Hari kedua di kampung, pagi2 lagi aku dah keluar ke tepi kolam depan rumah. Jauh di hujung pagar, pokok kelapa dan rumah jiran kelihatan masih kelam diselimut embun. Di kaki langit, Bukit Bunga berdiri gagah. Sayup di depanku kelihatan kabus berhimpun di hujung rumput memohon untuk pergi. Perlahan2 ia berlalu dan penuh sopan. Panorama ini mengimbau kenangan 40 tahun dulu. Ketika pagi2 aku berdiri di halaman rumah dgn berselimutkan kain pelikat yg tersangkut di kepala. Ia juga mengingatkan aku tentang perjalanan hidup yg telah jauh. Hampir mengadap malam. Semoga ia menjadi zikir ku sepanjang hayat dan semoga Allah mengurniakan nikmat di dalam mengingatiNya.
Batu2 di puncak Bukit Bunga mulai kelihatan. Makin lama makin nampak jelas. Hari ini kelihatan begitu jauh tetapi suatu masa dulu batu2 itu menjadi tempat duduk aku bersama kawan2. Kami merentas paya dan bukit bukau hanya berbekalkan air kosong dan biskut. Semua kena siapkan sendiri. Cari botol air sendiri. Pergi ke dapur dan tuang sendiri dari cerek. Kumpul duit seorang sepuluh sen utk beli biskut. Semua berdiri atas kaki sendiri. Tidak seperti budak2 hari ini. Serba-serbi disediakan oleh emak. Jauh betul beza anak2 yg minum susu ibu berbanding minum susu lembu !
Ekspidisi kami adalah untuk melihat pemandangan kampung dari atas Bukit Bunga. Seluruh Kampung Serting Tengah nampak jelas dari situ termasuklah sawah yg terbentang luas, kebun sayur dan "bilik termenung" orang2 kampung yg dibina berasingan dgn rumah induk. Nak sampai ke puncak bukit bukanlah suatu yg mudah. Kami perlu memanjat pokok untuk mendaki di tempat yg berbatu. Waktu menurun kami menggelungsur di cerun yg curam. Bila bekalan air kehabisan, akar kayu menjadi penyambung hayat. Akar sebesar lengan di potong dan minum airnya bergilir2. Kalau nak ukur dgn program kembara masa kursus team building kat Kg. Gajah tu rasanya jauh bebenor !....
Induk, emak ajak minum ; jerit anak saudara dari rumah. Habis macamana...nak lagi tak sambungan cerita ini ? Kalau nak sambunglah sendiri sbb aku nak balik minum ! Jgn marah ....
No comments:
Post a Comment