Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Enam kerana enam akan masuk neraka pada hari kiamat sebelum dihisab (perhitungan amal) iaitu:
|
KUALA LUMPUR, 30 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Aziz Jamaluddin Mhd Tahir yang menyatakan masyarakat Islam hanya membantah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa memerintah, bukannya “menentang hukum hudud yang sebenar.” “Bagi DPPM, kenyataan Aziz seperti menuduh PAS yang mencipta hudud, bukannya ia datang daripada hukum Islam. “Jika demikian, DPPM mencabar Aziz untuk membuktikan apakah hudud yang sebenarnya,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) sebagai respons kepada kenyataan Aziz yang disiarkan di dalam portal berita The Malaysian Insider, hari ini. Justeru, beliau meminta Aziz memberikan perbezaan antara hudud yang diperjuangkan PAS dengan hudud yang diperintah Allah SWT untuk dilaksanakan. DPPM, katanya sanggup menyediakan Aziz ruang untuk menyampaikan maksud hudud sebenar seperti yang diperintah oleh Islam. DPPM juga, ujarnya mempersoalkan di manakah bahagian dalam hukuman hudud yang direka oleh PAS dan di bahagian manakah yang datangnya dari perintah Allah SWT. “Jika PAS memperjuangkan hudud untuk kepentingan politik semata-mata, mengapa tidak ada pihak lain seperti Umno memperjuangkan syariat Islam yang sebenar-benarnya?” tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau juga mempersoalkan mengapa Yadim sendiri tidak turut menyuarakan pentingnya hudud serta syariat Islam dalam menyelesaikan masalah sosial dalam negara. Katanya, Aziz Jamaluddin perlu ingat bahawa hudud adalah syariat Islam yang telah lama termaktub dalam al-Quran dan Hadis. PAS, jelasnya hanya membawa kembali syariat Islam yang telah dilaksanakan di zaman Rasulullah SAW ke zaman ini. Tambahnya, umat Islam di zaman sekarang telah lama melupai bahawa hudud serta syariat Islam pernah dilaksanakan dan hudud adalah penyelesaian terhadap masalah sosial yang berlaku sekarang. Sepatutnya, kata Riduan Yadim sebagai organisasi dakwah perlu menerangkan kepada umat Islam tentang syariat Islam yang sebenar. Menurutnya, umat Islam tidak harus dibiarkan dalam keadaan jahil terhadap syariat agamanya. “Yadim tidak harus berdiam diri dalam isu ini, sebaliknya perlu membela golongan yang mahu melaksanakannya. Berdosa besar hukumnya bagi sesiapa yang menolak hukum Allah dilaksanakan, apatah lagi bagi mereka yang berilmu seperti YDP Yadim,” katanya. Justeru, ujarnya DPPM mengingatkan Aziz agar berhati-hati dalam mengeluarkan ucapan. Menurutnya, menuduh PAS sebagai parti yang ‘gilakan kuasa memerintah’ dengan bahasa kiasan boleh mengguris ribuan penyokong PAS yang ramainya terdiri daripada golongan alim ulama. “PAS sanggup hilang kuasa demi Islam, sanggup kalah juga demi islam, tetapi PAS tidak sanggup menggadaikan Islam demi kepentingan politik sempit bagi meraih kemenangan dunia yang seketika!” tegasnya |
Friday, September 30, 2011
YDP Yadim dicabar buktikan hudud sebenar
Thursday, September 29, 2011
UMNO mengekalkan tradisi pembohong
Friday, September 23, 2011
SPR mengaku warga asing didaftar pengundi atas arahan Umno
Pendedahan itu dibuat berdasarkan pengakuan bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid kepada bekas ketua Mafrel, Abd Malek Hussin bahawa pihaknya pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.
Namun, Malek memperbetulkan kembali pendedahan yang dibuat Wikileaks bahawa kabel itu tersilap memetik kenyataannya bahawa SPR mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan kepada pekerja asing di Sabah padahal sejumlah 80,000 warga asing didaftar untuk mengundi.
Wikileaks turut mendedahkan Malek juga dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen ‘kotor’ untuk merampas Sabah dari pembangkang pada 1994.
“Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri,” Wikileaks dipetik.
Lelaki Soleh Idaman Wanita ?
Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah "handsome kah aku?", "adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?" dan seumpanya.
Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :
1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?
2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudup aku?
3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?
4. Selama ini adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah?
5. Ikhlaskah aku dalam beramal?
6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?
7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?
8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?
9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?
10. Adakah solat malam menjadi kebiasaan aku?
11. Adakah aku bertawakkal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?
12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?
13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?
14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?
15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?
16. Adakah aku seorang pemaaf?
Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita!
Thursday, September 22, 2011
Pandangan Pak Samad tentang Tunku
Saturday, September 17, 2011
Kuasa diwarisi oleh golongan bangsawan
"Dan sejak itu, berterus-terusan kita sebenarnya dijajah, atau (guna istilah) diperintahlah, agar lebih manis (didengar), diperintah oleh kelompok yang menyambut kemerdekaan. Dan kelompok ini datangnya daripada golongan bangsawan, selama 54 tahun."
Pak Samad menganggap kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan bangsawan, termasuk Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran "Tun" kemudiannya.
"Negara ini tidak pernah diperintah oleh orang yang berjuang untuk kemerdekaan," tegasnya. Untuk beliau, golongan bangsawan tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat biasa, kerana "orang-orang ini mendapat kemewahan daripada awal, mendapat pendidikan percuma daripada awal, mendapat kedudukan daripada awal, mendapat keistimewaan daripada awal..."
"Saya dapat faham kalau orang Cina merasakan, dan saya juga dapat faham kalau orang India merasakan... Tapi akhirnya saya juga merasakan, bahawasanya betul orang Melayu mempunyai keistimewaan, tetapi keistimewaan kelompok atas saja. Rakyat lain... hampir sama saja," katanya.
Pak Samad berkata, keadaan sedemikian menimbulkan rasa ketidaksenangan, maka adalah mudah untuk mereka yang berada di atas untuk memainkan perasaan perkauman, agar tempat mereka dikekalkan. Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu. Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal, jelasnya.
Koleksi Ucapan Penentangan Pemimpin BN Terhadap Hukum Hudud
Tinggalkanlah UMNO...moga Allah ampunkan dosa kita yg lalu dan selamatkan kita dari azab api neraka !
Posted by : Bakaq a.k.a ~Penarik Beca~
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan memohon Perdana Menteri menarik balik surat yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat yang menghalang pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan.
“Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut,” kata Mursyidul Am PAS itu mengulas kenyaatan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.
Beliau berharap kerajaan pusat yang dikuasai Umno dapat membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar parti itu ikhlas berjuang untuk agama.
Ketika menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir memberi amaran pada 14 Ogos 1994 bahawa "kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud".
Amaran itu, yang dikeluarkan atas sifatnya sebagai Perdana Menteri, masih belum ditarik balik oleh kerajaan pusat yang dikuasai Umno hingga sekarang.
Sementara itu, surat Perdana Menteri mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) masih lagi tersimpan di pejabat Menteri Besar Kelantan.
Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir, dengan tegas menjelaskan dalam surat tersebut tidak akan memberi kerjasama kepada Kelantan apabila hudud dilaksanakan.
Najib pula tidak pernah menarik balik kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1983, yang mendakwa "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".
Dalam kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1992 pula Perdana Menteri berkata kata "kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.
"Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik.
"Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".
Kenyataan tersebut juga tidak pernah ditarik balik oleh Najib.
Mengulas lanjut kenyatan Dr Mahathir semalam, Nik Abdul Aziz berkata, adalah melucukan apabila Dr Mahathir meminta beliau merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib.
Menteri Besar Kelantan itu berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.
"Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan.
"Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir...," kata Nik Abdul Aziz dalam mesej dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook beliau pagi ini.
Semalam, Dr Mahathir meminta Nik Abdul Aziz melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksananya.
“Saya bukan Perdana Menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” kata bekas Presiden Umno itu.
Hudud: Desakan Tun M punya agenda sebaliknya
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 Sept: Perlaksanaan hukum hudud hanya akan dibuat mengikut keadah dan saluran demokrasi serta melalui proses legislatif-perundangan dan bukan secara paksaan, kata AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad. Menurutnya, selain melepasi proses perundangan itu, PAS juga akan memastkan ianya diterima rakyat sebelum dilaksanakan. |
Wednesday, September 21, 2011
UMNO BERTUHANKAN KUASA
Takkan nak mintak org amerika dtg mengubah nasib kita. Kita sendirilah yg mesti berusaha. Bertanyalah kpd yg tahu. Baik dari segi agama, ekonomi, politik dan budaya. Apakah implikasinya corak kepimpinan hari ini kepada masa depan rakyat dan negara. Jangan terus menerus buat2 bodoh kerana masa depan kita bergantung kpd kepimpinan yg ada. Org Islam mesti menjadi seorang yg peka dan bukannya toyer !
KARUT, MANA ADA KES SEJARAH DIBICARA DI MAHKAMAH
Mohd Sabri Said |
BUTTERWORTH, 21 Sept: Peguam Mohamed Hanipa Maiden menganggap kes yang melibatkan Mohamad Sabu sebagai kes 'karut' kerana mana ada kes yang berhubung sejarah dibicarakan di mahkamah melainkan di Malaysia. (Gambar: Mohamad bercakap kepada media selepas dibebaskan oleh mahkamah.) Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan tahanan dua tahun penjara, didenda atau kedua-duanya sekali. Sementara itu, Mohamad berkata, beliau sedia dibicarakan dan yakin kesnya akan mencapai kemenangan demi memperbetulkan fakta sejarah yang telah diselewengkan oleh penjajah. |
Thursday, September 15, 2011
Lazimkan Pergi Ke Tempat baik
Suatu pengajaran penting buat kita yg masih bernyawa. Setiap kesan tapak kaki yg kita tinggalkan akan terpahat menjadi sejarah. Sejarah tidak mampu diubah meski pun bergabung tenaga seluruh makhluk di bumi dan di langit. Justeru marilah kita sama2 berusaha memandu sisa2 langkah yg masih ada agar terlazim ke arah kebaikan. Mohon dijauhkan nama kita dari disebut oleh anak cucu dgn sesuatu yg tidak baik.
Sejarah adik Rashid Maidin tak kurang hebat berbanding dgn sejarah abangnya. Abangnya menyokong komunis dan puak2nya banyak melakukan pembunuhan dan penyiksaan terhadap rakyat. Adik Rashid Maidin menyokong UMNO dan UMNO juga penuh dgn dosa dan noda.
Diantara dosa UMNO yg paling besar berbanding dgn segala dosa yg lain ialah menyekat ilmu politik Islam dari sampai kpd rakyat . Di dlm Al Quran Allah menjanjikan kemenangan Islam pada suatu masa nanti dan pastinya cucu cicit adik Rashid Maidin menjadi diantara rakyat Malaysia pada ketika itu. Eloklah adik Rashid Maidin beralih kpd politik Islam hari ini juga kerana dibimbangi sehari dua ini dia dijemput oleh ajal. Tentu tidak diingini kalau satu hari nanti cucu cicitnya juga akan ambil tindakan mahkamah utk halang namanya disebut sebagai penyokong tegar parti yg menyekat kebangkitan Islam !
Adik Rashid Maidin halang Mat Sabu kait abangnya
Datuk Mohamed Yusof Maidin, 86, berkata beliau sedang berurusan dengan peguam untuk mengambil tindakan terhadap Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
"Kenyataan yang dikeluarkan Mat Sabu sangat mengguris hati kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di kediamannya di Bandar Desa, Chenderong Balai diTeluk Intan hari ini.
Beliau difahamkan terdapat ceramah politik oleh pihak pembangkang yang sering mengaitkan abangnya dan ideologi komunis.
Beliau berkata Rashid Maidin telah meninggal dunia pada 1 September 2006 dan adalah tidak wajar mengaitkan orang yang tiada semata-mata untuk kepentingan politik.
"PKM telah meletakkan senjata dan mengisytiharkan berdamai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989, ideologi komunis sudah tidak wujud lagi di negara ini dan tidak wajar ditimbulkan oleh mana-mana pihak," katanya.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik selama tiga penggal sejak 1974 itu meminta kerajaan bertindak tegas terhadap Mat Sabu kerana menimbulkan isu kontroversi seperti itu.
Sempena sambutan kemerdekaan ke-54 negara dan Hari Malaysia, beliau bersyukur kerana negara ini dapat terus menikmati kemajuan serta perpaduan rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Saturday, September 3, 2011
KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD
Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.
Benarkah Umno menentang ideologi komunis?
|