Thursday, November 18, 2010

46 Ekor = Rasuah, 659 Ekor = Sumbangan

Apabila MB Selangor terima 46 ekor lembu korban dari syarikat tempatan dikata rasuah tapi bila PM terima 659 ekor lembu utk agih kpd UMNO Bahagian dari 20 syarikat dikata sumbangan. Serupa tapi yg diserang cuma MB Selangor. Bagai letupan gunung Merapi riuhnya di surat2 khabar dan TV menghentam MB Selangor dan PKR. Apa sahaja yg ada di tangan semua habis dibaling ke musuh. Keseronokan pada mereka ialah apabila musuh mereka menggeletek kesakitan dan mereka kekal jadi menteri.

Tidak sama spt teguran yg mereka terima dari musuh mereka. Teguran lebih fokus tentang mengingatkan akan dosa dan pahala. Teguran lebih fokus kepada prosedur. Susu yg mereka terima dibalas dgn cuka !

Korban perlukan terjemahan


NAJIB Tun Razak melihat lembu yang akan dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha pada Majlis Penyerahan Watikah dan Wakalah Korban Aidiladha 2010 bagi Parlimen Pekan di Pekan, Pahang semalam yang turut disertai isterinya, Rosmah Mansor. - BERNAMA


PEKAN 16 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam di negara ini menterjemahkan ibadat korban kepada konsep yang lebih meluas.

Menurut Perdana Menteri, ibadat korban perlu dilihat sebagai satu konsep yang amat baik untuk diamalkan dan ia merupakan nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.

"Kita mesti melihat pengertian berkorban dari skop yang kecil iaitu penyembelihan binatang korban kepada skop yang lebih luas dalam setiap saat dan ketika.

"Dengan kata lain, kita mesti menggandakan pengorbanan tenaga, pemikiran, kepakaran dan masa bagi mentransformasikan negara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan, sosial dan politik.

"Sebagai contoh, Model Baru Ekonomi (MBE), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), ia bagi meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan menjana kemakmuran rakyat," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penyerahan Watikah dan Wakalah Korban dalam Parlimen Pekan di Dewan UMNO Pekan di sini, hari ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; barisan ahli Exco kerajaan negeri; ketua-ketua UMNO bahagian dan para pemimpin masyarakat.

Sebanyak 659 ekor lembu disumbangkan oleh 20 syarikat untuk diagihkan kepada 13 bahagian UMNO di seluruh negeri dan 55 masjid di daerah ini.

Menurut Najib, falsafah ibadah korban menekankan kesatuan umat yang dibina atas dasar takwa bagi memantap dan mengharmonikan hubungan sesama manusia yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment