KUALA LUMPUR, 18 Nov: Pemberian wang sebanyak RM100 kepada para pelajar di seluruh negara sejak minggu lalu belum boleh membersihkan dosa-dosa Umno BN terhadap rakyat sejak sekian lama.
Malah, pemberian wang tersebut turut dilihat jelas oleh orang ramai sebagai umpan murahan Umno BN kepada rakyat bagi mendapatkan sokongan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, pemberian wang RM100 itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang erti kepada rakyat jika dihitung dengan keadaan sekarang.
Menurut beliau, sebaliknya jika Kerajaan BN benar-benar ingin menolong rakyat bukan RM100 yang diberikan, tetapi jauh lebih besar daripada itu.
Katanya, dengan keadaan sekarang yang menyebabkan rakyat terbeban dengan kenaikan harga barangan keperluan harian, pemberian wang RM100 itu tentunya tidak memberikan sebarang makna kepada orang ramai.
"Nak buat apa dengan wang RM100? Dengan kos sara hidup yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang meningkat, apa nilainya wang RM100 itu?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Rakyat Malaysia sekarang, menurut beliau, sememangnya semakin cerdik dan umpan murahan Umno BN itu pasti dapat dibaca dengan mudah oleh orang ramai.
Katanya, dengan itu, rakyat pasti dapat menilai pemberian Kerajaan BN itu kerana jika benar kerajaan prihatin dan hendak menolong rakyat bukan nilaian wang sekecil itu yang akan diterima oleh mereka.
"Dalam keadaan sekarang, perkara yang lebih diutamakan oleh rakyat tentunya tindakan yang jujur dari kerajaan untuk menurunkan harga barangan keperluan utama bagi menstabilkan ekonomi.
"Dengan pemberian wang RM100, tekanan hidup yang dialami oleh rakyat tidak juga dapat diatasi, malah keadaan itu pula terpaksa ditanggung oleh rakyat sejak sekian lama sepanjang berada di bawah pemerintahan BN," ujarnya.
Umpan murahan Umno BN dengan pemberian itu, tambah beliau, turut kelihatan jelas oleh orang ramai apabila wang tersebut bukan diberikan terus kepada para pelajar.
Sebaliknya, tegas beliau, ia diberikan kepada ibu bapa dengan memaksa ibu bapa pelajar datang ke sekolah sehingga turut menimbulkan pelbagai kerumitan kepada ibu bapa sendiri.
"Selain itu di beberapa tempat, turut diadakan ceramah politik terlebih kepada ibu bapa yang datang oleh pihak Umno BN sebelum wang itu diberikan.
"Ini pasti lebih merumitkan ibu bapa yang bukan sekadar terpaksa bersusah payah datang ke sekolah hanya untuk mengambil wang RM100, tetapi juga membuang masa sehingga terganggu pula urusan penting mereka yang lain," tegas beliau. |
mereka bagi rm100 kemudian mintak balik kepada ibubapa untuk bayaran pibagu rm100..buruk siku bebb...!!
ReplyDelete