Thursday, September 15, 2011

Lazimkan Pergi Ke Tempat baik

Adik Rashid Maidin mungkin akan ambil tindakan mahkamah utk halang Mat Sabu kaitkan nama abangnya dgn komunis dlm ceramah politik. Maknanya dia tak seronok dgn sejarah kehidupan abangnya sebagai komunis. Namun semua maklum bahawa politik meliputi semua hal termasuk sejarah negara. Dan semua maklum bahawa sejarah tidak mungkin boleh dipadam dan dari sejarah itulah rakyat hari ini perlu ambil iktibar.

Suatu pengajaran penting buat kita yg masih bernyawa. Setiap kesan tapak kaki yg kita tinggalkan akan terpahat menjadi sejarah. Sejarah tidak mampu diubah meski pun bergabung tenaga seluruh makhluk di bumi dan di langit. Justeru marilah kita sama2 berusaha memandu sisa2 langkah yg masih ada agar terlazim ke arah kebaikan. Mohon dijauhkan nama kita dari disebut oleh anak cucu dgn sesuatu yg tidak baik.

Sejarah adik Rashid Maidin tak kurang hebat berbanding dgn sejarah abangnya. Abangnya menyokong komunis dan puak2nya banyak melakukan pembunuhan dan penyiksaan terhadap rakyat. Adik Rashid Maidin menyokong UMNO dan UMNO juga penuh dgn dosa dan noda.
Diantara dosa UMNO yg paling besar berbanding dgn segala dosa yg lain ialah menyekat ilmu politik Islam dari sampai kpd rakyat . Di dlm Al Quran Allah menjanjikan kemenangan Islam pada suatu masa nanti dan pastinya cucu cicit adik Rashid Maidin menjadi diantara rakyat Malaysia pada ketika itu. Eloklah adik Rashid Maidin beralih kpd politik Islam hari ini juga kerana dibimbangi sehari dua ini dia dijemput oleh ajal. Tentu tidak diingini kalau satu hari nanti cucu cicitnya juga akan ambil tindakan mahkamah utk halang namanya disebut sebagai penyokong tegar parti yg menyekat kebangkitan Islam !


Adik Rashid Maidin halang Mat Sabu kait abangnya
Sep 15, 11 6:26pm
Kongsi 40
Adik kepada bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) akan mengambil tindakan mahkamah untuk menghalang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu daripada mengaitkan nama abangnya Rashid Maidin dalam ceramah politiknya.

Datuk Mohamed Yusof Maidin, 86, berkata beliau sedang berurusan dengan peguam untuk mengambil tindakan terhadap Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

"Kenyataan yang dikeluarkan Mat Sabu sangat mengguris hati kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di kediamannya di Bandar Desa, Chenderong Balai diTeluk Intan hari ini.

Beliau difahamkan terdapat ceramah politik oleh pihak pembangkang yang sering mengaitkan abangnya dan ideologi komunis.

Beliau berkata Rashid Maidin telah meninggal dunia pada 1 September 2006 dan adalah tidak wajar mengaitkan orang yang tiada semata-mata untuk kepentingan politik.

"PKM telah meletakkan senjata dan mengisytiharkan berdamai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989, ideologi komunis sudah tidak wujud lagi di negara ini dan tidak wajar ditimbulkan oleh mana-mana pihak," katanya.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik selama tiga penggal sejak 1974 itu meminta kerajaan bertindak tegas terhadap Mat Sabu kerana menimbulkan isu kontroversi seperti itu.

Sempena sambutan kemerdekaan ke-54 negara dan Hari Malaysia, beliau bersyukur kerana negara ini dapat terus menikmati kemajuan serta perpaduan rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

No comments:

Post a Comment