata orang Islam', muslim di seluruh dunia digesa berdoa 10 minit pada hari tersebut untuk kesatuan dan kesejahteraan ummah. Inisiatif ini dianjurkan oleh Global Prayer 2010 for Palestin, Peace and Unity. "Semua muslim di seluruh dunia, digesa bersatu dan mengangkat tangan bersama berdoa secara besar- besaran. "Doakan agar Allah SWT melindungi umat Islam yang dizalimi seperti di Palestin, Pakistan dan di seluruh dunia dan kembalikan keamanan," kenyataan dalam web mereka dipetik. Selain itu, mereka juga mahu stesen televisyen, internet dan stesen radio menghebahkan perkara tersebut untuk tujuan lebih ramai menyertai Global Prayer tersebut. "Kita khabarkan kepada semua agar boleh kumpulkan umat Islam dengan jumlah yang besar pada hari yang mulia ini untuk membantu saudara Islam kita. "Bolehkah kita meluangkan 10 minit dari masa kita untuk memohon pertolongan Allah?" soalnya. Pada hari tersebut juga, umat Islam di seluruh dunia disunatkan berpuasa. |
Tuesday, November 9, 2010
300,000 RELA bakal selamatkan BN di S'gor ?
Banyak benda sudah disekat oleh UMNO utk menutup salah guna kuasa yg mereka buat dan utk. mengekalkan kuasa. Antaranya :- - Menyekat kebebasan suratkhabar - Menyekat kebebasan tv dan radio - Menyekat kebebasan demonstrasi aman - Menyekat pegawai A berpolitik - Mengongkong pelajar dgn AUKU - Menapis ceramah2 pembangkang dgn permit - Akta mesin cetak - Akta Rahsia Rasmi - Akta Hasutan - Menyekat ceramah umum - Mengawal ceramah2 agama di surau dan masjid dgn "Tauliah Agama" Sokongan masih kpd pembangkang. Lalu dirancakkan :- - Pengundi hantu - Undi pos ..pun tak cukup lagi lalu ditambah pula dgn fitnah :- - Mengheret tv dan radio membuat lipuan kemana shj pemimpin mereka pergi dan menyekat dari membuat liputan aktiviti pemimpin pembangkang. Lalu difitnah kononnya pemimpin pembangkang lepas tangan tentang permasalahan rakyat. | ||
|
"PAS memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihan raya kerana ia adalah simpanan tetap BN.
"Sudah lama PAS menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka," kata Idris (kiri).
Kelmarin, RELA Selangor dilaporkan mensasarkan peningkatan sekali ganda keahliannya untuk mencapai 300,000 orang menjelang akhir tahun ini berbanding 153,000 orang pada masa ini.
Pengarah RELA negeri Khairi Mohd Alwee dilaporkan berkata, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menggerakkan Briged Muda RELA di kesemua sembilan daerah di negeri itu.
Katanya, sebelum ini, mengejutkan apabila 18,493 pemilih, khususnya di negeri Pakatan Rakyat, 'hilang layak undi awam' dalam rang daftar pemilih suku ketiga 2010.
"PAS menganggap ini adalah tindakan untuk mengepung supaya tembok Umno-BN tidak runtuh dan diserbu oleh Pakatan Rakyat di negara ini," katanya.
"Modus operandi untuk (BN) tawan Terengganu 2004 dahulu dengan menambah pengundi sedang berjalan di Selangor.
"BN terlalu mengidam Selangor, berbanding negeri-negeri lain, kerana Selangor lubuk emas dan balang oksigen Umno," kata Idris lagi.
Ubah Dasar UMNO Kepada Islam
Wartawan Kita |
KOTA BHARU, 9 Nov: Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad dinasihat mencadangkan kepada Umno supaya mengubah dasar parti itu kepada Islam. Ini kerana sejak bekas ahli PAS itu menyertai Umno, beliau masih gagal untuk membawa Umno kembali kepada perjuangan sebenar umat Islam. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, lebih baik bekas Yang Dipertua Yadim terbabit meminta Umno mengubah dasar perjuangan kepada Islam. “Mana baik tahaluf dibuang daripada PAS berbanding mengubah dasar Umno kepada Islam. Ini kerana tahaluf kami bincang dalam Dewan Ulamak di mana ilmu mereka diakui cendikiawan di universiti dan peringkat antarabangsa. “Ulama PAS mempunyai kelengkapan ilmu pengetahuan yang cukup. Ilmu mereka setaraf dengan mufti yang ada di negara kita sekarang. “Tahaluf yang dibuat PAS telah dilulus Dewan Ulamak PAS. Dari segi tahaluf tidak boleh hendak disoalkan. Dalam hal ini lebih baik Umno ubah dasar kebangsaan kepada Islam,” katanya di sini. Baru-baru ini, Nakhaie menyifatkan PAS belum terlambat mengkaji semula tahaluf siyasi dengan Keadilan dan DAP kerana dianggap membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Dr Mahfodz Mohamed dan ramai lagi layak menjadi mufti, tetapi mereka lebih selesa berjuang bersama PAS. |
Banjir: MB Kedah bidas publisiti murahan Muhyiddin
Harakahdaily |
ALOR SETAR, 9 Nov: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini membidas perangai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya Kerajaan Kedah lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa kepada Pusat. |
Thursday, November 4, 2010
Apa jadi jika PAS menang di Galas
Pemuda Bulatan |
Saya terpanggil untuk menulis di sini, apa akan terjadi jika PAS menang di Galas dalam PRK pada 4 Nov 2010? |
Tuesday, November 2, 2010
Masih Adakah Agensi Kerajaan Yg Bebas Dari Menjadi Bidak Catur PM
Ahmad Lutfi Othman |
Kes pemecatan Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara dan dua lagi bekas Hakim Mahkamah Agung, Wan Sulaiman Pawanteh dan George Edward Seah Kim Seng, 22 tahun lalu, adalah babak paling hitam dalam sejarah badan kehakiman negara kita. Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab sepenuhnya dalam tragedi yang begitu memalukan itu. |
Monday, November 1, 2010
KETUA AUDIT NEGARA PUJI PENGURUSAN KEWANGAN KEDAH 2009
- Mungkin inilah kali pertama Kerajaan Negeri menikmati hasil daripada anak syarikatnya yang mungkian berjumlah puluhan atau ratusan yang diwujudkan. Laporan menyebutkan peningkatan yang diperolehi daripada anak syarikat ini ialah 100 PERATUS. Paling menakjubkan ialah daripada KOSONG (0) menjadi 100 PERATUS. Apa maksudnya? Ia bermaksud kerajaan terdahulu tidak pernah menikmati hasil anak syarikat Kerajaan Negeri. Persoalannya apa tujuan kerajaan terdahulu mewujudkan syarikat-syarikat ini. Adakah untuk syok sendiri atau mewujudkan pendapatan kepada kroni? Kerajaan telah memperolehi RM15.17 juta berbanding KOSONG untuk tahun 2008.
- Kerajaan juga berjaya meningkatkan 17.4 peratus pendapatan daripada premium hutan. Berbanding tahun 2008, pendapatan melonjak sehingga 205%. iaitu daripada RM 9.21 juta meningkat sehingga RM 28 .14 juta. Ini menjadikan peningkatan adalah sebanyak 258.8 PERATUS !!! bagi tahun 2009 berbanding 2007. Ini adalah hasil polisi ketelusan kerajaan yang mengamalkan polisi tender terbuka bermula 2008. Dengan keluasan yang sama, tetapi pendapatan yang jauh berbeza.
- Peningkatan royalti pengeluaran bahan batuan juga amat membanggakan. Peningkatan sebanyak 32 peratus menunjukkan bahawa seolah-olah berlaku masalah semasa kerajaan sebelum ini. Pada tahun 2008 royalti hanya berjumlah RM 14.65 juta berbanding peningkatan sebanyak RM4.75 juta menjadikan RM19.4 juta.
- Apa yang saya dapati adalah penurunan hasil kerajaan negeri yang telah mengurangkan kadar cukai bagi tanah sejak April 2008. Saya percaya dasar ini sangat dialu-alukan oleh rakyat yang mendapat manfaat langsung lalu menyebabkan kecekapan bagi kutipan cukai tanah.
Prestasi kewangan Kerajaan Kedah dinilai sebagai memuaskan oleh Ketua Audit Negara. Namun bagi saya, masih banyak perlu ditingkat. Banyak lagi kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu yang perlu diperbetulkan. Perbandingan yang dianjurkan oleh Islam ialah dengan prestasi yang baik dengan prestasi yang lebih baik. Bukan perbandingan dengan prestasi yang lebih buruk seperti selalu digunakan oleh pembangkang di Kedah.