Friday, March 23, 2012

Antara Ben Laden di Arab Saudi dan kroni UMNO di Malaysia

Kroni dapat RM589 juta, rakyat dapat RM500 je
Abdul Aziz Mustafa, 23 Mac 2012

(Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta - Mohamad Sabu)

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang melaporkan, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

"Dengan segala riuh rendah yang tidak terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 sekali bagi sahaja.

"Pada masa yang sama, Tajudin boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta diberikan percuma kepadanya," kata Mohamad.

Beliau menyifatkan kerajaan yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa rasa bersalah adalah kerajaan yang sama sekali tidak bertanggung jawab.

"Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta.

"Itu kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan kepada Tajudin, bolehkah dipercayai isteri dan anak Perdana Menteri tidak dapat apa-apa?

"Bagaimana pula dengan pembesar Umno yang lain serta keluarga mereka? Adakah anak serta menantu perdana-perdana menteri sebelum ini tidak dapat apa-apa?" Mohamad mempersoalkan.

Beliau meminta rakyat berfikir, adakah selepas menang di dalam pilihan raya akan datang, para pemimpin Umno dan kroni-kroni mereka tidak akan berbelanja sesama sendiri dengan lebih ganas lagi selepas menang pilihan raya akan datang.

"Dalam pada hendak menghadapi pilihan raya pun tidak takut langsung dan tidak rasa bersalah sedikit pun kerajaan Umno menggasak RM589 juta untuk kroninya, bayangkan apabila menang pilihan raya nanti," Mohamad mengingatkan.

Pembantaian wang rakyat itu, katanya, belum lagi termasuk pelbagai penyiksaan ke atas rakyat yang dijangka akan "dihempuk" oleh Umno ke tas rakyat seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pemotongan pelbagai subsidi seperti subsidi minyak yang pasti diikuti kenaikan harga barang yang mendadak dan meruncing, kenaikan tarif dan palbagai penyiksaan lain.

"Satu-satu pilihan yang ada untuk mengelakkan pembantaian wang rakyat dan penyiksaan itu ialah memastikan Umno dikalahkan dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Penyelesaian luar mahkamah yang dicapai oleh Tajudin dengan beberapa GLC itu adalah berikutan persetujuannya untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.

AKHBAR HARIAN MALAYSIA JADI PENCETUS UTAMA GEJALA ZINA

Dah berjo'in baca surat kabar harian, baik utusan, berita harian, metro, kosmo atau apa2 je, rasanya hampir tiap2 hari ada sesaje gambar lucah. Takut kena kate akhbar lucah maka gambar itu di kecilkan saiznya. Yg penting "ada" walau pun cuma saiz kecil. Cerita artis lagilah tak terbilang sampai buat satu sisipan khas. Perkembangan artis sentiasa dilapor dari bercinta, kawin, rasa loya2 hingga beranak.

Adakah anda menyangka UMNO tak tau semua itu ? Apakah semua itu biasa2 je tanpa sebarang agenda tersembunyi dari UMNO ? Ketahuilah setiap gerak kerja UMNO ada penasihatnya maka tak mungkin surat kabar yg jadi nyawa UMNO dicetak gitu2 aje tanpa ada penasihat dan agenda yg tersirat. Hidup atau mati politik UMNO banyak bergayut kpd. peranan surat kabar. Dan ketahuilah bahawa penasihat politik UMNO bagi menghadapi parti PAS yg memperjuangkan perlaksanaan Undang2 Islam di bumi Malaysia ialah APCO (Zionis LaknatuLLah)

Kenapa masih sokong UMNO lagi ?


Mula-mula lihat iklan telanjang, lepas tu cerita agama

Harakahdaily, 23 Mac 2012


(Muka 25 iklan ini, muka 26 dan 27 baca pula ruang agama.....hehehe Utusan-utusan)

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dilihat masih tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini apabila terbaru menyiarkan iklan yang boleh disifatkan lucah dan menjolok mata.

Kali ini iklan produk mandian berjenama Follow Me pada muka surat 25 sisipan Mega yang mempamerkan sepasang kaki 'bertelanjang' dari paras peha yang dalam keadaan menjulang ke atas.

Lebih menyedihkan, akhbar berbahasa Melayu dengan moto 'pemangkin fikiran rakyat' itu menempatkan iklan itu pada muka surat sebelum ruangan agama.

Dengan kata lain, pembaca perlu melalui iklan yang mengambil ruang semuka surat penuh itu dahulu sebelum ke ruangan agama.

Tuesday, March 20, 2012

Kadir pun keluar Umno, ahli biasa bila lagi

Harakahdaily, 20 Mac 2012

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Pengumuman veteran Umno Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir untuk keluar parti yang dianggotainya lebih 56 tahun semalam sekali lagi mengesahkan bahawa Umno kini sedang menanti ajal.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, tindakan Abdul Kadir itu juga memberi gambaran jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan perjuangan Umno.

"Ini menunjukkan bahawa Umno semakin mereput dan luput serta menanti masa untuk mati. Jika insan seperti Tan Sri Kadir yang telah menjadi ahli Umno sejak merdeka serta pernah menjadi pemimpin tinggi pun sanggup keluar Umno, tiada sebab lagi untuk ahli-ahli Umno yang lain untuk terus bersama dengan Umno.

"Ini menunjukkan bahawa Umno telah jauh menyimpang dari landasan sebenar serta semangat penubuhannya dari awal. Umno sekarang bukan lagi berjuang untuk kepentingan bangsa dan rakyat di negara ini, tetapi untuk kepentingan segelintir pemimpin mereka," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Abdul Kadir memiliki prinsip yang amat jelas serta kredibiliti yang tinggi kerana sanggup mempertahankan dakwaannya bahawa sememangnya Umno membeli undi masa pilihanraya umum dahulu sehingga akhirnya beliau memilih keluar dari Umno.

"Dakwaan Tan Sri Kadir juga membuktikan bahawa Umno adalah parti yang korup. Pemimpin mereka sanggup membelanjakan berjuta-juta duit rakyat hanya semata-mata mahu mengekalkan survival mereka.

"Mereka tidak kisah jika negara menjadi muflis, rakyat papa kedana, negara menangggung hutang yang berbilion ringgit hanya kerana mereka mahu menang dalam PRU ke 13," jelasnya lagi.

Selain itu, beliau turut menyeru kepada pemimpin-pemin Umno yang mempunyai integriti yang tinggi dan cekal untuk bersama Pakatan Rakyat dam membina sebuah kerajaan yang bersih dan adil.

Sunday, March 18, 2012

Bagaimana UMNO Sapu Duit Rakyat

'Blogger UMNO' Dapat Puluhan Ribu RM Untuk 'Menyerang Anwar'
Posted on Sunday, March 18 @ 08:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Komentar Sumber Pahang Daily Online

Sungguh mengejutkan apabila PDO dilaporkan ada Blogger UMNO mendapat imbuhan lumayan mencecah puluhan ribu ringgit bagi tujuan menyerang Anwar Ibrahim, memainkan isu agama dan perkauman. Inilah hakikat yang berlaku mutakhir ini. Malah lebih mengejutkan blogger-blogger terbabit juga dapat "aksess" maklumat dari mana-mana agensi kerajaan termasuk juga pihak polis dengan mudah sekali. Justeru, tidak hairanlah dalam beberapa kes kita melihat kenapa mereka begitu cepat mendapat sesuatu berita, walhal ia belum lagi dihebahkan kepada umum oleh media arus perdana itu sendiri.

Inilah yang berlaku dalam isu "kontroversi video seks" yang dikatakan melibatkan Anwar baru-baru ini. Video asal dipercayai telah diserahkan oleh "Trio Datuk T" kepada pihak polis, anehnya ada blogger UMNO yang boleh menaik turun video terbabit ke internet (Youtube). Begitu juga dalam kes Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamad yang mati meninggal dunia ketika Himpunan Bersih 2.0. Keluarga Allahyarham dikatakan terpaksa membuat laporan kepada SPRM kerana dakwaan beliau mempunyai seorang perempuan simpanan. Malah mengejutkan Blogger UMNO yang membuat kontroversi tersebut turut melibatkan bahan bukti yang didakwanya diambil daripada siasatan badan itu ke atas kes Allahyarham. Apa yang menimbulkan persoalan adalah bagaimana gambar berkenaan dapat terlepas ke blog berkenaan. Kenapa gambar dalam telefon bimbit arwah dapat kepada blogger terbabit (Papagomo)?. Semua ini menunjukkan mereka memang mempunyai akses dengan jabatan terbabit dan ini membimbangkan rakyat Malaysia sebenarnya. Terdapat bukti, pihak polis bekerja sama dengan blogger-blogger UMNO bagi tujuan menyerang Pakatan Rakyat. Senario ini cukup membimbangkan sebenarnya. Terdapat dakwaan dan bukti blogger berkenaan ditaja dan mendapat kerjasama daripada pihak yang sepatutnya berkecuali dalam menjaga keselamatan negara (Polis Di Raja Malaysia) itu sendiri.

UMNO Melabur Ratusan Ribu Ringgit Beli Blogger

Pelaburan yang dilakukan oleh UMNO melalui Unit Media Baru (UMB) yang dipimpin oleh Exco Pemudanya iaitu Tun Faisal Ismail Aziz (foto) didapati meningkat dengan berganda sejak dua tahun lalu. Pada awalnya penubuhan UMB ini disokong oleh otai-otai blogger UMNO tetapi disebabkan UMB ini dilihat sebagai kerja fisabilillah atau kurang ‘masyuk’ berbanding berkhidmat kepada tuan tertentu, ramai otai blogger yang telah meninggalkan UMB. Blogger otai UMNO pula terdiri daripada blogger berkhidmat dengan ikhlas da nada yang berkhidmat kerana kertas berkepala Agong (Ringgit Malaysia). Yang pasti majoriti blogger elitis ini menolak Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO yang masih lagi kekal di persada politik UMNO walaupun blogger elitis ini telah mendakwa merekalah yang berjaya menyingkirkan Pak Lah dengan mengkritik keras pentadbiran Pak Lah, mengkritik tindak tanduk ‘budak tingkat empat’ dan berkempen untuk menjatuhkan KJ semasa pemilihan Agung UMNO sebelum ini tetapi gagal. Blogger elitis ini lebih mudah berkerja dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau secara terus dengan tokoh-tokoh politik tertentu. Sumber-sumber kewangan diperolehi blogger UMNO mengikut keutamaan berikut ini:-

1) Sumbangan Daripada Tokoh Individu UMNO

Antara tokoh UMNO paling terkenal kerana kemurahan hati adalah Datuk Ahmad Maslan yang mempunyai akses terhadap kewangan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim menggunakan peruntukan Kementerian Komunikasi & Kebudayaan, Datuk Shafie Afdal, Dato Seri Nazri Aziz dan Datuk Saifuddin Abdullah. Selain tokoh UMNO, tokoh-tokoh korporat juga menggunakan perkhidmatan blogger bagi perkhidmatan ‘pengurusan persepsi’ demi menjatuhkan pihak lawan.

2) Peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Melalui peruntukan khas yang diuruskan oleh Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO serta peranan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri dan lain-lain pegawai. Peruntukan ini semakin bertambah setiap masa dan membimbangkan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan (Bekas CEO TV3) yang mengetahui bahawa blogger-blogger meminta peruntukan ini makan kiri kanan atas bawah dan dari segi audit, sukar untuk mengira keberkesanan dan ‘value for money’ setiap artikel dan post dikeluarkan. Inilah yang ditakuti mereka.

3) Sumbangan Daripada GLC, Yayasan Dan NGO

Terdapat juga GLC di atas nasihat konsultan dan pengamal media melaburkan sejumlah wang yang amat besar untuk mengupah blogger. Tender ini kebiasaannya dilakukan secara tertutup. Sebagai contoh, pada bulan Januari Felda Global Ventures telah menjemput blogger-blogger untuk memberikan sebutharga dan profil masing-masing bagi tujuan memerangi persepsi bahawa penyenaraian Felda akan merugikan peneroka. Blogger Big Dog dan rakan-rakan di dalam gabungan The Mole dan MyKMU telah berjaya dipilih di dalam tender bernilai ratusan ribu ringgit tersebut. Pembayaran pula diuruskan melalui Yayasan Felda dan Komunikasi Korporat Felda Global Ventures.

4) Peruntukkan Daripada Unit Media Baru (UMB)

Kelemahan Tun Faisal sebagai Pengerusi UMB mendapatkan peruntukan daripada parti disebabkan nama Tun Faisal sendiri telah diburukkan di kalangan Blogger Elitis yang menganggap Tun Faisal sebagai exco pilihan Khairy Jamaluddin (KJ). Selain itu, blogger menyokong Tun Faisal dianggap blogger ‘nyamuk’ dan ‘tiada kelas’ dan turut dihentam oleh Blogger Elitis ini seperti dialami oleh blogger umno-reform dan pirates of putrajaya. Dijangkakan walaupun bertukar pengerusi, Unit Media Baru (UMB) UMNO akan terus lemah kerana Blogger Elitis lebih suka berurusan dengan individu dan masing-masing mempunyai blogger baru dibawahnya dan sedia berkhidmat untuk sekeping dua not RM50. Blogger-blogger UMB lebih dihormati lawan di dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana cuba mengelak menggunakan kata-kata kesat dan Tun Faisal sendiri sanggup duduk semeja dengan Hishammudin Rais bagi membincangkan peranan dan etika blogger.

Dua Kumpulan Blogger Dapat Habuan Lumayan

Sepertimana tuan-tuannya di dalam UMNO, majoriti blogger UMNO gemar memainkan isu peribadi seperti seks, perkauman dan agama. Sebelum itu, kita kenali dahulu sedikit sebanyak blogger Elitis UMNO dan kecenderungan mereka. Bagi Blogger Elitis Penyerang Individu mereka biasanta berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan dengan sekurang-kurangnya empat individu penaja dengan setiap individu memberikan tidak kurang RM2,000 sebulan. Mereka juga diminta berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses sulit kepada laporan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Special Branch (SB) dan perisikan tentera yang dipermudahkan oleh individu berprofil tinggi yang menaja. Berkecenderungan memilih subjek Anwar Ibrahim dan serangan peribadi menggunakan isu perkauman dan Islam. Mereka juga jarang mengambil assignment melibatkan korporat kecuali melalui rujukan rakan dan wang tersebut telah tersedia. Antara blogger terbabit ialah Papagomo, Parpukari dan Gelombang Wangsa Maju.


Dua Blogger Pencacai UMNO yang dipercayai turut mendapat tajaan yang
cukup lumayan iaitu seperti Si Papa Gomo (kiri) dan Si Parpukari (kanan)

Sementara itu bagi Blogger Elitis Penyerang Berkumpulan pula mereka juga berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan secara individu dengan sekurang-kurangnya dua individu penaja menyumbang RM3,000 sebulan dan mengambil sekurang-kurangnya dua assignment korporat dan politik berkumpulan sebanyak RM250,000 setiap satu. Mereja juga berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses kepada korporat dan pemain media utama seperti Utusan Malaysia, New Strait Times, TV3, Malay Mail dan sebagainya. Merekalebih gemar mengambil tugasan berkaitan korporat dan politik yang menguntungkan individu atau kumpulan tertentu dalam UMNO. Kumpulan ini juga demi keuntungan sanggup menghadap musuh untuk mengadakan kerjasama atau menjual software. Sebagai contoh, blogger big dog pernah bekerjasama dengan blogger Jeff Ooi dari DAP untuk menjual software kepada Kerajaan Pulau Pinang (Lim Guan Eng) dan blogger Rockybru atau Datuk Ahiruddin Atan bekerjasama dengan Malaysiakini untuk berkongsi maklumat. Antara kumpulan yang dikenalpasti adalah pakatan blogger BlogHouse Malaysia, pakatan The Mole, pakatan MyKMU, pakatan IsuPolitikSemasa dan pakatan Gelombang Wangsa Maju. Di antara pakatan ini, yang paling kaya adalah pakatan BlogHouse Malaysia dan The Mole yang berjaya mendapatkan jutaan ringgit assignment setiap bulan. Adakalanya Blogger Elitis Individu berasa bengang dengan kumpulan ini yang sanggup serang mana-mana individu UMNO atau tokoh korporat kerana upah yang lumayan. Selain itu, teknik mereka adalah untuk menyerang terlebih dahulu individu atau korporat tertentu dan kemudian datang kepada individu meminta wang jika tidak mahu dibongkarkan atau mahu perbetulkan persepsi orang ramai. Kumpulan ini juga anggap diri mereka terlalu otai, suka berada dikalangan individu berpengaruh sahaja, tidak turun padang dan tidak gemar bergaul dengan blogger-blogger nyamuk.

Kes Altantuya : Adil Itu Lebih Hampir Dgn Taqwa

Dokumen Rahsia KD Altantuya Bakal Terbongkar !

Ahad, 18 Mac 2012

Berita paling gumbira buat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan menolak kezaliman! Dalam masa sama ia juga "Lagu Sedih" buat Najib Altantuya apabila skandal pembelian dua kapal selam jenis Scorpene yang bernilai RM7.1 bilion hingga menyebabkan model dan penterjemah warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu dibom kejam menggunakan C4 di hutan Puncak Alam, Selangor pada 2006 kerana pertikaian mengenai komisen dan hubungan sulit bakal terbongkar! Walaupun pendakwaan membabitkan rakyat Malaysia ini terpaksa dilakukan nun jauh di Paris, Perancis, dan tidak di negara sendiri kerana Najib Altantuya dan Umno-APCO masih berkuasa dengan menyalahgunakan Akta Rahsia Rasmi, ia tidak menghalang Kerajaan Perancis mengheret pesalah ke muka pengadilan walaupun bergelar pemimpin paling berkuasa di Malaysia! Bukan setakat itu, seluruh dunia akan memerhatikan Malaysia bakal dilondehkan dengan skandal jijik penuh kejahatan Umno-APCO walaupun ia sedikit sebanyak bakal menjejaskan nama baik negara. Tetapi ia adalah lebih baik daripada menyembunyikan kebenaran kerana kes pembunuhan Altantuya juga berkait rapat dengan skandal kapal selam yang lebih lima tahun tersadai di Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar, Sabah. Justeru, hari April Fool tahun ini bakal menyaksikan hadiah paling bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia kerana tindakan Najib Altantuya dan rakan-rakan jahatnya bakal didedahkan satu persatu tanpa menoleh ke belakang lagi. Tetapi manusia yang paling gembira dengan berita ini adalah Muhyiddin Yassin! JALAN PULANG via iPad2 Dokumen rahsia Scorpene akan didedah di Mahkamah Perancis Dokumen berkaitan pembelian kapal selam Scorpene, yang diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan didedahkan pada inkuiri terbuka di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance) kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel. "Kedua-dua pihak (kerajaan Malaysia dan firma pertahanan Perancis DCNS) mempunyai dokumen sama. Bezanya, Malaysia mengklasifikasikan dokumen itu sebagai Akta Rahsia Rasmi. "Berbanding Perancis, mahkamahnya boleh mengeluarkan perintah agar pihak berkaitan membuat pendedahan," kata Cynthia pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini. Syarikat DCNS, yang membekalkan dua kapal selam itu sebelum ini didakwa membayar sogokan ratusan juta ringgit kepada "pegawai tertinggi" Malaysia. Urusniaga berharga RM7.1 bilion itu dibuat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan dan dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib yang mendapat komisen bernilai RM540 juta melalui syarikat Perimekar Sdn Bhd. Di bawah undang-undang Perancis, pembelian kelengkapan ketenteraan yang melibatkan bayaran komisen adalah menjadi satu kesalahan serius. Menurut Cynthia, beliau mendapat makluman persediaan mahkamah dari peguam Suaram, William Bourdon dan Joseph Breham, 16 Mac lalu. Tambah beliau, dua hakim penyiasat yang mengendalikan kes tersebut ialah Roger L Roire dan Serge Tounaire. "Nama-nama yang sebelum ini tak pernah didengari akan didedahkan," tambah beliau namun enggan membuat spekulasi atau mendedahkan individu terbabit sebagai mematuhi prosedur mahkamah. "Sebagai pengadu, Suaram kini punyai akses penuh kepada laporan siasatan pendakwaraya dan polis Perancis. Besar beza prosedur dan ketelusan siasatan antara Malaysia dan Perancis," katanya. Pada sidang media sama, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah memberikan komitmen untuk membawa isu tersebut ke Dewan Rakyat pada minggu hadapan. "Telah 10 tahun sejak 2002, kes ini tergantung. Kerajaan Malaysia wajar berikan kerjasama penuh, bukannya menghalang siasatan dibuat," tegasnya

Monday, March 12, 2012

Misteri kadar peningkatan undi

Ahmad Lutfi Othman, 12 Mac 2012

Daripada empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (dan tambahan satu lagi, Perak, yang direbut BN melalui rampasan kuasa selepas tidak sampai setahun diterajui Nizar Jamaluddin), tanpa ragu semua maklum bahawa Selangor merupakan sasaran utama Najib Razak dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri, Najib atas kapasiti Perdana Menteri akan memperkakaskan segala kemudahan, jentera dan sumber, bagi memastikan Pakatan Rakyat dapat ditewaskan di negeri termaju itu

Ia mengingatkan kita kepada taktik dan strategi licik (sehingga tidak dapat dihidu) Umno dalam usaha menawan Terengganu selepas Barisan Alternatif membuat kejutan pada pilihan raya 1999.

Ramai terperanjat apabila negeri yang kaya dengan hasil bumi itu, dan pernah menerima royalti petroleum RM1 bilion setahun, ditumpaskan dengan "begitu mudah sekali", tanpa didahului riak protes rakyat terhadap pemerintahan Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Tanpa mengetepikan faktor-faktor lain yang menyebabkan kekalahan PAS, termasuk kelemahan dalaman, hakikat yang tidak dapat ditolak adalah peningkatan mendadak pengundi yang jauh melebihi kadar pertumbuhan penduduk Terengganu.

Wan Nik Wan Yussof, dalam buku Demokrasi Rakyat Terengganu Menolak Parti Islam (2004) mendedahkan fakta berikut:

Jumlah pertambahan pengundi di Terengganu, antara tahun 1999 hingga 2004, sebanyak 66,853 pemilih, iaitu 17.18 peratus (3.44 peratus setahun). Sedangkan pertambahan tahunan penduduk hanya 1.53 peratus. Ini menunjukkan pertumbuhan tahunan pemilih lebih tinggi sebanyak 1.91 peratus berbanding peningkatan penduduk Terengganu.

Bagi Wan Nik, gambaran ini menjelaskan bahawa kadar pertumbuhan pemilih bagi tempoh 1999- 2004 adalah lebih tinggi sebanyak 9.53 peratus berbanding pertumbuhan penduduk. Kadar peratus ini menyamai 36,935 pemilih. Ini bermakna hampir 37,000 pemilih yang dalam senarai daftar pemilih 2004 mungkin bukan bermastautin di Terengganu.

Difahamkan tokoh di sebalik perencanaan sulit itu adalah Idris Jusoh, yang kemudiannya menjadi Menteri Besar Terengganu (2004-2008). Ada sumber mendakwa khidmat Idris turut diminta untuk menjayakan misi besar Umno Selangor dalam PRU13.

Justeru, apabila ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, pada 4 Mac lalu, menimbulkan kecurigaannya berhubung kenaikan mendadak pemilih baru di Selangor, terutama di kawasan luar bandar berbanding dengan tahun 2008, saya kira ia bukan lagi satu isu menggemparkan, malah sudah dijangka sejak empat tahun lalu.

Teo memberi contoh kawasan Parlimen Hulu Selangor yang mencatat peningkatan pemilih lebih 20 peratus berbanding tahun 2008. "Di tempat yang mempunyai bandar-bandar baru, ini boleh diterima. Tetapi di Hulu Selangor tidak ada ramai orang yang berpindah ke sini, jadi kita dapati peningkatan dalam jumlah yang besar ini sangat mencurigakan," katanya.

Soal membersihkan senarai daftar pemilih sememangnya sudah menjadi tuntutan utama Bersih sehingga tercetusnya dua kali demonstrasi raksasa di ibu negara, pertama pada November 2007 dan kedua, Julai 2011.

Pada 15 Februari lalu, anggota Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan sistem pilihan raya, Anthony Loke memberitahu semakan audit yang dijalankan olehMimos Bhd, sebuah syarikat teknologi milik penuh kerajaan, ke atas daftar pemilih mendedahkan wujudnya jumlah amat besar pengundi yang meragukan.

Terdapat sekurang-kurangnya 230,000 pengundi yang mencurigakan. Loke berkata Mimos pada taklimatnya memberitahu pihaknya mengesan 820 kes di mana terdapat lebih daripada 100 pengundi yang menetap di alamat yang sama.

"Selain itu, kami mendapati 1,259 kes di mana antara 51-100 pengundi tinggal di alamat yang sama, 3,254 kes di mana terdapat antara 21-50 pengundi tinggal di alamat sama, dan 6,002 kes yang melibatkan antara 11 hingga 20 pengundi di rumah sama," tambahnya.

Menurut sumber, Umno Selangor begitu bergantung kepada manipulasi daftar pemilih memandangkan majoriti pengundi di negeri itu dilihat masih menaruh kepercayaan kepada Pakatan.

Dari segi isu dan mood rakyat, meskipun dilontar pelbagai tohmahan dan rasuah politik, kepemimpinan Khalid Ibrahim dijangka tidak menghadapi masalah besar untuk terus mentadbir Selangor.

Namun kebimbangan ramai lebih terfokus kepada senarai pemilih yang mencurigakan itu. Anda boleh menilai dan mentafsir sendiri fakta dalam Jadual 1, iaitu kadar peningkatan jumlah pemilih suku ketiga 2011 berbanding tahun 2008, mengikut kawasan Parlimen tertentu di Selangor.

Ooops, di Pekan, kadar pertambahan itu sebanyak 33.35 peratus! (Lupa saya, "pekan" itu maknanya "bandar" 'kan?. Patutlah kadarnya begitu tinggi sekali ... ha ha ha). Perhatikan juga kadar peningkatan pengundi di Petaling Jaya Selatan dan Petaling Jaya Utara, di bawah 8 peratus...

Jadual 1
PARLIMEN PERTAMBAHAN
SUNGAI BESAR 19.95%
HULU SELANGOR 25.14%
KUALA SELANGOR 20.39%
SELAYANG 18.86%
PANDAN 18.18%
HULU LANGAT 23.95%
SERDANG 22.63%
PUCHONG 24.94%
PJ SELATAN 5.64%
PJ UTARA 7.76%
SUBANG 35.02%
SHAH ALAM 19.87%
KOTA RAJA 29.51%
KUALA LANGAT 23.62%
SEPANG 24.64%

Friday, March 9, 2012

Krisis Kedah Yang Pelik - Nik Aziz

Jumaat, 9 Mac 2012

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kesediaan dua Exco Kerajaan Negeri Kedah menggalas tugas mereka kembali sebagai titik noktah terhadap krisis yang melanda kepimpinan PAS Kedah.
Beliau menyifatkan krisis tersebut sebagai kemelut yang istimewa, kerana pada kebiasaannya sekiranya berlaku krisis apa yang dimahukan oleh pihak-pihak bertelagah adalah jawatan namun perkara sebaliknya berlaku di Kedah.

"Kesediaan kedua-dua orang exco untuk menggalas tugas yang sebelum ini enggan menerima jawatan mereka saya kira merupakan satu titik noktah terhadap krisis yang melanda PAS Kedah.

Sebelum ini dilaporkan konflik dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah meruncing apabila Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh enggan menerima pelantikan semula sebagai exco sebagai tanda protes kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyebabkan pucuk pimpinan PAS pusat menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu bagi menanganinya.

Phahrolrazi dan Ismail kemudian bersetuju menerima semula pelantikan itu dengan mengenakan syarat mengekalkan kekananan mereka dalam exco yang baru dilantik dan mahukan Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan PAS Pusat bagi memantau Menteri Besar dalam menguruskan negeri.

Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata jawatan ialah lubuk untuk mencari kekayaan, membina empayar perniagaan dan pengaruh, justeru mana mungkin ia boleh ditolak begitu sahaja.
Beliau berkata sekiranya wujud penyelewengan sudah pasti mereka enggan untuk meletakkan jawatan.

Jelasnya, kaedah PAS mencari jalan penyelesaian adalah dengan mengadakan pertemuan dan mendengar luahan semua pihak.
“Inilah kaedah PAS melakukan penyelesaian. Krisis boleh ditangani dengan pertemuan dan mendengar luahan semua pihak.

Adilkah Kerajaan UMNO : Lu Pikirlah Sendiri ?