Sunday, April 8, 2012

Manis Datang Melalui Kesabaran

Labels: , ,
Salam.

Hidup berputar dengan cepat. Yang semalam gembira..datang pula hari kecewa...yang dulu rasa bosan..kini pula terisi padat. Itulah rutin hidup manusia yang tiada kesudahannya kecuali MATI. Lalu timbullah kata-kata....REHATKU HANYA MATI.

Hidup yang penuh pancaroba pasti membuatkan kita semakin kuat. Ibaratnya seorang kanak-kanak yang belajar bertatih sekitar usia 8-9 bulan....kali pertama buatnya jatuh...lalu tangisannya pasti kita dengari. Pengalaman pertama bertatih yang menyakitkan seolah tiada dalam kamus makhluk Allah yang masih suci fitrah ini. Langkah pertama kemudian disambut langkah kedua akhirnya menjadinya semakin kuat dan pantas untuk melangkah.

Akhirnya dia kini sudah berusia 2 tahun...mampu berlari kesana kesini. Itulah permulaan hidup kita dahulu..bermula dengan langkah pertama lalu jatuh...kemudian bertatih lagi sehingga kini kita sudah berjaya berlari.

Kehidupan seumpama sebuah skrip hidup yang kita lakarkan sendiri. Dengan takdir Allah kita diberi pilihan sebenarnya untuk menentukan arah tuju haluan hidup. Baik atau buruk. Kehidupan penuh cabaran. Cabaran pasti mematangkan kita.

Kemanisan dalam pelajaran adalah usahanya. Manis kita kecap sebenarnya bila kita dapat menggenggam halatuju yang diinginkan. Mengenangkan kesusahan yang ditempuh selama ini juga membuahkan kemanisan yang pasti kita bawa untuk diceritakan pada anak cucu nanti.

Kesukaran dan kepenatan hidup ini perlu juga ditempuh. Walaupun mungkin sepanjang perjalanan ini, kita mungkin akan menangis di persimpangan...maka tangislah tapi jangan berundur walau sedikit pun...teruskan melangkah.

Betullah firman Allah SWT:


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatillah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

(Al-Baqarah 284 -286) sumber

Jelas tak pada kita bahawa setiap apa yang kita lalui dan cabaran yang merentangi laluan hidup kita, baik luka dalam bercinta, kesedihan dalam bersahabat atau kecewa dalam pembelajaran semuanya mampu kita hadapi jika fahami dengan jelas maksud ayat dari ALLAH SWT ini.

Berputus asa ini melemahkan iman tapi menguatkan SYAITAN dan kuncu-kuncunya. Oleh itu wahai saudara, usah termenung lagi, ayuh bersama mengesat air mata mu itu. Bangkitlah dan bersabarlah. Sesungguhnya setiap kemanisan akan datang dengan kesabaran.

No comments:

Post a Comment