Wednesday, February 17, 2010

Nikmat Allah Yg Mana Lagi Yg Kamu Hendak Dustakan ?

Presiden PAS, keluarga selamatkan orang lemas
Walau pun sudah menjadi Wakil Parlimen hampir 30 tahun, walau pun pernah menjadi Menteri Besar, namun stail dan gaya pergaulannya dgn jiran dan rakan tidak berubah. Tidak seperti sesetengah wakil rakyat, bila saja diishtihar menang sudah tidak campur lagi dgn orang kampung. Ke hulu ke hilir dgn kereta mewah menjalar bercermin gelap. Sudah tidak jejak bumi lagi. Mereka jadi seperti berhala zaman jahiliyyah. Kena sembah kalau nak sesuatu !

YB Hj. Hadi tinggal di rumah tidak berpagar bersebelahan masjid Rusila, Marang, Terengganu. Beliau adalah imam di masjid itu. Kalau tidak ada urusan luar beliau menjadi imam solat dan menyampai kuliah di masjid. Beliau boleh ditemui bila2 masa samada di pejabat, rumah atau masjid. Memancing dan menjaring ikan adalah hobi beliau sejak sekian lama..

Pantai Marang terletak di seberang jalan rumah YB Hj Hadi. Bersempadan dgn Pantai Batu Burok dan merupakan antara pantai yg berbahaya dan tidak sesuai utk. berkelah dan mandi-manda. Lautnya melunjur hingga ke Laut Cina Selatan dan sudah tentu ombak yg datang, tinggi , ganas dan menakutkan.



(Gambar atas: Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)

MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi
sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan
oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama
keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai
Rusila berhampiran rumahnya.
Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila,
Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya.

"Hari itu, lepas solat Asar, Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya.
Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya
terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar,
Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk
Kampung Belubor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu. Dalam kejadian
yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya
iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing
di pantai itu.

Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk
menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi. Tiba-tiba mereka
mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil
menunjukkan tangannya ke laut.Menurut Abdul Rahman, 28, anak
Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliauterjun ke laut dan
menyelamatkan mangsa lemas itu.

"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut...saya cuba
campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak
besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil
dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai. "Ayah kemudian
turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu
ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.

1 comment: