08 Mei, 2013
Taktik Kotor SPR Untuk Memenangkan BN Perak Terbongkar?
Menuntut hak keadilan dalam perlembagaan negara terbukti menghampakan
bagi calon parlimen Tapah, K Vasantha Kumar sewaktu di Pusat Penjumlahan
Undi di Dewan Merdeka, Tapah .
Beliau telah ditolak keluar dari Pusat Penjumlahan Undi itu oleh sepasukan Tindakan Ringan Polis jam 11mlm Ahad.
Vasantha Kumar berkata, lapan anggota polis menolaknya keluar setelah
beliau bertanyakan pegawai SPR mengenai keganjilan adanya undi bercampur
dalam kotak undid an ketiadaan beberapa kotak peti undi .
Kotak –kotak peti undi yang hilang itu tidak sampai di Pusat Pengiraan
waima jam sudah 11 mlm. Dikatakan , undian Pos telah dicampur dengan
Undian Parlimen dan Dun dalam kotak undi bercampur.
“Saya meminta pengiraan semula kerana kertas undi Parlimen dan Dun telah bercampur dalam satu peti undi parlimen.
Tambahan pula terdapat sejumlah kertas undi diletatakan di luar peti
undi. “Saya meminta pengiraan semula kerana empat peti undi daripada
Chenderiang dan lima peti undi dari Ayer Kuning tidak ada dalam dewan
pengiraan di Dewan Merdaka.
Berikutan permintaan tersebut, pegawai SPR telah membawa masuk 2 peti
undi dari Ayer Kuning. Tujuh peti undi yang lain masih belum sampai.
“ Di masa yang sama saya telah meminta 91 borang 14 daripada 91 saluran
mengundi tetapi pegawai SPR enggan memberikan., Vasantha Kumar
memberitahu, “Sesetengah borang 14 tidak ditandatangani sempurna oleh
pegawai SPR.
“Pada ketika inilah, muncul calon BN, M Saravanan, lalu meninggikan
suaranya dan mengugut saya.” “Saya memberitahunya jangan masuk campur
kerana pertelingkahan adalah antara beliau dan SPR.
Pertelingkahan adalah mengenai kertas undi dari Dun Chenderiang dan Dun
Ayer Kuning. “Pada ketika itu, keputusan untuk Perak ialah 29 untuk BN
and 28 bagi Pakatan.
Saya bertegas mahukan pengiraan semula kerana keputusan dari dua Dun
tersebut ( Chenderiang dan Ayer Kuning) merupakan faktor penentu dalam
pembentukan kerajaan negeri Perak.
“Apabila saya desak agar dokumen tersebut dikeluarkan sebelum keputusan
diisytiharkan, pegawai SPR telah mengarahkan polis supaya menolak
polling agents dan saya, keluar dari dewan tersebut.
Pada ketika ini, Vasantha Kumar berkata, “Saravanan membaling kerusi kepada saya semasa saya sedang ditolak keluar.”
“Saya terkedu bila polis menolak saya 50 meter keluar dari Pusat
Pengiraan tersebut, sedangkan Saravanan dan pembantunya cuba menyerang
saya. Bagaimana pun polis menahan mereka.”
Vasantha Kumar mendakwa dirinya dan counting agents nya telah ditolak
keluar oleh polis hingga ke main road di luar dewan tersebut.
Tiada wakil untuk memantau peti-peti undi
“ Polis kemudiannya mengepung dewan itu dan tidak membenarkan saya
masuk. Pada ketika itu, saya tidak mempunyai wakil didalam dewan itu
untuk mempastikan peti-peti undi itu tidak di cerobohi.”
Beliau mendakwa pada ketika itu, Saravanan dan dua calon BN bagi dua
kerusi Dun (Chenderiang dan Ayer Kuning) telah dibenarkan berada dalam
dewan tersebut sewaktu keputusan sedang di buat.
Vasantha Kumar berkata, pegawai-pegawai SPR telah mengarahkan polis supaya menahannya diluar dewan hampir satu jam lamanya.
“Selepas satu jam, saya sebagai calon Tapah, saya berhak untuk masuk ke dewan.”
Setelah memasuki dewan tersebut, Vasantha Kumar berjalan keaarah pegawai
SPR dan meminta 91 pengesahan borang 14 dari kesemua 91 saluran peti
undi. “Pegawai tersebut gagal menunaikan permintaan tersebut.
Dia memberitahu saya supaya mengambil tindakan mahkamah jika ada
pertelingkahan. “ Saya tidak bersetuju dengan keputusan yang akan mereka
isytiharkan kerana boring 14 tidak disertakan dan tidak ada pengiraan
semula undi pos dan undian biasa yang sahih.
Tidak lama kemudian, lebih kurang jam 1.00 pagi, keputusan diumumkan –
bahawa calon BN, Saravanan dan dua kerusi Dun tersebut telah menang.
Kemenangan dua kerusi Dun tersebut menjadikan BN berjaya merebut Negeri
Perak melalui 31 kerusi ke atas Pakatan Rakyat dengan 28 kerusi.
Vasantha Kumar membuat aduan polis dibalai polis Tapah pada jam 1.30pagi kelmarin.
No comments:
Post a Comment