http://addin77.blogspot.com, | 25 Mei 2013 |
Kenyataan dari timbalan pengerusi SPR
dengan terang dan jelas mengutuk pembangkang (PR).Wajarkah SPR mengutuk
begitu? Siapakah SPR, parti komponan BN? Kalau pembangkang mengambil
keputusan untuk turun ke jalanrayapun.
SPR tiada hak mengutuk sebegitu rupa.Yang
peliknya SPR hadir dimajlis penerangan PRU yang dianjurkan oleh BN
tetapi menolak untuk berdebat dengan pembangkang dengan alasan
pembangkang boleh menghantar petisyen di mahkamah.Pelik sungguh perangai
pengadil pilihanraya di negara kita.
Nampak jelas SPR bercakap bagi pihak BN
walaupun sepatutnya tiada kenyataan yang dibuat untuk mengutuk pihak
yang bartanding.Pembangkang ada hak membantah dengan cara apapun asalkan
bukan kekerasan dan SPR sebagai pengadil tiada hak mempersoalkannya.
Sepatutnya SPR tampil dengan bukti jelas
bahawa mereka tidak menyebelahi BN dan menjawab semua pertikaian
pembangkang mengenai pendaftaran warga asing yang diberi IC, penggunaan
dakwat kekal dan lain lain rasa tidak puas hati pembangkang.Bukan
sekadar mengatakan SPR tiada kuasa kerana sebagai pengadil, SPR mesti
adil dalam semua segi.Lagipun kalau SPR ada kuasa yang tidak terhad
untuk mengubah peraturan piliharaya, kenapa SPR tiada hak untuk
memastikan semua pengundi adalah warga negara yang sah.
Lebih pelik lagi apabila timbalan
pengerusi SPR boleh menyatakan tindakan pemuda dari kuantan adalah salah
di sisi undang undang dan boleh didakwa tanpa menyatakan kelalaian SPR
mendaftar namanya dua kali yang membolehkan dia mengundi dua kali.Kenapa
pemuda itu yang salah, SPR tidak salah?
Satu lagi hal yang pelik, ialah apabila
timbalan pengerusi menyatakan kehairannya kepada tindakan pemuda itu
membawa keluar kertas undi kerana menurutnya banyak mata yang
menyaksikannya jadi mana mungkin dia boleh menyeludup kertas undi
tersebut.Timbalan pengerusi SPR agaknya lupa bahawa dalam hampir kesemua
keputusan PRU yang diwartakan, ada jumlah kertas undi TIDAK
DIKEMBALIKAN dicacatkan, ke mana perginya kertas undi ini.
Perkara ini melondehkan kelemahan SPR
mengendalikan pilihanraya Malaysia bukan mempersoalkan tindakan pemuda
itu membawa keluar kertas undi.Sudahlah tidak mahu mengaku salah,
disalahkan pula orang lain dengan angkuhnya.
Inikah sikap SPR di negara kita? SPR
bukan pengadil tetapi bertindak mempertahankan parti yang memerintah!
Seperti dalam perlawanan bola sepak, SPR menjadi pemain kedua belas bagi
team BN. ~tranungkite
No comments:
Post a Comment