Thursday, March 8, 2012

SBPA : Lain Kali Menganga Dulu Baru Cakap !

Tabiat semulajadi pemimpin UMNO dari dulu, kini dan mungkin selamanya ialah membuat sesuatu tanpa berbincang dgn org yg tau. Mereka ego dan berlagak spt. professor serba tau . Dah buat baru nak kaji implikasi. Cerdik ke bodoh memerintah macam tu ? Mentang2 kos membuat kerja2 tu tidak keluar dari duit kocek sendiri maka mereka berbuat ikut teragak.


Salah satu tindakan UMNO yg merugikan agama, bangsa dan negara akibat tidak merujuk kpd org yg lebih tahu ialah bila mereka TIDAK meletakkan Al Quran sebagai undang2 tertinggi negara. Dan segala apa kepincangan hari ini merupakan kesan dari kesilapan itu ! Bila asasnya tidak mantop pasti hasilnya tidak senonoh...

SBPA: K’jaan gagal fahami urus kelola yang baik

Bila SBPA akhirnya dimansuhkan, ternyata satu rumusan dapat disimpulkan iaitu keputusan telah dibuat melalui proses yang tidak teliti terhadap semua kemungkinan dan implikasi yang bakal dihadapi.

Dan kerajaan yang ada tidak punya integriti dan ketelusan untuk uruskelola pentadbiran yang baik.

Pokoknya ini melambangkan kelemahan kerajaan yang sangat ketara.

Bila pihak JPA mengumumkan setiap penjawat awam perlu menandatangani berhelai-helai dokumen, begitu banyak dokumen yang dicetak khas untuk ditandatangani oleh penjawat awam yang melebihi 1 juta orang.

Setiap penjawat dan kerani di pejabat mengambil masa berhari-hari mengejar kakitangan supaya melengkapkan dokumen sebelum tarikh yang ditetapkan.

Ketika mana keputusan menguatkuasakan cadangan SBPA diumumkan , maklum balas negatif dari pelbagai pihak nampaknya terlalu lambat untuk diambil kira dengan serius.

Malah teguran dan bantahan dilihat dari kaca mata politik pembangkang.

Sehingga JPA dan pejabat PM menerima lebih 1,000 memorandum bantahan yang bertalu-talu barulah akhirnya keputusan dimansuhkan diumum.

Teras mempersoalkan kebijaksaaan dalam proses membuat keputusan di pihak kerajaan sejak awal lagi.

Apakah ketika sesuatu perubahan hendak dilancarkan, suatu kajian yang cukup mendalam tidak dilakukan terlebih dahulu sebelum pengumuman hendak dilakukan?

Kini ramai penjawat awam yang telah menandatangani dokumen yang berkaitan.

Setelah diumumkan pemansuhan SBPA, ramai yang hilang kepercayaan kepada pentadbiran kerajaan kerana kelihatan seolah keputusan dibuat tidak dengan teliti.

Hanya bila menerima reaksi balas negatif dan setelah sedemikian banyak masa, sumber peruntukan dan tenaga terlibat, baru keputusan ditarik balik.

Sekarang kerajaan terpaksa menanggung implikasi persepsi negatif penjawat awam terhadap kepimpinan kerajaan.

Apakah kerajaan di bawah Najib kembali mempamerkan kerajaan “flip-flop”.

Apakah kerajaan perlu mendapat tentangan yang meluas dari rakyat baru kerajaan cuba merasionalkan keputusan untuk merubah?

Kami berpendapat ini menunjukkan kelemahan dalam urus kelola yang sangat buruk.

Jika polisi boleh ditukar-tukar dalam masa yang singkat, tetapi sumber peruntukan wang dibelanjakan dengan sebegitu besar, ini jelas menunjukkan kelemahan dan kepincangan.

Teras juga memanjangkan penelitiannya terhadap banyak lagi projek gajah putih yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Betapa pembaziran yang bernilai ratusan juta di seluruh negara berlaku di hadapan mata rakyat menimbulkan pertanyaaan kerajaan tidak mempedulikan lagi wang rakyat yang dibelanjakan.

No comments:

Post a Comment