Monday, February 28, 2011

Daftar warga Thai untuk tawan Kelantan & Tambah Undi Pos di Perak

Hidung tak mancung, pipi tersorong2. Muka tak tau malu. Dah tau rakyat tak suka, mereka mencari jln luar tabi'ie utk terus memegang tampuk kuasa. Dgn menjadikan polis, spr, jabatan pendaftaran negara sebagai kuda tunggangan, hari ini diberitakan bahawa mereka sedang giat mendaftarkan warga Thai utk merampas Kelantan pada PRU13 nanti. Taktik lama tetapi ditingkatkan berlipat kali ganda.

UMNO terus merintis lorong2 najis yg pernah dilalui oleh Hosni Mubarak. Tindakan tersebut jelas menampakkan tidak ada tanda2 keinsafan pada diri mereka. Diantara persiapan awal UMNO supaya rakyat tidak ambil peduli dgn kejahatan mereka ialah dgn melambakkan sebanyak mungkin hiburan dlm kehidupan harian rakyat dan menjauhkan mereka dari agama. Lebih2 lagi hal2 agama yg berkait dgn politik dan negara. Namun sebenarnya, semakin banyak perkara luar tabi'ie yg dilakukan oleh UMNO, semakin hampir mereka ke lubang kubur.

Mereka merancang, Allah jua merancang tetapi perancangan Allah adalah yg terbaik. Islam pasti memerintah bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Aku amat yakin dgn janji Allah.

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 28 Feb: Pihak lawan sedang berusaha mendaftarkan seramai mungkin warga Thai sebagai pengundi pada pilihan raya umum ke-13 bagi merampas kerajaan Kelantan yang kini ditadbir oleh PAS hampir 21 tahun lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata tiga Parlimen, iaitu Rantau Panjang, Tanah Merah dan Tumpat akan menjadi perhatian mereka sebagai ‘target’ untuk merampas negeri ini keseluruhannya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis seminar mahasiswa mahasiswi Mesir, di Balai Islam, Lundang, di sini hari ini.

Menurutnya, PAS Kelantan mempunyai senarai penuh berhubung perkara itu.

“Kita amat kesal dengan kejadian ini dan sekiranya ia berterusan berlaku, bermakna masa depan negara akan ditentukan oleh warga asing dan bukannya rakyat negara sendiri,”ujarnya.

“Ini kerana warga asing itu akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang,”ujarnya.

Husam menambah, kerana kepentingan diri mereka sanggup berbuat demikian walaupun bersalahan dengan moral dan undang-undang.

Beliau seterusnya berkata, sekiranya perkara ini berterusan ia langsung tiada beza dengan kerajaan Mesir yang digulingkan rakyat di bawah pemerintahan Hosni Mubarak.

Tambahnya, walaupun menang besar pada pilihan raya baru-baru ini, namun Hosni Mubarak direntap keluar oleh rakyat.

“Kiranya menang besar kerana pilihan raya, sudah tentu kebangkitan rakyat menentang kerajaan tidak akan berlaku,” ujarnya.

Beliau turut berpendapat, kebangkitan besar itu turut memberi kesan besar pada negara sekitar di Timur Tengah lain yang juga inginkan keadilan.

Kata Husam lagi, lanskap politik di Asia Barat akan berubah sekurang-kurangnya setahun akan datang.

Program anjuran Alumni Keluarga Pelajar, Kelantan-Mesir itu dirasmikan oleh anggota exco kerajaan negeri, Abdul Fatah Mahmood.

Tiga orang pemimpin telah diundang untuk menjayakan majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.

Manakala wacana serta perasmian penutupnya disampaikan oleh anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seramai 1,082 orang pelajar Mesir Kelantan hadir pada majlis yang penuh bermakna buat mereka.

Turut berucap pada majlis itu, Pengerusi Persatuan Alumni Keluarga Pelajar Mesir, Ustaz Zulkifli Yusof.


Undi pos naik mendadak di Perak
Mac 1, 11 8:24pm
Sejumlah 8,470 nama pengundi baru pos telah dimasukkan dalam senarai pengundi di enam kerusi DUN di Perak tahun lalu - langkah yang didakwa oleh PKR negeri, bertujuan untuk menguntungkan Umno.

chan ming kai @ zeng min kai 02Timbalan pengarah pilihan raya PKR negeri, Chan Ming Kai (kanan)
berkata, jumlah teramai adalah dalam senarai pemilih di DUN Pangkor, yang diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Menurut Chan, data dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikemaskini Disember lalu, menunjukkan kebanjiran 5,669 pengundi pos di DUN tersebut.

"Jumlah pengundi pos sekarang hampir setengah daripada 26,000 pengundi di situ," kata Chan, yang tidak memberikan data lengkap dalam pernyataannya.

Pada tahun 2008, Zambry memenangi kerusi dengan majoriti selesa 5,785 undi, menewaskan calon PKR, Pkhrazi @ Pakhrazi Muda, yang memperolehi 5,121 undi.

Kerusi Pangkor terletak dalam parlimen Lumut yang dimenangi calon BN, Datuk Seri Kong Cho Ha dari MCA - dengan majoriti tipis 298 pada 2008.

Menurut Chan, kebanjiran pengundi pos di Pangkor boleh menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi Lumut.

"Pertambahan (mendadak itu) benar-benar mengejutkan," katanya sambil bertanya bolehkah pangkalan tentera laut di Pangkor menampung jumlah yang begitu ramai.

Sedangkan data, katanya, menunjukkan hanya 368 telah dipindah keluar.

pertambahan undi pos di perakChan berkata, ada kemungkinan isteri/suami anggota tentera dikategorikan sebagai pengundi pos.

Sebagai contoh, katanya, 248 pengundi baru pos dimasukkan dalam senarai pemilih DUN Sungai Rapat.

Kerusi tersebut dimenangi calon BN, Hamidah Osman yang juga exco kerajaan negeri, dengan majoriti 636 undi.

"Jelas bahawa usaha-usaha tersebut adalah untuk manfaat Umno. Kerusi majoriti Cina, seperti Canning Garden, yang mempunyai sebuah kem tentera, tidak ada penambahan pengundi pos," kata Chan.

Sunday, February 27, 2011

KM Melaka: 'Bantuan datang hanya jika BN menang'

KM Melaka mendedahkan style pemerintahan UMNO di Melaka sekali gus menggambarkan cara pemerintahan kerajaan UMNO, BN Malaysia. Cukai kutip sama rata pada semua orang tapi apa2 peluang yg ada keutamaan adalah kepada penyokong dia sahaja. Adakah ini adil dan selari dgn Islam ? Ini tidak adil ! Setiap yg tidak adil maka lebih tepat dilabelkan zalim.

Kenapa kita mencampakkan diri ke dlm kebinasaan dgn menyokong kaum yg zalim ini. Kenapa kita tidak menyokong supaya tertegaknya keadilan Islam seperti yg diperjuangkan oleh PAS ?
Bukankah Allah menyuruh kita tolong-menolong di dlm membuat kerja baik dan melarang kita tolong-menolong di dlm membuat kerja mungkar spt mana firman-Nya :-

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat)

Semoga Allah mengurniakan kita hati yg lembut utk. menerima nasihat dan menjauhkan kita dari dibangkitkan dlm keadaan buta dan pekak di Yaumul Mahsyar nanti.

KM Melaka: 'Bantuan datang hanya jika BN menang'
Malaysiakini
Aidila Razak
Feb 26, 11
7:35pm

Sepertimana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'lu tolong gua, gua tolong lu', kali ini Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula memberitahu kumpulan yang mewakili orang Cina Melaka bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika BN memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

NONEBeliau memberitahu demikian kepada wakil Persatuan Pendidikan Cina
Progresif Melaka, Yang Ying Chong, sebelum beredar dari pusat penamaan calon bersama calon BN, Roslan Ahmad pagi tadi.

Sebelum itu, selepas penamaan calon pagi ini, Yang menyerahkan kepada ketua menteri tuntutan antaranya, sekolah vernakular, sekolah Cina bebas dan sekolah agama rakyat diberi faedah yang sama seperti sekolah kebangsaan, iaitu menerima subsidi, bantuan untuk pelajar dan sijil untuk melanjut pengajian di universiti awam dan perkhidmatan awam.

Friday, February 25, 2011

KM Melaka : M'sia senasib dengan Mesir jika diperintah PAS

Salah satu kelebihan yg Allah berikan kpd org yg hidup bermuka-muka ialah keindahan pada tutur katanya. Kalau dengar kata2 org yg bermuka2 pasti ramai yg cair. Sebab itu Allah dan Rasul SAW ingatkan kita supaya menjadikan Al Quran dan Hadith Nabi SAW sebagai panduan dlm melayari kehidupan harian.

Dlm mengukur kebenaran tuduhan seseorang, pertama kena tengok org yg bercakap itu dtg dari mana. Adakah dia seorang yg berkelulusan agama ('alim). Adakah dia seorang yg menjaga agamanya. Bagaimana sakhsiah rupa dirinya. Adakah dia rajin ke masjid dan rajin menghadiri kuliah2 agama. Adakah dia mencintai sunnah dan amat menjaga percakapan. Adakah dia menjaga agama isteri dan anak2nya. Siapa pula kawan2nya.

Tentu tidak sama nilainya kata2 yg keluar dari mulut Abu Lahab dgn kata2 yg keluar dari mulut Baginda Rasul SAW. Abu Lahab menuduh Nabi SAW seorang tukang sihir dan bagi mengelak org ramai terkena sihir, Abu Lahab melarang orang ramai dari menemui Nabi SAW. Kata2 Nabi SAW menarik kerana bersandar dari Al Quran dan kebenarannya boleh dinilai tetapi kata2 Abu Lahab datang dari kepentingan, nafsu, dendam dan rekaannya semata2, maka kebenarannya perlu kpd siasatan.


Kalau lihat dari kayu ukur Al Quran, maka KM Melaka hari ini duduk di bawah paras layak utk diterima katanya bulat2. Kata2nya perlu disiasat kebenarannya. KM Melaka bukan seorang yg 'alim dan bukan seorang yg kuat berpegang dgn agama. Beliau pernah disabitkan dgn rasuah. Sebenarnya beliau tidak layak jadi ketua apa2 walau pun utk main pondok2. Jauh tidak layaknya kalau utk dilantik jadi KM Melaka. Mana boleh perasuah jadi ketua. Sebab itu pandangannya hanya layak duduk dlm tong sampah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Hari ini dia duduk di kerusi KM Melaka kerana kita jadikan Al Quran utk panduan solat dan puasa sahaja. Kalau Al Quran kita jadikan panduan memilih pemimpin nescaya KM Melaka bukan tempat dia.

KM Melaka : M'sia senasib Mesir jika diperintah PAS

Malaysia
dijangka menerima nasib seperti Mesir yang dilanda rusuhan baru-baru ini jika PAS memerintah negara ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.


ali rustam interview 281008 02Beliau berkata ini kerana parti tersebut gemar menggunakan pendekatan demonstrasi dalam menangani sesuatu isu yang bukan saja tidak membawa kebaikan kepada rakyat malah turut memburukkan keadaan.

Sebaliknya, kata beliau sistem pilihan raya yang telah diguna pakai negara sejak sekian lama lebih patut menjadi kayu pengukur kepada siapa yang berhak memerintah.

"Rakyat boleh menyatakan pendirian melalui peti undi... demokrasi, sebab itu PAS dapat perintah Kelantan, dapat Kedah, DAP dapat Penang dan PKR dapat selangor.

"Saya percaya rakyat takkan terpengaruh untuk ikut demonstrasi, nak buat demonstrasi untuk apa, kita ada pilihan raya, gunalah, bertandinglah, lawan lah cakap...tapi janganlah fitnah, lepas itu rakyat sendiri akan tentukan," katanya kepada pemberita, di Jasin hari ini.

Beliau turut berharap pengundi di DUN Merlimau, menolak calon PAS Yuhaizad Abdullah yang menurutnya tidak berupaya membawa sebarang kebaikan untuk kawasan itu.

"Beliau ini cuma digunakan oleh PAS untuk menguji pilihan raya umum ke-13, kerana kita juga yang akan selesaikan masalah rakyat jelata, kita mendahulukan rakyat apa-apa hal mengikut dasar 1Malaysia, berbeza dengan PAS yang mendulukan DAP," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan PAS bahawa calon BN, Roslan Ahmad dipilih atas faktor keluarga, Mohd Ali berkata perkara itu menunjukkan mereka tidak mempunyai modal untuk memburuk-burukkan BN kerana isu keluarga membabitkan semua parti termasuk PAS, PKR dan DAP.

"Walaupun beliau (Roslan) anak Datuk Ahmad tapi Datuk Ahmad dah meninggal 32 tahun dulu. Roslan kebetulan dipilih bukan dia sebab anak ahli parlimen dulu tapi kebetulan dia AJK kawasan dalam parti dicalonkan," katanya.

Wednesday, February 23, 2011

Jadikan Perlembagaan Persekutuan Sebagai Undang2 Tertinggi Malaysia : Antara Dosa2 Yg Perlu Dipikul Oleh Penyokong UMNO

APA HEBATNYA AGAMA LAIN SELAIN ISLAM.' - TOLONG BACA !!!

by Syed Sulaiman on Sunday, 12 December 2010 at 22:22

'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad 2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk p ermohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan.. ....

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.

Tuesday, February 22, 2011

Antara Rumah Keluarga Taib Mahmud (Contoh Terbaik Pemimpin UMNO)

Mewah giler ! Tu yg liat nak lepaskan jawatan. Agenda tersembunyi mereka masih belum berakhir. Dua kali lima dgn pemimpin Mesir yg sudah ditumbangkan. Dua kali lima juga dgn pemimpin Libya, Tunisia, Sudan, Yaman dll negara arab.

Taib Mahmud adalah contoh terbaik pemimpin UMNO. Kalau tidak masakan dah lebih 30 tahun jadi KM tapi masih belum ada tanda2 akan ditukar. Kalau turun pun, yg sedia menunggu ialah anaknya sendiri. Lepas beliau..beliau lagi ! Orang yg cerdik sikit hanya sekadar melihat. Katanya, aku tak campur hal2 politik. Lalu bermaharajalela pemimpin UMNO memunya harta negara. Begitulah nasib rakyat yg tidak menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup !

Warta365 - Sunday, February 20, 2011
Salah sebuah Kediaman Mewah Taib Mubarak (Mahmud)
Rumah Jamilah,Anak Taib Mubarak
Rumah Abang Taib Mubarak..Ali Mahmud
Rumah Abang Taib Mubarak..Tufail Mahmud (Ada 27 Bilik)
Rumah Abang Taib Mubarak..Arip Mahmud

Semangat Revolusi Mesir Masuk Kampus

Eloklah tu anak2. Acik pun dah muak duduk bawah BN dah. Dah 50 tahun kito bagi dio can memerintah. Ingatkan dio pikirkan macamano nak sonangkan rakyat. Rupanya nak bosarkan tembolok masing2. Yg naik jadi calon wakil rakyat asyik dari suku sakat dio. Bilo mati wakil rakyat Tonang, naik anak arwah ADUN yg dulu jadi calon. Masing2 kojo eh tukang cover salah guno kuasa arwah omah ayah eh yg dulu. Sambil2 tu songlap lagi duit mano yg sompek. Yg mampuih dek harga barang naik ialah kito.

Menang di kampus petanda baik projek kuburkan BN
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Kejayaan pelajar Pro Mahasiswa menguasai lapan daripada 13 kampus dalam pilihanraya semalam memberikan petanda baik kepada gerak kerja anti Barisan Nasional.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh dalam satu kenyataannya melalui twitter berkata, kemenangan itu adalah petanda baik (untuk Pakatan).

Dalam pilihan raya kampus semalam, kumpulan Pro Mahasiswa menguasai kampus Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sains Malaysia kampus Kubang Kerian (USMKK), Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan (UMSL) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Hari ini pilihan raya untuk kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Teknologi Mara (UITM) sedang berlangsung.

Pro-M dijangka akan menang di UIA kerana mereka telah berjaya merampas 14 kerusi tanpa bertanding dalam kampus itu.

Berbanding sesi lalu, pilihan raya kali ini menyaksikan Pro Mahasiswa mencatatkan sejarah dengan menawan kepimpinan MPP di beberapa universiti selepas tempoh yang lama dikuasai Pro Aspirasi.

Pro Mahasiswa dikaitkan dengan sokongan kepada pembangkang manakala Pro Aspiras lebih cenderung kepada parti pemerintah kerajaan pusat.

Monday, February 21, 2011

Kenapa Bob Lokman sertai PAS

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Pada 19 Februari lalu, pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman mengejutkan banyak pihak apabila menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar, kelmarin.

Bob, penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.

Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy, Ito daripada kumpulan Blues Gang dan Ringgo dari kumpulan Arrow telah menyertai PAS lebih awal.

Harakahdaily sempat bertemu beliau bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tindakan beliau itu.

Ikuti temubual beliau dengan wartawan Nazri Abdullah.

Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS?

Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.

Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak.

Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu... dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu.

Harakahdaily: Jadi adakah faktor anak saudara itu yang telah mendorong saudara menyertai PAS?

Bob Lokman: Ya...Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul.

Mengakkan Islam itu adalah wajib, kalau saya tak terlibat, harapkan orang lain berjuang, apa akan jadi dengan anak saya nanti.

Harakahdaily: Saudara tahu PAS adalah parti pembangkang. Jadi adakah saudara tidak risau ianya akan menjejaskan sumber rezeki saudara dalam kerjaya saudara.

Bob Lokman: Saya tahu risiko itu, tapi saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah, yang penting saya dapat selamatkan kehidupan anak saya di dunia dan saya tak masuk neraka.

Harakahdaily: Sejak kebelakangan ini, saudara dilihat banyak memegang watak-watak sebagai seorang alim berbanding watak lain termasuk pelawak. Adakah itu perubahan berterusan yang saudara akan lakukan.

Bob Lokman: Mengikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, sebab berlakon itu sumber rezeki saya, ustaz-ustaz kata boleh berlakon tetapi pilihlah watak-watak yang tidak menjadikan dosa bila kita dah tak ada nanti, pilih watak yang mendatangkan manfaat.

PAS Kelantan alu-alukan Bob Lokman

Sementara itu, di KOTA BHARU, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, mengalu-alukan kemasukan artis terkenal negara yang juga penulis lirik lagu 'berhantu' Isabela, Bob Lokman yang kini telah menjadi ahli PAS.

Ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, ketika dihubungi juga turut mengucapkan tahniah di atas keberanian artis terkenal yang juga berasal dari Kelantan itu.

Sambungnya, penerimaan artis itu untuk bersama PAS cukup membuktikan parti yang memperjuangkan Islam itu tidak pernah menutup pintunya untuk mana-mana artis.

Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan keputusan yang diambil Bob Lokman, memandangkan latarbelakang artis itu merupakan cicit ulama terkenal Kelantan iaitu, Tok Kenali.

“Apapun tahniah kami ucapkan di atas keputusan yang diambil dan berharap beliau mempertahankan sebaik mungkin keputusan yang diambil.

“Kita juga berharap beliau akan menjadi ikon kepada generasi muda dalam memilih cara hidup yang baik,”ujarnya.

Semalam, Bob Lokman telah membuat kejutan besar pada majlis Himpunan Pemuda PAS 30k bersama pimpinan tertinggi Pemuda PAS.

Tidak cukup dengan itu beliau telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah.

Friday, February 18, 2011

Meraikan Kejayaan Tumbang Mubarak

Foto Foto

KAHERAH: Puluhan ribu rakyat Mesir sekali lagi membanjiri Dataran Tahrir di tengah-tengah ibu negara semalam bagi menunaikan solat Jumaat dan meraikan kemenangan menjatuhkan pemimpin kuku besi Hosni Mubarak seminggu lalu.
Kumpulan yang mencetuskan pemberontakan 18 hari yang membawa kepada kejatuhan presiden yang memerintah hampir 30 tahun itu menggelar perhimpunan semalam ‘Jumaat Kemenangan dan Kesinambungan Perjuangan.’
Ulama terkenal Mesir Sheik Youssef el-Qaradawi mengimamkan solat itu dan mengisytiharkan ‘yang batil tidak boleh mengalahkan yang hak.’

“Saya mengucapkan tahniah kepada remaja negara ini. “Mereka yakin akan menang akhirnya.

“Namun revolusi ini belum berakhir sehingga kita saksikan Mesir yang baru,” katanya.

Orang ramai mula membanjiri dataran bersejarah yang menjadi medan penunjuk perasaan sebelum ini, beberapa jam sebelum solat bermula walaupun jalan masuk utama disekat jip tentera.
Suasana di dataran agak meriah dengan pancaragam tentera berkawad memasuki dataran yang dipenuhi orang awam. Beberapa penjaja menjual trumpet vuvuzela yang terkenal dengan bunyi bingit ketika Piala Dunia diadakan di Afrika Selatan tahun lalu.

“Kami datang ke sini kerana berasa tidak sabar melihat Mesir baru,” kata Ashraf Abdel-Azim, 48, yang datang bersama isterinya, Nadwa dan anak lelakinya, Ahmed berusia 9 tahun.

“Kami mahu kebebasan dan perubahan dan bangga dapat melihatnya sendiri,” katanya.

Nizar Mohammad, isterinya Rasha dan tiga anak mereka mengecat muka masing-masing dengan warna bendera Mesir, merah, putih dan hitam.

“Kami mahu anak-anak kami melihat di mana peristiwa bersejarah ini berlaku,” kata Rasha.

Di sebuah sudut dataran besar itu satu tugu peringatan 365 orang awam yang terkorban sepanjang tunjuk perasaan dibina, dengan orang ramai meletakkan bunga dan merakam gambar foto mereka yang terkorban.

Walaupun sambutan berkenaan diadakan, keadaan di Mesir masih lagi belum stabil berikutan tindakan pekerja menuntut gaji yang lebih tinggi dan kebimbangan tentera yang mengambil alih kuasa tidak menepati janji untuk membawa perubahan.

Wael Hassan, seorang doktor gigi berusia 32 tahun yang terbabit dalam bantahan dan menyaksikan pertempuran di antara penunjuk perasaan dan penyokong Mubarak pada 28 Januari lalu, berkata perhimpunan semalam bukan semata-mata satu majlis meraikan kemenangan.

“Ia lebih menjadi peringatan kepada tentera dan kerajaan bahawa kami masih membantah dan tidak akan berhenti selagi kerajaan awam dan bukan kerajaan dilantik Mubarak memerintah,” katanya merujuk kepada kerajaan peralihan yang mengandungi anggota rejim Mubarak.



Monday, February 14, 2011

Peningkatan pengundi melampau di Pekan

Hosni Mobarak sudah tersungkur di Mesir namun tidak ada tanda2 keinsafan kpd pemimpin di Malaysia. Mereka tak ambik iktibar dari peristiwa pemberontakan rakyat Mesir itu. Mereka terus-menerus mencetuskan kesangsian rakyat terutama dlm perkara yg boleh membantu mengekalkan kuasa mereka. Di Mesir, parti yg dipimpin Presiden Hosni Mobarak mendakwa menang 99% dlm pilihanraya. Tiba2 berjuta rakyat bangkit memberontak sekali gus memaksa Hosni meletak jawatan. Dari mana dtgnya penentang kalau sudah menang sampai 99% ? Kemungkinan pertambahan jumlah pengundi secara mendadak ini adalah salah satu caranya...

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 14 Feb: PAS Pahang menyifatkan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 yang sedang dipamerkan pada masa ini mengalami pertambahan bilangan pengundi yang menakjubkan terutama di Parlimen Pekan.

Setiausaha Perhubungan PAS Pahang Roslan Zainal berkata, untuk suku tahun keempat sahaja terdapat pertambahan sebanyak 26,000 pengundi iaitu hanya dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun lalu.

Sedangkan katanya, untuk tempoh tiga penggal (9 bulan) sebelum itu jumlah pertambahan pengundi hanya sekitar 29,000 sahaja.

“Bagi PAS Pahang ini amat menakjubkan kerana bagi tiga bulan terakhir sahaja hampir menyamai pendaftaran sembilan bulan,” katanya.

Menurut Roslan, paling menghairankan ialah pertambahan lebih 6,000 pengundi baru dalam masa tiga bulan itu di Parlimen Pekan yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Setelah disemak kita dapati pengundi-pengundi di pos-pos Orang Asli naik mendadak terutama di Parlimen Pekan dan Cameron Highlands. Selain itu kita dapati ramai pemilih-pemilih yang beralamat negeri Kedah terdapat di Pekan.

“Bagi PAS Pahang ini amat mencurigakan. Ini ditambah lagi dengan proses semakan dan bantahan dianjakkan sehingga hampir dua minggu, sedangkan keadaan seperti ini tidak pernah terjadi,” katanya.

Kata Roslan, PAS Pahang berpendapat senario ini mungkin satu agenda bagi mengekalkan Najib di Pekan setelah merasa kurang selamat.

Tambahnya, jika ini benar ia hanya mengulangi proses penambahan pengundi pada 2003 di mana semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebahagian kawasan Parlimen Paya Besar dibawa ke Pekan dengan melibatkan dua buah kem tentera.

“Oleh yang demikian PAS pahang berpendapat sistem daftar pemilih SPR yang ada ini sudah lapok dan patut diganti setelah 53 tahun merdeka.

“Kerajaan pernah mendakwa mykad negara ini antara yang tercanggih di dunia jadi sepatutnya SPR boleh bekerjasama sengan Jabatan Pendaftaran Negara bagi membuat pandaftaran secara automatik apabila setiap warganegara berusia 21 tahun,” katanya.

Roslan juga turut menggesa sistem undi pos sekarang dihapuskan kerajaan jika benar dakwaan mereka bahawa negara ini selamat.

Teladan politik Islam pada diri Rasulullah SAW

Sesungguhnya Rasulullah SAW itu adalah contoh yg terbaik. Akhlaq Baginda SAW adalah akhlaq Al Quran. Cara berkeluarga Baginda SAW menurut Al Quran. Cara bergaul Baginda SAW dgn masyarakat menurut Al Quran. Cara memimpin dan berpolitik Baginda SAW menurut Al Quran. Baginda SAW memerintah dan menghukum juga menurut Al Quran.

Di antara Sunnah terbesar yg ditinggalkan oleh Baginda SAW ialah menegakkan Negara Islam. Baginda SAW bersabung nyawa membawa masyarakat Islam Mekah berpindah ke Madinah semata-mata utk menegakkan sebuah negara Islam yg berjalan di dlmnya undang2 Al Quran.

Sesungguhnya menegakkan Undang2 Al Quran adalah wajib. Justeru, atas alasan apa kita menyokong parti yg meminggirkan Al Quran semasa pilihanraya ?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ianya membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

"Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini.

"Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat," ujarnya dalam perutusan sempena Maulidur Rasul 1432H.

Berikut perutusan penuh beliau.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti teladan Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.

Jasa besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.

Sedangkan pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam.

Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

12 Rabiul Awal 1432H/15 Februari 2011

Saturday, February 12, 2011

Kezaliman Pemerintah Mesir Dan UMNO Di Malaysia Sama Sahaja

Pemerintah Mesir tidak berlaku adil kpd rakyat. Surat kabar dan tv utk suara pemerintah sahaja. Memenjarakan musuh politik tanpa bicara. Membolot jawatan2 penting utk. kroni. Rasuah berleluasa. Penyelewengan di dlm menguruskan kewangan negara utk kekayaan diri. Menghukum kakitangan kerajaan yg menyokong pembangkang. Menggunakan polis, tentera dan mahkamah bagi menyekat kebangkitan rakyat. Menjadi pak turut dan talibarut Amerika dan Zionis Yahudi termasuk menembak air kimia dan gas pemedih mata di perhimpunan aman rakyat. Menyekat kebebasan dakwah termasuk di masjid2. Natijahnya, tekanan2 itu mendorong rakyat Mesir bangkit memberontak dan menuntut presidennya melepaskan jawatan.

Stail UMNO memerintah Malaysia dari dulu, kini dan mungkin selamanya sebijik dgn stail pemerintahan Hosni Mobarak di Mesir. Soalnya, siapa akan lebih dulu ambik iktibar atas kejadian itu antara pemimpin Malaysia dgn rakyat ?

Iktibar: Perangai Umno BN macam rejim ditewaskan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Feb: “Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Justeru, katanya PAS mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Hosni Mubarak meletakkan jawatan Presiden Mesir berikutan bantahan berterusan rakyat selama 18 hari.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang berjaya menyingkirkan rejim Hosni Mubarak yang telah menzalimi rakyatnya sejak sekalian lama. Keberanian dan sikap konsisten rakyat yang dahagakan perubahan ini wajar dicontohi oleh masyarakat dunia yang juga berhadapan dengan kerajaan yang zalim dan menindas rakyat. Benarlah firman Allah SWT dalam Al Quran bahawa nasib sesuatu kaum itu akan diubah oleh Allah sekiranya kaum itu sendiri ingin mengubahnya.

Cabaran terbesar selepas ini ialah tentunya mengemudi kerajaan peralihan yang dipimpin sementara oleh pihak tentera supaya perubahan yang digerakkan oleh rakyat ini akhirnya akan kembali kepada kuasa rakyat dalam menentukan hala tuju dan bentuk pemerintahannya, dengan menjadikan peluang keemasan ini untuk menegakkan keadilan menyeluruh, demokrasi telus dan tulen, dan akhirnya menjadi contoh kepada kerajaan lain di rantau Asia Barat yang masih dibelenggu demokrasi tempang. Pihak Majlis Ketenteraan pula diminta supaya tidak menggunakan ruang ini untuk berdolak dalih dan berhelah dalam membina negara Mesir baru nanti.

Kuasa besar dunia juga perlulah menghormati kuasa rakyat dengan tidak cuba mencaturkan suasana pemerintahan baru di Mesir itu. Sebarang campur tangan kuasa luar akan hanya memburukkan keadaan dan menyebabkan suasana kacau-bilau berterusan dialami oleh rakyat Mesir.

Peristiwa bersejarah ini tentunya menjadi iktibar kepada masyarakat dunia, termasuklah kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN. Inilah natijahnya apabila undang-undang negara dipergunakan untuk menahan tanpa bicara, darurat diisytiharkan sewenangnya dan kuasa rakyat tidak dihormati sejak sekian lama.

Tempoh itu juga meyaksikan bahawa media dikuasai oeh kerajaan memerintah dan dipergunakan tanpa segn silu dengan matlamat untuk mengekalkan kuasa kerajaan memerintah. Parti politik yang wujud pula dipaksa berdepan dengan sistem pilihanraya yang berat sebelah, dan seterusnya menafikan kuasa rakyat. Sistem pendidikan pula menjadi bahan eksperimen, budaya hidup hedonisme dan penuh dengan rumpunan hiburan yang melekakan telah melupakan rakyat kepada realiti kehidupan sebenar, rasuah bermaharajalela dan rakyat dipaksakan untuk menerima satu bentuk kehidupan yang tujuannya entah ke mana. Akhirnya rakyat Mesir bangkit melakukan perubahan pada hari yang bersejarah ini.

Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu. PAS dengan ini mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini.

Sunday, February 6, 2011

Revolusi kebangkitan Rakyat di Mesir

Memerintah lama kerana permintaan rakyat atas ketokohan pemimpin dipanggil penghormatan tapi kalau perintah lama dgn dipagari pelbagai akta yg mengongkong rakyat itu namanya gila kuasa. Kerajaan Mesir dan kerajaan Malaysia memilih cara mengongkong rakyat dlm usaha mengekalkan kuasa. Mereka selamat buat masa ini kerana bernaung di balik pagar buruk pelbagai akta yg mereka cipta. Mereka menang di atas gelanggang yg senget. Pengadil dilantik di kalangan mereka dan mereka berlawan dlm keadaan mulut musuh mereka ditutup. Kaki dan tangan musuh mereka diikat.

Kita bimbang mereka memerintah hari ini atas kemenangan yg direka atas kertas tetapi pada hakikatnya mereka sudah lama kalah. Musuh mereka lebih ramai dari penyokong. Mereka nampak bergaya kerana menyekat ceramah, menyekat demonstrasi, menyekat kebebasan media, menyekat kakitangan kerajaan dan pelajar dgn pelbagai akta, menyekat subsidi org2 kampung dan pelbagai sekatan lain. Mereka juga nampak bergaya kerana mereka menguasai Mahkamah, SPR, Jabatan Pendaftaran Negara dan Polis. Apabila kebencian rakyat meledak disebabkan kezaliman mereka maka tak mustahil kebangkitan rakyat seperti di Mesir akan berlaku juga di Malaysia suatu masa nanti.

Huru-hara ini dapat dielak jika kerajaan hari ini memerintah dgn adil dan tidak mengongkong rakyat. Pada hari ini tidak ada kakitangan yg berani mengkritik kerajaan secara terbuka melainkan akan berhadapan dgn tindakan. Kezaliman seperti itu berpotensi meledakkan kebangkitan rakyat.

Suhaimi Mokhtar

Amerika Syarikat (AS) dan kuasa barat yang mendukungi kuasa regim zionis Yahudi kini bakal kehilangan satu lagi negara sahabat, rakan yang menjadi benteng, pelindung yang diperkakaskan oleh negara-negara yang bersekongkol ini untuk mencaturi agenda besar mereka di rantau Timur Tengah.

Selama 30 tahun negara-negara kuasa yang melindungi regim zionis ini memperalatkan dan memperkudakan Mesir, negara milik umat islam untuk menjadi pelindung kepada survavil regim zionis yang sentiasa kepingin untuk terus berada dalam zon selesa bagi mengatur agenda besar dirantau itu yang dikelilingi oleh negara-negara milik umat islam. Sebagai negara sahabat AS, Mesir dibayar dolar AS 1. 5 billion setiap tahun berupa bantuan melengkapkan ketenteraan dan peralatan tentera dan lain-lain. Regim zionis diberi bentuk bantuan sama berpuluh kali ganda lebih besar.

Dengan perjanjian damai Kem David dan Oslo, regim zionis menemui keamanan yang dicarinya dengan negara-negara Mesir dan Jordan dengan negara-negara barisan hadapan ini mengiktiraf kewujudan regim zionis.

Mesir, Jordan dan Syria merupakan negara barisan hadapan yang berperang dengan regim zionis beberapa kali. Dalam perang 1967 negara-negara Arab kalah teruk dengan beberapa wilayah bumi negara-negara ini ditawan regim zionis dan dalam perang 1973 Mesir berjaya membebaskan sebahagian dari Sinai dan mengistiharkan kemenangan dalam perang itu.

Perjanjian damai telah membolehkan regim zionis menumpukan perhatian kepada pembangunan ketenteraannya hingga menjadi kuasa tentera paling kuat di rantau Timur Tengah sehingga menjadi kuasa nukleur di samping pembinaan penempatan baru di wilayah-wilayah Arab yang mereka rampas dalam perang 1967.

Keamanan dengan Mesir dan Jordan membolehkan regim zionis bertindak ganas terhadap rakyat Palestin seperti dalam perang Gaza dan serangan terhadap Lubnan dan pembunuhan beramai-ramai di kem Sabra dan Shatila di Lubnan.

Negara-negara Arab telah diamankan kesemuanya. Elemen-eleman ini turut berperanan dalam kebangkitan revolusi rakyat di Mesir bermula pada 25 Januari lalu, sebelas hari selepas kejatuhan Ben Ali di Tunisia pada 14 Januari. Selain faktor-faktor ini, faktor-faktor ekonomi, kebebasan bersuara, kezaliman, penindasan dan lain-lain turut memainkan peranan yang mencetuskan revolusi kebangkitan rakyat ini yang kini masuk minggu kedua.

Kebangkitan ini memuncak pada hari Jumaat lalu selepas solat Jumaat dan ia tiba kekemuncaknya pada hari selasa apabila lebih sejuta rakyat keluar mendesak Mubarak meletakkan jawatan dengan segera. Mubarak telah menubuhkan kabinet baru dengan melantik Naib Presiden Omar Sulaiman, rakan kepercayaannya yang sebelumnya mengetuai apparatus perisikan Mesir. Selama 30 tahun Mubarak tidak melantik Naib Presiden dan memerintah secara kuku besi.

Mubarak tampil dua kali membuat ucapan ke seluruh negara melalui TV milik regim dengan membuat konsesi politik untuk berundur pada bulan Septembar, tarikh penggal keprisedenannya berakhir, tetapi konsesi itu dengan pelbagai janji reformasi politik dan ekonomi termasuk dailoq dengan kumpulan pembangkang, tidak dapat meredakan demonstarasi di Dataran Tahrir dan diseluruh Mesir termasuk di Iskandariah, Suez dan lain-lain bandar Mesir. Ia sudah terlalu lewat setelah 30 tahun.

Hari-hari Mubarak sudah berakhir walaupun pemimpin itu belum mahu meletakkan jawatan sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat yang menuntutnya berbuat demikian dan selagi tidak ada perletakan jawatan, maka selagi itu demonstrasi diteruskan. Mubarak tiada pilihan lain walaupun untuk mengekalkan status quo.

Presiden AS Obama dan para pemimpin barat kelihatan begitu berhati-hati dalam menanggani kebangkitan revolusi rakyat ini. Ini dapat dilihat dari kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kuasa-kuasa AS dan barat ini.

AS dan barat dalam keadaan dilemma kerana Mubarak adalah sahabat, rakan yang bersekongkol dengan kuasa mereka untuk membentengi kebangkitan islam yang memasuki babak baru yang sangat membimbangkan AS, barat dan kuasa regim zionis.

Mesir tanpa Mubarak, Tunisia tanpa Ben Ali dan negara-negara Arab lain yang satu demi satu akan didatangi dengan kebangkitan rakyat tidak lagi mampu menjadi benteng mengekalkan keamanan regim zionis dan rantau Timur Tengah. Tanpa pemimpin-pemimpin ini Timur Tengah akan menempuh era baru yang sangat dibimbangi dan ditakuti oleh kuasa AS, barat dan regim haram zionis.

Senario politik diTimur Tengah akan berubah mendadak dengan lanskap baru apabila rakyat mencari pimpinan baru dikalangan tokoh-tokoh pergerakan islam untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemimpin diktator ini. Rachid Ghanuchi telah kembali ke Tunis dari buangan dengan mendapat sambutan luarbiasa dari rakyat.

Pada ketika Mubarak menghadapi hari-hari akhirnya walaupun dia berikrar tidak akan meninggalkan Mesir kerana mahu mati di Mesir, nama pergerakan Ikhwan Muslimun disebut-sebut bakal menyertai pilihanraya apabila berlaku proses pembaharuan politik di Mesir. Dibawah pemerintahan Mubarak, Ikhwan diharamkan dan para pemimpin Ikhwan dipenjarakan.

Sejak rampasan kuasa tentera oleh Gamal Abdul Nasir pada 1952, yang mejatuhkan Raja Farouk ramai tokoh-tokoh Ikhwan dipenjarakan dan ramai juga yang syahid seperti Al-Syahid Syed Qutb, Al-Syahid Hassan Al-Bana, pengerak dan pengasas Ikhwan.

Kejatuhan regim-regim diktator ini akan membolehkan pergerakan islam melalui proses pilihanraya muncul berkuasa jika berlaku pilihanraya adil. Kemungkinan besar pergerakan islam mencapai kemenangan bukanlah sesuatu yang mustahil seperti yang berlaku di Palestin, apabila Hamas memenangi pilihanraya 2006.

AS, kuasa barat dan regim zionis cukup takut kepada kemungkinan ini apabila Mesir tidak betah lagi menjadi benteng regim zionis dan menjadi alat negara-negara kuasa ini.

Selepas revolusi rakyat di Tunisia yang menyaksikan tumbangnya regim diktator Zine-El Abidine atau dikenali dengan panggilan Ben Ali pada 14 Januari lalu, kini regim Hosni Mubarak yang memerintah Mesir dengan decree, kekerasan, kezaliman selama 30 tahun, melalui apparatus pasukan polis yang dikendalikan melalui kementerian dalam negeri sedang berada diambang kejatuhannya. Para penganalisis politik AS dan barat bimbang Teori domino akan berlaku diTimur Tengah apabila rakyat bangkit berdemonstrasi. Regim-regim dirantau itu kini sedang sibuk membuat beberapa pembaharuan politik dengan harapan ia akan membendung kebangkitan islam dinegara mereka.

Jordan telah menukar pimpinan kerajaan bagi menanggani keadaan kerana Amman juga sedang menghadapi kebangkitan rakyat.

Rakyat Mesir yang berdemonstrasi di Dataran Tahrir dalam jumlah lebih satu juta sudah tidak gentar lagi dengan pasukan keselamatan regim Mubarak. Selama 30 tahun rakyat Mesir hidup dalam ketakutan yang menyelubungi kehidupan mereka. Lebih separuh rakyat Mesir dari jumlah 85 juta orang hidup dalam kemiskinan tegar dengan pendapatan kira-kira dua dollor sehari.

Kekayaan dibulut oleh segelintir mereka yang berkuasa dengan yang kaya menambahkan kekayaan mereka dan yang miskin terus menderita. Anak-anak muda yang berpendidikan dan terpelajar dinafikan pekerjaan menyebabkan kadar pengganguran yang tinggi. Regim Mubarak tidak dapat menyediakan pekerjaan kepada mereka.

Kesemua tolak ansur yang diketengahkan oleh Mubarak ditolak. Mereka mahukan Mubarak berundur segera sebelum bulan september. AS dan barat akan memainkan peranan untuk cuba menafikan kepimpinan ikhwan mengambil alih kekosongan melalui pilihanraya nanti.