Alhamdulillah dgn koleksi ucapan pemimpin umno/bn ini akan membuka mata kita utk menilai kembali sokongan yg kita berikan kpd mereka selama ini samada mendapat keridhaan Allah atau pun tidak. Jgn biarkan diri kita terus menerus hanyut kerana maut tidak diketahui bila datangnya. Marilah kita beriman dgn sebenar2nya kpd Allah dan yakin bahawa Al Quran adalah sumber hukum terbaik.
Tinggalkanlah UMNO...moga Allah ampunkan dosa kita yg lalu dan selamatkan kita dari azab api neraka !
Posted by : Bakaq a.k.a ~Penarik Beca~
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan memohon Perdana Menteri menarik balik surat yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat yang menghalang pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan.
“Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut,” kata Mursyidul Am PAS itu mengulas kenyaatan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.
Beliau berharap kerajaan pusat yang dikuasai Umno dapat membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar parti itu ikhlas berjuang untuk agama.
Ketika menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir memberi amaran pada 14 Ogos 1994 bahawa "kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud".
Amaran itu, yang dikeluarkan atas sifatnya sebagai Perdana Menteri, masih belum ditarik balik oleh kerajaan pusat yang dikuasai Umno hingga sekarang.
Sementara itu, surat Perdana Menteri mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) masih lagi tersimpan di pejabat Menteri Besar Kelantan.
Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir, dengan tegas menjelaskan dalam surat tersebut tidak akan memberi kerjasama kepada Kelantan apabila hudud dilaksanakan.
Najib pula tidak pernah menarik balik kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1983, yang mendakwa "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".
Dalam kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1992 pula Perdana Menteri berkata kata "kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.
"Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik.
"Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".
Kenyataan tersebut juga tidak pernah ditarik balik oleh Najib.
Mengulas lanjut kenyatan Dr Mahathir semalam, Nik Abdul Aziz berkata, adalah melucukan apabila Dr Mahathir meminta beliau merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib.
Menteri Besar Kelantan itu berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.
"Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan.
"Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir...," kata Nik Abdul Aziz dalam mesej dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook beliau pagi ini.
Semalam, Dr Mahathir meminta Nik Abdul Aziz melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksananya.
“Saya bukan Perdana Menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” kata bekas Presiden Umno itu.

No comments:
Post a Comment