Sunday, February 28, 2010
Monday, February 22, 2010
Tips Bagaimana Menangani Gangguan Riak
Dlm keghairahan menambah kawan di neraka, kerja baik apa pun yg kita buat pasti akan diganggu iblis. Riak adalah idea paling relevan sepanjang zaman. Gangguan bersifat riak datang seiring dgn lahirnya manusia pertama di muka bumi. Iblis begitu riak kerana kejadiannya daripada nur dan kondem manusia utk dijadikan khalifah kerana dibuat dari tanah. Dia lupa bahawa antara dia dan Nabi Adam 'Alaihis Salam adalah sama2 makhluk Allah. Allahlah yg menjadikan.
Sifat riak adalah sifat Allah dan manusia diharamkan samasekali mempunyai sifat ini. Lalu peluang ini digunakan oleh iblis semaksimanya. Tidak sedikit manusia yg terjerat dgn perangkap riak. Ada yg sudah beratus tahun beribadat tetapi mengakhiri hayatnya dgn terpesona sendiri dgn amalnya yg banyak. Akhirnya mati dalam riak. Ada yg berjalan mendabik dada dan mendongak ke langit kerana melayan riak. Ada juga yg tidak menunaikan kewajibannya sebagai seorang muslim semata2 kerana takut riak. Panggilan azan berkumandang di masjid dibiarkan sahaja. Tidak mahu ke masjid sebab takut riak apabila dilihat orang. Lebih teruk lagi ada yg sampai membiarkan waktu solat berlalu semata2 takut riak dgn tetamu yg ada di rumah. Cara itu tidak betul !
Tidakkan hilang riak di dunia. Riak tetap mengganggu selagi kita belum masuk kubur. Sifat riak umpama muncup2 di jalanan. Usahalah bersungguh2 menjauhkan diri dari dihinggapinya tetapi sekiranya melekat juga di pakaian, ia perlu dibuang segera. Perjalanan mesti diteruskan. Jangan sampai kita tidak bergerak semata2 tidak mahu terkena muncup2 sedang kita tahu ia boleh dibuang sekiranya melekat di pakaian. Yg paling utama tuntutan agama wajib dilaksanakan. Istighfarlah banyak2 jika riak datang mengganggu. Tambahlah bekalan dengan selalu ke majlis ilmu. Perbanyakkan berzikir, merendah diri dan hormati orang lain. Jaga perbicaraan kita supaya tidak menyinggung orang lain dan elakkan bertengkar meskipun kita dipehak benar. Usahalah membuat kerja2 baik disisi Allah meski pun ia dilihat hina dimata masyarakat. Berdoalah selalu agar Allah selamatkan kita di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, Selamatkanlah aku, ibubapaku, keluargaku, guru2 ku, jiran2 dan
rakan2 ku dari gangguan iblis...Selamatkan kami di dunia dan akhirat.
Amin Ya Rabbal 'Aalamin
Wednesday, February 17, 2010
Nikmat Allah Yg Mana Lagi Yg Kamu Hendak Dustakan ?
Presiden PAS, keluarga selamatkan orang lemas Walau pun sudah menjadi Wakil Parlimen hampir 30 tahun, walau pun pernah menjadi Menteri Besar, namun stail dan gaya pergaulannya dgn jiran dan rakan tidak berubah. Tidak seperti sesetengah wakil rakyat, bila saja diishtihar menang sudah tidak campur lagi dgn orang kampung. Ke hulu ke hilir dgn kereta mewah menjalar bercermin gelap. Sudah tidak jejak bumi lagi. Mereka jadi seperti berhala zaman jahiliyyah. Kena sembah kalau nak sesuatu ! YB Hj. Hadi tinggal di rumah tidak berpagar bersebelahan masjid Rusila, Marang, Terengganu. Beliau adalah imam di masjid itu. Kalau tidak ada urusan luar beliau menjadi imam solat dan menyampai kuliah di masjid. Beliau boleh ditemui bila2 masa samada di pejabat, rumah atau masjid. Memancing dan menjaring ikan adalah hobi beliau sejak sekian lama.. Pantai Marang terletak di seberang jalan rumah YB Hj Hadi. Bersempadan dgn Pantai Batu Burok dan merupakan antara pantai yg berbahaya dan tidak sesuai utk. berkelah dan mandi-manda. Lautnya melunjur hingga ke Laut Cina Selatan dan sudah tentu ombak yg datang, tinggi , ganas dan menakutkan. |
Monday, February 15, 2010
Kampung Den Jauh Di Mato
Hari kedua di kampung, pagi2 lagi aku dah keluar ke tepi kolam depan rumah. Jauh di hujung pagar, pokok kelapa dan rumah jiran kelihatan masih kelam diselimut embun. Di kaki langit, Bukit Bunga berdiri gagah. Sayup di depanku kelihatan kabus berhimpun di hujung rumput memohon untuk pergi. Perlahan2 ia berlalu dan penuh sopan. Panorama ini mengimbau kenangan 40 tahun dulu. Ketika pagi2 aku berdiri di halaman rumah dgn berselimutkan kain pelikat yg tersangkut di kepala. Ia juga mengingatkan aku tentang perjalanan hidup yg telah jauh. Hampir mengadap malam. Semoga ia menjadi zikir ku sepanjang hayat dan semoga Allah mengurniakan nikmat di dalam mengingatiNya.
Batu2 di puncak Bukit Bunga mulai kelihatan. Makin lama makin nampak jelas. Hari ini kelihatan begitu jauh tetapi suatu masa dulu batu2 itu menjadi tempat duduk aku bersama kawan2. Kami merentas paya dan bukit bukau hanya berbekalkan air kosong dan biskut. Semua kena siapkan sendiri. Cari botol air sendiri. Pergi ke dapur dan tuang sendiri dari cerek. Kumpul duit seorang sepuluh sen utk beli biskut. Semua berdiri atas kaki sendiri. Tidak seperti budak2 hari ini. Serba-serbi disediakan oleh emak. Jauh betul beza anak2 yg minum susu ibu berbanding minum susu lembu !
Ekspidisi kami adalah untuk melihat pemandangan kampung dari atas Bukit Bunga. Seluruh Kampung Serting Tengah nampak jelas dari situ termasuklah sawah yg terbentang luas, kebun sayur dan "bilik termenung" orang2 kampung yg dibina berasingan dgn rumah induk. Nak sampai ke puncak bukit bukanlah suatu yg mudah. Kami perlu memanjat pokok untuk mendaki di tempat yg berbatu. Waktu menurun kami menggelungsur di cerun yg curam. Bila bekalan air kehabisan, akar kayu menjadi penyambung hayat. Akar sebesar lengan di potong dan minum airnya bergilir2. Kalau nak ukur dgn program kembara masa kursus team building kat Kg. Gajah tu rasanya jauh bebenor !....
Induk, emak ajak minum ; jerit anak saudara dari rumah. Habis macamana...nak lagi tak sambungan cerita ini ? Kalau nak sambunglah sendiri sbb aku nak balik minum ! Jgn marah ....
Belajar Mengenali Musuh
Berarak Maulud Tapi Perasuah Abdul Aziz Mustafa |
Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kemudian menolak apa yang diperintahkannya, rasuah, sapu duit rakyat dan salahguna kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Bagi saya, tak berarak tidaklah berdosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh? Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi?" soal beliau. Dengan merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendedahkan Umno sudah jadi parti perasuah, beliau juga mengecam Umno yang berarak, berselawat kemudian rasuah. "(Lagi) selawat lagi sapu duit rakyat. Berarak berselawat kemudian salah guna kuasa," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Beliau menyifatkan, itulah nilai perarakan maulud dan selawat ke atas Nabi bagi Umno. "Berarak berselawat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri. Itu baru setiausaha politik, belum lagi menteri. "Guna agama untuk kepentingan politik. Mungkin kerana tahun harimau, Umno mengganas sehingga hari keputeraan Nabi pun dijadikan dagangan politik murahan mereka," katanya. Beliau menyifatkan sikap Umno yang membesar-besar dakwaan palsu kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebagai perbuatan menghalalkan cara. "Matlamat Umno nak kucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah. "Yang penting bagi Umno untuk dapat kembali kuasa. Inilah perangai orang gila talak," katanya. Padahal, kata Mahfuz, di Kedah perarakan maulud telah dibatalkan sejak zaman regim Umno memerintah lagi. "Tak ada pula Tun Abdullah Badawi persoalkan Datuk Seri Mahadzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah kenapa dia batalkan perarakan maulud. Banyak lagi negeri negeri lain di bawah regim Umno tak berarak pun. "Kenapa media arus perdana tak persoalkan? Nampak makin jelas media jadi ketuloi (barua) Umno," katanya. Beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara. |
Tuesday, February 9, 2010
Terkedu Sejenak
undang2 ikut keputusan ?
Menulis Semula Perlembagaan
Zukri Aksah
Hari ini termaktub satu sejarah dalam perjalanan demokrasi di negara kita bilamana Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan menolak keputusan Mahkamah Tinggi serta mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, bahawasanya Datuk Seri Zambry Abd Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah dari segi undang-undang.
Penghakiman oleh panel lima orang hakim menyorot dua perkara penting dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu Perkara 16 (6) dan 36 (2). Perkara 16 (6) menerangkan keadaan bilamana seorang Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, maka beliau sama ada menghadap Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak memohon perkenan membubarkan DUN atau beliau secara bertanggungjawab meletak jawatan.
Nizar membawa kesnya ke mahkamah menggunakan Perkara ini, bahawa beliau telah menghadap Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak memohon pembubaran DUN tetapi tidak diperkenankan. Dalam keadaan begini Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak telah mengambil tindakan melantik Menteri Besar yang baru iaitu Zambry, pada ketika Nizar belum meletak jawatan. Berdasarkan Perkara 16 (6) ini, sebelum Nizar meletak jawatan, beliau masih Menteri Besar Perak yang sah dan tiada peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang mengizinkan beliau, selagimana tidak hilang kelayakan di sisi undang-undang, dipecat oleh sesiapa, wa’ima oleh Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak sekalipun. Dari sinilah krisis bermula…
Perkara 36 (2) pula adalah pernyataan umum tentang kuasa Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak untuk membubarkan DUN, kerana ia umum, maka ia boleh digunakan sama ada dalam keadaan biasa atau luar biasa, sama ada untuk keperluan pilihanraya lima tahun sekali atau untuk keperluan-keperluan mendesak seperti yang berlaku di Perak.
Yang menarik untuk dibincangkan adalah bagaimana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Nizar telah hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri hanya semata-mata berasaskan sebuah “pertemuan” di antara Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak dengan 31 orang ADUN. Mahkamah mencatatkan bahawa adalah memadai dengan pertemuan tersebut untuk menjadi tanda bahawa DUN telah hilang kepercayaan terhadap Nizar.
Ini yang ditulis, dan ini untuk berpuluh atau beratus tahun akan datang bakal kekal sebagai sebahagian dari Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Tetapi kesan keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan hanya terhadap Negeri Perak tetapi ia juga “mencederakan” pemerintahan negeri lain.
Jika proses menentukan hilang kepercayaan terhadap seorang Menteri Besar begitu mudah boleh dilakukan hanya melalui sebuah “pertemuan,” bagaimana halnya bila pada 23 Mac 2008, Rosol Wahid yang mengetuai sekumpulan 22 orang ADUN BN di Terengganu menghantar memorandum kepada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu, membantah perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang baru. Pada hari yang sama juga Ahmad Said menerima watikah perlantikan Menteri Besar dari MPPR. Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia menyifatkan perlantikan Ahmad Said tidak mengikut perlembagaan kerana tidak mendapat sokongan majoriti ADUN BN.
Nah… jika status sebuah “pertemuan” boleh dipakai untuk mengesahkan bahawa Nizar telah hilang kepercayaan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, apa bezanya sebuah memorandum yang menggabungkan suara 22 orang ADUN? Kalau mengikut logik Mahkamah Persekutuan hari ini (yang sedang menulis semula perlembagaan), Ahmad Said menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar dalam keadaan beliau, bukan sahaja hilang, tetapi tiada kepercayaan dari majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu. Salah? Rosol kena buat usul undi tidak percaya di DUN, memorandum tidak terpakai? Kalau memorandum tidak boleh pakai, maka “pertemuan” itu juga tidak bererti apa-apa.
Mahkamah Persekutuan hari ini juga menghukum rasionalnya “pertemuan” boleh menjadi penentu bahawa Nizar telah hilang kepercayaan DUN kerana tiada peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tentang usul undi tidak percaya. Memang tiada, kerana undang-undang kita digarap berkiblatkan gaya Westminster, seperti United Kingdom, Kanada dan Australia, terutamanya United Kingdom yang merupakan bekas penjajah kita. Mengikut gaya ini, usul undi tidak percaya diformalisasikan mengikut konvensyen berperlembagaan (constitutional convention). Maka Mahkamah Persekutuan hari ini telah lari dari gaya Westminster dan merujuk perlembagaan negara-negara seperti Jerman dan Sepanyol yang punya undang-undang bertulis tentang usul undi tidak percaya. Sekali lagi perlembagaan kita sedang ditulis semula…
Kalau benarpun keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini berasaskan kepada kepercayaan Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak bahawa Nizar telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri, bagaimana mungkin di ketika Nizar belum meletak jawatannya, seorang Menteri Besar baru boleh dilantik? Jika Mahkamah Persekutuan mengatakan tiada peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tentang perlunya usul undi tidak percaya, maka Undang-Undang Tubuh yang sama tidak juga langsung memperuntukkan yang seorang Menteri Besar boleh dipecat oleh Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak, tidak pula memperuntukkan yang seorang Menteri Besar boleh terlucut jawatannya semata-mata kerana sebuah “pertemuan.”
Kalaupun benar kata Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti, 31 dari 59 orang ADUN, bolehkah beliau dilantik sebagai Menteri Besar dalam keadaan Nizar belum meletak jawatan? Berdasarkan konvensyen berperlembagaan gaya Westminster yang selama ini menjadi rujukan kita sebagai salah sebuah negara Komanwel, dan ia juga selari dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, andai berlakunya usul undi tidak percaya, Nizar ada dua pilihan, pertama meletak jawatan, kedua mendapatkan kelulusan pembubaran DUN dan memanggil satu pilihanraya baru. Masalahnya, usul undi tidak percaya tidak pernah berlaku, Nizar tidak mahu meletak jawatan dan lebih cenderung dengan pilihan kedua iaitu pembubaran DUN dan pilihanraya baru, tiada masalah sama ada Nizar memohon perkenan Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak berdasarkan Perkara 16 (6) atau 36 (2). Disinilah perkenan Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak memainkan peranannya. Selagi Nizar belum meletak jawatan, selagi DUN belum dibubarkan dan pilihanraya baru tidak dipanggil, selagi itulah Nizar masih Menteri Besar Perak.
Nampaknya. bukan hanya sejarah ditulis oleh orang yang menang, undang-undang juga begitu! Selepas Nizar nanti tiba pula giliran Anwar yang menyerahkan nasib mereka kepada mahkamah. Apa yang saya mampu harapkan, teringat sebaris dialog dalam siri drama West Wing yang saya pernah tonton dahulu, “… sometimes opposition win…” Kadang-kadang sahaja, yang kadang-kadang itupun kadangkala dirampas, ingatlah itu.